Sabtu, 17 Mei 2014

TERIMA KASIH CIKGU - SMGC -1


Dari SKBG aku ke SMGC pulak.
Terima kasih pada bapa dan emak kerana memberi peluang meneruskan persekolahan.

Sekolah Menengah Guar Cempedak terletak hampir 15 kilometer dari rumah aku.
Lokasinya dipinggir bandar Guar Cempedak.

Pekan Guar Cempedak berhampiran dengan pekan Gurun dan Yan.

Bas yang aku naik dulu
warna kuning
.
Pengangkutan utamanya, bas le.
Samada bas sekolah, atau menggunakan bas UTC 
(United Transport Company) 
Bas henti-henti yang dah pupus ditelan zaman. 

La ni, bila aku dengar lagu UTC di TV, lantas aku teringat bas yang menyimpan banyak nostalgia dan nostalgila zaman persekolahan ini.

Kerana bas ni jugak la, aku pernah dirotan dua kali oleh Syerif Lobo SMGC. Ustaz Razak menjadi saksi aku kena 'piap'. Pelajar-pelajar lama tentu kenai sapa tu Syerif Lobo. Lohh... apa pasai lu kena sebat bro?  Lu bakar kusyen bas ke? Ke.. lu conteng dinding bas ke?
Cehh... malas nak cerita laa.  

Berbalik pada rutin aku ke SMGC lima kali seminggu.

Aku perlu berbasikal dari rumah di Kongsi Lima Su Poh Estate ke Kilang Besar, sebuah
penempatan kecil yang menjadi penghubung utama jalan raya dari kawasan sekitar 
Pendang menghala ke Gurun, Yan, Sungai Petani dan sebaliknya.

Tak jauh... lebih kurang empat kilometer je.
Sesi petang sewaktu tingkatan satu dan dua.
Jadi seawal sebelas pagi mesti sampai di Kilang Besar menunggu bas.

Bila melangkah ke tingkatan 3,4 dan 5, sesi sekolah diwaktu pagi.
Keluarga aku pulak telah berpindah ke Kampung Baloh. (1980)
Jadi jarak perjalanan bertambah 2 kilo' lebih lagi.

So, seawal 6.30 pagi kena mulakan kayuhan.
Sejuk yang menggigit tulang. Melalui ditengah kebun-kebun getah yang 'cikgu'nya belum
sampai. Bayangkan pula bila hujan. Becak. Lecah. Selut melekat dicelah 'makgat'. 
Dinamo tidak berpusing dek tayar basah. Lampu malu-malu nak menyala.

Story no use. Shooting out target.

Satu pilihan lain bila hujan ialah melalui perkampungan Siam. Jauh sikit.
Pernah sekali aku kena ambush  dek segerombolan anjing Siam.
Time tu pulak, pedal tersangkut dipeti penutup rantai. Boleh kayu separuh pusingan je.
Pehh. Ngeri betul. Nasib baik tak di 'rekah'nya kaki aku. Kurang ajaq betoi.
Sampai dikawasan selamat, aku cabut penutup rantai tu dan 'hawin' dalam semak.

Tobat.Terus tak lalu dahhh.
La ni.. jalan tu dah jadi laluan utama yang sentiasa sibuk.

Habis tu gerek@basikal letak kat mana.

Basikal pula diparking disebuah kedai minuman kepunyaan lelaki India yang kami
panggil 'kedai Menelom.' Disuatu sudut kedainya, penuh basikal-basikal pelajar
yang beliau tumpangkan disitu generasi demi generasi pelajar SMGC. 

Sekarang kedai Menelom sudah jadi sejarah.
SMGC tidak lagi menjadi pilihan.

Banyak sekolah baharu dibangunkan bagi menampung jumlah pelajar yang kian bertambah. Antaranya Sekolah Menengah Bukit Jenun dan di Padang Pusing.

Best ke sekolah kat SMGC?


