Selasa, 12 April 2011

MEOR 'DAPEK' MENANTU



Meor... penampilan terbaru.
Masih hemsem dan bergaye.
Dah patut dapek golaran
'Datuk' ni... Gambar dicilok
dari pesbok beliau.  
Sebelum cerite pasal dapek menantu, elok diceritakan sedikit hikayat disepanjang  mengenali anak kelahiran Hulu Kelang ni... Panjang ceriternya....

Cerciter...cerciter....


SIAPA Meor?


Bukan pelakun Mior Hashim, pelakun teater tersohor tu. Bukan Mior Shariman @ kartunis Mishar abang Sohaimi Mior Hassan penyanyi lagu puisi tu.. bukan.


Meor atau nama penuhnya Meor Ariff Ahmad adalah salah seorang pelukis illustrasi yang popular sekitar tahun 80-an dulu.

Meleleh jugak ayag liog aku menatapi kehalusan kerja seninya.

Sentuhan artistiknya memukau. Walaupun cuma menggunakan medium pensil,
tapi garisan dan tone yang terhasil amat unik.

Sewaktu Meor mula berkarya pada tahun 1979, aku baru ditingkatan dua.

Beliau juga adalah pereka grafik ditempat yang sama. Berbakat juga dalam lukisan karikatur dan potret. Kiranya, serba boleh le ni.

Akhbar Mingguan Wanita dan majalah Kisah Cinta adalah antara dua penerbitan
tempat Meor mempamerkan karyanya saban minggu dan bulan selama puluhan tahun.

Sayang.... tiada satupun illustrasi beliau disimpan untuk dipaparkan disini.
Agaknya, jika dihimpun dan dihamparkan, mungkin seluas Taman Seri Gombak atau setinggi ibu pejabat BSN di Jalan Ampang. (over le tu)

Suatu ketika dulu, beliau mempelopori medium titik-titik halus @ dot-dot dalam menghasilkan illustrasi yang mana menghasilkan satu impak yang menarik.
 Titik-titik yang beribu-juta (agaknya) dihasilkan dengan teknikal pen jenama Rotring memerlukan tumpuan yang khusus dan penuh sabar. (Rotring: famous gila time tu pen ni dikalangan mat-mat grafik. Dalam poket baju wajib ada... cheh!)

Kemudian, teknik ini menjadi ikutan oleh beberapa illustartor dipenerbitan lain. Mior, akhirnya kembali semula pada stroke asalnya yang bermain dengan tona dan garisan.


Meor.... dengan 'folio beg' nya begitu menggerunkan
 aku sewaktu baru bekerja seatap dengannya.
  

Mula mengenali Meor


Pertengahan 1986, pada usia 21 tahun aku menyertai syarikat penerbitan tempat Meor bekerja.

Amir Enterprise.
Nama yang begitu besar dan Gah pada ketika itu. Antara produknya yang popular dipasaran ialah majalah Keluarga, akhbar Mingguan Wanita, majalah hiburan Kisah Cinta, novel-novel remaja, buku-buku masakan dan dibidang perfileman. Filem box office  Ali Setan merupakan antara yang berjaya dipawagam.

Sewaktu aku menghadiri temuduga sebagai pereka grafik, syarikat ini masih beroperasi
di Damansara Utama. Dan ketika melapurkan diri, mereka sudah berpindah di Jalan Genting Kelang, Setapak.

Aku yang masih dalam 'keperitan' bersama syarikat sebelumnya kerana kemelesetan ekonomi yang teruk pada 1985 memerhati seorang demi seorang rakan-rakan baru dijabatan Reka bentuk.

Mereka berketerampilan penuh gaya bensen n hedges.
Semuanya smart like hell. Aku pulak selekeh like heaven.... sampai le laaa ni.

Meor pada waktu duduk berseorangan diatas kerusi dan meja spesel. Meja pelukis plan.
Geng lain dan aku kemudiannya duduk atas meja dan kerusi biasa je.

Aku... dulu-dulu... bandingkan
dengan Meor... Cheh! La niii... pong sama.

Apa yang mengerikan aku pada waktu itu ialah melihat folio beg yang dibawa Meor setiap hari kepejabat. Peh. Time tu kalau bawak folio beg, memang nampak canggih.

Aku? aku cuma bawak beg galas kain usang yang penuh dengan contengan. Cheh.

 Selain Meor, rakan diunit rekabentuk pada ketika ini ialah M. Jusoff Taib selaku ketua unit, Dol Brunei, Hashimuddin, Nan Toba (adik Man Toba), Mali jr, Ridzuan Ramli @ abang Wan (juga merangkap tauke warung di opis), Tahiruddin (Allahyarham) dan Kayla.

Bila syarikat mengembangkan sayap menerbitkan beberapa produk lagi, maka ramai pereka grafik diambil. Dari lapan menjadi berpuluh-puluh dan berpeluh-peluh boss nak bayau gaji.



 Adat kehidupan. Setelah menempa kejayaan demi kejayaan sekian lama, syarikat bumiputera yang banyak berjasa kepada aku dan kengkawan lain akhirnya tidak dapat melawan takdir.

