MALAM Sabtu lepas (4 feb), selepas makan malam sambil melayan cerekarama diTV3 berjudul Al-Ikhlas,
handphone murah buatan China aku tiba-tiba berdering.
Sambil nada dering intro lagu lama Tokki, Biasan berkumandang aku melangkah perlahan mendapatkan
telefon yang terletak dimeja makan.
Jam didinding menunjukkan pukul sepuluh lebih.
Dalam kepala aku, ini mesti Miki punya panggilan.
Sebab kami ada satu misi penting yang akan dikerjakan malam itu.
Betoi. Memang panggilan dari Miki.
Dan khabar yang Miki sampaikan pada waktu itu amat mengejutkan.
"Hang ingat tak, isteri Maro yang masuk wad hari tu?
Dia dah meninggal. Pukul 9 lebih tadi"
"Dari Allah kita datang
kepada Allah kita dikembalikan."
''Shah telefon aku bagitau. Jenazah ada di Hospital Az Zahra, Bangi." tambah Miki.
Apa yang berlaku selepas itu ialah aku menghubungi beberapa teman rapat untuk menyampaikan
berita sedih tersebut.
Malangnya, kebanyakkan daripada mereka bercuti dan ada yang sedang on the way kekampung.
Yang sudah berada dikampung pun ada.
Ujang balik Gomonceh. Dee balik belah Perlih nu.
Nuek ada di Teluk Intan. Yuntawaty plak di Medan.
Jadi cuma salam takziah dapat mereka kirimkan.
Sewaktu bersiap untuk ke hospital yang terletak lebih kurang setengah jam dari Kajang,
aku teringat kali terakhir aku melihat arwah bila kami bersarapan bersama di Wakaf Mek Zainab
Disember lepas ketika aku bercuti di Kelantan.
Aku sekeluarga tiba di Hospital hampir pukul sebelas dan terus ketingkat tiga dimana
wad Allahyarhamah menerima rawatan kerana denggi sebelumnya.
Beberapa rakan sepejabat kelihatan sudah berada disitu.
Antaranya Miki, Shah, Acai, Rosmi, Shidah dan Wak Kamsari.
Ucapan takziah terus diucapkan pada Maro yang kelihatan tenang
menerima suratan takdir.
Semakin lama, semakin ramai pelawat.
Dari sahabat di Utusan dan jiran setaman Maro termasuk saudara-mara kedua belah pihak.
Menghampiri 12 malam, jenazah dibawa keluar dari bilik.
Jenazah kemudiannya dibawa ke surau dikediaman Maro diTaman Bukit Mas di Balakong.
Disitu sudah menanti jiran-jiran setaman.
Ramai kawan-kawan termasuk Boss-boss Jabatan Pengarang turut menziarahi jenazah disurau ini.
Alhamdullilah.
Urusan-urusan selanjutnya berjalan lancar.
Lebih kurang pukul tiga pagi, jenazah dibawa menaiki van menuju ke Tanah Merah, Kelantan.
Menurut Wak Kamsari, Pengerusi Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM)
yang mengiringi dan juga memandu van jenazah, mereka tiba di Kelantan pada pukul 9.30 pagi.
Selepas zolat zohor, Allahyarhamah selamat disemadikan.
Kepada Maro, ucapan takziah diucapkan.
Semuga tabah menghadapi dugaan ini.
Al-Fatihah
...................
( Petikan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Feb 2012)
Isteri kartunis Utusan Malaysia meninggal
KUALA LUMPUR 5 Feb. – Isteri kepada kartunis Utusan Malaysia, Nor Kamaro Mohd. Nor atau Maro iaitu Hanisah Mohd. Zain, 39, meninggal dunia di Pusat Perubatan Az Zahrah, Bandar Baru Bangi dekat sini semalam kerana menghidap demam denggi.
Maro merupakan kartunis Mamak Cyber yang popular di akhbar Utusan Malaysia sejak 17 tahun lalu turut menjadi kartunis bagi Mingguan Malaysia dan Kosmo!
