Satu petang kawan serumah, Mat Rock yang baru pulang dari kediaman
rasmi Siso diKlang Gate menghulurkan kaset padaku.
"Suprise dari Syed" katanya padaku dalam nada Teluk Intan sambil tersengeh.

Aku dengan pantas meng'ON' power mini hi-fi panasonic seribu watt
yang dibeli secara ansuran selama 18 bulan dengan penuh suspen
sambil terdetik didalam hati "suprise apo" ni?.
Sebaik sahaja dimainkan aku terdengar intro yang menunjukkan muzik ini dirakamkan distudio walaupun belum diadun sepenuhnya dan aku membayangkan mungkin lagu terbaru Kopratasa.
Tetapi sebaik sahaja vokal dialunkan aku pulak tersengeh.
"Macam lagu aku".

Kataku pada Mat Rock yang berambut panjang ala Lefthanded.
"Memang lagu ko, Syed masukkan dalam album Eddie Hamid".
Seronok dan sedikit bangga yang tidak dapat digambarkan walaupun ada sedikit adjustment dilakukanoleh Siso selaku penerbit.
Semasa lagu ini dicipta aku masih bekerja dengan syarikat

Pak Harun Hassan (Allahyarham) di Jalan Genting Kelang, Setapak.
Syarikat beliau, Amir Enterprise aktif menerbitkan pelbagai majalah
dan tabloid seperti majalah Keluarga, Sarina, Kisah Cinta,
Mingguan Wanita, Mingguan Kota dan banyak novel-novel selain
menerbitkan filem antaranya Ali Setan, Balik Kampung, Suara Kekasih
dan banyak lagi.
Kemudian akau berhijrah ke Karangkraf di Taman Tun Dr. Ismail yang

juga sebuah syarikat penerbitan milik bumiputera yang berjaya pada tahun 1990 dan ditugaskan diakhbar tabloid Bacaria.
Disinilah pada suatu hari, Siso menghubungi aku dan memberitahu album terbaru Eddie Hamid yang diterbitkanoleh beliau telahpun berada dipasaran.
Beliau bertanya samada aku ingin memilih untuk menerima royalti atau menerima bayaran secara sekaligus atau lumpsum.
Setelah dijelaskan dan aku faham lalu aku memilih cara yang kedua.

Dapatle seratus hinggit. Jadi lerrr.
Inilah satu-satunya hasil karyaku yang dirakamkan dari sejumlah lagu yang aku hasilkan. Terima kasih Siso.
--------------------------
Sebenarnya asal lagu ini aku buat untuk pertandingan lagu patriotik anjuran RTM, tapi terkandas dijaring.

Tajuknya aku dah lupa. Kemudian liriknya aku ubah kepada Mencari Hati Emas. Tapi direject penerbit.
Lirik lagu Selimut Waja ini ditulis oleh saudara Shukri dari kumpulan Generasi. Akupun tak kenai dia.
Oleh kerana bukan aku yang tulis lirik tuh, jadi takle aku paparkan disini.
..........THE END .........

Ehh ada lagi... kadang-kadang aku terserempak juga tigo, ompek kali dengan Eddie Hamid ketika beliau berkunjung ke pejabat Utusan.
Terasa jugak nak kaborkan pada dia macam ni...
"Demo ado nyanyi lagu kawe dolu... ingak tok?"

Tapi tak jadiii... takut dia jawab lagu ni.... "Kawe pedulik hapo!".
...BARU HABIS...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...