'Hidup dan nasib roller coaster, susah dan senang bersilih ganti... bila-bila boleh naik dan turun' .... bak kata sifu Datuk M.Nasir menerusi lirik lagu Apokalips nukilan arwah Loloq.

Shutdown. Ctrl+alt+delete. Restart. Log off..... no jalan and no road. Full stop.

1990-an, Meor, aku dan yang lain-lain kemudiannya membawa haluan masing-masing  menuju
takdir yang telah ditetapkan.

Dan kini, tahun 2011... semuanya sudah menjadi sejarah.

Ada yang sudah bersara. Ada yang dah pergi. Ada yang menjalankan bisnes sendiri.

Yang masih bergelumang dalam dunia senireka bentuk grafik pun ada termasuk aku, Armus (Utusan), Megat (Karangkraf)... yang lost contact pun ramaiiii.

Ini bukan trio Datuk T.
Meor berposing sakan bersama Mazlan Enjah (jurufoto) dan
boss unit reka bentuk, M. Jusoff Taib untuk keluaran khas Hari Raya
majalah Kisah Cinta... tahun 1986.


Populariti Meor

Selain dihormati kerana personaliti, bakat dan kewibawaannya, beliau amat disenangi oleh semua staff pejabat dek keramahannya.
Pendekata kalau ada Meor, kompom meriah. Beliau mempunyai banyak modal berbayar untuk berbicara. Tak sunyi le kalau dia ada.

Bukan cam aku... kelu lidah untuk berkater-kater. Modai takdak...hampeh!

Pendek kata kat unit rekabentuk tu, tolak aku sorang... yang lain tu semua ringan mulut.
La ni pun samaaaa. Hampeh lagi sekali.

Ada Meor memang tak sunyi...
Gambar hiasan je ni... kehkehkeh...



Hampir sertai Utusan

Bila aku menyertai Utusan Melayu pada 1994, aku ada jugak mengajak Meor join sekali.

Kebetulan majalah KAWAN baru diterbitkan, pelawaan melukis untuk majalah kanak-kanak tersebut turut diajukan.

Beliau ada menghadiri temuduga. Hampir pasti dapat. Tapi berubah fikiran untuk join the club, atas sebab tertentu. Bagi aku, Meor kalau jadi Art Director pun layak.

Kartun yang beliau kirimkan turut disiarkan dalam dua keluaran majalah KAWAN tapi telah dijadikan 'peraduan mengisi dialog'.

Meor sedikit kecewo, tapi aku takleh buat apo-apo. Ni Kak Rosminah punyo kerjo. 
Menggunakan nama pena Pokcik Mior, kartun RAF dan LEZZ
disiarkan dalam majalah KAWAN pada September dan Oktober 1994.
Tapi boss nak kartun ini dijadikan peraduan. Apo boleh buek.
Meor merajuk dan terus maleh nak hantar lagi.

Memancing

Salah satu hobi Meor yang tak dapat ditinggalkan sehingga kini ialah memancing.
Dapat tak dapat ikan belakang kira. Janji dapat redah hutan, cari parit ke sungai ke...

Semasa tinggal sekampung diWangsa Maju pada tahun 90-an dulu, pernah jugak aku
menyertai Meor memancing.

Biasanya hari ahad le.
Meor, siap bawa umpan yang di'uli' dari rumah.

Menapak lebih kurang seratus meter ke bus stop dan menaikki bas Len Seng bernombor 170
ke Zoo Negara.

Lokasi kami disekitar anak-anak sungai diKampung Kemesah, Ulu Kelang.
Tempat permainan Meor le katakan. Memang dah xpert.
Pernah jugak kami sampai hingga ke Empangan Klang Gate.

Segan aku sebenarnya nak memancing ni. Dekat kampung boleh main batang buluh je.
Tapi disini kenalah membeli jorannya atau 'bokkail' bahasa kampung aku.
Bukan apa nak membaling tak reti-reti....sampai la laaa ni... ham......peh!

Dapat la dua tiga ekog ikan tilapia. Itu pun belum cukup umur agaknya.
Kekadang, member serumah dan seopis, Hasbul pun ikut sekali.

Ada satu peristiwa yang tak dapat dilupakan ketika kami memancing.
Ketika tengah berjalan nak memilih lokasi baru ditengah-tengah hutan sekitar Kampung Kemensah, tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu bunyi dari belakang.
Seolah-olahnya hendak mengejar kami. Huh apalagi... berterabur tak cukup tanah lari.
Terus balik. Lama jugak jadi bahan ketawa kengkawan lain bila Meor menceritakannya.

Berteraburrr... Aku pun musykil...
nak kata babi hutan bukan.
Mungkin biawak kut... tapi memang saspen pun.
Lebih saspen dari nampak polis buat road-block.
Lebih seram dari video jam omega.

'Kami datang nak makan'...

DiWangsa Maju, kami geng bujang tinggal diblok E6. Meor bersama keluarga diblok F2(?).
Rumah bujang kami memang simple. TV pun takdak. Dapur lagi le, walaupun paip gas
tersedia.