Nor Kamaro berkata, Hanisah dikesan menghidap demam denggi pada Rabu lalu selepas kelihatan lemah.
“Pada malam semalam, saya sekali lagi membawa Allahyarham ke Pusat Perubatan Az Zahrah selepas kelihatan semakin lemah, tetapi pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan beliau telah meninggal dunia.
“Jenazah telah dibawa pulang ke kampung halaman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bendang Nyior, Tanah Merah, Kelantan hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Hanisah yang bertugas di Telekom Malaysia, Batu 10 Cheras meninggalkan empat orang anak berusia 12, sembilan dan dua tahun, manakala yang bongsu berusia sembilan bulan.
Selasa, 7 Februari 2012
Sabtu, 4 Februari 2012
when the smoke is going SERVER down... - part 5
Baca Bahagian Pertama - disini
Baca Bahagian Kedua - disini
Baca Bahagian Ketiga - disini
Baca Bahagian Keempat - disini
Cutter, Set square dan Bofaset
Untuk potongan yang kemas, kena pulak gunakan pembaris.
Pembaris besi atau set square sering digunakan.
Set square juga digunakan untuk mengadjust artikel yang ditampal agar selari dan kemas.
Bofaset pula banyak digunakan rakan-rakan di advetising.
Banyak-banyak peralatan grafik, inile 'makhluk' yang paling ana suka sekali. Banyak suka ooo.
Nak kenal 'Mat-Mat Grafik' time ni senang je.
Tengok kat poket baju dia.
Fuh. Mesti ada paling koman sebatang teknikal pen.
Dihujung jari masing-masing ada kesan hitam dakwat.
Dah tentu jenama Rotring.
Pen buatan German ini begitu famous dan glamour pada waktu itu.
Harga dia jangan cakap le.
Dapat beli sebatang pun syukur.
Tapi tengok dia punya set... pehh... meleleh air liur.
Teknikal pen digunakan untuk membuat garisan dan kotak gambar.
Ia juga digunakan kartunis untuk melukis kartun dan membuat illustrasi.
Gaji aku dulu round about tigo ompek ratus jo.
Silap haribulan, mintak advance kat boss looo.
Selain Rotring, banyak jenama-jenama lain muncul dipasaran
dengan harga yang lebih praktikal untuk seniman jalanan low cost macam aku ni.
Antara jenama lain yang masih aku ingat ialah Faber Castle dan Uchida.
Akhirnya, nasib teknikal pen ni pun sama macam cow gum juga.
Baca Bahagian Kedua - disini
Baca Bahagian Ketiga - disini
Baca Bahagian Keempat - disini
Set square. Selain untuk kerja grafik, ianya juga boleh digunakan untuk menggaru belakang yang gatal... Ceh. |
Cutter, Set square dan Bofaset
Sebelum kerja-kerja menampal dilakukan, artikel perlu dipotong.
Dah tentu kena gunakan pisau. Bukan pisau pelit atau pisau budak sekolah.
Pisau mahal punya. Guna gunting pun boleh.
Untuk potongan yang kemas, kena pulak gunakan pembaris.
Pembaris besi atau set square sering digunakan.
Set square juga digunakan untuk mengadjust artikel yang ditampal agar selari dan kemas.
Bofaset pula banyak digunakan rakan-rakan di advetising.
Set teknikal pen yang menjadi igauan ketika mula memasuki alam pekerjaan dulu. Dapat gaji je, merayau ke Jalan Petaling. |
Teknikal pen
Banyak-banyak peralatan grafik, inile 'makhluk' yang paling ana suka sekali. Banyak suka ooo.
Nak kenal 'Mat-Mat Grafik' time ni senang je.
Tengok kat poket baju dia.
Fuh. Mesti ada paling koman sebatang teknikal pen.
Dihujung jari masing-masing ada kesan hitam dakwat.
Dah tentu jenama Rotring.
Pen buatan German ini begitu famous dan glamour pada waktu itu.
