Khamis, 4 Mac 2010

Bang! Bang! ...duit tak laku...

Hari minggu lepas (Ahad 28 feb) aku kerja. 11 pagi hingga 8 malam.

Seperti biasa bergerak dari rumah diKajang dekat 10.30 pagi. Pagi minggu ni line clear, lari 80/90 kmj pun bulih sampai on time bagi jarak perjalanan sejauh 23km.

Nak ke opis, aku terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
rrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrpaksa menempuh tiga tol. Batu 9 (9 kupang), Batu 11 (singgit) dan tol metramac (dekat bandar Tun Razak - 5 kupang).

Tol 5 kupang tu boleh dielak, tapi kena melalui jalan Leisure Mall ke jalan Loke Yew atau kona kut Bandar Permaisuri atau jalan Cheras. Masalahnya jalan-jalan ni sukar diramal kesesakkannya.

Bayar pun bayarlah 5 kupang. Apadahal.

Yang aku aku nak kisahkan ni pasal tol 5 kupang ni la. Takla menarik sangat, tapi ati panas jugak.

Sampai dipondok tol aku pun amik duit syiling lima posen yang aku letakkan diatas dashboard sejak dari rumah lagi.

Didalam pondok tol, seorang kakak separa serius mengambil syiling yang aku hulurkan.

Masuk gear satu, tekan minyak dan mobil baru bergerak ompek lima inci tiba-tiba...

"Bangg... Banggg", kakak pengutip tol tu memanggil aku. Nada suaranya takle kuat jika diukur pada
skala ritcher mungkin bacaanya sekadar 000.3 tapi cukup mengejutkan.

Dalam hati aku berkata "Ah sudah, duit 20 sen ke yang aku bagi tadi tu?". Saspen jugak, takut dituduh aku nak menipu plak. Nak menipu apa, hari-hari aku lalu sini.

Perlahan-lahan aku gostan. Nasib baik takde kenderaan lain dilorong tu.

Sebaik pintu kereta bersetentangan dengan pondok tol, kakak sipemungut tol menghulurkan syling
yang aku berikan tadi.

Aku dah punggai dalam semak.
Sekali imbas aku tengok memang duit syiling lima puluh sen berdasarkan saiznya.

Tapi bila sudah ditangan, mulut mula terasa ringan hendak ****##%**. 
Tak  banyak cerita, duit syiling dua puluh sen sebanyak dua keping dan sepuluh sen aku hulurkan
pada kakak tersebut.

Dalam hati aku mula nak menyumpah seranah akibat insiden tadi.
Kurang ajar betul. Siapa pulak yang bagi duit syiling FILIPHINA kata aku nih?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekadang kita mengambil mudah bila pergi kekedai membeli barang. Taukeh kedai
akan meletakkan duit yang terkoyak atau yang diconteng dibawah dan meletakkan yang elok diatas.

Begitu juga dengan duit syiling. Berjenis pendatang halal dan haram atau halam terdapat diMalaysia
yang membawa masuk bersama mereka matawang negara mereka yang tidak diperakukan disini.

Heee... aku pun kalau dapat duit kertas yang ditakrifkan rosak, jugak akan berbuat seperti taukeh kedai diatas.  Kadang berjaya, kadang-kadang kantoi.
Naik gerek pergi pejabat memang menjimatkan.  Tol tak 
kena bayag, minyak tak kena isi, pencemaran udara 
tak berlaku. Cuma... kena spare minyak kuda dengan
minyak gamat banyak-banyak kat rumah.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berbalik cerita duit syiling Filiphina yang aku dapat tu.
Nasib baik le kakak tol tu tak marah atau menjerit kat aku.
Kalau tidak.... gerenti  korang akan membaca berita ini dalam akhbar ......

KUALA LUMPUR 4 Mac - Gara-gara dituduh cuba memberi wang palsu ketika
membayar tol disalah sebuah pusat kutipan tol diJalan Cheras-Kajang, seorang perekabentuk
grafik dihadapkan keMahkamah Sesyen disini atas tuduhan mencederakan seorang pemungut tol.

Beliau yang ditahan reman selama dua hari bagaimanpun tidak mengaku salah dan sudah melantik
peguam yang dibiayai sepenuhnya oleh para pengguna lebuhraya yang bersimpati.

Lelaki Melayu terakhir ini dikatakan begitu marah dan membaling duit syiling lima puluh sen dan tepat mengenai mata kiri wanita tersebut dan sehingga berita ini ditulis duit syiling tersebut masih berada didalam anak mata mangsa. 

Difahamkan rawatan keatas mangsa disebuah hospital pakar ditangguhkan dek kegagalan mangsa
menyediakan deposit tunai yang agak banyak.

Manakala Klinik 1 Malaysia hanya memberi ubat tahan sakit kerana kes itu agak berat dan faktor
doktor pakar.

Kes ini disiasat dibawah kanun keseksaan wng4037(kristarmodenas-gurun) yang membawa hukuman
mandatori sebat sebanyak tiga kali yang menyamai hukuman minum arak dikhalayak ramai.
Namun jika diheboh-hebohkan, kemungkinan disebat amat tipis malah mungkin diampunkan.


"Itu didonia. Kalau di akhirat.... hang pikiag amik la sendiri" kata peguambela tertuduh ketika
ditanya mengenai kes anakguamnya yang turut berpunca dari lambakan pendatang haram
dinegara ini yang membawa masuk pelbagai duit syiling yang tidak sah diperlakukan dimana-mana pondok tol diMalaysia. - mat insun network

2 ulasan:

  1. seram ganas gak cerito lu ni.. klah cerito 'dinan semprit'.. gua baco pun naik menggigil x tentu arah.. nasib baik x kono penyakit batuk kering..

    BalasPadam
  2. ...walobagimanaphon totap tidok dapek monandengi kupasan PENANGGAH. ini baro skill buoh nangko diluau pagau...

    BalasPadam

...angin barat gambar solo...