Bila sesekali terasa nak tengok TV, malamnya aku dan Hasbul akan menapak kerumah Meor yang terletak kira-kira 50-60 langkah. Kengkawan yang lain segan.

Biasanya setelah kami selesai makan digerai barulah kami kerumahnya.

Ada masanya ketika kami sampai, beliau sekeluarga tengah menikmati makanan maka kami
diajaknya sekali. Ada masa kami pulon dan ada masa kami menolak.

Ada jugak diwaktu bulan mengambang, kami kerumah beliau dengan niat serampang dua, tiga mata... nak tengok tv dan nak tengok nasi. Dan.... pantang dipelawe.... ngappp. Alhamdulillah.

Itu dirumahnya. Pernah jugak Meor mengajak aku ke kedai makan milek keluarganya di sebelah Zoo Negara yang ini menjadi tapak Finas. Makan free lagi.

Kebaikkan Meor dan isterinya, Faridah memang sentiasa dalam ingatan.

   

 
Dua jejaka sengkek sedang mengambil 'bau aroma' hidangan diatas meja,
sebelum mengosongkan bekasnya sehingga tidak perlu dicuci.
Masakan kak Faridah memang classsss...

Meor, Studio Merdeka dan P.Ramlee

Selepas  era kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas, Singapura mengalami
detik kejatuhan, ramai anak-anak wayang lari ke Studio Merdeka.

Studio perfileman yang letaknya berdekatan Zoo Negara itu  juga berhampiran dengan restoran keluarga Meor.

Aku dah lupa apa nama restoren tu, tapi pernah sekali dua mengikut Meor kesana.
Bila Finas ditubuhkan dan pembangunan pesat dikawasan sekitarnya berlaku, maka
gerai makan, warung termasuk restoren bapa Meor terpaksa tutup.

Membesar dikawasan orang 'bikin wayang' atau 'wayang pusing, Meor mempunyai banyak
koleksi cerita menarik mengenainya.

Ada la dua tiga kisah yang pernah diceritakan kepada kami ketika duduk bersembang.

Rupanya Meor pernah berlakun sewaktu remaja dulu dalam sebuah filem keluaran
Studio Merdeka. Nama filem tu, apa watak yang dibawanya sampai hari ni masih menjadi
rahsia beliau. Puas kami bertanya, namun dia hanya menjawab sambil tersengih. "Adalaaa".

Yang sah bukan hero. Bukan Crook. Mungkin pegang tombak? Mungkin? Who Know?

Meor juga pernah menceritakan gelagat orang tengah yang menge'POW' duit dari pelakun-pelakun tambahan yang dicarinya. Kes amik Komisen le tu. Begitu jugak seribu satu lagak dan perangai diluar scene anak-anak wayang yang disaksikannya secara live.

Dan Meor sempat juga menyaksikan detik-detik terakhir seniman agong kita yang pada
ketika itu melalui zaman suram berkampung di restorannya. 


Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan krew-krew filem selalu berkunjung
ke Restoran milek keluarga Meor berhampiran Studio Merdeka, Hulu Kelang. 



Kisah misteri... Baju Melayu terbakar

Perkara ini pernah diceritakan Meor kepada kami pada satu hari.

Amir Enterprise ketika itu beroperasi di Damansara Utama.
Zaman mewah. Bonus kencang. Langkah panjang. Bujang trang tang tang.

Menjelang Hari Raya, Baju Melayu sepersalinan dibeli.

Tak pastilah samada berlaku sebelum atau selepas Hari Raya.

Pada suatu hari... (jeng jeng jeng.. bunyi muzik saspen), Meor membuka almari bajunya.
Dan... terperanjat besar apabila mendapati 'pakaiannya' itu hangus seperti terbakar.

Ada peristiwa disebalik ceritera ini. Tapi... cukuple setakat tu.




Anak Omak.
Meor diapit oleh dua puterinya.
Sepuluh tahun berlalu... dah bosau.
Gambar: Pesbok Meor


Dari Stadium Merdeka ke Dataran Merdeka

Kalau tak silap tahun 1988. Akupun dah lupa apa 'acara besar' yang berlangsung
pada waktu itu.

Hari Kebangsaan atau Tahun baru.? Lupa habis.
Pejabat pada waktu ini di Jalan Genting Kelang, Setapak.

Aku, Meor, Hasbulah, Munah segaraga dan Din Tamblong membuat
perancangan untuk 'bersiar-siar' menghabiskan cuti umum ditengah ibu kota.

Maka bermula pada awal pagi kami ke Stadium Merdeka.
Berjumpa dihentian Bangkok Bank. Berjalan kaki ke Stadium.

Pagi hingga ke tengah hari didalam perut Stadium menyaksikan entah pertunjukkan apa.

Hujan renyai-renyai mula turun sewaktu kami melangkah keluar Stadium.
Kemudian menapak ke Dataran Merdeka.

Singgah makan. Berehat. Ronda-ronda...

