Isnin, 22 Februari 2010

HIJRAH dan PASRAH



Lagu ini 'terjadi' secara tak sengaja.

Laguni ceritanya atau ceritanya laguni....

Pada pertandingan Pesta Lagu Dakwah anjuran DBKL  pada tahun 1992, aku seperti biasa,
berkobar-kobar nak masuk selepas membaca iklannya diakhbar dan terdengar hebahannya diradio.

Setelah berhempas pulas, naik bas turun bas Len Seng dan bergayut dan bersesak didalam bas mini no 27 dan 38,
akhirnya siap jugak lagu itu.

Waktu ini aku bekerja diPustaka Delta, sama dengan penyanyi demo tape aku, sedara Miki.
Miki time ni bermaustatin diKepong, aku still kat Wangsa Maju.

Liriknya pun beres dan diberi tajuk 'Muslim Sejati'. Sayangnya salinan lagu dalam kaset ini ghaib entah kemana.
Nampaknya nak kena rakam balik le. Chisss... nak suruh sapa menyanyi ni?

Seperti biasa, temujanji dengan penyanyi aku dibuat. Bila free, Miki menaikki bas 31 dari Kepong dan turun di Chow Kit  dan mengambil bas bernombor 195  ke Wangsa Maju.

Dipendekkan cerita, proses memasukkan suara selesai beberapa jam dan diakhiri dengan minum teh tarik digerai berhampiran.

Keseokkannya, aku keRTM  untuk proses membuat 'taugeh'. Kali ini bukannya aruah Hamzah yang membuatnya,
tapi seorang gitaris yang bermain untuk orkestra RTM... aisey aku lupa namanya. Rupa-rupanya, dia pun
orang Wangsa  Maju, sebelah blok aku pulak tu. 'Cantekkkkk... ' bisik hatiku.

Aku baru teringat. Ada tiga insan di RTM yang membantu aku menulis nota muzik iaitu Hamzah, Jamal Abdullah dan 'brader gitaris' tersebut.

Dipendekkan cerita yang tak berapa pendek ini, aku ke DBKL pulak. Hantar lagu. Sewaktu didalam lif DBKL, aku biasanya terserempak dengan beberapa nama besar didalam arena penciptaan lagu. Depa pun nak masuk jugak. 'Takde harapan lagu ni'... frasa ini bermain-main di benakku.

Dua minggu takde respon dari penganjur. SAH. Sentuhan kecundang lagi.

Surat 'dukacita dimaklumkan' menyusul tidak lama kemudian dan disusuli dengan kad jemputan untuk menyaksikan pertandingan akhir dua minggu selepas itu.
--------------------------------------------------------

1993... DBKL tanpa jemu memartabatkan lagu-lagu berunsur dakwah, terus menganjurkan Pesta Lagu Dakwah. Kali keberapa aku pun 'lost memory'.

Seperti buaya lapar, sebaik iklan diwar-warkan aku pun bersiap sedia untuk kemedan perang mencipta lagu lagi.
Aku memang pantang kalah tak bertanding. Itulah peganganku dari dulu kini dan selamanya.

Hmm tapi kalau dah selalu kalah, amacam brader?
Rezeki takdak....atau karya tak bagus.....  atau karya bagus, tapi karya orang lain lagi baguiiiiiihhhhh.

Ready, set. gooooooooo..... halamakk.... ilham tak kunjung tiba..... pusing kiri, kona kanan, bikin u-turn, masuk no entry, langgar no parking... speed 120kmj kat kawasan 70kmj... bunyi hon depan hospital... pun zero.

Gua surrender.

Peluru takdak, tapi nak celapak masuk medan perang. Gilo? Nak mapoh?

Akhirnya.... jalan penyelesaian muncul.
Amik lagu tahun lepas. Kasi modified sikit, tukar sportrim 18, taruk spoiler, ekzos kasi tukar buluh punya....
tengok nak jadi macam mana.

Sebaik sahaja jari menari-nari diatas mata kibod berulang-ulang kali, melodi ini yang muncul.
Tak cerita banyak. Comfirm pakai.

Senikata lagu ini, ambil masa juga nak mengarangnya. Bagi aku, lirik lagu ini antara yang 'memuaskan'  jika hendak dibandingkan dengan yang pernah aku tulis sebelum ini. Lain orang lain pendapatnya.

Seperti biasa, proses membuat senikata, muzik minus one ke memasukkan vokal semuanya sama
penatnya seperti tahun-tahun lepas. Penyanyi sama, penulis nota sama, dan 10 muka yang hampir sama
kefinal.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang aku dapat? ....... MENGANGA.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

HIJRAH dan PASRAH


Seraut wajah itu
merenung diri dicermin senja
lukisan dimasa lalu
diwarnai lumpur dan bara
bagai tak berharapan lagi
menciumi bau syurga


Laut dan bumi mana
tak bergelombang ditimpa hujan
kita hanya manusia
yang alpa daif miskin iman
tiada daya upaya kita
hanya rahmat dari tuhan


Quran dan hadis yang ditangan
usah buat hiasan
bak lilin dimalam gerhana
penyuluh kearah jalannya


Janganlah derhaka
taat sentiasa
walaupun dimana
kitakan bersua
Yang Maha Kuasa
bila tiba detiknya


Hijrahlah saudaraku
kejalan putih nan bercahaya
penuhi sisa usiamu
fitrah hati limpahi taqwa
pasrah kepadanya yang satu
insyallah kan berjaya


Sepasang tangan ini
gentar menadah memohon doa
agar hidayah diberi
beruntung disini dan sana
nasuha lidahku bersaksi
terimalah taubat hamba


terimalah taubat hamba...


wangsa maju
1993
Tehcnic KN1500

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...