Selasa, 7 Februari 2012

MARO ....' salam takziah sahabatku'

MALAM Sabtu lepas (4 feb), selepas makan malam sambil melayan cerekarama diTV3 berjudul Al-Ikhlas,
handphone murah buatan China aku tiba-tiba berdering.

Sambil nada dering intro lagu lama Tokki, Biasan berkumandang aku melangkah perlahan mendapatkan
telefon yang terletak dimeja makan.

Jam didinding menunjukkan pukul sepuluh lebih.

Dalam kepala aku, ini mesti Miki punya panggilan.
Sebab kami ada satu misi penting yang akan dikerjakan malam itu.

Betoi. Memang panggilan dari Miki.

Dan khabar yang Miki sampaikan pada waktu itu amat mengejutkan.

"Hang ingat tak, isteri Maro yang masuk wad hari tu?
Dia dah meninggal. Pukul 9 lebih tadi"

"Dari Allah kita datang
kepada Allah kita dikembalikan."

''Shah telefon aku bagitau. Jenazah ada di Hospital Az Zahra, Bangi." tambah Miki.

Apa yang berlaku selepas itu ialah aku menghubungi beberapa teman rapat untuk menyampaikan
berita sedih tersebut.

Malangnya, kebanyakkan daripada mereka bercuti dan ada yang sedang on the way kekampung.
Yang sudah berada dikampung pun ada.

Ujang balik Gomonceh. Dee balik belah Perlih nu.
Nuek ada di Teluk Intan. Yuntawaty plak di Medan.

Jadi cuma salam takziah dapat mereka kirimkan.

Sewaktu bersiap untuk ke hospital yang terletak lebih kurang setengah jam dari Kajang,
aku teringat kali terakhir aku melihat arwah bila kami bersarapan bersama di Wakaf  Mek Zainab
Disember lepas ketika aku bercuti di Kelantan.
Aku sekeluarga tiba di Hospital hampir pukul sebelas dan terus ketingkat tiga dimana
wad Allahyarhamah menerima rawatan kerana denggi sebelumnya.

Beberapa rakan sepejabat kelihatan sudah berada disitu.
Antaranya Miki, Shah, Acai, Rosmi, Shidah dan Wak Kamsari.

Ucapan takziah terus diucapkan pada Maro yang kelihatan tenang
menerima suratan takdir.

Semakin lama, semakin ramai pelawat.
Dari sahabat di Utusan dan jiran setaman Maro termasuk saudara-mara kedua belah pihak.

Menghampiri 12 malam, jenazah dibawa keluar dari bilik.
Jenazah kemudiannya dibawa ke surau dikediaman Maro diTaman Bukit Mas di Balakong.

Disitu sudah menanti jiran-jiran setaman.
Ramai kawan-kawan termasuk Boss-boss Jabatan Pengarang turut menziarahi jenazah disurau ini.

Alhamdullilah.
Urusan-urusan selanjutnya berjalan lancar.

Lebih kurang pukul tiga pagi,  jenazah dibawa menaiki van menuju ke Tanah Merah, Kelantan.

Menurut Wak Kamsari, Pengerusi Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM)
yang mengiringi dan juga memandu van jenazah, mereka tiba di Kelantan pada pukul 9.30 pagi.

Selepas zolat zohor, Allahyarhamah selamat disemadikan.

Kepada Maro, ucapan takziah diucapkan.
Semuga tabah menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah
...................


( Petikan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Feb 2012)
Isteri kartunis Utusan Malaysia meninggal

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Isteri kepada kartunis Utusan Malaysia, Nor Kamaro Mohd. Nor atau Maro iaitu Hanisah Mohd. Zain, 39, meninggal dunia di Pusat Perubatan Az Zahrah, Bandar Baru Bangi dekat sini semalam kerana menghidap demam denggi.


Maro merupakan kartunis Mamak Cyber yang popular di akhbar Utusan Malaysia sejak 17 tahun lalu turut menjadi kartunis bagi Mingguan Malaysia dan Kosmo!
Nor Kamaro berkata, Hanisah dikesan menghidap demam denggi pada Rabu lalu selepas kelihatan lemah.


“Pada malam semalam, saya sekali lagi membawa Allahyarham ke Pusat Perubatan Az Zahrah selepas kelihatan semakin lemah, tetapi pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan beliau telah meninggal dunia.
“Jenazah telah dibawa pulang ke kampung halaman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bendang Nyior, Tanah Merah, Kelantan hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Hanisah yang bertugas di Telekom Malaysia, Batu 10 Cheras meninggalkan empat orang anak berusia 12, sembilan dan dua tahun, manakala yang bongsu berusia sembilan bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...