Malamnya, kami ditengah ribuan pengunjung di Daratan Merdeka menyaksikan entah apa show... ada bunga api lagi.

Itule 'xpdc' yang pertama dan terakhir. Letih ooo.




1986... "Malam 10 tahun Amir Enterprise".
Kumpulan 'SADAKA-EMMABU' bikin gempaq.
Gabungan wartawan, jurugambar dan grafik berjaya
men'SUMBANG'kan lagu 'Impian Anak Jalanan'. Sifu M. Nasir
yang turut membuat persembahan pada malam itu
hampir pulang ke Singapura untuk menguburkan grup Kembara.
Apapun, kami menang malam itu... theeeheehiieee.
Dari kiri... Shirmy, Gua, Meor, Asemudin, Pakya, Kayla dan Nan Ungai.
Band pengiring: Polis-PPH, Cheras.


 Buat kerja 'Gila'... berhenti serentak.

Bila Amir Enterprise berpindah dari Jalan Genting Kelang ke Petaling Jaya pada tahun
1990/1991 kalau tak silap.... aku, Meor dan beberapa kawan lain turut serta kesana.

Kedudukkan syarikat pada waktu itu agak kurang stabil. Ada yang angkat kaki ketempat lain,
yang setia pun ramai.

Aku sebenarnya sebelum itu 'terpaksa'... diulangi 'terpaksa' berhenti dan berhijrah ke
Karangkaraf di Taman Tun kerana akhbar Mingguan Wanita pada waktu itu di gantung
penerbitannya oleh KDN pada 1989 atas sebab tertentu.

Aku di Karangkraf selama tiga bulan dan kembali menyertai Amir Enterprise semula dengan
muka yang agak tebal.

Di PJ, pejabat yang berhampiran dengan Balai Bomba itu, aku kembali ke meja Mingguan Wanita setelah pengharamannya ditarik balik KDN.

Entah apa hantu atau jembalang yang merasuk atau tertekan dengan pelbagai
masalah dan ketidakpuasan hati yang bersarang dihati.... aku, Meor dan Tahir mengambil
keputusan untuk meletakkan jawatan sebagi pereka grafik.

Kami 'The Three Stoogges' berhenti serentak.
Membawa haluan masing-masing.

Aku tak tahu apa perasaan Pak Harun. Tetapi melalui rencana pengarang majalah Keluarga, anak beliau (Kak Shimah) telah meluahkan 'kekesalan dan kekecewaannya'.

Maafkan le kami.

Aku tak tau le Meor dan Tahir. Tapi... aku telah melalui 'keperitan' yang amat panjang dari
tindakkan yang 'kureng cerdik' itu. Padan muka aku.



1988...?  Meraikan last day dua budak pompuan practical dari ITM.
Dari kiri.... Mali jr, Mat Rock (missing in action), Gue, Emma, Meor.
Berdiri... Allahyarham Tahir, Omar Suib dan Jamm.



Ajuk cakap boss

Salah satu perkara yang agak menarik dan kelakar di Amir Enterprise, mereka suka meniru suara Boss.

Bila Pak Harun Hassan mengeluarkan sebarang arahan atau bercakap mengenai sesuatu perkara, maka mereka akan menirunya.

Bukan didepan, dibelakang.
Saja-saja bergurau. Endingnya semua ketawa.

Antara yang suka mengajuk cara Pak Harun bercakap ialah Don, Yusof Taib dan semestinya Meor.
Kekadang, yang boss tak cakap pun depa cakap jugak. Tapi menggunakan lenggok
Bosss.... Macam-macam pesen.


'Berita penting dari Meor' 

1993... berlaku peristiwa yang tak dapat aku lupakan sehingga kehari ini.
Aku baru tiga bulan bekerja di Pustaka Delta yang terletak di PJ ketika itu.

Satu hari, iaitu malam ke 11 Ramadan selepas berbuka puasa dipejabat dan baru memulakan tugas, telefon tiba-tiba berdering.

Tony, teman sekerja yang menjawab panggilan itu kemudian berkata... "Man... you punya
bapa panggil... dia marah you belum balik lagi"...

Rupanya Meor dihujung talian. Selepas berbual beberapa saat, Meor kemudian memecah suasana:...

"Man... aku ada satu berita penting!" "Bapa kau meninggal".

Haa!? terkejut dan lain-lain perasaan bercampur baur. Blur sekejap.
Apa lagi, kelam-kabut le malam tu nak balik kampung...

Sebenornya, bapa aku meninggal petangnya. Member serumah yang baru masuk lambat
bertindak. Hasbullah pulak lambat balik... jadi... jadilah lagutu...

Terima kasih le Meor.


Meor dapek menantu

Haaa... akhirnya. Tiba masa cerita Meor dapat menantu.

Ashraff anak sulong Meor. Ataupun anak lelaki tunggal dari tiga beradik.
Sewaktu aku mula menetap di Wangsa Maju, beliau masih bayi.

Bila berusia lebih lima tahun, beliau mula mengenali kami.
Apatah lagi, aku dan Hasbullah sering kerumahnya.

