Hari ini, sabtu, 20 April penamaan calon berlangsung.
Dah selamat, dah setel dah.
Lebih kurang dua minggu lagi, kita semua akan mengundi
iaitu pada 5 Mei.
Yang namanya naik jadi calon, bergumbira.
Yang tak tersenarai, ada yang reda. Ada yang mencuka.
Ada juga yang berkira-kira menjadi calon bebas adanya.
Semua nak bertanding.
Nak berkhidmat atau nak merembat(?) atau kedua-dua.
'Sambil menyelam minum sarbat', seperti kata sahabat gua,
Ujang Taha bekas ADUN sepenggal, Kabupaten Kg. Batang Rokan.
Gitulah. Proses demokrasi berjalan lancar dan licin di Malaysia.
Tiada pertumpahan darah.
Tiada bom.
Tiada tembakkan.
Kalau adapun hanyalah perang mulut@ceramah, perang poster,
perang akhbar dan perang cyber.
Tak mati.
Cuma kadar dosa meningkat naik mendadak.
Tak kira dari kalangan berserban putih atau hijau maupun bersongkok hitam.
Begitulah perangai sebenar yang dapat disaksikan bilamana sudah
mengidam 'KERUSI' dunia.
Satu hal yang paling menarik untuk disaksikan sepanjang musim pilihnraya ialah perang poster, sepanduk dan bendera.
Berbagai kreativiti para penyokong dan petugas parti dapat dilihat.
Dibawah ini dipaparkan beberapa 'design' yang menarik yang sempat dikutip dari jurugambar BERNAMA dan UTUSAN MALAYSIA.
|
Khairul Nizam Saruji bersama anggota jentera pergerakan UMNO Cawangan Halaman Meru Damai, Ipoh. - Gambar BERNAMA |
Petugas jentera pilihanraya Kampung Kolam Air, Kuala Kurau, Parit Buntar, Perak. - Gambar BERNAMA |
Mohd Ishak Abdul Rashid (tengah) bersama rakan menyiapkan replika helikopter di Jalan Haji Mursid, Pekan Darat Seberang Perai Utara. Gambar Ismail Kamadin. - UTUSAN |
Mohd Zailani Md Dak dan Mohd Riduan Nordin menyiapkan replika kereta kebal di Bilik Gerakan Cawangan Cherating Baru, Kuantan - Gambar BERNAMA |
Meriam yang dihias dengan bendera di sekitar Pantai Dalam di Kuala Lumpur. - Gambar BERNAMA |
Tiga pertugas parti menghasilkan replika kapal terbang yang di baluti bendera Barisan Nasional diletakkan di Jalan Kampung Sungai Ibor, Gurun. Gambar: Safrizal Azmi - Utusan |
HASMAH Adam (kanan) bersama anaknya Siti Haizah Zamri membaca pemidang yang mengandungi kata-kata nasihat. Foto dirakamkan di Kampung Hang Tuah, Sagil, Ledang, Johor. Gambar: Ishak Rahmad- Utusan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...