Sekolah Menengah Guar Cempedak, Kedah. Dah banyak berubah wajah.
Bangunan baru tu... time aku dulu belum ada lagi. Pokok getah yang mengelilingi sekolah
dah 'tumbuh' sekolah baru, kedai dan rumah.
Gunung Jerai dibelakang menambah keindahan landskapnya.

KREDIT GAMBAR: 
( Himpunan Alumni SMK Guar Chempedak
https://ms-my.facebook.com/HimpunanAlumniSMKGC )




Khamis, 15 Mei 2014

SELAMAT HARI GURU

Bagaimanakan ku mula,
Dan apakah kata-kata,
Yang indah untuk ku abadikan...
(Ni petikan dari lagu Suatu Masa (Datuk M. Nasir)

ASSALAMUALAIKUM untuk semua para pendidik diseluruh Malaya.
Salam terutamanya yang pernah mengasuh dan mendidik aku sehingga menjadi
manusia dari tahun 1972 hingga 1982.

Walaupun tak sepandai cendekiawan dan sebijak sasterawan, namun masih
tetap makan dipinggan dan minum dicawan.
(Ni dialog filem Tiga Abdul)

Sehingga saat ini setelah 32 tahun meninggalkan bangku sekolah,
raut wajah semua guru-guru di SK dan SM masih jelas dimata.

Lebih-lebih lagi, guru-guru favourite yang 'bijak' mengajar.
Dan tersangat tidak lupa, 'tangan-tangan kematu' yang pernah singgah
makan angin dimuka aku.



1972-1977

  • Sekolah: SK Bukit Genting, Gurun, Kedah.
  • Guru Besar: Salleh Ishak
  • Jumlah murid: 200 orang (Melayu dan Siam)
  • Jumlah guru: -+12 orang
  • Guru: Mohd Kassim Othman, Manaf Ahmad, Mohd Yusoff Mahmud, Ustazah Khalijah Md Noor, Yunus, Othman Ariffin, Kassim Taha (@ Kassim curut), Salleh Ishak, Azizan Abdul Hamid, Bahadon, Zaharah Osman, Mazni Mat Desa, Murad & Mokhtar (Merah=Guru yg pernah mengajar)
  • Tukang kebun: Pak Cha, Own. Kemudian Pak Su.
  • Taukeh kantin: Pak Cha dan anaknya Bang Daq.
  • Kerani: Govindan (member kamceng ni)
 
Ada antara mereka sudah menemui Allah.
Semuga roh mereka ditempatkan dikalangan hamba yang soleh. Amin.
 
Selepas keluar dari SKBG, pernah juga berjumpa dengan cikgu Yusoff.
Dia membantu perniagaan buah-buahan ayahnya dipekan Guar Cempedak.
Selepas berhijrah ke KL, kekadang aku pergi menemuinya disitu. Dulu la.
 
Apa khabar dia sekarang?
Aku cukup suka bila dia mengajar sejarah. Boleh masuk. Boleh score.
 
Sayang. Tiada gambar untuk ditunjukkan. 
Zaman dulu yang serba kekurangan. Nak beli nasi ke kamera?
Ada juga gambar rombongan ke KL pada tahun 1976.
 
Sekeping 50 sen. Cuma mampu tengok.
Nak beli meehun goreng ke nak beli gambar.
Dah le bawa sehari sekupang.
Jadi takde le apa-apa kenangan bergambar sewaktu bersekolah
disini yang boleh ditayang dalam blog ini.
 
Kawan-kawan sekelas aku seramai 36 orang.
Hanya dua sahaja yang menjadi cikgu.
Cikgu Muaad @ Haji Muaad. Beliau mengajar di SK Paya Mat Insun.
Sorang lagi Zakaria Salleh @ Pak Ya. Lost contact. Taktau sekolah mana.
 
Kengakawan yang lain tu membawa haluan masing-masing.

GURU-GURU di SKBG, bakti anda hanya Allah mampu membalasnya.
SKBG. Hanya kenangan yang mampu dicoretkan diatas kertas.

