TULISAN DIBAWAH DIPETIK SEPENUHNYA DARI
AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 1 MEI 2012
AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 1 MEI 2012
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF
SALAMAH ARNAIN |
SABAK BERNAM 30 April – Tidak ada apa yang dapat diucapkan oleh warga emas, Salamah Arnain, 75, selain rasa syukur apabila kesempitan hidupnya mendapat perhatian sekumpulan pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dekat sini.
Kumpulan pelajar berkenaan mengambil inisiatif menganjurkan program Komuniti Outreach bagi mendekati serta membantu mereka yang memerlukan.
Menurut Salamah, dia yang melakukan kerja kampung dengan pendapatan hanya RM40 sebulan terharu apabila menerima kehadiran mereka yang prihatin dengan kesempitan hidupnya selama ini.
Salamah yang merupakan ibu tunggal kepada dua anak itu berkata, kesempitan hidup yang dialaminya selama ini hanya mendapat perhatian daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang memberi bantuan wang sebanyak RM150 sebulan.
“Saya kini tinggal berseorangan di rumah ini selepas kedua-dua anak saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan Pahang serta akan pulang melawat saya setiap kali mereka bercuti.
“Untuk meneruskan kehidupan, saya melakukan kerja kampung iaitu memetik dan menjual sayur yang memberi pendapatan RM10 seminggu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Lorong Batu Empat Sepintas di sini semalam.
Bercerita lanjut, Salamah berkata, dia berbangga apabila melihat mereka yang hadir membantunya adalah generasi muda terpelajar yang bakal memimpin negara selepas tamat pengajian di universiti kelak.
“Saya tidak dapat menahan air mata saya apabila melihat kehadiran mereka di rumah saya ini. Apatah lagi mereka masih muda tetapi sudah memiliki sifat terpuji di dalam diri mereka.
“Dengan bantuan dan sumbangan yang diberikan kepada saya ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Program Komuniti Outreach, Muhamad Aidil Abdul Salam berkata, pelajar tahun tiga pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Proses diwajibkan untuk menganjurkan apa sahaja program sepanjang tempoh pengajian mereka.
Jelasnya, selepas mengadakan mesyuarat, ahli jawatankuasanya bersetuju untuk mengadakan program komuniti dan mendapatkan kerjasama daripada LZS yang mencadangkan nama Salamah sebagai penerima bantuan.
“Selain memberi keperluan makanan asas, kami turut membantu membersih serta mengecat rumah mak cik (Salamah) yang berada dalam keadaan daif sebelum ini,” katanya.
AKU TABIK 3 JUTA KALI KAT HAMPA SEMUA.
Inilah contoh generasi muda yang diharap-harapkan mewarisi bumi
Malaysia dengan sifat-sifat yang terpuji.
Ini baru BERSIH.
Diulangi. Ini baru betoi BERSIH.
Semuga hidup anda semua dirahmati-NYA.
Inilah contoh generasi muda yang diharap-harapkan mewarisi bumi
Malaysia dengan sifat-sifat yang terpuji.
Ini baru BERSIH.
Diulangi. Ini baru betoi BERSIH.
Semuga hidup anda semua dirahmati-NYA.
Baju Kuning ini??? Kalau duit cukai yang aku bayar tiap-tiap tahun digunakan untuk membeli mobil bapak polisi yang dikerjakan oleh @#&****#$% diatas, memang aku tak halalkan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...