Jumaat, 26 Mac 2010

Perjalanan ke konserto 'SUATU MASA AMY'

IB... aku dan kengkawan berminat jugak nak
beraksi disini suatu hari nanti... buat masa ini kat IB Sungai Lui pun jadi le..



Malam tadi (25 mac) aku pi Istana Budaya (IB) tengok Amy Search beraksi solo.
Masa zaman Rock Kapak Beliung dulu tu, ada la empat lima kali pi tengok dia dengan Search.

Lone ranger aje. Kawan yang sepatutnya bersama, ada urusan tergempar dengan rakan niaganya
Boleh la...
dari Caracas, Bahamas dan Madras di kedai Tom Yam Mek Yah Pandan Indah.

Dapat 2 tiket complimentry. Jadi burn le satu. Nak jual takut kena luku dengan pengarang hiburan
MEGA, Che Din.

Ini kali ketiga aku menonton show kat IB yang canggih tu. Pertama kali, konsert sifu, kedua show
The Tulang Anjing Hitam. Yang ketiga ni la... Amy Search. Sepatutnya kali keempat. Masa Jamal
bikin konsert ari tu, aku ada miss communication sikit dengan member sama yang minat gila dengan Jamal.

At last
duo-duo melepas.

Sebenarnya, ada dua sebab utama mengapa aku sanggup menekan pedal minyak kereta kesana.

Ikutkan hati, berat kaki nak solo sorang-sorang ke IB. Kena pulak, hujan siap dengan guruh
disebelah petangnya. Tapi... memandangkan aku bercadang nak masukkan 'story' dalam blog ini, jadi...
apo laie pojam mato jo start keto. Ini sebab yang pertama.

Perjalanan ke IB ni... hmm....perlu menempuh pelbagai ranjau, halangan dan rintangan.
Bukan kena kerabat bukit dan gunung atau menempuh paya bakau yang ada buaya atau jambatan 'kodong', tapi kesesakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkannya.
Kalaule ada
orkestra...

Bukannya jauh pun. Dari opis aku, lebih kurang 20 minit atau kurang. Tapi time konsert berlangsung tu,
waktu burung-burung KL  pulang kesarang apalagi... sabor ajelah.

Time aku gerak tu pun tak berapa cantik. 8 malam. Takkan nak pi awai plak. Nanti tak pasal-pasal...

Bayangkan, nak melepasi traffic light dipersimpangan Chan Sow Lin, Maluri, Pudu dan Alam Shah terpaksa menunggu lampu hijau bertukar sebanyak enam kali. Dua kali hijau yang pertama, langsung tak bergerak. Tak mesra pengguna langsung lampu isyarat nih.

Kalau tak silap, ado nam ke tujuh lampu isyarat dari opis aku nak sampai ke IB. Chisss.
Menghiburkan...

Makanan asasi

Dari Bulatan Kampung Pandan pulak, deretan kereta kearah Jalan Ampang dah kelihatan sayup-sayup
Saujana mata memandang dan saujana hati meradang.

Dan itu adalah fenomena biasa. Dah jadi makanan asasi.
Dari mana kereta-kereta tu datang dan kemana pulak depa punya destinasi aku pun tak tau.
Tapi memang cukup menyesakkan nafas bagi yang lalu sekali-sekala cam aku ni.

Diwaktu ini, anda pasti akan berkata "cheh! kalau naik motorsikal kan best".

Sejam atau kurang 10 minit lagi sejam. Itulah masanya yang tercatat sebaik sahaja stereng kereta diputar kesebelah kiri memasuki premis seni kebangaan negara itu. Alhamdullilah, sampai jugak akhirnya.

Azab kedua pun bermula. "Mana aku nak parking ni?".
Disaat ini hati akan berkata alangkah bestnya jika kereta anda boleh dilipat atau di compress.Atau "Kalau bawa Kancil senang sikit nak menyelit."

Bagi yang datang dari arah Jalan Ampang, sewaktu anda menuju ke bulatan Pahang untuk membuat
Sebelum memasuki terowong ini,
ada satu mamatyang menaikki motorsikal
dengan
marahnya
menendang  side mirror sebuah kereta
kerana menghalang laluannya. Kurang ajar betul.
Dah nampak orang bagi signal,
pelan-pelan la. Jem... semua hilang akal.

u-turn ke IB jelas kelihatan deretan kereta yang diletakkan dibahu-bahu jalan disekitar IB.

Jadi mental anda perlu bersiap sedia untuk menyiapkan kaki menapak. Jauh sikit atau banyak.
Kurang beberapa minit ke 9 malam, baru aku berjaya membuat side parking disatu bahu jalan. Lega.

Kalau mengikut waktu ditiket free yang aku dapat tu, show start kul 8.30.
Takpalah kalau Amy dah mula menyanyipun. Janji aku dah sampai.
Setelah beberapa minit, aku sampai dilobby dan suasana memang agak lenggang.

Mana pemuziknya?

Sebaik menunjukkan tiket ihsan pada petugas IB yang ramah itu, aku disuruh naik ketingkat tiga.
"Ait... tak start lagi, ini sudah bagus." Kataku sebaik melangkah masuk kedalam panggung yang hampir
penuh. Aku duduk dibarisan kedua dari pintu masuk.
Ditingkat tiga, viewnya agak tinggi. Aku taktau sama ada itu lokasi yang cukup strategik atau tidak.
Konsert yang sebelum ni, lepak bawah je.

Tepat 9.10 malam, pengacara mengumumkan bermulanya konsert iaitu selepas menyanyikan lagu
Kebangsaan.
Amy membuka konsert dengan beberapa lagu dari album solonya. Maaf. Tajuk lagu aku tak berapa hengat kecuali lagu Saat ku idamkan dan aku dah bosan.
Sewaktu beliau menyanyi, paparan grafik audio visual ditayangkan dilayar putih dan juga aksi dari
penari-penari dari IB.

(Aku tak gemor tengok orang menari-nari ni, semak mata. Bermonolog-monolog pun aku tak selesa.
Nyanyi aje dari mula sampai habis. Tak payah nok kecek-kecek segalo. Prop yang berbagai-bagaipun
kalau takde lagi bagusss... alahai)

Sound system memang solid. Kaki kepala bulih goyang.
Cuma aku rasa tidak puas. Atau impian tidak kesampaian.
Aku menjangkakan yang konsert ini akan diorkestrakan sepenuhnya. Tapi itu tidak berlaku.

Dan yang paling mengecewakan sedikit ialah barisan pemuzik tidak kelihatan diawal persembahan.
Itulah yang sebenarnya yang paling-paling-paling aku nak tengok.
Mereka hanya ditampilkan setelah sejam show berjalan iaitu pada pukul 10.30 malam bila Amy
menyampaikan lagu Mentari Merah Diufuk Timur.

Show yang dipersembahkan di IB pasti menarik jika di orkestrakan sepenuhnya.
Ramli MS pun pernah memberi komen mengenai hal ini sewaktu konsert Alam M.Nasir dulu.