Klik disini - SKETSA DENDA DISEKOLAH
 
Bila terkenang masa lalu rasa terharu,
Segalanya masih tetap dalam kenangan,
Tiba dipersimpangan jalan berpisah jauh,
Sekian lama dirantau bersendiri....
(Ni pula petikan dari lagu Dalam Kenangan (Wheel).

SELAMAT HARI GURU.
SELAMAT HARI GURU.
SELAMAT HARI GURU.



Zaman aku dulu bukan lagu ni.... Dulu pagarnya tinggi.
Kuku ibu jari tangan aku pernah tersepit sekali. Adoiiiii.


(Gambar di ambil dari: kamaruls210194.blogspot.com) TQ Cikgu.
NOTA KAKI:
(Guru besar SKBG la ni, Encik Mohd Salleh Man tu sepupu aku. Dia pun bekas murid SKBG).

Rabu, 7 Mei 2014

CEH... BAS X'SPRESS LAGI...

KARTUN ni aku lukis pada tahun 2009.
Disiarkan dalam ruangan Suluh Bidai kelolaan Bobo
yang disiarkan setiap sabtu dalam akhbar Utusan Malaysia.

Isu mengenai bas ekspress ini dilukis
mengambil sempena musim bas ekspress ditimpa musibah.

Karya diatas pernah dimuatkan dalam blog ini
bertarikh 25 Mac 2010.

SIARAN 25 MAC 2010 )

Seperti biasa.
Semua pihak riuh-rendah bila berlaku sesuatu.
Tambahan pula bila ianya menjadi tajuk utama di media-media massa.

JPJ akan bertindak, menteri memberi amaran, polis sedang menyiasat.

Suruhanjaya itu akan ditubuhkan.
Panel penyiasat bebas akan digerakkan.

Itu, ini, begitu, begini.

Dan kini, 2014.

Skrip sama berulang kembali.

 

Selasa, 6 Mei 2014

AZIZ SATTAR. Perginya sebutir permata...

SAMPAI di opis jam 3 petang.
On PC peninggalan Pojes yang kekadang hampeh slownya.
Sebelum membuka 'page', kasi warm-up dulu.
Buka internet le apalagi.

UTUSAN ONLINE... pilihan pertama yang mesti dibaca.

KLIK! - Utusan Online

Mata terpaku membaca tajuk yang terpampang.


'Dari Allah kita datang, kepada NYAlah kita dikembalikan.'

Beberapa hari lepas, aku ada menyaksikan temubual allahyarham dengan sebuah stesen Tv swasta.
Mungkin itu siaran ulangan kut.

Dalam rancangan berkenaan, allahyarham menceritakan kisah-kisah lampaunya terutamanya zaman
pemerintahan Jepun di Singapura.

Menarik juga. Temubual diselang-seli dengan sedutan beberapa filem komedi yang dilakonkannya.

Semalam pula ada terbaca beliau dimasukkan kehospital.

Dan hari ini beliau kembali menemui penciptanya.

Dengan pemergian beliau, trio Bujang Lapuk sudah tiada lagi selepas allahyarham Sudin dan P.Ramlee terlebih dahulu 'pergi'.

Trio Bujang Lapuk yang tidak lekang dek panas itu kini menyertai trio Do Re Mi dan Labu-Labi.

Negara dan peminat filem-filem Melayu kehilangan sebutir lagi bintang.

Kepulangan allahyarham kerahmatullah meninggalkan beribu nostalgia dalam filem-filem lakonannya.
Aksi dan dialog sepontan. Mimik muka. Intonasi suara mewarnai setiap filem yang dibintanginya.

Tidak hairanlah begitu banyak dialog-dialog yang dilantunkannya menjadi ikutan dan sebutan sehingga kehari ini.

