IB... aku dan kengkawan berminat jugak nak beraksi disini suatu hari nanti... buat masa ini kat IB Sungai Lui pun jadi le.. |
Masa zaman Rock Kapak Beliung dulu tu, ada la empat lima kali pi tengok dia dengan Search.
Lone ranger aje. Kawan yang sepatutnya bersama, ada urusan tergempar dengan rakan niaganya
Boleh la... |
dari Caracas, Bahamas dan Madras di kedai Tom Yam Mek Yah Pandan Indah.
Dapat 2 tiket complimentry. Jadi burn le satu. Nak jual takut kena luku dengan pengarang hiburan
MEGA, Che Din.
Ini kali ketiga aku menonton show kat IB yang canggih tu. Pertama kali, konsert sifu, kedua show
The Tulang Anjing Hitam. Yang ketiga ni la... Amy Search. Sepatutnya kali keempat. Masa Jamal
bikin konsert ari tu, aku ada miss communication sikit dengan member sama yang minat gila dengan Jamal. At last duo-duo melepas.
Sebenarnya, ada dua sebab utama mengapa aku sanggup menekan pedal minyak kereta kesana.
Ikutkan hati, berat kaki nak solo sorang-sorang ke IB. Kena pulak, hujan siap dengan guruh
disebelah petangnya. Tapi... memandangkan aku bercadang nak masukkan 'story' dalam blog ini, jadi...apo laie pojam mato jo start keto. Ini sebab yang pertama.
Perjalanan ke IB ni... hmm....perlu menempuh pelbagai ranjau, halangan dan rintangan.
Bukan kena kerabat bukit dan gunung atau menempuh paya bakau yang ada buaya atau jambatan 'kodong', tapi kesesakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkannya.
Kalaule ada orkestra... |
Bukannya jauh pun. Dari opis aku, lebih kurang 20 minit atau kurang. Tapi time konsert berlangsung tu,
waktu burung-burung KL pulang kesarang apalagi... sabor ajelah.Time aku gerak tu pun tak berapa cantik. 8 malam. Takkan nak pi awai plak. Nanti tak pasal-pasal...
Bayangkan, nak melepasi traffic light dipersimpangan Chan Sow Lin, Maluri, Pudu dan Alam Shah terpaksa menunggu lampu hijau bertukar sebanyak enam kali. Dua kali hijau yang pertama, langsung tak bergerak. Tak mesra pengguna langsung lampu isyarat nih.
Kalau tak silap, ado nam ke tujuh lampu isyarat dari opis aku nak sampai ke IB. Chisss.
Menghiburkan... |
Dari Bulatan Kampung Pandan pulak, deretan kereta kearah Jalan Ampang dah kelihatan sayup-sayup
Saujana mata memandang dan saujana hati meradang.
Dan itu adalah fenomena biasa. Dah jadi makanan asasi.
Dari mana kereta-kereta tu datang dan kemana pulak depa punya destinasi aku pun tak tau.Tapi memang cukup menyesakkan nafas bagi yang lalu sekali-sekala cam aku ni.
Sejam atau kurang 10 minit lagi sejam. Itulah masanya yang tercatat sebaik sahaja stereng kereta diputar kesebelah kiri memasuki premis seni kebangaan negara itu. Alhamdullilah, sampai jugak akhirnya.
Azab kedua pun bermula. "Mana aku nak parking ni?".
Disaat ini hati akan berkata alangkah bestnya jika kereta anda boleh dilipat atau di compress.Atau "Kalau bawa Kancil senang sikit nak menyelit."
Bagi yang datang dari arah Jalan Ampang, sewaktu anda menuju ke bulatan Pahang untuk membuat
Sebelum memasuki terowong ini, ada satu mamatyang menaikki motorsikal dengan marahnya menendang side mirror sebuah kereta kerana menghalang laluannya. Kurang ajar betul. Dah nampak orang bagi signal, pelan-pelan la. Jem... semua hilang akal. |
u-turn ke IB jelas kelihatan deretan kereta yang diletakkan dibahu-bahu jalan disekitar IB.
Jadi mental anda perlu bersiap sedia untuk menyiapkan kaki menapak. Jauh sikit atau banyak.
Kurang beberapa minit ke 9 malam, baru aku berjaya membuat side parking disatu bahu jalan. Lega.
Kalau mengikut waktu ditiket free yang aku dapat tu, show start kul 8.30.
Takpalah kalau Amy dah mula menyanyipun. Janji aku dah sampai.
Setelah beberapa minit, aku sampai dilobby dan suasana memang agak lenggang. Mana pemuziknya?
Sebaik menunjukkan tiket ihsan pada petugas IB yang ramah itu, aku disuruh naik ketingkat tiga.
"Ait... tak start lagi, ini sudah bagus." Kataku sebaik melangkah masuk kedalam panggung yang hampir
penuh. Aku duduk dibarisan kedua dari pintu masuk.