Penghujung konsert Suatu Masa.
Kalau pemuzik ditonjolkan awal-awal kan best.Setakat ni show Black Dog Bone yang paling
enjoy beb...
Berbalik pada konsert Suatu Masa, ada dua lagu yang aku ingin sangat mendengarnya iaitu Isabella dan Fantasia Bulan Madu. Tapi....

Dah masuk pree pun tak pueh hati lagi ko?

Amy menutup konsert dengan beberapa lagu berunsurkan ketuhanan yang turut disertai
oleh sekumpulan pelajar-pelajar yang berpakaian putih.
Agak menarik penamatnya bila irama Fantasia Bulan Madu dialunkan, pentas pemuzik dinaikkan keatas dan Amy berjalan diatas titi meninggalkan pentas utama yang simbahi cahaya dan kepulan
asap seolah menuju kealam ghaib. Class.

Itulah Istana Budaya. Nak apa, nak buat lagu mana, macam mana mau semua boleh buat. Bergantung
kepada kreativiti sang karyawan@seniman
yang memilih Panggung Sari sebagai pentas
idaman mungkin sekali seumur hidup.

Itulah sebab kedua yang aku nak tengok.  Rasanya
banyak lagi ruang dan imaginasi yang boleh diteroka
dan di gali dipentas glamour berkenaan.

Kesimpulannya konsert ini, sekadar 'bole' la.
--------------------------------------
Bagus bagi aku kalau:
1. Pemuzik ditunjukkan dari awal
hingga akhir. Kat screen pun takpe.
2. Takdak prop... kerusi,katey dll.
3. Penari...wangwingsana-sini.
4. Seleksi lagu-lagu yg segar.
5. Banyakkan bunyian orkestra.
-------------------------------------

Dah itu konsepnya. Nak buat lagu mana.

"Kita yang terlena... hingga musim berubah...
mentari menyepi, bernyalalah api cinta..........

Feuuuwitttt.

--------------------------------

 LAWAK MASA BALIK.

Bila memandu, terutamanya diwaktu malam aku sedikit blur.
Jadi dalam perjalanan pulang tah mana-mana jalan aku masuk.

Walhal dah nampak jalan nak dituju tu.....

Akibatnya aku tawaf bulatan Kg. Pandan dua kali.

Makan angin disekitar Maluri dalam masa 10 minit.
Minyak baru isi, jadi takla risau sangat.


Puncanya salah masuk simpang nak ke Cheras.
Berdekatan Masjid Alam Shah aku pi kona sebelah kiri.
Ingat bulih keluwau kat depan Balai Polis Cheras.
Cheh! ropanya simpang depan satu lagi dekat Carefour.

Failweeetttttttt...





Ni maso tengok Konserto Black Dog Bone.
Anak panah kecik... Miki, aku disebelah dia dan Maro disebelah aku.

Eh anak panah besar... sapa plak tuh???

Khamis, 25 Mac 2010

REJECT SHOP 4

Kawen le dengan sesape pun,
JANGAN
dengan
ANAK ABUdah le...


REJECT SHOP 3

Boss lalu sekali, dia dok ralit bukak FB,
boss lalu sekali lagi, depa dok layan FB lagi,
boss lalu lagiii... hampa dok

asyik-maksyuk dengan menatang tu lagi.
Boss angin satu badan pi 'BLOCK', ... amik kau. 
Padan muko semuo. Mano nak lotak face?
Kat book takleh dah. Kat dinding tandas? 

Bas Ekspress, Drebar Press, Penumpang Stress, Penguatkuasaan Hekelehh, Syarikat Bas... kehkehkehh

... SUNGAI oh SUNGAI ...

1. Asal saja poket kembung, alam sekitar mereka lelong. Biar mati sungai,
jangan kering kantung. Saya melapurkan untuk tv Asteruk, hujan kalu siaran
buruk, lambat bayar... potong terusss...

2. Bang... bangg... abang buang masa kat sini takpe, jangan buang bayi kat sini dah ler...

3. ... dilembah sungai nan indah... treng teng tengg...

4. Nak nyanyi tengok dulu la sedara. Lirik tu kena ubah sikit... indah apa macam nih!

5. Sabar tuan-tuan.... sabarrr... Kilang haram ini terrrpaksa kita halalkan kerana
menjana ekonomi setempat dan memberi pulangan kepada kerajaan negeri.
Sungai mati takpe, kita boleh mandi kat PD, Sunway, Desa WPark. Tapi kewujudan
kilang-kilang ni amat penting tuan-tuan... bla bla bla bla

6. Yahoooooo.... Goooooogleee..... Mozila.... Picasaa.... andreandre.... yaribbaaaa....

7. Bla bla bla apa? BALA...BALA!

8. Boss.. boss tak takut ka, kena itu saman?

9. Haiyaa... kina saman satu, lua juta talak apa, bulih bayar maa. Jangan kina pinjala lo.
Satu hali pun manyak suwey ooo.

10. Apa lia olang atak tulis sana atas Sudin?

11. Allep...alepp tendang wau... SARKIS daa.. taukeh...

12. Dah la buta perut, huruf pun buta jugak!

13. Kita akan kaji, kita akan pantau, kita memberi amaran, jangan mencabar saya,
ahh.. itu kes terpencil.. kita terlepas pandang... kita akan memberi surat tunjuk sebab,
hmmm... kamu dimaafkan.

14. Dulu masa bapak kecik, bapa selalu terjun tiruk disini. La ni 'teruk' kalau bapak terjun.

15. Jom la David Bekam. Tadi kata nak berkubang sama.

16. Sorri le Tiger Wut, tak pasal-pasal putih badan aku berkubang kat sini. Mana ada
kerbau putih. Projek gajah putih adalaa...

17. Haiwan dan manusia sama saja. Buang merata-rata... tapi manusia ada otak...

18. Dulu pantang letak kail, ikan rembat... sekarang....

19. Ikan apa yang boleh hidup disini bah?

20. ... baru ku kenal bulan dan bintang... betapa indah dunia dipandang....  baru kukenal ibu
ayah adik abangggg....

21. Kalau parti saya menang next general election nanti, semua masalah berbangkit akan
selesai.... pasti selesaiii...

22.Insyallah.... kami akan pastikan riwayat politik YB selesai....







Rabu, 24 Mac 2010

REJECT SHOP 2

hampeh...teknikal error. nak lebih jelas, klik digambar.

INCOME-TAX: .... Dah kasi balik BORANG ko?

HANTAR PAKAI ON LINE LAGI CEPAT
TERLEBIH BAYARAN PUN DEPA BAYAR CEPAT LA NI
TAK BAYAR LANGSUNG, PENCEN NANTI AZAB MENANTI

DAH HANTAR?
BAGUIHHHHHHHH.
kalau kena bayar, jangan dok buat
HANGUIH!!

...............



Bila BANJIR melanda, kita kena cari PUNCA

Hujan oh hujan mengapa kau timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa, katak panggil aku...
Katak oh katak, kenapa kau panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku...
Ular oh ular, mengapa kau nak makan katak?
Macam mana aku tak makan... cheh! memang makanan aku!