'Al kisahhh....(toyibbb- Sudin) Maka tersebutlah kisahhhh... (toyibbb- Sudin) 
Sang Kancil datang beramai-ramai menghadap kebawah duli yang maha mulia sultan firaunnn. (Mana firaun pakai sultannnn... - Ramli) (Entahhhh'-Sudin)

Dialog diatas sedutan dari filem Pendekar Bujang Lapuk.
(Tahun 80an.. aku pernah merakamkan dialog-dialog lucu filem berkenaan dalam pita kaset)

Banyak filem-filem lakonan allahyarham terutama 'komedi' aku minati.
Yang paling best sekali ialah adegan dari filem Ali Baba Bujang Lapuk.

Selepas mencilok  wang emas Ali Baba dari gua beliau
Ali Baba Bujang Lapuk.
menyimpannya dididalam lubang yang
dikorek didalam rumahnya.

Sambil berdiri dengan memakai topi trojan besi, beliau berkata.

'Sekarang aku sudah menjadi orang kaya. 
Aku kena ubah aku punya jalan.
Haa... ini macam.'

Sambil berjalan mundar-mandir ia ketawa yang menggelikan hati.

'Tak boleh jadi. Ini macam orang kena demam malaria taipoca'
Kali kedua berjalan tak menjadi jugak. 'Ini macam monyet da'.

Inilah adegan yang selalu aku rewind.

Itulah seniman Aziz Sattar.
Berbakat. Berkualiti.

Bakti dan jasanya dalam industri perfileman Melayu dari Studio Jalan Ampas
hingga ke Kuala Lumpur begitu besar dan tidak akan dilupakan.



AL-FATIHAH.






Rabu, 23 April 2014

LAGU 'KUALA LUMPUR dan LOGO MERDEKA' -2


Sambungan semalam...
...................................

JIKA anda berminat untuk menyertai Pertandingan mencipta lagu Kuala Lumpur,
dibawah ini keratan akhbarnya.

Besarkan dan bacale sendiri.

Borang penyertaan dan
syarat penyertaan.
Agak lumayan hadiahnya.
Boleh beli  rusa dua ekor.

Hah. Apalagi capaile gitar yang dah berabuk tu.
Tarik nafas dalam-dalam. Bantai je apa kod yang disukai.
Cari melodi yang best banget. Yang penting... menepati kehendak penganjur.

Kalau dah hadiahnya lumayan tentu ramai yang masuk.
Pedulikan. Siapa tahu rezeki. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak dikaki. Tuah manusia dapat makan ayam. 

Biar kalah bertanding.
Jangan mengalah sebelum bertanding.

Selamat menyertai kedua-dua pertandingan tersebut.







l

Selasa, 22 April 2014

LOGO MERDEKA dan LAGU KUALA LUMPUR -1

Pehh.... akhirnya.

Akhirnya jari-jemari kembali menari diatas keyboard usang ini.
Blog dah berabuk. Laptop penuh debu.
Begitu banyak isu nak ditulis, bermacam topik yang melintas dibenak.
Namun, mood nak mengarang takdo. Akhirnya tersadai.
....................................................................................................

DUA tiga hari lepas mata terpandang sebaris ayat bak nota kaki berlari-lari dikaca TV1.
Bibir mengukir senyum.

'Ait... ni boleh try ni'. Bisik hati.
Tangan kiri tetiba terasa gatal.
Ia. Sudah mari.

'Pertandingan Mencipta Logo Hari Kebangsaan ke 57. '

Dok esok pula, dalam akhbar Utusan Malaysia terpampang sebuah iklan.
Menggigil lagi tangan. Tapi sebelah kanan pulak. Ceh.

'Pertandingan Mencipta Lagu Kuala Lumpur. '

Nampaknya minggu ni, kesibukkan aku mengalahkan PM le. Ciss.
Nak kampoi dua 'contesto' diatas. Taktau la dan ka takdan ligan.

Sebab tarikh akhir kedua-dua 'rushfulusjob' itu awal mei ini.