Harga dia jangan cakap le.
Dapat beli sebatang pun syukur.
Tapi tengok dia punya set... pehh... meleleh air liur.
Teknikal pen digunakan untuk membuat garisan dan kotak gambar.
Ia juga digunakan kartunis untuk melukis kartun dan membuat illustrasi.
Bukan setakat pen, pisau punya design pun nampak cun dimata aku. So... koleksi pisau pun ada... pandai depa. |
Pantang teknikal pen ini ialah jangan jatuh je.
Kalau jatuh, kiok.
Ia juga perlu dicuci bila aliran dakwat mula tersangkut.
Banyak jugak gaji aku dulu yang tak seberapa tu melayang untuk membeli pen-pen teknikal ini.
Kekadang tak rancang pun.
Niat asal nak beli kertas.
Sampai kedai mata jadi rambang.
Apalagi sambar le bang.
Silap haribulan, mintak advance kat boss looo.
Selain Rotring, banyak jenama-jenama lain muncul dipasaran
dengan harga yang lebih praktikal untuk seniman jalanan low cost macam aku ni.
Antara jenama lain yang masih aku ingat ialah Faber Castle dan Uchida.
Sebab-sebab lain hati ingin memiliki pen-pen teknikal ini walaupun dah ada banyak kat rumah
ialah warna dan paternnya yang sangat memikat. Very colurfull and beautiful.
La ni dah takde walaupun sebatang.
Dah guna pen pakai buang. Sebatang limo nam hinggit jugak.
Dah guna pen pakai buang. Sebatang limo nam hinggit jugak.
Akhirnya, nasib teknikal pen ni pun sama macam cow gum juga.
Pecah kepala. Dapat memiliki set teknikal pen merupakan satu kepuasan. Koleksi berbagai jenama dan saiz yang dibeli memberi semangat untuk berkarya.Walaupun gaji yang diperolehi mengalami defisit dan menyebabkan kerongkong terpaksa menelan mee ekspress, tapi... den pueh ati. Baca 'Kartun Mat Scrambler' - disini (Antara karya awal menggunakan teknikal pen) |
Jumaat, 3 Februari 2012
When the smoke is going SERVER down - part 4
Letraset
Apa itu Letraset?
Ianya juga satu lagi komponen penting dalam industri penerbitan seperti cow gum.
Letraset tersedia dalam berbagai bentuk iaitu tulisan atau imej.
Beribu-ribu typeface @ font dan imej ada dalam letraset.
Pilih sahaja mana yang berkenan dan bersesuaian dengan konsep rekabentuk yang telah ditetapkan.
Biasanya setiap syarikat penerbitan menggunakannya sebagai kepala berita atau headline.
Letraset. Digunakan untuk membuat tajuk rencana. Selepas kehadiran teknologi Apple, letraset terus di let throw set. |
Aku pun taktau nak menerangkan lagu mana depa mencipta menatang letraset ini.
Yang aku tau, kita tenyeh saja mana-mana huruf yang kita nak diatas kertas.
Sebelum menenyeh kena le draw line yang nipis dengan pensil dulu untuk memastikannya selari.
Kecuali diatas dummy page majalah atau akhbar. Sebab linenya sudah tersedia.
Menenyehpun harus hati-hati. Huruf-huruf diatas letraset ini mudah terkoyak.
Manakala penerbit-penerbit akhbar tabloid dan majalah pula menggunakannya pada awal penerbitan sahaja.
Oleh kerana kosnya 'boleh tahan' mahalnya, penerbit-penerbit yang agak miskin dan yang ingin berjimat
mencetak semula letraset ini diatas art paper.
Cuma kali ini sistem 'tenyeh' tidak terpakai lagi, sebaliknya kena le memotongnya satu persatu.
Cheh.
Cheh.
Akupun pernah melalui zaman ini. Lenguh le jugak tangan kalau kena heading yang panjang.
Contohnya seperti:
'M.Nasir jual gitar tong buat tambang ke Kuala Lumpur.' atau...
