Sabtu, 27 Februari 2010

ASTINADIA




ASTINADIA

Tajam sorotan matamu
bagai bintang kejora
hadir waktu fajar pagi
menyambut salam mentari

Lembut senyuman bibirmu
bagai kelopak mawar
meracun ribuan kumbang
tersihir pada harumnya

Astina astinadia
beribu dada lelaki bergoncang
kerana lirikan manjamu

Astina astinadia
tersihirkah aku olehmu
bila menyanyikan lagu
Untukmu

Dan diwaktu malam hari
kau hadir dalam mimpiku
mengajak aku berlari
mengutip ribuan rindu


Wangsa maju
1988
senikata: SISO


Hikayat lagu ini bermula bila aku dan sahabat serumah, Mat Rock melepak dirumah Siso pada satu hujung minggu.

Ni le Mat Rock...
Biasanya kalau boring menengok muka kengkawan, dinding batu dan bumbung
rumah flat ompek tingkat di seksyen 1 Wangsa Maju, maka disitulah salah satu tempat tujuan kami.

Dan kebiasaannya kami berdua sahajalah kesana berbanding bebudak lain. Apa tidaknya, setiap cotey hujung minggu, Bahaman dengan motor rxznya pulang kerumah
keluarganya diKerling, Selangor. Pak Ya balik Slim River, takpun dirumah kakaknya diKepong.Hasbullah cabut ke Dengkil dek rindu masakkan emaknya dan Ali kerumah adik beradiknya disekitar Lembah Kelang.

So, menapak sikit ke jalan yang menghala ke Zoo Negara. Naik bas Len Seng no 170.
Bayar tambang 3 kupang. Tingg! dah sampaipun. Lebih kurang 7,8 minit je.

Kekadang kami makan disana. Cuma Siso, Usop tinggal disitu. Ada masanya kengkawan mereka yang seangkatan, sealiran dan sekepercayaan bertemu sambil berbincang hal masing-masing.

Takdak xtvt menarikpun disana. Selain melayan TV, mendengar depa berborak sambil-sambil mencuri dengar Siso atau Usop memetik gitar mencipta lagu didalam bilik.

Lewat petang baru terasa nak balik.

"Man, ko cuba try test cari melodi lirik aku ni"... kata Siso suatu petang sambil
menghulurkan kertas putih a4 yang bertaip kemas.

Tak banyak soal, aku amik dan mata tertumpu pada lirik itu yang berjudul 'SUZANA'.

Pergi kerja, balik kerja,sabtu,ahad... itu,ini,begitu,begini dan didalam
kekalutan...keserabutan.... akhirnya siap jugak melodi Suzana.

Mungkin melodi tak cukup umph se gah liriknya, lagu ini tak dipakai. Simpan je la.

So macam mana lirik asal Suzana boleh bertukar jadi Astinadia?
Kurang asam betul... sudah tukar ka?

Begini kisahnya.

Aku cukup minat dengan satu kereta ini. Rekabentuk belakangnya bagiku amat menarik.
Kena pulak ada satu mamat parking kereta ini didepan opis aku hari-hari.
Jadi dah selalu tengok, mengidam le jugak.

Nak pakai tak mampu. Dapat mengabadikan pada lagu yang tak seberapa ni pun jadi ler oii. Maap la Siso. Oooo...

WANGSA MAJU BLUES... Aku, Ali, Bahaman & Pak Ya sedang bersiap sedia
'mengerjakan' nasi berlauk ala kadar  untuk makan malam. Mat Rock amik gambar. 
( Asbulah, Zid, Wazan, Khairul, Pendi  dan Joe belum join the club lagi time ni.


By the way... kereta hapa tu? Mazda Astina. Chehh!

2 ulasan:

  1. bilo plak nak cerito kisah kat BTN.. mesti bnyak lawak tu..

    BalasPadam
  2. Haiya... banyak takot la saya mau crita itu bab sini dalam. Nanti kita celita sana bistro ato halam punya kopitiamtiam ato pigi sana jalan doraisamy...

    BalasPadam

...angin barat gambar solo...