BABAK 1
SEORANG lelaki pergi kepasar malam berhampiran rumahnya untuk membeli barangan keperluan harian dan juadah untuk makan malam bersama anak perempuannya yang berusia sembilan tahun.
Di Pasar Malam, mereka mula melakukan tawaf sambil mata melilau mencari apa yang hendak dibeli.
Dalam proses mencari dan membeli mereka ternampak wakil dari sebuah rumah anak yatim yang menunggu di tong derma masing-masing dicelah hiruk-pikuk jeritan sipenjaja dan orang ramai yang lalu-lalang bersesakkan sambil mengharapkan insan-insan yang bermurah hati menghulurkan derma ikhlas.
Si ayah menyeluk saku dan memberikan kepada anaknya seringgit untuk dimasukkan didalam tong derma.
Wakil rumah anak yatim kemudian memberikan sekeping poskad yang memaparkan latar belakang serta gambar rumah anak yatim tersebut sambil mengucapkan terima kasih.
Sebelum pulang kedua-dua beranak itu kemudian singgah disebuah gerai ditepi pintu masuk ketapak pasar malam tersebut dimana beberapa anak muda berambut perang sibuk melayan pembeli.
BABAK 2
" Kita tengok cerita Avatar pulak" kata si ayah yang baru selesai menonton filem Hurt Locker sebaik selesai makan malam tadi
"Horeyyy" jerit si anak.
" Berapa cerita awak beli tadi kat pasar malam?" Tanya si isteri yang lebih gemar menonton cerita Indon.
"5" pantas berbaur gembira balas sisuami kerana kualiti gambar agak baik.
"1 vcd berapa hinggit?" soal isteri lagi bak pegawai SPRM yang mengasak pencuri balak dihutan simpan.
"7rm sekepin... tu pun kurang singgit tadi, kalau tak nak beli 6"... balas si suami yang sedikit terganggu dengan soalan itu kerana cerita sudah hendak bermula.
"Kurang seringgit? sebab apa? tanya si isteri lagi ingin tahu.
"SERINGGIT ayah sedekahkan kat tabung anak yatim, ayah beli vcd semua TIGA PULUH LIMA ringgit!" pantas si anak menjawab kerana dia menyangka ada unsur-unsur soalan matematik yang ditimbulkan oleh kedua-dua ibu bapanya.
...tamat....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...