'Miki, Maro dan Nuek ditawar ke Hollywood bintangi filem Rambo-liau' atau...
'Datuk Azman Taha dijangka membeli Studio HollyBollyIndoMalywood' (contoh je).
Sebelum memotong kena le membilang ada berapa huruf 'A'. Ada berapa huruf 'N'.
Pehhh. Kalau sehari dok potong lima, enam heading panjang, mau tergeliat urat lengan.Font untuk mesin IBM. Boleh diprogramkan. Bunyinya agak bising bila beroperasi. Boleh ditukar font bila-bila masa. |
IBM, Lynotype dan Bromide
Kemudian muncul beberapa lagi alternatif selain menggunakan letraset.
Ada beberapa syarikat menyediakan perkhidmatan menaip artikel menggunakan mesin
Lynotype dan juga perkhidmatan bromide.
Mesin IBM dulu. Bila malam dah takde orang. Aku pun apalagi, taip surat hantar kat kampung. |
dan dicetak diatas kertas licin.
Artis grafik cuma perlu memotong tajuk berita dan berita sebelum memulakan kerja-kerja grafik.
Lebih senang dari letraset.
Tapi, ini pun menelan banyak kos dan masa.
Mahu tidak mahu, syarikat penerbitan perlu memiliki mesin-mesin berkenaan demi
kelancaran proses penerbitan.
Antara yang popular dahulu ialah mesin IBM.
Mesin ini boleh diprogramkan untuk menaip artikel dan mempunyai banyak font mudah alih.
Agak bising dan perkataan yang ditaip mudah tertanggal selain tiada font bersaiz besar untuk heading.
Manakala lynotype agak praktikal walaupun perlu selalu di service kerana ia menggunakan
bahan chemical.
Mesin-mesin ini samada dibeli atau disewa.
Itu le yang jadi masalah bila ada syarikat yang meskin gagal melunaskan bayaran bulanannya.
So, apalagi. Main aci le dengan Ah Cong yang ingin menagih utang dan ingin menarik barang.
Akupun pernah melalui situasi ini.
Kesemua mesin-mesin ini dicampakkan kelaut bila teknologi yang lebih canggih dan mudah tiba dibumi Malaysia.
-------------------------------------
Bersambung... Bahagian 5
Nak baca bahagian 1- klik sini
Nak baca bahagian 2 - klik sini
Nak baca bahagian 3 - klik sini
Nak baca bahagian 5 - klik sini
When the smoke is going 'SERVER' down... pt 3
Cow Gum
Apa itu Cow Gum?
Ia bukanlah sejenis makanan berasaskan lembu. Bukan.
Kalau makan kompom mampus. Diulangi gerenti mampoih. Ule lagi...make mu mapoh.
Cow Gum adalah sejenis gam. Tu je.
Ia adalah komponen penting dalam proses pembikinan rekaletak majalah atau surat khabar.
Tanpanya alamat kerja tak jalan.
Dengannya, perekaletak atau pasteup artis akan menampal segala artikel dan gambar diatas kertas kilat @ art paper yang dipanggil dummy.
Aku mula mengenali dan menggunakan cow gum yang hampir pupus ini dipenghujung 1982
hinggalah ke tahun 1988/89 sebelum era grafik menggunakan komputer mengambil alih perlahan-
perlahan sistem penerbitan tanahair.
Senang dibuang kalau terkena tangan.
Tapi, dia punya bau satu macam.
Kalau grafik artis kaki hidu gam, mau dia tersengih sorang-sorang sambil buat kerja.
At last kalau tak kena kick, syarikat pulak kiok.
Taik Cow gum. Setiap grafik artis wajib ada sorang satu. Lama kelamaan warnanya akan bertukar hitam. |
Taik Cow Gum
Satu hal yang menarik dan unik tentang cow gum ini ialah saki baki gam yang terlekat dijari
dan lelehan ditepi bekas tin atau yang hampir keras dibahagian dalam penutupnya.