Apalagi, lantas aku menghubungi kartunis Miki.
Lalu, sesi minum kami di Burak Cafe bersebelahan pasaraya Giant Kajang Prima
dipenuhi topik dua pertandingan diatas.

Miki yang agak sibuk kebelakangan ini dengan bisnesnya, jelas mempunyai banyak idea untuk bikin logo. Ini dapat dilihat dari raut wajahnya yang seakan confident tahap empat.

Sambil membelek-belek hp barunya beliau berkata penuh yakin, 'Inikalilah!'.
Inikalilah menang atau inikali kalah lagi taktau le aku.

Aku? Theeeheehiii....




Ahad, 14 Julai 2013

SALAM RAMADAN

SALAM RAMADAN 1434H.
SEMUGA RAMADAN KALI INI LEBIH BAIK DARI YANG LALU.


  • Keistimewaan umat Nabi SAW di bulan Ramadan


  • Allah SWT datang melihat mereka,
    jika ini yang terjadi maka untuk selamanya
    dia tidak disentuh azab. 


  • Bau mulut mereka yang berpuasa bagaikan
    minyak kesturi.


  • Para malaikat memohon keampunan siang dan malam untuknya.


  • Allah SWT menyuruh syurga menghiasi
    keadaannya sebagai balasan orang yang berpuasa.



  • Pada akhir bulan Ramadan Allah SWT mengampunkan dosa mereka semua.


Penduduk Palestin menunaikan solat pada hari pertama
Ramadan 
berdekatan Dome of the Rock di Masjid Al-Aqsa.
(AFP PHOTO/AHMAD GHARABLI)


Sabtu, 4 Mei 2013

SELAMAT MENGUNDI oiii....

Yang ditunggu-tunggu sekian lama, akhirnya tiba.

Insyallah, esok 5 Mei 2013, hampir 13 juta rakyat Malaysia yang berdaftar
akan membuang undi.

Apapun keputusan yang diumumkan esok, semuanya adalah kehendakNYA.

Terima ajelah.

Hmmm...
Pada warga-warga Parlimen Pendang, hampa 'pangkah' sapa?

MAN ke MAT?

Sabtu, 20 April 2013

PRU13 - KrEaTiViti depa...

PARLIMEN dah bubar banyak hari dah.

Hari ini, sabtu, 20 April penamaan calon berlangsung.
Dah selamat, dah setel dah.

Lebih kurang dua minggu lagi, kita semua akan mengundi
iaitu pada 5 Mei.

Yang namanya naik jadi calon, bergumbira.
Yang tak tersenarai, ada yang reda. Ada yang mencuka.
Ada juga yang berkira-kira menjadi calon bebas adanya.

Semua nak bertanding.
Nak berkhidmat atau nak merembat(?) atau kedua-dua.
'Sambil menyelam minum sarbat', seperti kata sahabat gua,
Ujang Taha bekas ADUN sepenggal, Kabupaten Kg. Batang Rokan.


Gitulah. Proses demokrasi berjalan lancar dan licin di Malaysia.

Tiada pertumpahan darah.
Tiada bom.
Tiada tembakkan.

Kalau adapun hanyalah perang mulut@ceramah, perang poster,
perang akhbar dan perang cyber.

Tak mati.
Cuma kadar dosa meningkat naik mendadak.
Tak kira dari kalangan berserban putih atau hijau maupun bersongkok hitam.

Begitulah perangai sebenar yang dapat disaksikan bilamana sudah
mengidam 'KERUSI' dunia.

Satu hal yang paling menarik untuk disaksikan sepanjang musim pilihnraya ialah perang poster, sepanduk dan bendera.

Berbagai kreativiti para penyokong dan petugas parti dapat dilihat.

Dibawah ini dipaparkan beberapa 'design' yang menarik yang sempat dikutip dari jurugambar BERNAMA dan UTUSAN MALAYSIA.