Kata Ular dan Katak:
"HOII... KAMI TAKDE KENA MENGENA DENGAN INI GAMBARR! ERKQX


Sabtu, 20 Mac 2010

SEKETIKA ... bersama Sudirman

Siapa Sudirman?

Siapa yang tidak kenal dengan beliau?

Lebih-lebih lagi bila menjelangnya 1 Syawal, nada riangnya mengalunkan lagu Balik Kampung memang menambah-meriahkan suasana Hari Raya. Begitu juga dengan bait-bait lirik ini.... 'dalam dingin subuh, hatiku terusik....' nada suara beliau meruntun jiwa pada yang mendengarnya.

Yang tak kenal tu memang samtingrongsamwer.

Dia adalah legenda yang tiada gantinya setara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Namakan apa sahaja... dari penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon. Semuanya milik beliau.

Aku mula mengenali nama Sudirman dari jauh sebaik sahaja beliau merakamkan album pada tahun 1976 selepas menjuarai Bintang RTM pada 11 Ogos tahun yang sama.
Album mini yang berbentuk EP itu mengandungi empat lagu. Satu lagu yang aku masih ingat
dimuatkan dalam album tersebut berjudul 'Teriring Doa'.

Seterusnya album-album yang dihasilkan dibawah ini
meletakkan beliau ditahap 'satu dalam sejuta' yang mana
tiada penyanyi dulu, seangkatan dan sekarang yang mampu menandinginya.

Abang aku beli piring hitam
album ni masa aku darjah 5.


1978... Album Aku Penghiburmu.
1979... Album Perasaan
1980... Album Anak Muda dan Lagu Anak Desa
1981... Album Lagu dari Kota 
1982... Album Lagu Cinta dan Abadi
1984... Album Orang Baru dan Lagu dari Sebuah Bilik
1986... Album Orang Kampung
1987... Album Kul It

Perhatikan senarai album yang diterbitkan diatas. Perasan tak, mulai 1980 hingga 1984 dua album dihasilkan dalam setahun. Kelas gitu.

Tidak tersenarai sebenarnya, lagu-lagu beliau yang aku suka... kerana memang banyak. Kalau tak silap, lebih 168 buah lagu telah beliau rakamkan.

Secara peribadi, gandingan S. Atan dan Sudirman adalah yang paling aku suka sekali.
Begitu juga gubahan muzik terutamanya 'strings' oleh Oi Eow Jin dan Datuk Ahmad Nawab, memang class.

Chow... Chow... Chow Kit Road...

Pada 15 April 1986, Sudirman melakar sejarah dengan konsert percumanya ditengah bandar Chow Kit.
Aku adalah sebahagian dari puluhan ribu yang menontonnya.
Walaupun nampak 'kocik' yo, tapi sound system dia tidaklah mengecewakan. Tu yang aku bulih
stay sampai abis.

Diwaktu ini, aku masih bekerja di Amir Enterprise dan tinggal di rumah kedai di Jalan Genting Klang, Setapak bersama beberapa rakan yang jaraknya kepejabat kira-kira 50 langkah.

Depa tak berminat dengan konsert ni, jadik akupun lone-ranger. Bus stop pun depan rumah jer.
Itulah konsert pertama dan terakhir Sudirman yang aku tengok live. Yang lain-lain tu, aku cuma
tengok TV aje la.

Program Hari Raya FM Stereo

Tanggal 5 Mei, 1986 sewaktu tengah dok melopong takde kerja, abang angkat aku, Encik Din Osman menghubungi aku dipejabat.

Beliau bertanyakan samada aku berminat untuk menyertai satu program Hari Raya yang akan diterbitkannya menjelang 1 Syawal nanti.

Deadline dah lepas. Line clear. Missing in action le apalagi... jadi!

Menurut abang Din, rancangan ini berkonsepkan temubual artis dan peminat dan aku boleh memilih sesiapa artis yang aku inginkan tapi disekitar KL je.

'M. Nasir'. Comfirm. Itulah yang ada dalam kepala hotak aku. Lain artis takdak.
'Ok. Hang cari dia', nanti kita pi sana". Kata Abang Din sebaik sahaja aku mempersembahkan
nama artis 'phojaaaan hatey koo'.

Tapiii... hampeh betulllll. Naik lenguh aku dail, orang yang dicari tak ade. Mana dia pi taktau..
Entahlah labuuu... Lama-lama aku give-up.

"Bang Din, mamat Singapore tu takdak". Aku memberitahu Bang Din dengan nada agak hampa
dalam B minor 7.

"Takpa, jom ikut aku". Balas beliau sambil kami berdua berkereta ke Jalan Ipoh.

Melalui lorong-lorong dicelah bangunan yang dikiri kanannya ala-ala kilang kecil dan pejabat,
tiba-tiba mataku terpandang nama jalan disitu.

JALAN MURAI SATU... JALAN MURAI DUA...

Ait! macam familar je nama jalan ni. Macam pernah dengar je. Itu yang terlintas dikepalaku.
Bang Din kemudian memberhentikan kereta dan sekali lagi mataku terpandang sebuah nama
syarikat yang terpampang betul-betul dihadapan tempat kami berhenti itu.

EMI MUSIC (SDN) BHD.
Terlintas dihatiku. Sudirman. Ha ni la syarikat pring hitam yang menerbitkan album Sudirman.

Aku mengekori Bang Din yang membawa alat perakam menuju ke anak tangga syarikat rakaman
berkenaan. Aku tak ingat tingkat berapa kami naik. Langkah demi langkah kami atur, dan aku
semakin saspen.

Sebaik daun pintu dikuak, korang tahu apa yang aku nampak?
Sudirman berada ditengah-tengah lautan longgokkan kad-kad ucapan hari-raya dari peminatnya.

Ada sesi fotografi rupanya.
Berbagai aksi dan gaya beliau posingkan sambil dilimpahi dengan lampu-lampu yang
terang benderang.
Dengan pakaian Kebangsaan yang beraneka warna, aku menjangkakan hasil fotografi berkenaan
memang menarik dan meriah.

Sambil menunggu sesi fotografi yang mungkin memakan masa, kami dipelawa kesebuah
bilik dimana aku nampak komposer Fauzi Marzuki dan Miss Beh sedang berbual dan mereka keluar tidak lama kemudian selepas kami berdua masuk.

Bang Din memang dikenali dipejabat EMI ini kerana dia diantara komposer dan penerbit  yang bertanggung jawab membawa Sudirman menjadi artis rakaman.

Majalah aku yang tidak sempat
aku berikan pada Allahyarham.


Aku didalam bilik agak blur. Apa soalan yang aku nak tanya Sudirman nanti. Soalan untuk M. Nasir
memang ada. Banyak pulak tu. Tapi dengan...

"Assalamualaikum". Salam dari Sudirman menghalau keserabutan aku, tapi mengundang
gemuruh pulak.