Ianya akan digentel oleh grafik artis menjadi bulat sedikit demi sedikit setiap hari.
Lama kelamaan ia akan menjadi satu ketulan getah hitam yang mana saiznya bergantung
kepada situkang gentel.
Kami memanggilnya 'taik cow gum'.
Apa gunanya? Getah ini digunakan untuk membuang saki-baki gam atau 'daki' yang terdapat diatas
artwork sewaktu kerja-kerja paste-up atau menampal artikel dibuat.
RONSON... Satu lagi teman artis grafik. Ianya digunakan untuk menanggalkan artikel yang telah ditampal. Tanpa Ronson, artikel yang hendak ditanggal berisiko terkoyak. |
Selepas mencuci 'daki', barulah artwork kita nampak kemas dan bersih.
Boleh dikatakan setiap grafik artis mempunyai ketulan 'taik cow gum' ini.
Boleh dikatakan setiap grafik artis mempunyai ketulan 'taik cow gum' ini.
Angin satu badan jika ada kengkawan yang meminjam dan menjadikannya harta pusaka atau menghilangkannya selepas pinjam.
Kalau dah takde kerja, bolehlah membaling kepala kawan-kawan dengannya.Dialog dibawah biasa didengar di unit rekabentuk dahulu.
" Oi Meor, baling taik cowgum sat. Mangkuk hayun mana
pinjam tak kasi balik."
" Ai... macam kenal je taik cow gum ni Uda Asim"
Menggunakan 'perisian cow gum' mengingatkan aku pada penoreh getah.
Selepas habis menoreh, getah yang 'menumpang' ditangan akan dibersihkan.
Begitu jugak pada grafik artis dulu.
So... kalau tak jadi grafik artis, jadi penoreh pun sama jugak.
Kedua-duanya mementingkan aspek seni.
Seni visual yang cuma berbeza medium.
Bersambung lagi... part 4
Bersambung lagi... part 4
Klik sini... Baca bahagian pertama...
Klik sini... Baca bahagian kedua...
Khamis, 2 Februari 2012
when the smoke is going 'SERVER' down - pt 2
Bas mini fever
Suasana zaman Cowgum amat berbeza sekali dengan zaman komputer dan internet sekarang ini.
Antara perbezaan ketara ialah pengangkutan ketempat kerja.
Kebanyakkan budak-budak grafik berkenderaan sendiri la ni.
Paling koman pun, kapcai. Senang nak mencelah.
Kereta tu biasa sangat la. Lebih sudu dari kuah kekadang.
Boss naik kancil je. Dia bawa gajah.
Dulu, nak habag bagi... ya dulu... bas mini je la yang ada. Bayar lima puluh sen atau lima kupang sampai depan pintu pejabat.
Nasib tak baik, bawah jejambat. Kes bawa laju.
Semua penumpang dia sebat dan sumbat.
Dalam bas sendat dan padat... macam ketupat.
Dan itu adalah pemandangan biasa di Ibukota dizaman Cowgum dulu.
Cukup biasa.
Berat mata polis trafik dan JPJ memandang, berat lagi azab
penumpang didalam.
'Belakang lagi...lagi dan lagii.. naik-naik...
boleh masuk lagi...oii...masuk dalam lagii..'
Suara serak-serak kering sumbang konduktor bas mini berwajah bengis mengarahkan penumpang masuk kebelakang yang penuh sesak lagi
meyesakkan masih segar di ingatan. Kekadang... syok jugak berhimpit-himpit tuh. Cheh!
Dari berteraskan hiburan, keluarga, politik, sukan, misteri dan
Yang untung... yang kena kelentong
Yang dah tentu untung ialah pencetak (Ah Seng), dan syarikat
pemisah warna. (Ah Song)
Tapi...yang paling untung besar ialah pengedar. (Muniandy)
Untung atas angin bawah angin semua dia sapu.
Yang dok keluar modal, berpeluh ketiak bikin majalah ialah Ali.
