Rabu, 8 Februari 2012

Semalam di Batu Pahat

Do: Ini ferry yang punya....
Re: Feri Muar ke Batu Pahat?
Mi: Eh feri Muar dah tutup...
Do: Itu ferry nenek kau!!!
Dialog diatas adalah sedutan
dari filem Laksamana Do Re Mi.
..........................................

Apa kena mengena dialog diatas dengan tulisan aku?

Takdo apo-apo.
Cuma aku baru balik dari Johor selepas berziarah singkat.

Pi pagi isnin (hari aku off) balik selasa (cuti Taipusam).

Kali pertama menjejakkan kaki ke Johor ialah pada 1992.
Ni masa kerja kat Delta di PJ.

Ada member kahwin di Muar.
Konvoi le lebih kurang.

Kedua pun majlis kahwin jugak di Segamat pada 1996.

Lepas tu takde lagi.
Adik beradik dan sedara mara pun takdak di negeri belah selatan Malaya ni.

Kawan-kawan bebudak Johor ada le jugak sorang dua.
Tapi taktau pi mana habih.

Jabar pun dah belah ke Brunei.
Din Tamblong pun ghaib di Bukit Gambir.
Dol Azizi entah ada ke tak lagi di Segamat.
Hashimudin pun dah jadi orang Selangor.

Dulu kat akhbar Mingguan Tanahair ada juga
dua brader orang Johor.

Juru gambar Yahya Mohd Zain dan wartawan Rosli Sukiran.
Still alive or..... dont know la.


Geng Delta. Mangan kenduri di Muar sekitar 1991@1992.

Berbalik ceritera aku pi Johor isnin lepas.

Sahabat lama isteri aku semasa depa sama-sama tinggal di Sabah
dulu mengadakan majlis kenduri kahwin anak tirinya.

Majlis kenduri pada hari ahad.
Ahad aku pulak kerja.

So pi lepas kenduri pun jadilah. Berziarah.
Destinasinya berdekatan Jalan ke Felda Air Itam.

Mengikut google map, dua jam lebih perjalanan.
Tapi aku drive tiga jam lebih. Pukul sepuluh lebih dari Kajang, sampai satu lebih.
Banyak stay line kiri.

Dari tol Air Hitam kerumah yang kami pi tu lebih kurang 20 minit.

Alhamdulillah. Sampai. Dan lauk kenduri semalam masih ada.
Apa lagi tibai le lebih kurang.

Batu Pahat


Hampir pukul dua, pamit pulang.

Melintasi tempat membeli-belah tersohor di Air Itam yang terkenal
dengan segala pasu dan lainnya, niat nak menyinggahkan diri.

Tapi keletihan dan ketidakselesaan badan dan perut memaksa
kaki menekan pedal minyak. Kena cari tempat persinggahan dulu.

Nanti kita singgah balik selepas berehat, bisik hati.

Drive punya drive sampaile ke Batu Pahat.

Ada dua tiga hotel tersergam indah tak indah kat situ.  Lamo dan baru.
Akhirnya Hotel The Katerina menjadi pilihan. Pehh... macam nama Kugiran je.

Semalam seratus lebih.
Okay la.

Petangnya ke Medan Selera di Penggaram.
Pekena Mee Udang, Mee Bandung, Ais kacang dan Otak-otak.

Peh... licin.
Harga pun murah.

On de way balik singgah sat di Summit.
Takdo apo special sangat tompeknyo. Biaso jo.

Balik hotel.
Dah rasa malas nak keluar.
Plan nak ke Dataran BP pun kensel.

Malam, melihat dari jendela hotel tanglung-tanglung
dilepaskan keudara Batu Pahat.

Tertunggu jugak kut-kut kelibat jet-jet pejuang jiran sebelah terlajak ke sini.
Hampeh. Takdo sebijik.

Mee Rebuih Johor dengan Briyani Gam pun takdan nak pulon.
Takpa, lain kali pi lagi. Lajak keseberang Tambak pulak. Insyallah.

Pagi selasa check-out.
Ingat nak repeat ke Air Itam tapi sebaik nampak
signboard hihgway Plus menghala ke KL terus tak jadi.

Malas nak berlama-lama... takut sangkut kat Senawang-Nilai...
Harini ramai orang balik dari  bercuti sejak Sabtu.


Mee Bandung Batu Pahat memang best.


Memangpun ramai.
Kat RR Seremban sesak.
Takkan nak minum sambil berdiri.

So lepak tempat makan 'mahal' bersebelahannya.
Teh tarik secawan RM2.90.
Pekena nasi beriyani kambing RM12.00 sepinggan.

Lapar punya pasai, licin jugak nasi beriyani kambin.

Satu-satunya negeri dalam Malaysia yang mana nama-nama
tempatnya begitu familiar diingatan aku sejak dibangku sekolah
hingga kini.

Labis. Antara yang terawal meniti dibibir.
Tempat tanaman nenas. Ada dalam buku Ilmu Alam.
Majidee, tempat cikgu sekolah rendah bertukar sekolah.

Tanjung Kupang. Tempat tragedi kapal terbang terhempas.
Tambak Johor, Pantai Lido, Pontian, Yong Peng.

Kota Tinggi, Pasir Gudang, Mersing, Endau Rompin.

Tu tak termasuk Bukit Kepong.
Belum lagi dengar lagu lagu Tanjung Puteri yang banyak disebut nama-nama
tempat dinegeri kelahiran band otai Search dan Lefthanded ni.

Batu Pahat dari tingkat 11.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...