Selepas bersalam, Abang Din dan Sudirman berbual. Aku tak ingat apa butirannya sebab kepala
aku tengah berpusing macam gasing memikirkan apa soalan yang aku nak mula dulu.

Aku tanya dia jawab dan ralat

Akhirnya sesi soal jawab antara aku dan Sudirman bermula.
Ada beberapa soalan yang aku lontarkan dan dengan selamba dia jawab. Memang beliau seorang
yang bijak, berkarisma dan aku cukup kagum dengannya. Kena pulak kami berdua berkongsi tarikh lahir yang sama, tahun lain-lain.

Maaf. Aku tak berapa ingat jenis soalan yang aku tanyakan. Tapi yang paling aku ingat
ialah soalan dibawah ini.

"Bang Sudir... kalau macam sa..sa...saya nak hantar lagu kat abang Sudir, abang terima tak". Kataku
dengan bibir yang menggeletar dan muka separuh biru dan hijau bercampur malu dan segan.

Ini jawapan beliau. " Err.. boleh... kalau kena dengan konsep.... bla.. bla... boleh dipertimbangkan... cubalah....bla..bla". Lebih kurang gitulah.

Hampir sejam kami disitu, selesailah misi dan program Hari Raya tersebut.
Sayang sedikit kerana gambar kenangan tidak dirakamkan. Kamera tikam pun takde apalagi
kamera betul.


Program ini disiarkan pada Hari Raya ketiga di siaran FM stereo.  Comfirm aku tak dapat dengar
sebab ada kat kampung. Lagipun siaran ini disekitar Lembah Kelang sahaja. Cheh! (FM stereo kemudian dikenali dengan nama Radio Muzik.)

Cuma selepas pulang ke KL, ada mamat yang turut terlibat dalam program ni (tapi dengan artis
lain) memberitahu siaran ini telahpun keudara seperti yang dinyatakan diatas.

Aku juga merasa ralat kerana tidak sempat memberi naskah kartun MAT SCRAMBLER aku kepada
beliau, walaupun telah digulung untuk diposkan.

Sebenarnya lagu yang aku 'angan-angankan' untuk diberikan kepada beliau telahpun siap pada waktu itu bersama liriknya yang panjang. Tajuknya juga sama iaitu... MAT SCRAMBLER.

Mungkin rasa rendah diri begitu tebal menguasai diriku menyebabkan 'hasrat hati'  terbantut.

Engkau tiba bagaikan pelangi...

22 February 1992,  Sudirman kembali kerahmatullah  dengan membawa bersama kebaikkan dan jasa yang tidak ternilaikan yang telah ditaburkannya.

Pemergiannya memang dirasai dan tiada berganti.
Semuga roh beliau ditempatkan bersama roh para salihin. - AL FATIHAH

Seketika.... bersama Allahyarham Sudirman... memang tidak akan dilupakan.

Jumaat, 19 Mac 2010

PTPTN... nak bayar hutang... nak bayar parking

Hari isnin dan selasa lepas mungkin menjadi hari yang paling sibuk bagiku dalam bulan mac ini.

ISNIN-15.3.2010:
Membawa adik iparku,M, bekas penuntut Uitm Shah Alam yang datang dari Kedah untuk menyelesaikan beberapa permasalahannya berkaitan PTPTN diJalan Semantan.

Jalan Semantan? Macam pernah dengar. Tapi masih blur.

Bukak google map. Siap print. Ooo baru tahu kat situ. Tapi sampai sana 'poning den'.

Dari Kajang jam, bertolak hampir 10.00 pagi dan tiba disana lebih kurang 40 minit kemudian.
Tapi belum sampai kepejabat PTPTN lagi. Dok melilau mencari Wisma Chase Perdana yang menjadi
'tabung' para pelajar berpejabat disitu.

Turut serta dalam rombongan pagi itu ialah anak dan isteri aku, dua adik ipar serta Mak mertua.

Terlajak sana-sini, pusing balik, kepala dok melangut, mata dok kalut, mulut dok merungut akhirnya
baru ternampak kelibat wisma berkenaan. Nun dihujung sekali.

Masalah. Kat mana nak parking? Dengan kawasan persekitaran yang sesak. Dikiri bahu jalan, dirusuk jalan semuanya full.

Akhirnya aku masuk parking kat dalam salah satu bangunan disitu. Senang cerita. Ada tertulis di resit itu bahawa bayarannya RM6 untuk sejam yang pertama. Tambah lagi 3 hinggit bagi jam yang berikutnya.

Aku dok perati, rupanya banyak tempat yang dijadikan kawasan meletak kereta dikebanyakkan bangunan disitu.  Ini macam bisnes baru banyak untung.

Kami kemudiannya menapak dari tempat parking ke Wisma Chase Perdana. Boleh tahan jugak.
Hampeh betul. Rupanya ado jalan masuk kesitu. Kena naik bukit sikit. Dek signboard nya macam hampeh
kecik bonar, jadi aku yang rabun itik ni tak nampak le.

Banyak juga syarikat beroperasi diWisma ini termasuk satu syarikat minyak. Sewa ke beli taktaula.

Pejabat PTPTN sendiripun ada dimerata tingkat diWisma ini.

Anak aku berikrar tidak akan meminjam wang PTPTN bila belajar
di U suatu hari nanti selagi mereka tidak berpindah dari daerah
6 ringgit sejam sambil memberi amaran pada ayahnya agar tidak
'mencilok' duit simpanannya.

Ditingkat bawah pejabat PTPTN, selepas adik iparku menjelaskan tujuan kedatangannya sejauh 450 kilometer beliau kemudiannya diarahkan petugas disitu ketingkat 6.

Ada dua tiga pelajar yang sedang berurusan ketika ini. Nasib baik.

Ditingkat 6, selepas sesi soal-jawab hampir 40 minit antara adik iparku dan kakaknya dengan petugas dikaunter, beliau diarahkan pulak ketingkat 11 iaitu dibahagian akaun.

Semakin ramai pelajar yang datang. Kerusi menunggu hampir penuh. Nasib baik kami cepat.

Aku sempat mengerling jam ditelefon bimbit 'belekmari' murah aku. "Dah sejam dah ni parking".

Ditingkat 11, penantian agak lama hingga mencecah waktu makan tengah hari depa. Sempat juga aku turun ketingkat satu dengan anak aku yang boring gila membeli sesuatu untuk dimakan dikedai mini disitu.

Pukul satu lebih urusan selesai.
Jalan-jalan disitu semakin sibuk dan kalut.

Berapa parking yang aku kena bayar? Entah. Aku bagi not 50, dia bagi balik belen, aku kasi kat bini aku. Sebab duit dia...keh keh keh. Tapi rasanya lebih dari RM10....

Sampai diruang udara Kajang hampir 2 petang. Singgah makan disatu restoran di Saujana Impian sebelum pulang. Adik ipar belanja.

Balik rumah. Bersiap pulak untuk ke Hospital Serdang.

Hospital Serdang?