Ashraff juga sering mengikuti bapanya kerumah kami pada hari minggu.
Macan. Itulah nama panggilannya padaku.

1986... Malam keluarga Amir 10 tahun.
Pengantin lelaki 'Ashraff' dalam dukungan Kayla.
Berapa umog dia masa tu? Maybe roundabout 2 @ 3 years.
And... who  the hell guy@mangkuk beside him?
Bikin semak ajer... poe main jejauh... syuh... syuhhh. 


Kekadang Meor membawa Ashraff kerumah bujang kami...
Dia minat main keyboard Yamaha aku. Mula-mula main dengan
tangan.... peh tu dia start boring... hentam main dengan
kaki.... alamak. Dan-dan aku off... isk ishk ishh.



Tak banyak yang dapat diceritakan kisah Ashraff bila dia mula bersekolah dan kealam pekerjaan.
Ini kerana selepas beliau sekeluarga menetap di Taman Seri Gombak, jarang kami berjumpa. Hanya berhubung menerusi telefon dan sms aje.

Kali terakhir aku dan Hasbullah kerumah Meor ialah sekitar tahun 2000.

Ashraff bertemu jodoh dengan orang 'Ganu Kite'.
Mereka berdua selamat dinikahkan pada satu majlis yang berlangsung diTerengganu
awal Mac lalu.

Manakala kenduri di rumah pengantin lelaki pada 1 Mei ini.
Pastinya Meor dan isteri tengah sibuk mengurus dan membuat persiapan
kenduri hujung bulan ini. Maklum le, menantu pertama.

Ramai kawan-kawan lama khabarnya dijemput.
Tak sabar juga aku nak berjumpa, insyallah.

Buat sahabatku Meor dan isteri, selamat menerima menantu.
Dan semoga terus dirahmati dunia dan akhirat.
Selamat Pengantin Baru Ashraff dan isteri.
Semuga diberkati dunia dan akhirat.
Cepat anugerahkan 'Datuk' kepada Ayahanda dan Bonda kamu.
Gambar: Pesbok Meor.

Selasa, 29 Mac 2011

DATUK M NASIR dan DATUK RAMLI MS... TAHNIAH

M.N: Arap-arap lopeh nih, sobat kito Ramli Sarip pulok dapek yo...
RMS: Kawe po ingak lagutu jugok... Nati kito jaddi... 'Trio Datuk S'.



SUMBANGAN dua insan seni berbakat ini dinusantara tiada taranya.

Hasil karya mereka berdua menyemarakkan ruang udara, mengembangkan telinga, menggoyang paha dan membikin mulut turut ternganga.

Merentasi Tambak Johor untuk berkarya dibumi Malaya tidaklah sia-sia.

Walaupun kekadang sedikit terpalit kontroversi, namun yang baik tetap dikenang jua.

Ada suka.

Ada duka.

Ada berbagai ragam.

Ada yang suka men'gam'.

Ada orang suka-suka.

Ada yang suka mengata.

Karya yang baik tetap bertakhta diatas batu jemala.

M. Nasir... mencipta lagu... menulis lirik... menyanyi. Itu kepakarannya.

Ramli MS... dibelakang tabir... menyusun muzik, mengadun bunyi. Itu makanannya.

Tanpa irama M. Nasir... muzik kita tiada warna.

Tanpa sentuhan Ramli MS... muzik kita hambar rasanya.

Tahniah dari hamba pencinta seni yang amat menggagumi.

Menjunjung kasih pada Sultan yang memberi.

Jadilah Datuk yang berbudi pekerti, berhemah tinggi.

Bukan seperti Datuk Tee atau Datuk Lee Waa Tye. 

Sabtu, 26 Mac 2011

Karya sulung bersama penerbitan Mediaseni - 1984

  



Cover ini dilukis oleh Rosli Ibrahim.
 DUA tiga hari lepas sambil-sambil membaca berita mengenai isu-isu hampeh Trio Datuk T dan penemuan video xxxxx yang 'kunun'nya (?) de mamat penang@penin' tu, jari jemari menaip kata kunci kat google search image 'kartun manhassan'.

Peh... tetiba mata terpandang gambar diatas.

Lepas meng'click' pada website yang memuatkan imej asalnya tertera 'Lan Antique Collection Komik Lama'. (http://lan-lamadanantik.blogspot.com/)


Website berkenaan mengumpulkan segala macam barang-barang lama termasuk majalah komik dan kartun lama lagi antik.

Ianya sebagai koleksi peribadi pemilik web itu dan juga untuk dijual.


Anda bulih mengakses web berkenaan untuk mengetahui lebih detail apo yang ado didalamnya.

Buku kartun aku kat atas tu memang dah lamapun. Tahun 1984. Aku baru dua tahun lebih menetap di KL.

Dalam website itu, buku kartun aku diperagakan bersama tiga lagi karya dalam bentuk komik. Kiranya untuk dilelong le tu.