Ditingkat tiga, viewnya agak tinggi. Aku taktau sama ada itu lokasi yang cukup strategik atau tidak.
Konsert yang sebelum ni, lepak bawah je.Tepat 9.10 malam, pengacara mengumumkan bermulanya konsert iaitu selepas menyanyikan lagu
Kebangsaan.
Amy membuka konsert dengan beberapa lagu dari album solonya. Maaf. Tajuk lagu aku tak berapa hengat kecuali lagu Saat ku idamkan dan aku dah bosan.
Sewaktu beliau menyanyi, paparan grafik audio visual ditayangkan dilayar putih dan juga aksi dari
penari-penari dari IB.
(Aku tak gemor tengok orang menari-nari ni, semak mata. Bermonolog-monolog pun aku tak selesa.
Nyanyi aje dari mula sampai habis. Tak payah nok kecek-kecek segalo. Prop yang berbagai-bagaipunkalau takde lagi bagusss... alahai)
Cuma aku rasa tidak puas. Atau impian tidak kesampaian.
Aku menjangkakan yang konsert ini akan diorkestrakan sepenuhnya. Tapi itu tidak berlaku.
Dan yang paling mengecewakan sedikit ialah barisan pemuzik tidak kelihatan diawal persembahan.
Itulah yang sebenarnya yang paling-paling-paling aku nak tengok.
Mereka hanya ditampilkan setelah sejam show berjalan iaitu pada pukul 10.30 malam bila Amy
menyampaikan lagu Mentari Merah Diufuk Timur.Show yang dipersembahkan di IB pasti menarik jika di orkestrakan sepenuhnya.
Ramli MS pun pernah memberi komen mengenai hal ini sewaktu konsert Alam M.Nasir dulu.
Penghujung konsert Suatu Masa. Kalau pemuzik ditonjolkan awal-awal kan best.Setakat ni show Black Dog Bone yang paling enjoy beb... |
Amy menutup konsert dengan beberapa lagu berunsurkan ketuhanan yang turut disertai
oleh sekumpulan pelajar-pelajar yang berpakaian putih.
Agak menarik penamatnya bila irama Fantasia Bulan Madu dialunkan, pentas pemuzik dinaikkan keatas dan Amy berjalan diatas titi meninggalkan pentas utama yang simbahi cahaya dan kepulan
asap seolah menuju kealam ghaib. Class.
Itulah Istana Budaya. Nak apa, nak buat lagu mana, macam mana mau semua boleh buat. Bergantung
kepada kreativiti sang karyawan@seniman
yang memilih Panggung Sari sebagai pentas
idaman mungkin sekali seumur hidup.Itulah sebab kedua yang aku nak tengok. Rasanya
banyak lagi ruang dan imaginasi yang boleh diteroka
dan di gali dipentas glamour berkenaan.
Kesimpulannya konsert ini, sekadar 'bole' la.
--------------------------------------
Bagus bagi aku kalau:
1. Pemuzik ditunjukkan dari awal
hingga akhir. Kat screen pun takpe.
2. Takdak prop... kerusi,katey dll.
3. Penari...wangwingsana-sini.
4. Seleksi lagu-lagu yg segar.
5. Banyakkan bunyian orkestra.
-------------------------------------
Dah itu konsepnya. Nak buat lagu mana.
"Kita yang terlena... hingga musim berubah...
mentari menyepi, bernyalalah api cinta..........
mentari menyepi, bernyalalah api cinta..........
Feuuuwitttt.
--------------------------------
LAWAK MASA BALIK.
Bila memandu, terutamanya diwaktu malam aku sedikit blur.
Jadi dalam perjalanan pulang tah mana-mana jalan aku masuk.
Walhal dah nampak jalan nak dituju tu.....
Akibatnya aku tawaf bulatan Kg. Pandan dua kali.
Makan angin disekitar Maluri dalam masa 10 minit.
Minyak baru isi, jadi takla risau sangat.
Puncanya salah masuk simpang nak ke Cheras.
Berdekatan Masjid Alam Shah aku pi kona sebelah kiri.
Ingat bulih keluwau kat depan Balai Polis Cheras.
Cheh! ropanya simpang depan satu lagi dekat Carefour.
Akibatnya aku tawaf bulatan Kg. Pandan dua kali.
Makan angin disekitar Maluri dalam masa 10 minit.
Minyak baru isi, jadi takla risau sangat.
Puncanya salah masuk simpang nak ke Cheras.
Berdekatan Masjid Alam Shah aku pi kona sebelah kiri.
Ingat bulih keluwau kat depan Balai Polis Cheras.
Cheh! ropanya simpang depan satu lagi dekat Carefour.
Failweeetttttttt...
Ni maso tengok Konserto Black Dog Bone. Anak panah kecik... Miki, aku disebelah dia dan Maro disebelah aku. Eh anak panah besar... sapa plak tuh??? |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...