Sepupu isteri aku yang bekerja diPD dimasukkan kehospital itu pagi tadi kerana  paru-parunya bermasalah. Beliau sebelum ini dirawat diHospital PD.
Atas beberapa faktor, beliau dikehendaki menjalani pembedahan segera yakni pada hari ahad untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Hospital Serdang... kelas gitu.
Sementara menunggu keluarganya tiba dari Kedah, kami perlu menemaninya walaupun  sekejap.
Aku, isteri dan mak mertua sahaja yang pergi melawat. Anak aku dan maklangnya dah pening kepala untuk berjalan.

Dekat sahaja Hospital Serdang dengan rumah aku. Kira-kira 25 minit sampaila. Tapi mengambil masa juga nak mencari parking. Cheh! parking lagi. Tapi kat sini free.

Seperti diJalan Semantan, diHospital Serdang pun 2x5 jugak.  Atas divider pun depa kerabat. Dekat signboard kereta akan ditunda pun depa tak peduli. Yang sebenarnya, mana-mana hospital pun, inilah masalahnya. Never ending story.

Akhirnya, aku terpaksa parking diluar hospital.

4.30  petang gate dibuka, ramai celapak masuk. Heran jugak aku, apa pasai depa kelam kabut nak cepat. Rupanya nak naik lif pun satu hal.

Sepupu bini aku tu, N, ditempatkan diwad 6F yang mempunyai 4 katil.
Dari pemerhatianku, Hospital Serdang mempunyai prasarana kelas 1. Nampak tenang, selesa dan mendamaikan. Tapi para pesakitnya taktaula...

Di wad itu cuma N dan seorang makcik. 
Kesian juga tengok N. Orangnya muda lagi, baru 26 tahun. Semoga dia cepat sembuh doaku.

Isteri dan Mak mertua aku dok melayan dia bersembang. Aku tengok je le. Beberapa kali aku ke tepi tingkap melihat pemandangan indah dari tingkat 6. Dari jauh nampak sayup-sayup bangunan KLCC.

Hampir jam 6 petang kami meminta diri dan memintanya tabah untuk memasuki bilik pembedahan keesokkan harinya.

Laaa.... malam itu dirumah, cerita pasal PTPTN tak setel lagi antara isteriku dan adiknya. Aku pun pening dengar angka itu, angka ini. Sampai 1,2 pagi depa berdua dok berdiskus sambil menyemak dalam website.

Sah besok kena pi Jalan Semantan lagi. Sebut Jalan Semantan aku teringat parking 6 ringgit tu.

SELASA 16.03.2010:
Keesokkannya kami ke pejabat PTPTN lagi sambil on the way menghantar kedua-dua adik ipar kestesen bas untuk pulang kekampung. Mak mertua dan anak aku tak ikut. Tension semalam belum hilang lagi.

Kali ini situasi lebih mudah. Sebab semalam dah datang. Masuk parking dibangunan Wisma tersebut dengan senyuman mesra penjaga parking yang aku rasa bukan warga Malaysia.

Sama juga. Sejam 6 ringgit kat sinipun.

Aku lepak dibawah. Mereka bertiga ketingkat 6. Terasa boring, aku pergi kekantin yang terletak ditingkat 2. Peh... pemandangan menarik KL dapat dilihat dari sini. Kamera terlupa bawak pulak. Ciss.

Baru beberapa hirupan tongkat ali panas, isteriku menelefon. Urusan selesai katanya.
"Cepat pulak siap...hmm tunggu kat bawah", kataku sambil menghirup lagi minuman yang berharga RM1.80 ini hingga tinggal 2cm dari dasar gelas.

Bayar parking RM6 walaupun tak mencecah sejam. Ini macam hari-hari taukeh boleh demam.

Seterusnya, urusan kedua iaitu ke setesen bas. Pudu Raya atau Hentian Duta.
"Hentian Dutalah", dekat sini je kataku dan semua bersetuju.

DiHentian Duta kira-kira 10 minit dari Wisma Chase agak ramai juga penumpang yang menunggu bas untuk kedestinasi masing-masing. Parking disini ikut nasib, tapi hari ini nasib agak baik.

Selepas membeli tiket mereka bertiga menjamu selera dihentian itu. Aku tengok je, sebab tadi dah pekena. Kemudian kami meminta diri kerana perlu ke Hospital Serdang lagi.

Sampai dirumah, selepas bersiap lebih kurang kami bertolak ke Hospital Serdang.

Didepan hospital, aku turunkan isteri, anak dan mertua. Sementara aku pusing tujuh keliling mencari parking. Full. Lebih teruk dari semalam.

Akhirnya setelah meninjau-ninjau sebelah wad pakar, dapat juga menyelit disitu setelah sebuah kereta kebetulan keluar. Lega. Serentak dengan itu bunyi mesej masuk ke handphone aku.

"Sofiya tak boleh masuk". Mesej dari isteriku. Memang kat sini strict sikit. Kat Hospital lain kadang-kadang budak-budak boleh masuk.

Aku menapak kelobby hospital. Ramai pelawat dan budak-budak yang dilarang masuk berkeliaran dan mundar-mandir disana-sini.

Isteri dan mertua kemudiannya ke wad, aku dengan anakku kona kekantin. Perutpun dah berbunyi. Time makan tengah hari rupanya.

Ramai pengunjung keluar masuk dari kantin yang menawarkan berbagai jenis makanan dan lauk-pauk.
Harganyapun berpatutan.

Aku membelasah sepinggan megi goreng yang dicampur kacang panggang dan daging serta segelas teh tarik. Manakala anak aku mengenyangkan perutnya dengan sebekas bubur nasi dan dipusingan kedua memesan sepinggan kentang goreng bercampur makaroni. Off course, aiskrim dipusingan ketiga.

Tidak lama kemudian isteri dan mertua serta ibubapa kepada sepupu isteri, N, turun kekantin. Makan.

Kami kemudian pulang berenam dalam satu kereta keKajang hampir pukul 2.
Ibu-bapa N, yang kami panggil Paknjang itu turut sekali kerana ingin berehat sambil ingin memerhati
lokasi perjalanan dari hospital kerumah kami. Keretanya ditinggalkan ditempat parking hospital.

Keadaan N yang baru dibedah dilapurkan stabil dan telahpun sedarkan diri.

Selepas asar,  aku menghantar Paknjang serta isterinya kembali kehospital. Aku tidak masuk. Cuma memberhentikan kereta didepan hospital dan memerhatikan mereka melangkah perlahan masuk untuk menemani anak tersayang.

Dari jauh mereka datang. Turut dibawa seekor ikan haruan hidup yang sederhana besarnya untuk dibuat sup. Kata orang, ikan haruan cepat menyembuh luka akibat pembedahan. Gitulah kasih ibu dan bapa kepada anak. Tidak pernah surut.

Dan dalam dua tiga harini, keluarga N berulang dan bermalam kekadang dirumah aku dan dihospital sehingga tahap kesihatannya beransur pulih.