(Melayu la tu)
Yang ikut pintu belakang lari dari orang bank, main aci dengan staf (kes tak bayar gaji) ialah Ahmat (pun Melayu).
Tu belum kes pejabat kena sita dengan mahkamah. (aku pernah terjebak sekali... hwaaaaaaa) Tak termasuk mesin IBM yang digunakan untuk menaip artikel nak kena tarik sebab miss bayar.
Lama pulak tu, sampai la ni.
Dalam kenangan. Berbagai ragam manusia ada dalam bas mini ni. |
GILA-GILA... meniti zaman kegemilangan sewaktu era Cowgum. Satu-satunya majalah humor yang masih bertahan hingga sekarang walau tak sehebat dulu. |
Suasana zaman Cowgum amat berbeza sekali dengan zaman komputer dan internet sekarang ini.
Antara perbezaan ketara ialah pengangkutan ketempat kerja.
Kebanyakkan budak-budak grafik berkenderaan sendiri la ni.
Paling koman pun, kapcai. Senang nak mencelah.
Kereta tu biasa sangat la. Lebih sudu dari kuah kekadang.
Boss naik kancil je. Dia bawa gajah.
Dulu, nak habag bagi... ya dulu... bas mini je la yang ada. Bayar lima puluh sen atau lima kupang sampai depan pintu pejabat.
Nasib tak baik, bawah jejambat. Kes bawa laju.
Semua penumpang dia sebat dan sumbat.
Dalam bas sendat dan padat... macam ketupat.
Bermaharajalelanya bas-bas mini membelah jalan, mencelah lorong dan memanjat divider disegenap pelusuk ibu kota menjadi bualan pengguna-pengguna jalanraya di ibu negara.
GELIHATI... muncul selepas Gila-Gila meledak dipasaran. |
Cukup biasa.
Berat mata polis trafik dan JPJ memandang, berat lagi azab
penumpang didalam.
'Belakang lagi...lagi dan lagii.. naik-naik...
boleh masuk lagi...oii...masuk dalam lagii..'
Suara serak-serak kering sumbang konduktor bas mini berwajah bengis mengarahkan penumpang masuk kebelakang yang penuh sesak lagi
meyesakkan masih segar di ingatan. Kekadang... syok jugak berhimpit-himpit tuh. Cheh!
Diwaktu ini, industri penerbitan begitu rancak berkembang memeriahkan kedai mamak dikota dan desa dimana akhbar tabloid dan majalah silih berganti diterbitkan.
BATUAPI... lahir tidak lama selepas itu menambah kemeriahan dunia kartun negara. |
kartun semua ada.
Nasib baik bertahan lama. Tak baik kalu, merana.
Yang untung... yang kena kelentong
pemisah warna. (Ah Song)
Tapi...yang paling untung besar ialah pengedar. (Muniandy)
Untung atas angin bawah angin semua dia sapu.
Yang dok keluar modal, berpeluh ketiak bikin majalah ialah Ali.
(Melayu la tu)
Yang ikut pintu belakang lari dari orang bank, main aci dengan staf (kes tak bayar gaji) ialah Ahmat (pun Melayu).
SALINA... majalah komik terunggul karya Rizalman terbitan Raz Studio selain Bujal. |
(pun kompeni Melayu)
Buka tutup buka...
Tak laku, tutup. Buka majalah baru.
Kena ban, lingkup. Buka kompeni baru.
KDN kena tarik, tak serik. Apply KDN baru.
Gitulah... rempah ratus, sepak terajang dunia majalah dan surat
khabar tabloid pada waktu itu.
Dan... aku adalah salah seorang pemain yang turut terlibat sama.Lama pulak tu, sampai la ni.
Pahit, perit, sempit, manis arus penerbitan diwaktu itu aku
turut sama melaluinya.
Suka atau terpaksa kena le menghadapinya.
Nak sangat duduk Kuala Lumpur. Nahh... 'amekaw'.
Cow Gum
Apa itu Cow Gum?
--------------------------
Bersambung - part 3
Langgan:
Catatan (Atom)