Azhar Mohd (kiri) dan Mohd Faridi Abullah
menghasilkan replika ikan
di Kampung Kubang Ikan, Kuantan.
- Gambar BERNAMA
 

Khairul Nizam Saruji bersama anggota jentera pergerakan
UMNO Cawangan Halaman Meru Damai, Ipoh.
- Gambar BERNAMA
 

Petugas jentera pilihanraya Kampung Kolam Air,
Kuala Kurau, Parit Buntar, Perak.
- Gambar BERNAMA

Mohd Ishak Abdul Rashid (tengah)
 bersama rakan menyiapkan replika helikopter
di Jalan Haji Mursid, Pekan Darat Seberang Perai Utara.
Gambar Ismail Kamadin. - UTUSAN


Mohd Zailani Md Dak dan Mohd Riduan Nordin
 menyiapkan replika kereta kebal
 di Bilik Gerakan Cawangan Cherating Baru, Kuantan
- Gambar BERNAMA
 

Meriam yang dihias dengan bendera di sekitar
Pantai Dalam di Kuala Lumpur.
- Gambar BERNAMA



BEBERAPA ahli Umno Permatang Pauh, Pulau Pinang
membuat replika motorsikal berkuasa tinggi berbalut
bendera Barisan Nasional di Pusat Daerah
Mengundi Cawangan Kampung Kubang Ulu.
Gambar: Sazali Che Din.- Utusan



Tiga pertugas parti menghasilkan replika
kapal terbang yang di baluti bendera Barisan Nasional 
diletakkan di Jalan Kampung Sungai Ibor, Gurun.
Gambar: Safrizal Azmi - Utusan



BN dengan replika kereta kebal,
manakala  PAS membuat bentuk jet pejuang.
seolah-olah mengambarkan pertempuran darat dan udara
di Jalan Pintasan Muar dan Jalan Bakri, Muar, Johor.
Gambar: Ishak Rahmad - Utusan




HASMAH Adam (kanan) bersama
anaknya Siti Haizah Zamri
membaca pemidang yang mengandungi
kata-kata nasihat. Foto dirakamkan
di Kampung Hang Tuah, Sagil, Ledang, Johor.
Gambar: Ishak Rahmad- Utusan

Isnin, 15 April 2013

MIKI... my friend... 'BERSABARLAHHHH...'

Kau sangka panas hingga kepetang, 
Aku dan kengkawan pun menyangka dan berharap sedemikian.
Rupanya panas sampai ke malam....

Malam bebb...

Nasibbb....

Takpa nanti kita masuk studio,
rakam lagu pilihanraya, masuk u-tiub.

Lagu dah ado. Lirik belum siap.
Cuma.... nak dok sebelah mana taktau lagi.... ceh!



Kartunis Miki membaca
surat jawapan penolakkan
kepada permohonannya
untuk bertanding didalam PRU
bagi kawasan DUN Taiping Selatan.

Rabu, 3 April 2013

PARLIMEN DAH BUBAR...


AYAG MENET ROTI KAPAI
MAKAN DEKAT SAWAH PADI,
YANG DOK TUNGGU DAH PUN SAMPAI,
PARLIMEN BUBAR TAK LAMA MENGUNDI...  

Dah bubar Parlimen... baru boleh naik beskal...
Motokar hak kerajaan... hmmm...

Kartun Dee

Kartun Maro
Kartun Miki

Isnin, 25 Mac 2013

SELAMAT HARI POLIS



'AYAG MENET ROTI KAPAI,
JOM MAKAN DIPEKAN PENDANG,
JASAMU POLIS TIDAK TERNILAI,
HAMPA HERO TIDAK DIDENDANG...'

Pantun diatas sebagai pembuka tirai sedikit coretan
mengenai Hari Polis yang disambut hari ini.





Polis.
Aku langsung tak pernah bercita-cita menjadi seorang anggota
keselamatan bergelar polis.
Taktau sebab apa.



Polis.
Tapi aku cukup syok bermain 'polis sentry' 
dikampung dan disekolah dulu. Theeehiihee.... dan aku biasanya
orang yang last kena tangkap. Cehhh.



