Isnin, 6 Jun 2011

TABUNG SURAU PUN KENA REMBAT...

Sabtu lepas 'memotor' pi surau kat rumah.

Surau Ar-Rahman Taman Taming Impian.
Terletak ditingkat bawah Flat empat tingkat.

Kalau azan subuh dilaungkan, tak mangkit... bukan setan kencing kat telinga lagi, dah diberak sekali.
Nak menunjukkan betapa dekatnya dengan kediaman aku.

Biasa menapak je. Tapi kalau rasa macam ada agenda nak kekedai selepas solat, bawa le motor.
Mana tau, motor nanti jadi saksi 'kehadiran' di Padang Masyar nanti. Wallahualam.
Kata ustaz, berjalan kaki lagi bayak pahala.

Bukan le termasuk dalam 'ahli surau' pun. Biasa berjemaah kat rumah. Kekadang lone ranger.
Belum dapat hidayah kut atau lepas pencen baru nak sain jadi ahli. Ceh...alasan.

Cuti sekolah, anak bini balik kampung... so 'arbaei' le teman ompek, limo hari.

Lepas maghrib, pi tangkap satey 15 cucuk.
Balik pekena dua tiga cucuk dengan nasi impit, timun dan bawang sambil melayan berita TV3.

Isyak, start motor pulak.
Kalau nak berjalan dengan rentak Keroncong Untuk Ana  mungkin 2, 3 minit.
Kalau fast beat ala Hati Emas mungkin seminit lebih.

Tak ramai jemaah maghrib dan isyak harini. Ada kut 15 orang.
Cuti sekolah, orang balik kampung. Agaknya.

Lepas salam, imam berdoa macam biasa.
Lepas berdoa, imam tak bangun. Membetulkan duduk mengadap makmum dan...

'Assalamualaikum warahmatullah.....' imam meberi salam.

Pantas melintas dalam kepala aku 'kalau bagi salam lepas isyak ni, selalunya ada jemputan
makan kenduri'. Begitulah selalunya. Cantik. Akupun tak makan lagi ni, kecuali satey Kak Mai.

Namun meleset jangkaanku.

Imam menambah... 'Insyallah lepas ni kita buat solat hajat, memohon kehadrat Allah SWT agar
orang yang MEMECAH TABUNG SURAU kita diberi balasan yang setimpal.'

Pehhh... tabung surau pun kena.

Kejadian berlaku diawal pagi menurut satu brader bila aku bertanya.

Aku pun segan nak bertanya lebih, lagu mana penyangak hampeh tu masuk.
Takut kena sound 'Awat! hang polis ka?'

Tapi memang aku nampak mangga @ pedai ayam (utara slang) dipotong cantik punya.

Dunia...dunia.

Kalau duit surau pun kena cilok, apalagi yang lain.

Motor dibawah flat tu dah banyak lesap. Tuan dok atas. Motor dok bawah. Cunnn.
Motor dan kereta didalam pagar pun boleh lesap. Apalagi diluar pagar. Berlaku dua tiga kes.

Sebelum ini Persatuan Penduduk memang mengadakan mesyuarat bagi menangani masalah kecurian
yang bermaharajalela di sekitar Taman.

Solat hajat Perdana juga diadakan tidak lama selepas itu.
Dalam dok solat hajat, dua kereta kena cilok malam MU lawan Barcelona.

Ini mungkin dugaan dari Allah.
Harta benda kita semua milikNYA yang dipinjamkan kepada kita.

Dulu. Dulu la.... masa setahun lebih mendiami taman ini, adala kami semua berjaga malam.

Mula-mula semua ghairah. Seghairah orang politik merebut kerusi.

12 tengah malam sampai empat pagi saban malam. Mengikut shift.

Siap walkie-talkie dan lampu. Bawak kayu.
Jalan pun macam Stallone. Mata liar macam Arnold.

Setiap lorong dijengah. Setiap kereta yang keluar masuk diperiksa. Sekali...macam Polis daa.

Bangga jugak aku. Ya la... orang dok baguih tarik selimut. Enak dibuai mimpi, kita berjaga.

Aku pun taktau sapa la yang mencipta perumpamaan 'Hangat-hangat taik ayam'.

Itulah yang berlaku.