Kami sekeluarga cuma mampu berdoa agar N segera sembuh dan cepat mendirikan masjid bersama gadis pilihannya dari Lukut, Negeri Sembilan. Mereka bertunang tahun lepas.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan buat PTPTN pulak, bagi aku... ada baiknya mereka mencari lokasi yang lebih mesra pelajar.
Kesian ooo. Nak parking cukup seksa. Nak mencari parking amat menyeksakan.
Parking sejam kena 6 ringgit. Parking 6 minit pun kena 6 hinggit. Parking 6 saat pun tetap 6 linggit.
Parking kat luar, takut kereta kena angkit.

Dunia, dunia... meniaga parking lebih baik dari meniaga unta. WOWWWW! 
(- usin lempoyang, penjaga parking di Damansara)

Jumaat, 12 Mac 2010

POSTER KEPENGGUNAAN - 2008




POSTER main-main.
IDEA main-main.
LAST MINUTE bukan main.

POSTER ini dibuat
untuk mencukupkan
bilangan.

AKU nak hantar
kepada pihak penganjur
tiga keping.

Ini yang ketiga.

Alhamdulillah...

...INILAH HASILNYYA...



REJECT SHOP 1

Mengenai kehandalan dreba bas ekspress melesit dilebuhraya....

Khamis, 11 Mac 2010

Pesta Lagu Malaysia ke 6 - RTM




KHABAR DARI SINI

Ibuku sayang
apakah khabarmu
doa dari anakmu
agar engkau
bahagia selalu
restumu kuharapkan
agar hidupku terus aman...

Oh ibu kiniku berjuang
ditengah arus yang kencang
oh ayah apa nak kukata
mereka tak pernah setia

Hilang jujur kata
sikap mulia bahasa
kini jadi buruan
harta dunia
dan kebendaan
sifat budi mulia
kini hilang terus dilupa...

Disini aku
bersama puisiku
menceritakan tentang
arus hidup metropolitan
nilai kemanusiaan
lenyap sudah ditelan intan...

Penyanyi: Julie Sudiro
Iringan: Kombo RTM


-----------------------------------------------------------------------------------

Nostalgia disebalik lagu ini


1986. Kira-kira 24 tahun yang lalu. (Peh! lamo bebeno) aku baru setahun lebih menyertai Amir Enterprise. Syarikat kepunyaan Allahyarham Pak Harun Hassan  diwaktu ini baru berpindah ke Jalan Genting Kelang, Setapak dari Damansara Utama.

Syarikat ini menceburi bidang penerbitan seratus peratus. Yakni dari beratus judul novel, buku masakan, agama, majalah hinggalah ke akhbar mingguan dan harian. Melalui anak syarikatnya juga, beberapa judul filem popular turut dihasilkan.

Aku ditempatkan di Majalah Kisah Cinta yang dipimpin oleh Kak Webah bersama segerombolan sidang redaksi. Off course aku yang paling junior.

Semasa di syarikat ini, minat aku dalam bidang penciptaan lagu semakin mendalam. Idea mencurah-curah, melimpah-limpah... tak kiralah idea gred B,C atau A-.

Walaupun kawan-kawan yang berada disekeliling berbeza minat, namun hobi yang satu ini tetap diteruskan samada karyaku di'bakulsampah'kan atau di'lori ikan'kan.

Okay... itu baru latar belakang ringkas.

Suatu hari ketika sedang ralit membuat layout majalah, tiba-tiba Don seorang pemandu syarikat yang kebetulan berada disitu memanggil.

"Man... telefon".

"Assalamualaikum. Encik Osman."

Kedengaran suara lelaki yang agak asing ditelefon.
Selepas salam berjawab, sipemanggil memperkenalkan dirinya.

"Saya Harun Hanafiah,  dari Unit Hiburan Radio. 
Encik ada masuk pertandingan Pesta Lagu Malaysia hari tu kan?"

"Ya" jawabku pendek dan dengan sedikit debaran dihati.

"Tahniah! lagu encik berjaya ke peringkat separuh akhir."

Ayat terakhir dari penerbit rancangan itu membuatkan aku hampir nak melompat. 
Tapi mengenangkan ramai abang dan kakak senior termasuk anak boss yang turut berada disitu, jadi kontrol excited sikit. 

Sebagai tanda syukur, aku yang kebetulan ada sedikit 'fulus', membasahkan tekak mereka dengan membelanja mereka minum. Mereka pun terpinga-pinga sebab musabab 'kenduri kecil' yang aku buat itu dan aku pun tak cerita. Baru semi-final. 
Kalau final baru bulih bikin 'hingaq' sikit.

Antara yang diberitahu oleh penerbit berkenaan sewaktu panggilan tadi ialah lagu aku tersenarai dalam 32 lagu yang layak keperingkat separuh akhir dari sejumlah hampir 483 lagu yang mereka terima.

Dan menurut  beliau lagi, dari 32 lagu ini hanya 10 yang terbaik akan keperingkat akhir.

Kesemua 32 lagu tersebut akan disiarkan diradio dalam empat rancangan iaitu lapan lagu setiap rancangan yang akan keudara selama empat minggu.

Menanti hari lagu aku yang dijadualkan disiarkan pada minggu ketiga terasa amat lama.
Bukan apa, cuma aku hendak tahu macam mana bunyinya bila sudah digubah, siapa yang akan menyanyikannya dan berbagai lagi yang bermain difikiran. Almaklumlah ini suatu yang baru dalam hidupku.

Aku bercadang untuk merekodkan setiap lagu yang tersiar di keempat-empat rancangan ini walaupun ada masalah untuk mencari kaset kosong. Hendak beli lagi masalah. Faktor fulus altak lulus. Gaji kocik. RM450 sebulan. Tolak 'gedeban' @ advance yang diambik tengah bulan, tinggal le cipott.

Akal mesti panjang. Aku cari balik kaset-kaset lama yang didalam simpanan. Tanya kengkawan wartawan hiburan yang ingin menderma kaset yang dah sezen dan akhir dapatlah jugak stok untuk rakaman nanti.

Kaset-kaset ini aku 'erase' isinya biar betul-betul kosong.

Dengan menggunakan kaset player yang entah sapa tuannya tu, akhirnya kesemua 
32 lagu-lagu tersebut dapat aku rakamkan walaupun tidak sepenuhnya yakni cuma separuh lagu sahaja.

Hingga kehari ini, selepas 24 tahun lagu-lagu dalam kaset itu masih berkeadaan baik.

Bangga jugak aku bila mendengar lagu sendiri keudara diradio. 
Senyum sorang-sorang juga dua tiga minggu.

Bila keputusan lagu-lagu yang layak keperingkat akhir diumumkan diakhir rancangan siaran minggu keempat, dua tiga hari jugak mood nak bekerja hilang. No rezeki, cuba lagi.

Final pertandingan ini aku menontonnya dikaca tv dikampung... bercuti daa. 

Pemenangnya Mathias Francisco Harry Gomez dari PJ. Lagu beliau berjudul 'Cinta hatiku' disampaikan oleh Liza Aziz. Memang bagus lagu itu.