Polis.
Dalam keluarga aku, abang aku yang sulong
menjadi polis. Beliau kini menghampiri tempoh persaraan.

Polis.
Hmmm.... Banyak juga kenangan berhadapan
dengan 'road-block' polis.



Belum pernah merasa dihambat polis.
Akupun bukan Mat Rempit. Bawa motor pun 70km sejam.
Takut. Tu pun main gear 2 dan tiga je.

Polis.
Kekadang aku hangin juga dengan polis,
terutama bila berkereta melalui Muzium Negara ke Istana Negara lama.
Secara tiba-tiba mengawang tangan
menyuruh kita berhenti bila ada vvip nak tumpang lalu... 





Polis. 
Aku suka tengok cerita-cerita polis. 
Lebih-lebih lagi cerita aksi.
Bukan cerita polis ala Skop Production.
Tapi ala Bruce Willis.

Polis.
Biar apa orang kata.
Biar apa orang caci.
Biar apa orang maki.
Biar apa orang dengki.

Polis Malaysia 'the best' sekali.



Polis.
Disaat kami semua tidur lena, hampa bersengkang mata.
Disaat kami menonton bola, hampa membelakangkan kamera.
Disaat kami bersama keluarga, hampa dijalanraya.

Polis.
TIADA POLIS TIADA KEAMANAN.
TIADA KEAMANAN NEGARA JAHANAM.
NEGARA JAHANAM SIAPA YANG MENANG?

Polis.
Selamat Hari Polis yang ke 206.














PERAJURIT TANAH AIR-arabbbb




PERAJURIT TANAHAIR antara lagu patriotik yang paling popular
sejak dahulu hingga kini.

Melodinya yang indah dan mencengkam.
Liriknya yang teratur dan mengesankan.
Muziknya yang simple dan bersemangat.

Ketiga-tiga elemen ini kemudian dicampurkan dengan
suara power Jamaludin Alias dan terhasillah satu
evergreen masterpiece  Saiful Bahari, komposernya.

Mungkin kerana ada perkataan 'BARISAN' didalam lirik
lagu ini membuatkan sesetengah pihak seronok mengalunkannya.
Manakala satu pihak lagi agak keberatan membuka mulut.

Ceh. Ini lagu patriotik da. Takde kena mengena dengan politik.

Biasanya lagu ini dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan.
Sesekali elok lagu ini dinyanyikan dalam bahasa Arab.

Disertakan disini terjemahan lagu Perajurit Tanahair dalam bahasa Arab.

Ianya dipetik dari ruangan 'Belajar Bahasa Arab' yang disiarkan setiap
Jumaat dalam akhbar Utusan Malaysia.

Ruangan ini dikendalikan oleh Dr. Abd. Razak Abu Chik, pakar bahasa Arab.

Bulih try test.... tapi jangan jadi macam Ramli, Ajis dan Sudin dah ler...


'ALKISAHHHH..... TAIYIBBBB.... 
MAKA TERSEBUT
LAH KISAH... TAIYIBBBB.... SANG KANCIL DATANG
BERAMAI-RAMAI MENGADAP KEBAWAH DULI
YANG MAHA MULIA SULTAN SULUUUUU....

MANA SULU ADA SULTAN....
ENTAHHHHH....






Credit Video:hyazinth79







Jumaat, 22 Mac 2013

WIRA-WIRA di LAHAD DATU

 WASPADA... Gambar: K.P.Malaysia.


Si Baju Hijau 
(Sanisah Huri)


Si baju hijau
Sedang bertugas
Di perbatasan
Peluru tak bermata
Harus waspada...

Datangnya ia
Tak kenal saudara
Lawanlah ia tentu
Dengan hati semangat waja
Tanda putra setia...

Gagah perkasa
Bersedia
Siang malam
Di persada negara

Si baju hijau
Sedang bertugas
Di perbatasan
Peluru tak bermata
Harus waspada

............................