Makin hari makin kurang. Makin kurang dan tinggal beberapa orang at last.
Dari menjaga taman beralih kepada menjaga lorong dan jalan masing-masing.

Balik-balik muka tu... balik-balik  muka aku... ahhh... terus baliklah. Tido.

Apa yang berlaku selepas itu adalah sejarah.

Inilah penyakit dikebanyakkan taman perumahan.
Panas hanya sekejap. Itu yang nak join.

Yang tak join langsung pun ramai. 'Aku pedulik hapa'. katanya.

Entahlah labuuuu.


(psstt... masa meting tu aku tak pi... ahad keje de... chehh!)

Jumaat, 3 Jun 2011

SAJAK untuk 'SA...YA'

SA....YA
Kau dilahirkan pada waktu bulan teghang.
Seperti ungkapan Encik Jamil dalam filem Madu tiga. Sungguh.

SA....YA
Kau tidaklah sehemsem Datuk Shah Rukh Khan dan setampan Eman Manan.
Namun tidaklah seteruk Kublai Khan.

Tapi... senyumanmu ramai tertawan. Sungguh.

SA....YA
Humormu tidak terjangkau kawan.
Lawakmu tidak menyakit lawan.
Hadirmu... menghalau rawan. Sungguh.

SA... YA
Ramai yang mencemburuimu.
Tidak sikit yang menggagumimu.
Termasuk aku. Sungguh.

SA... YA
Ada yang bertanya 'ilmu apa kau pakai?'
Yang laser bersuara 'pawang mana kau try?'
Depa lupa takdir Illahi.
Pasti terjadi akan terjadi. Sungguh.

SA.... YA
Kami... satu pun dah cukup.
Bukan tak berani... memangpun penakut.
Yang dah ada pun kelam kabut. Sungguh.


SA.... YA
Bukan satu, tapi dua, dari dua jadi tiga.
Kini telah cukup 'quota'.
Kau memang insan istimewa. Sungguh.

SA.... YA
Ramai yang nak jadi Sa....Ya
Aku pun nak jadi Sa...Ya
Kengkawan aku pun nak jadi Sa....Ya
Tapi tak upaya.
Hanya Sa...Ya yang boleh jadi Sa....Ya
Kerana kau.. lelaki istimewa.

Sungguh.

tti.kajang

Karikatur ini atas ehsan sahabat gua,
kartunis Nazri Mohd Salleh @ Miki.
Dilukis dan disiarkan pada tahun 1996,
dalam majalah KAWAN. (Edisi Raya)

-------------------------------------------------------------------

NOTA KAKI:
Kartunis Miki sedia menerima
tempahan melukis karikatur
dengan harga yang berpatutan.
Juga sedia melukis
dimana-mana majlis
seperti Hari Jadi, Rumah terbuka,
 dll. Hasil dijamin memuaskan.
SUNGGUH.

Kalau tak caya... tanya SA..YA.


Walopun tampan dan bergaya,
jejaka-jejaka ini masih tidak
dapat menandingi SA..YA.
 

Khamis, 2 Jun 2011

nak LETAK HANDPHONE atas meja pun SEGAN la nii

Perkembangan teknologi la ni begitu pantas. Sepantas duit gaji yang mengalir dari poket.

Komputer, handphone, kamera. Hmmm.. apa lagi?
Tu tak termasuk segala mak nenek gajet-gajet.

Kalau hari ini kita berbangga membeli satu produk diatas yang kununnya the latest one, esok lusa
dah ada yang lebih canggih-manggih.

Gitulah.

Takdan nak ligan.

Dan... aku tak pernah pun ligan. Tak pernah waima sekali. Never.

Tapi aku ada kengkawan yang prihatin benda-benda 'the latest one' ni.

Bila ada perjumpaan bulanan 'mengetehtarik' diluar akan ada yang menayangkannya,
terutamanya handphone dan yang seangkatan dengannya.
Kalau hp yang pertama dulu tak jatuh
dalam jamban, mau gua pakai lagi.

Masing-masing pakat letak diatas meja.

Prap! Prap! Prap! Prapp!

Aku pun letak jugak. Tapi lepas tu pelan-pelan
tarik masuk poket.

Segan daaa.

Depa punya handphone... humang aii.... ngeri gua tengok.
Nak sambar tak mampu.