Walaupun gagal keakhir, aku berbangga jugak sebab dapat sebaris dengan beberapa komposer baru dan lama yang turut menyertai pertandingan ini. Antaranya Dato' Mokhzani Ismail, Pengarah Muzik RTM sekarang, Ramlan Harun, Abbas Bakar dan ramai lagi. 

Aku amat berterima kasih pada abang angkatku, Encik Din Osman yang banyak membantu mengajar dan memberi nasihat secara ringkas mengenai penciptaan lagu.

Walaupun sering kesuntukkan masa, beliau tidak pernah lokek menjawab setiap kemusykilan dan sering membantu bila diperlukan.

Pengalaman beliau dalam bidang penyiaran dan muzik amat aku kagumi, namun tanggungjawab yang berbeza membuatkan aku tidak banyak dapat menimba ilmu dengan beliau.

.....det sol.....


Keratan Akhbar Utusan Malaysia
bertarikh 5 november, 1986
mengenai pertandingan tersebut.


 

Rabu, 10 Mac 2010

antara SEDEKAH dan SEDIH KAH...

BABAK 1

SEORANG lelaki pergi  kepasar malam berhampiran rumahnya untuk membeli barangan keperluan harian dan juadah untuk makan malam bersama anak perempuannya yang berusia sembilan tahun.

Di Pasar Malam, mereka  mula melakukan tawaf  sambil mata melilau mencari apa yang hendak dibeli. 

Dalam proses mencari dan membeli mereka ternampak wakil  dari sebuah rumah anak yatim yang menunggu di tong derma masing-masing dicelah hiruk-pikuk jeritan sipenjaja dan orang ramai yang lalu-lalang bersesakkan sambil mengharapkan insan-insan yang bermurah hati menghulurkan derma ikhlas.

Si ayah menyeluk saku dan memberikan kepada anaknya seringgit untuk dimasukkan didalam tong derma.

Wakil rumah anak yatim kemudian memberikan sekeping poskad yang memaparkan latar belakang serta gambar rumah anak yatim tersebut sambil mengucapkan terima kasih.
 
Sebelum pulang kedua-dua beranak itu kemudian singgah disebuah gerai ditepi pintu masuk ketapak pasar malam tersebut dimana beberapa anak muda berambut perang sibuk melayan pembeli.


BABAK 2

" Kita tengok cerita Avatar pulak"  kata si ayah yang baru selesai  menonton filem Hurt Locker  sebaik selesai makan malam tadi

"Horeyyy" jerit si anak.

 " Berapa cerita awak beli tadi  kat pasar malam?" Tanya si isteri yang lebih gemar menonton cerita Indon.
"5" pantas berbaur gembira balas sisuami kerana kualiti gambar agak baik.

"1 vcd berapa hinggit?" soal isteri lagi  bak pegawai SPRM yang mengasak pencuri balak dihutan simpan.
"7rm sekepin... tu pun kurang singgit tadi, kalau tak nak beli 6"... balas si suami  yang sedikit terganggu dengan soalan itu kerana cerita sudah hendak bermula.

"Kurang seringgit? sebab apa? tanya si isteri lagi ingin tahu.

"SERINGGIT ayah sedekahkan kat tabung anak yatim, ayah beli vcd semua TIGA PULUH LIMA ringgit!" pantas si anak menjawab kerana dia menyangka ada unsur-unsur soalan matematik yang ditimbulkan oleh kedua-dua ibu bapanya.

...tamat....

.... Illustrasi berlagu.... (konon)


Illustrasi 'cikai'  ni dihasilkan pada tahun 1989. 

Lama tu. Nasib baik elok lagi, jadi aku bulih 'upload' bikin tambah
kesemakkan di blog ini. 

Disebalik terhasilnya illustrasi ni takde apa-apa kisah atau  tragedi yang melanda Asia mahupun dunia Arab, atau dirantau Balkan apatah lagi di Rantau Panjang dan di Rantau Abe.

Ia cuma sekadar mengisi masa yang terluang selepas habis deadline kerja. Diwaktu ini aku bertugas di akhbar Mingguan
Wanita yang beroperasi di Jalan Genting Kelang, Setapak.

Kena pulak tengah melayan petikkan gitar solo Zul adik sifu dalam lagu 
yang dipetik dari album Duit, kumpulan Kembara.

Memang menangkap. 

'Harapan Terakhir', lirik lagu yang menghiasi illustrasi aku kat atas tu.
Lagu dan senikata ciptaan sifu sendiri.

Lagu ni turut diselitkan dalam filem Kembara Seniman Jalanan iaitu
satu-satunya filem Melayu yang aku bayar untuk menontonnya.

..... det sol .....








Selasa, 9 Mac 2010

HADIAH MISTERI NURUL SOFIYA




NURUL SOFIYA NAMA DIBERI,
CAHAYA YANG JERNIH ITU MAKSUDNYA,
MENDAPAT AKHIRNYA HADIAH MISTERI,
KERANA BERJAYA SEMPURNAKAN PUASA...

MENDAPAT AKHIRNYA HADIAH MISTERI,
KERANA BERJAYA SEMPURNAKAN PUASA,
CUMA TERTINGGAL SATU HARI,
SEBAB SAHUR TIDAK TERJAGA...

CUMA TERTINGGAL SATU HARI,
SEBAB SAHUR TIDAK TERJAGA,
JAM LOCENG TIDAK BERBUNYI,
REMINDER HANDPHONE PUN SAMA JUGA...

JAM LOCENG TIDAK BERBUNYI,
REMINDER HANDPHONE PUN SAMA JUGA,
TIDAK PUASA HANYA SEHARI,
BARU BELAJAR TIDAK MENGAPA...

TIDAK PUASA HANYA SEHARI,
BARU BELAJAR TIDAK MENGAPA,
HADIAH MISTERI TETAP DIBERI,
WALAU HARMSTER SEPASANG CUMA...

HADIAH MISTERI TETAP DIBERI,
WALAU HARMSTER SEPASANG CUMA,
YANG PENTING INGATKAN ILLAHI,
WALAU DIMANA SAJA BERADA...
Di Pondok Nenek ...

YANG PENTING INGATKAN ILLAHI,
WALAU DIMANA SAJA BERADA,
SEMOGA HIDUP KITA DIBERKATI,
KELAK SENANG BILA DISANA...

SEMOGA HIDUP KITA DIBERKATI,
KELAK SENANG BILA DISANA,
JANGAN LUPA NASIHAT INI,
BERSAMA KITA HIDUP BAHAGIA...

JANGAN LUPA NASIHAT INI,
BERSAMA KITA HIDUP BAHAGIA,
HADIAH MISTERI TAHUN INI,
LAGI MENARIK LAGI ISTIMEWA.

MAJALAH KARTUN PERTAMA

 Nak bubuh byline rasa segan... cheh!



 



TIDAK keterlaluan dikatakan, sesiapa jua yang menceburi bidang kartun
samada secara sambilan atau menjadikannya satu kerjaya pasti menginginkan karyanya dibukukan.

Begitu juga aku.