Tajuk komik : Si Kudung Pendekar Sakti.
Keluaran : Berjaya Enterprise.
Pelukis : Md. Zohri Sukimi, Sijangkang Klang.
Tahun : 1974.
Harga : 50 sen

Tajuk komik : Naga Hitam. Keluaran : Penerbitan Media Seni
Pelukis : Mansoor Ibrahim.
Tahun : Tak tahu.
Harga : 60 sen


Tajuk komik : Rahsia Bukit Emas.
Keluaran : Penerbitan Media Seni.
Pelukis : Kasbi Sarbini.
Tahun : Tak tahu.
Harga : 60 sen.

     

Tajuk komik : Siri penyiasatan gila, Awang Pong.

Keluaran : Penerbitan Media Seni.
Pelukis : Man Hassan.
Tahun keluaran : 1984.
Harga : 70 sen.





Cuma pelukis Kasbi Sarbini sahaja aku berpeluang mengenali dengan lebih dekat. Sebab kami satu pejabat sejak aku menyertai Utusan pada 1994. Kasbi atau lebih dikenali dengan panggilan Wak Kasbi telahpun bersara, tapi masih aktif melukis.
 
Sementara Mansor Ibrahim dan Mohd Zohri aku cuma mengenali dari jauh tapi karya mereka amat dekat padaku.
 
Mohd Zohri atau nama penanya Zoy dulunya pernah bertugas diUtusan tetapi sewaktu aku masuk dia dah lama 'belah' meninggalkan karyanya yang menjadi sebutan iaitu 'Ayoko'.
 
Beliau kini di akhbar Berita Harian dan masih jugak aktif 'berkomik' dan 'berkartun'
sampaikan bergegar jugak le Jalan Riong dengan aksi Ultraman lari diligan ombak Tsunami.
 
Aku dibayar RM200 untuk kartun itu.
Tidaklah lumayan, tapi boleh la berlagak mengisi perut dengan makanan ala Thai seminggu. Seminggu je. Lepas tu balik asal dengan makanan 'ala dua minit copek dimasak sodap dimakang'.
 
Seingat aku, lima atau enam buku kartun aku diterbitkan oleh Penerbitan Mediaseni yang beroperasi di Seri Gombak dimana aku menetap diKampung Melayu, Ampang
dan bekerja di Taman Keramat pada waktu itu.
 
Ada yang masih dalam simpanan. Ada yang dah ghuyup.
 
Apapun terima kasih bebanyak pada abang Yamin Daud, pemilik Mediaseni kerana
memberi ruang dan peluang aku bekarya pada waktu itu walaupun 'hasil kerja' aku
agak kureng asem.
 
Pada pemilik  (http://lan-lamadanantik.blogspot.com/, terima kasih kerana dapek
jugak den menatap 'karya sulong' den tu.


........................................................................

SABTU
26 MAC 2011

Menyelongkar almari dalam studio @ storedio, aku terjumpa salinan photostat
kartun berkenaan yang disimpan sejak 1984.

Masih elok cuma, terdapat efek 'cow gum' yang bewarna perang disekelilingnya.

Dipaparkan disini beberapa muka surat untuk tatapan dan kutukan.



 
Kartun di muka surat 3 yang dilukis pada 9.7.1984

  

Kartun di muka surat 4 yang dilukis pada 9.7.1984


 Kartun di muka surat 5 yang dilukis pada 16.8.1984




 

 Kartun di muka surat 9 yang dilukis pada 16.8.1984


Kartun di muka surat 21 yang dilukis pada 17.8.1984
Ending yang klise... mimpi... habih cerite.
Melukis takde skrip, main bantai je....











 
 
 


 

Khamis, 24 Februari 2011

LOGHAT KEDAH KLASIK - SIRI 2-A


A

ACI =  tak  boleh @ tak kira @ tak patut   

Contoh ayat:
1. "Tak aci la main macam ni." bantah Hosni pada Gadafi yang mengunakan pistol
betul semasa bermain perang-perang ala combat.
2. "Mana aci lagu ni... kami bertujuh je." Bantah Mubarak pada team Kampung Egypt, Muammar
yang membawa bersamanya 25 pemain dalam liga  sebelah 7.

ACI = sejenis permainan 'sorok-sorok'

Contoh ayat:
1. "Jom kita main aci." Azman mengajak rakan-rakannya yang turut sama ponteng belajar silat gayung Libya.
2.  "Kita main aci nusut@ (sorok) nak?." Ajak Nazri pada guru kelas lima manggis, Cikgu Kasbye.

ACI = Bertaruh

Contoh ayat:
1. "Aci kerat jari, kalau Nuek dapat tekel Fashanda yang cun giler tuh." Kata Apis penuh yakin pada Rizal.

(Nota: Lagu 'Aci-Aci open the door' nyanyian P.Ramlee tu kira lain tajuk tu.)

ASEY = Cukai, Cukai Jalan @ roadtax (Asal dari perkataan hasil)

Contoh ayat:

1. "Motor tu bukan ada asey tu Rudin , jangan nak cari pasai." Nasihat Mak Yun pada anak bongsunya.
2. "Nak pi pekan camno ni Acai, gua punya mutu takdak asey."  Zamri meluahkan kekecewaannya.
3. "Pak saya takdak, dia pi pejabat tanah Pendang, bayag asey." kata Muharam pada tok penghulu Pening Lalat.

