Selasa, 2 Mac 2010

HIJAU KUNING - (Kedah Ku SAYANG)




Asal-usul lagu ini dan nostalgia masa lalu:
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

1987....Hijau Kuning berjaya melangkahkan kaki depa ke pentas akhir Piala Malaysia buat pertama kali selepas keakhir dalam Piala Malaya hampir 47 tahun sebelum itu.

Gegak gempita seluruh Kedah sehinggakan menjadi bualan dimana-mana.
Apalagi diLembah Kelang, semua warga Kedah termasuk aku pakat kembang hidung dan telinga walaupun tewas dikaki skuad KL.

1988.... Ait! masuk final lagi. Ini macam tak boleh jadi. Akupun nak tumpang semangkuk dan tumpang dua kaki.

Lantas idea nak buat lagu pun mengetuk pintu hati. Mana tau... kot-kot depa ambik jadi lagu rasmi skuad kenari. Ciss...tang berangan memang aku seronok.

Cari melodi dengan gitar tong cap yamaha. Tulis senikata dengan pen jenama ayomapa. Masa tu komputer untuk grafik belum wujud. Jadi aku meminjam mesin taip rakan wartawan yang dah balik untuk menaip senikata yang dah siap.

Kemudian proses merakamkan lagu dalam kaset bermula siap dengan mixing dan mastering. Jeritan anak jiran ditingkat satu bergaduh, menjerit dan menangis turut mewarnai lagu aku.
Hampeh! time aku nak rekording tu le ada macam-macam bunyi.

Akhirnya...diselang-seli dengan dugaan dan kesibukkan membuat layout akhbar Mingguan Wanita, projek lagu tersebut diperingkat cawangan Wangsa maju dikira sukses.
SISO.... Rakan yang banyak
membantu. Jasomu den konang.

Aku kerumah Siso diKlang Gate, Hulu Kelang bagi urusan seterusnya.

Secara kebetulan Kopratasa akan ke Singapura bagi menyiapkan album terbaru mereka (lupa judulnya) jadi siso dengan sedikit waktu yang terluang menyiapkan lagu aku dan dengan ihsan saudara Eddie Marzuki yang memprogamkan muziknya.

Sebaik kaset lagu yang sudah siap berada ditangan, aku menghubungi Pengurus Pasukan bolasepak Kedah, Datuk Basri Akil dipejabatnya diAlor Star.

Dia melayan dengan baik dan setelah dijelaskan tujuan aku menelefonnya, maka dia pun menjawab "kita sebenarnya sudah ada lagu 'Hijau Kuning' yang dicipta oleh Freddie Fernandez".

Terlopong aku sekejap dengan jawapan itu. Angan-angan sebesar Gunung Jerai tiba-tiba jadi sekecil Bukit Jenun kat tempat aku.

Tapi takpa... aku mengusulkan cadangan pada Datuk agar dia mendengar lagu itu dahulu dan setidak-tidaknya dapat dimainkan distadium Darul Aman sebagai lagu iringan kepada lagu rasmi pasukan sewaktu perlawanan.

'Ok... you hantar, nanti kita tengok macam-mana' kata beliau mengakhiri perbualan.

Esoknya... aku pun mengirim lagu berkenaan menerusi pos laju kepa
 da Datuk Basri dan juga kepada Radio Malaysia Kedah.

Terima kasih Pak Eddie kerana
membuat programing
muzik lagu ini.
Penutup hikayat 1988.... Kedah tersungkur lagi pada pasukan yang sama.
Aku kat dalam stadium Merdeka rasa nak tidog kat sana. Takde mood nak balik... nak kena menapak 3 kilometer ke bus stop di Lebuh Ampang terasa macam nak balik keSeremban.

1989... Laaa... masuk final lagi. Kembang hidung lagi.
Tapi kali ni aku tak ghairah sangat. Takut frust kalau kalah.
Hmmm.... sah...memang kalah lagi. Apa tangkal KL pakai nih?

1990... Depa masuk pulak dahhhh. Kalini aku lepak rumah kawan, layan siaran langsung kat TV. Kali ni lawannya sang singa. Ada keyakinan dikalangan peminat bola, Kedah boleh makan singapura. Dan ternyata benar. Menang 3-0.

Time aku p kalah memanjang. Tengok TV menang. Apo nak dikato.

Bukan setakat lagu, bagi memeriahkan suasana aku jugak melukis kartun
setiap perlawanan akhir yang melibatkan Kedah. Kartun-kartun ini disiarkan akhbar Berita Harian dalam ruangan sukan pada hari final. Dapatla 30 hinggit sekepin'.

 Berita Harian-Final '88
Gitulah cara aku.

Oh ya... apo jadik kat lagu yang aku kirimkan dulu?
Masa aku balik kampung selepas final tahun 1998 tu...
kakak aku habag lagu aku dimainkan diRadio Alor Star.

Siso jugak ada memberitahu, lagu itu turut dikumandangkan
diStadium Darul Aman seperti yang disampaikan oleh kawannya yang turut berada di stadium.
Tapi tak banyak kali diputarkan, khabarnya ada masalah dengan audio.
Laa ni depa dah tak main dah. Tali kaset dah putuih.
Berita Harian-Final '89

 Sang Kenaripun tengelam timboi hup hap hup hap...
Datuk Basri yang banyak berjasa kepada pembangunan bolasepak diKedah pun dah
meninggalkan kita (Al-Fatihah) dan brader Azrai yang kreatif pun dah cabut.

Pemain dulu dari Ahmad Sobri sampai Radhi Md Din aku ingat nama depa.
La ni Khyril Muhimeen dan Badrol Bakhtiar je yg terlintas.

Yang dok ada la ni depa kata tak berapa nak makan cekak. Entahlah labuuu.

Semoga bulan purnama yang menyinari bumi Kedah tidak mengerhanakan
prestasi sang perwira utara.
Sekian.

Meehun sup satu! Cabai lebih sikit.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Skuad Kenari dalam kenangan.
KEDAH KU SAYANG

Telah ku susun melodi ini,
sebagai satu azimat,
untukmu berjuang sepenuh hati,
kejayaan pasti kita dapat...

Kedah Darul Aman negeri kusayang,
kami telah sedia,
berjuang menentang musuh dipadang,
tak kira dengan siapa saja,
dengan semangat padi malinja...

Pedulikan apa orang nak kata,
biag pi lah kat depa,
bermain sampai mati motto kita,
menggempur hingga ke hujung masa,
bertawakal jalan akhirnya,
kitakan berjaya insyallah...

Semangat musim lalu kita bawa,
pahat kukuh dikalbu,
lawan musuhmu usah gentar rasa,
benamkan mereka tiap penjuru...

Bukan nasib kita jejakki akhir,
keazamanlah kuncinya,
disiplin yang ketat batin dan zahir,
hijau dan kuning dipuncak jaya,
keringat yang tumpah bukti nyata...

Kami adalah perwira utara,
anak watan didesa,
piala idaman kami bawa pulang,
membunuh akan kemarau panjang,
piala malaysia kitakan jlang,
pepadi dibendang turut girang...

Akhir sekali kami harapkan,
doa peminat semua,
harapan anda tersandar dibahu,
bersama idamkan kejayaan,

Hijau dan kuning masanya dah tiba,

ayuh turun kepadang,
striker mengasak defend usah leka,
Kedah ku sayang pastikan menang....(3x)

1 ulasan:

  1. nanti la gua cipto lagu Rusamu Rusaku Jua.. yg menggunakan kod A minor dari mulo smpai abih..

    BalasPadam

...angin barat gambar solo...