Alhamdulillah hasrat hati tercapai setelah hampir setahun lebih mencari rezeki diIbu kota.

Mat Scrambler. Ya itulah tajuk yang aku pilih dan boss-boss ditempat aku bekerja menyetujuinya maka lahirlah naskhah kebangaan aku ini. (waktu tu le-la ni malu nak tengok)
Aku baru berusia 20 tahun lebih, bilamana karyaku ini dicetak dan diedarkan diseluruh negara pada tahun 1983.

Ramai kawan-kawan aku yang kini lebih berjaya dan dikenali sebagai kartunis popular berbanding aku masih lagi dibangku sekolah pada masa mamak memanjat kerusi sambil
menggantung berbagai majalah hiburan dan kartun termasuk Mat Scrambler di kedainya.

Antara mereka ialah kartunis berbakat Maro (Mamak Cybernya), Kazim (Usik-usik) Dee (Hallo Boss) Nuek (Din Berger) dan Alin. Kartunis Miki..mmh.. aku tak pasti pula, sebab dia lebih veteran dari aku dari segi usia... tapi rasanya, aku lebih dulu menari digelanggang kartun. Rakan yang lain seperti Acai, Armus dan Piza... aku tak pasti. Maaf. Nama-nama yang disebutkan disini adalah berlegar disekitar akhbar dan majalah kumpulan Utusan aje.

Ahhhhhhhhhhhh... tak kisahlah sapa dulu dan kemudian. Sapa rajin dialah berjaya.

Majalah Mat Scrambler ini dicetak hampir 15 ribu naskah. Ok le tu. Akupun baru nak menapak dibidang ini dan belum begitu dikenali dikalangan peminat-peminat kartun tanahair.

Jualannya tidaklah mencapai tahap 'box office', tapi naskah 'return' yang aku nampak
takla banyak sangat. Kira untuk test market boleh dikatakan berjaya.

Diwaktu ini kartunis yang tengah 'best seller' tidak termasuk Lat ialah Nan.
Koleksi Din Teksi karya karunis Nan tengah hangat dipasaran waktu ini.
Lat jangan ceritalah. Dia pada waktu itu pun dah menjadi legenda.

Majalah Gila-Gila juga pada waktu ini sedang melalui zaman kegemilangannya. 
Depa punya kartunis memang tengah glamour habis.
Tapi kartunis-kartunis seperti Ujang, Asan dan beberapa pelapis baru belum 
muncul lagi. Mungkin masih di alam persekolahan.
 
Dek kerana rasa rendah diri pada waktu itu, aku tak masukkan byline nama aku kat depan cover Mat Scrambler. Terasa amat kerdil sungguh jika nak dibandingkan dengan 'mereka-mereka' yang berada di 'Jalan Pantai Baru' dan di jalan-jalan lain pada masa itu.

Walhal majalah ini bukan langsung saingan mereka. Ianya dari pelukis tidak ternama dan masih teraba-raba mencari ruang untuk bertapak diarena perkatunan.

Tapi dalam dok merendah diri, aku masih diberi peluang untuk menghasilkan karya seterusnya. Aku masih ingin mengekalkan nama Mat Scrambler.
Dan selepas berhempas pulas berfikir tajuk 'Pahlawan Mat Scrambler' dipilih.

Terlupa aku untuk menerangkan dimana aku bekerja waktu ini. Ianya sebuah syarikat penerbitan yang terletak diTaman Keramat. Syarikat ini menerbitkan majalah sukan 'LIGA' iaitu berkisar kepada sukan bolasepak dalam dan luar negara.

Pada mulanya, aku bertugas sebagai kartunis sepenuh masa disini. Tetapi kemudiannya beralih arah kepada bidang rekabentuk grafik, tapi tang melukis kartun tetap juga melukis.

Berbalik kepada projek baru  majalah 'Pahlawan Mat Scrambler', ada kisah suka dan duka jberlaku sewaktu dalam proses pembikinannya.

Aku mengusulkan cadangan kepada big dan small boss yang aku ingin menyiapkan karyaku ini di kampung. Dengan kata lain, aku ingin memohon cuti tanpa gaji selama sebulan.

Tanpa disangka mereka meluluskannya dengan beberapa syarat yang diperlu dipenuhi.

Okay no poblem... dan aku pun pulang kekampung dengan bagasi yang besar dan tanggungjawab yang berat.

Melompat sakan aku kat kampung dapat berjumpa dengan mak bapak. Makan beres.
Hulala sana hulalu sini... satu kerjapun belum berjalan. Lagi dua minggu tarikh aku perlu pulang ke KL, baru terhegeh-hegeh, kelam-kabut nak memulakan kerja.

Pagi, petang, siang dan malam... hingga kehari terakhir dikampung, kerjaku belum boleh dikatakan selesai sepenuhnya. Satu pelanggaran perjanjian telahpun berlaku seperti yang telah pihak syarikat tetapkan padaku sebelum mereka memberi keizinan untuk bercuti selama sebulan.

Aku pulang ke Taman Keramat dengan kerja yang tak siap dan hasilnya Big boss amat kesal dan hangin satu badan dengan aku.
Akibatnya gaji aku ditahan separuh bayaran. Gaji aku pada waktu itu ialah RM315.00 dan bayangkanlah berapa den dapek. Padan muka aku.

Angin boss mula berpindah kepada aku dan dengan jiwa yang tertekan, muka yang mencuka aku terpaksa menyiapkan segala-galanya hingga selesai.

Bila sudah selesai diperingkat aku yang meliputi penyediaan muka depan, dialog yang bertaip dan beberapa proses teknikal maka ia disemak oleh pengarang majalah LIGA untuk memastikan kesalahan ejaan dan lain-lain tidak berlaku.
Kemudiannya 'anak kedua' aku dihantar untuk proses pemisah warna dan sekaligus dicetak.
Dari sinilah bermula kisah dukanya.

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (aku menangis dulu).

Aku menunggu sekian lama, tapi majalah tidak dicetak. Aku bertanya pihak dipejabat, begini kisahnya. Dan dipihak syarikat percetakkan begitu kisahnya.
Lama-lama cerita sebenarpun terbongkar.

Ini je yang ada. Isinya tersangkut di
printing Jalan Klang Lama. 
Sebulan lebih punya keringat nak 
menyiapkannya menjadi sia-sia.
Rupanya antara syarikat aku bekerja dan syarikat percetakkan terbabit
mempunyai masalah  mereka sendiri yang tak dapat aku nak jelaskan disini.
Aku pun malas nak ambik tau. Itu depa punya pasai.

Yang menjadi mangsa akhirnya karya aku.
Apa boleh buat. Nasib badan.
...................................

Menunggang scrambler pinjam disekitar 
Jalan Enggang Timur 7, Taman Keramat
memberi banyak ilham selain menyusutkan petrol

motor kawan.


Korang nampak bas kat belakang tu?
Bas ni pi Alog Stag. Kalau aku nak
balik kampung, aku naik dari sini kePudu Raya.
Balikpun terus direct ke sini. Best.