ANGKIT = Angkat

Contoh ayat:
1. " Hang pi angkit kerusi ni wak naik atas rumah." Suruh Pak Maun pada anaknya Muaad.
2. " Haiii... nak angkit kayu ni pun tak larat ka?" Leter Mak Jah pada suamiya yang gendut itu.

Ahad, 20 Februari 2011

LOGHAT KEDAH KLASIK... - A - ... siri 1

 
  (c) hakcipta terpelihara


'loghat KEDAH' - 'A'


MUKADIMAH:
Beberapa bulan dahulu (tahun lepas),
blog marang perapu kepunden parang skeper ini
menyiarkan beberapa siri 'loghat Kedah'. Ianya mengenai
kaedah menyebut beberapa perkataan yang bermula
dengan huruf-huruf tertentu seperti R,G,L dan S.
 Apabila diKedahkan, perkataan-perkataan berkenaan
akan berakhir dengan huruf-huruf seperti
G,Q,N,I dan H .

Contoh:
AIR = AYAG, KUCING = KUCIN, KAPAL=KAPAI dan AIS=AIH.
-------------------------------------------------------------------------------------------

KALI ini diterangkan maksud perkataan yang sempat
dikumpulkan dan masih lekat diminda.
Bermula dengan huruf...

- A -


1. AYAG MENET...
Adalah sejenis minuman dalam botol.
Nama asalnya ialah Lemonade.

Amat popular sekitar tahun 70-an.
Ada dua jenis perasa dan dua label. Cap bendera (sarsi) dan cap limau (oren).

Popular  waktu berbuka puasa dan dimusim menuai padi.Harga sebotoi 15 sen. Saiznya sama botol kicap sekarang.

Susah nak cari la ni. Tapi di Kelantan dan Siam termasuk
dikedai tomyam milik kedua negeri tersebut di KL ada dijual...


Contoh ayat:
Penat membanting padi, Nazri Mat Salleh berehat dengan meminum lima botoi 'ayag menet' yang dibawanya tadi.



Nazri Mat Salleh berehat seketika selepas penat 'memukoi' padi sambil meminum 'ayag menet' dan roti kapai di sawah milik keluarga penulis di Kampung Baloh, Pendang Darul Bulan baru-baru ini. 

2. AYAG 12
Perkataan ini biasanya terkeluar bila bersembang. 

Maaf, asal usul perkataan ini tidak diketahui.

Ianya merujuk kepada seseorang yang 'lari' atau 'ghaib' akibat
dimarahi, rasa bersalah atau malu. Perkataan sampingan yang
mengiringi 'ayag 12' ialah 'tuang'. Kekadang perkataan 12 tidak digunakan.
     
Contoh ayat:
1. " Kena sound dengan aku, pi dengan 'ayag 12' tu" kata Maro kepada Mantaha
mengenai rakan mereka Roshianuar.
2. "Damanhorray tuang dengan 'ayag 12' tu lepas dapat duit pinjaman          
Bank Rakyat. Tinggai aku ternganga sorang. Cheh!"  rintih Namso pada Apisrizalman sambil berkata dalam hati 'pade muko mu'.
3. "Piiii dengan ayag tuu...". Miki memberitahu Pawie mengenai gelagat siRosmi
yang cabut lari selepas mengebas cd karaoke Jamal Abdillah miliknya.


     
 
3. AWAT
Bermaksud sebuah pertanyaan. Seperti 'apa fasal?', 'kenapa?' atau 'sebab apa?'
Mungkin perkataan ini di cilok dari bahasa inggeris 'WHAT'... atau depa yang
ambik daripada kita..

'Awat' juga digunakan bagi menjawab panggilan orang kepada kita.
'Nak awat' bermaksud 'tidak apa' atau 'apa salahnya'.



Contoh ayat:
1. 'Awat hang tak habag nak mai, boleh aku semelih kambing". Tanya Nuek pada Rosli Usin yang tiba-tiba muncul dirumahnya di Taman Interlok.
2. "Awat yang dia jadi lagutu hah?" Tanya Shah pada Zaidee yang kehairanan melihat Ucop ketawa seorang diri dikantin pejabat mereka.
3. "Awat kereta hang tu Maro?". Azmi bertanya setelah melihat Lamborgini Diablur milik rakannya itu remuk didepan.
4. "Norkamaroooooooooo" jerit Apis dari halaman rumah. "Awattt" balas Norkamaro.
5. "Cek segan la nak pi rumah Yuntawati makkk." Kata Lailatul. "Laaa... 'nak awat '... sepupu hampa tu." Balas emaknya.


 
4. ANGGOT  
Buah anggur.

Contoh ayat:
1. "Hang ni takdak buah lain, anggot! anggot!anggot!" Jerit Apis pada Zapran bilamana rakannya itu meminta dihulurkan sepinggan buah tersebut pada majlis jamuan makan dipejabat.
2. "Pakhang nanti beli buah 'anggot' buang sekilo no". Pesan Makngah Ila pada suaminya
Pakngah Raop.