KALI pertama aku mendengar lagu ini pada tahun 70-an dulu.
Aku masih disekolah rendah bilamana radio sering memainkan lagu
patriotik dengan irama pop rancak ini.

Jarang dengar lagu patriotik berirama pop ni.
Balik-balik March...

Muziknya yang rancak, senikatanya yang jelas dan lontaran suara
Sanisah Huri yang mantap membuatkan lagu ini cepat meresap
dalam ingatan dan segera menjadi hafalan walaupun terkial-kial mengaji
mukadam. Ceh.

Tambah menyeronokkan, bila abang sulung aku melaburkan sedikit
duit gajinya membeli piring hitam penyanyi yang berasal dari Temasik ini.

Apa lagi, pantang dia takde kat rumah, aku raya tamil la.

Part yang paling aku best tentang lagu ini ialah intronya.
Bunyi gitar karan, bes dan deram memang asyikkk.
Entah siapa yang main gitar tu. Kassim Masdor kut?
Yang pasti bukan Kasem Pentalon.

Bila aku disekolah menengah, Jay-Jay bersama kumpulan Carefree
merakamkannya semula dengan cara mereka tersendiri.

Popular juga. Atas bas sekolah, Ah Kim si drebar memainkan catridge lagu 
berkenaan hari-hari. Kawan aku Pak Ya (la ni cikgu) cukup minat dengar lagu tu.

Tapi petikan gitar versi asal bagi aku, lagi best.

Lepas tu, aku tak amik tau dah sapa yang mengulang rakam lagu yang tajuknya
sinonim dengan parti Pas itu.

Cuma, pada satu ketika tu aku tertonton sebuah filem Melayu lama yang
diterbitkan di Singapura ada memuatkan lagu berkenaan dalam satu adegan.

Tapi bukan filem perang. Kisah masyarakat. Tajuknya? Lupa...

Mendengar lagu-lagu begini, mengingatkan kita pada wira-wira kita
yang berjuang diperbatasan dari dahulu sehingga kini.

Jasa mereka amat besar dan tidak ternilai.
Pengorbanan mereka meninggalkan keluarga menjaga kedaulatan negara
patut disanjung tinggi.

Sepatutnya, radio dan TV dinegara kita menyiarkan hari-hari lagu-lagu yang
sebegini dan bukannya bermusim.

Ada banyak lagu berunsur patriotik yang dicipta sejak dahulu lagi.
Buat apa disimpan didalam peti ais. 

Lain le lagu raya. 
RTM, TV3, ASTRO... Hape macam?

'Satu kandag dua cam, sebelah terung sebelah kacang.'




Ini macam punya dressing, musuh lari tak pusin-pusin'


SIAP SIAGA...



"KURANG AJAQ LU...  
BELANI LU CIAKAP INI SANDIWALA....
MAU TAU SANDI ka WALA ka, 
MALI SINI... LULUK LEPAN,
JADI UMPAN MAA..."

Begitu agaknya kata brader yang
mengangkat tangan dalam gambar diatas.
Sebenarnya, beliau mengarahkan jurugambar
media supaya menjauhkan diri.


 

CREDIT VIDEO: NJENDRA

Rabu, 20 Februari 2013

Justin Bieber KE Jasin Baba?

siaran 2 feb, 2013


Beli stem dipejabat Pos, 
Beli Harakah dipejabat Pas,
BRIM 2 dah pun ku balun,
Undi siapa? totaplah rahsiaaa.... 

oh ooo ohh PRU...
oh ooo ohh PRU...
oh ooo ohh PRU...

Tiga belassss....
(ikut melodi lagu Balik Kampung)


KOSONG-KOSONG

Siaran 26 JAN, 2013.


SELESEMA, DEMAM, SAKIT TEKAK, BATUK,
LELANGIT BENGKAK,...

SABOR JANG SABORRRR....

DOKTOR CAKAP
'KURANG VITAMIN C'

MACAM CITER P. RAMLEE LA PLAK.