Belum masuk bab nada dering lagi. Peh.

Tak kisahle depa nak pakai yang gempaq punya.

Gua setia dengan hp lama yang nombor pun dah kelabumalami.

Yang penting dengan hp gua yang sudah pupus
dikedai-kedai hp ni, gua
dapat berbalas sms ngan kengkawan pun cukup.

Dapat tipon emak gua kat kampung pun alhamdulillah.
Bini dan anak gua dapat contact gua suruh beli beras dan susu, syukur tu.

Tapi yang paling penting, dengan hp gua yang buruk ni... gua dapat sms boss gua kat pejabat....

'Boss... saya MC arini'
..... atau.....
'Boss, saya E.L arini'






Rabu, 1 Jun 2011

'HARAM BACA UTUSAN...' punya fasal...gua blacklist!

Selasa, 31, Mei, 2011.

Rasa nak sarapan merangkap makan tengah hari kat luar harini.
Selaku driver, aku pun taktau nak menghala kemana.

Tiba disimpang tiga Jenaris, mobil dikona kekanan.

Kedai makan kat Tesco masih dalam pengubasuaian... so... menghampiri Saujana Impian,
Bangi menjadi pilihan.

Comfirm... makan kat kompleks PKNS Bandar Baru Bangi.

Satu perkara yang aku sekeluarga suka kat kompleks ni ialah kedai buku ditingkat paling atas iaitu sama tingkat dengan food court tempat nak pi makan.

Pelbagai buku dengan ribuan judul yang menarik ada disini.

Pendekata sekali kami singgah, lama juga masa yang diambil membelek dari satu rak ke rak yang lain.

Lima puluh hingga seratus ringgit memang diperuntukkan setiap kali membeli buku-buku disini.
Banyak dah buku aku sefamily beli kat sini dari dulu.

Lima kurang lima belas minit drive dari Kajang sampai le B.B.Bangi.

Terus celapak naik atas. Makan.

Habis makan, aku melangkah ke kedai buku yang dimaksudkan yang hanya cuma -+ lima belas langkah dua hun dari food court yang boleh tahan masakannya.

Didalam kedai buku.... menjamu mata pada buku-buku yang berada di saf hadapan dulu.
Sampai teliang kepala dok perati judul demi judul.

Apabila mahu melangkah kelorong-lorong dirak yang berbaris-baris itu tiba-tiba anak aku bersuara.

'Ayah... 'Haram Baca Utusan'

Mata aku tetiba terpaku pada salinan fotokopi yang ditampal pada sebelah tepi rak tersebut.

Keratan berita sebuah akhbar tabloid milik sebuah parti politik dan gambar Prof. Dr. Datuk Harun Din jelas terpampang sama. Cantik punya dok lekat. Memang niat sipenampal nak bagi orang tengok.

Setahu aku Datuk Harun Din menafikan membuat kenyataan seumpama itu.
'Saya pun baca Utusan' kata ulama tersohor itu.

Apa pasai berita penafian Dr. Harun Din, dia tak tempek sekali?

Menyirap darah aku tengok.

Mood nak meninjau dan membeli merudum. Seperti merudumnya Dollar Obama dan merudum 'mere dum' hati-hati lelaki melihat Salleh Yaakup berbini ompek.
'Jom pi kedai lain'. Anak aku terpinga-pinga.

Sejumlah sumpah seranah tahap hijau (sederhana) bersimpang-siur dalam hati.

Tak tau la sapa yang tampal. Tokeh kedai ka staff dia.
Tapi aku rasa itu satu tindakan yang 'kureng asam dan kureng cerdik'.

Apasal kureng cerdik?
Mu pikir le sore-sore.

Taukey kedai yang BIJAK tidak akan menampal apa-apa notis yang boleh menghilangkan
selera membeli  pelanggannya kecuali notis 'Dilarang Berhutang'.

Tapii...setakat aku takpi sorang, kedai tu tak terjejas pun. ('Tau tak apa' mungkin gitu kata taukey buku.)

Lepas ni, kalau nak beli buku... kat tompek lain le nampok gayonye. Alfa Angle, Wangsa Maju pun cantik gak. Tompek lamo den tu.

Hmmm...alahai... macam tu le Melayu berniaga.