5. AMERA
Buah kedondong.
Jugak disebut buah 'mera'.

Contoh ayat:
1. "Buah 'amera' ni cicah dengan garam belacan... fuhhh... nalarekik!." Bisik Kazim pada Zamani sewaktu sedang berkira-kira mencilok buah tersebut dibelakang rumah Wak Kasby.
2. "Buah 'mera' ni sekilo berapa bang?" Tanya Arina pada penjualnya di Pasar Tani Pendang.


-----------------------------------------------------

Cukup setakat ni....
Ada 15 perkataan lagi yang bermula dengan huruf 'A'.
Pehhh.... jumpo lagi.
 





 

 

Rabu, 16 Februari 2011

KAWAN oh KAWAN.... 1994 - 2011

Cover  KAWAN pertama
yang diterbitkan pada September 1994.
Perkhabaran buruk yang diterima sewaktu lepak bersarapan dikantin pejabat minggu lepas amat mengejutkan.

Shah mengabarkan berita yang majalah KAWAN akan dikuburkan.

Aku seperti tidak percaya walaupun mengetahui masalah-masalah dalaman yang berbangkit dan berbaring sejak sekian lama.

Aku menghubungi Dee, penyelaras majalah berkenaan sejak
berpindah tapak operasi di Bangi dari Taman Shamelin.

Dlm sms yang penuh emosi (termasuk ayat kontroversi dan sensasi) antara kami berdua, kartunis Hello Boss itu mengesahkan 'kemangkatan' tersebut.

Cuma majlis pengkebumian masik kabur.

Sedihhhhh. Mau tak sedey.
Aku adalah antara barisan kartunis perintis penerbitannya pada 1994.

Bersama aku pada waktu itu ialah Dee, Miki, KAB dan Saiful@ nikie yang merupakan staf.

Manakala pelukis luar yang turut menyumbang karya ialah Razali Osman @ Rizalman, Sharif Hassan @ Nasah, Halim Teh, Yaakob Yahya @ Koby, Bong Sala Oscorio@jongos dan Rossem.

Pelukis illustrasi tersohor, Fairul Hafiz pun turut menyumbang komik SURIA, walaupun ketika itu
masih belum @ on the way menyertai majalah Kawan.

Kartunis Top Maro berada dimana agaknya pada waktu kami tengah bergelut menyiapkan naskah sulong itu?

Dimana pulak kartunis Nuek, Kazim, Shah, Alin, Masjoko dan Zafran menyembunyikan kuku pada waktu itu?

Banyak sebenarnya yang aku nak tulih dan catat  mengenai perjalanan hidup majalah KAWAN ni.

Mau tak banyak.... dari pejabat sempit di Jalan Lima ke Taman Shamelin Perkasa... banyak cerita suka duka tu. Cuma cerita diBangi aku tak berapa tau.... mungkin boleh di korek dari rakan taulan yang masih berjuang disana.

Untuk kali ini. Itu saja.

Ni pun kira nak test ni... sebab blog ni pun spiderman pun dah bikin sarang.

JUMPO LAIEE.



Jumaat, 19 November 2010

satu hari di aidil adha

Raya Haji tahun ni entah kali keberapa aku beraya dirantau orang.

Walaupun hampir 28 tahun menghuni, merempat, mengembara, mengemis, meroyan, me'meggi' dikota hutan batu yang tidak mengenal siang mahupun malam, aku masih menganggap diri ini seorang perantau.

Malu rasanya nak mengaku 'aku orang KL'.
Kalau ada setengah juta dalam poket, la ni jugak aku angkat kaki kekampung halaman.

Sehingga artikel ni ditaip, dalam poket cuma ada tiga hinggit setengah. Cheh! duduk KL konon.

Nak tunggu cukup setengah juta, payah rasanya.
Kalau jadi 'keldai dadah' mat-mat Afrika atau mat-mat Iran pun belum tentu dapat.
Silap haribulan 'beraya' seumur hidup dalam lokap diluar negara.

Sibuk pulak Pemuda Umno nak membebaskan aku... dengan pemuda Lombok pun depa dah cukup sibuk.

Jadi 'loyar' pun boleh kaya. Tapi yang jenis pembelit nombor satu macam Mr. Kasim Panthelon dalam
cerita Tiga Abdul. Kaki belit @  jahat ya ampun. Sanggup membunuh demi 20 persen.
Memang ada cubaan membakar Abdul Wahub dan isterinya dikandang kuda. Tapi tak kesampaian.

Betulle P.Ramlee mendahului zamannya. Banyak dialog dan babak ciptaannya sudah berlaku pada hari ini.

Tapi aku tak layak jadi loyer.
Kelulusan pun tak de. Cakap pun tak reti, tak banyak dan tak berapa suka cakap. Loyer hapa?

Ni..... nak cerita pasal Raya Haji ke apa... banyak subplot. Banyak kona sana-sini.

Takde fokus...
Boleh jalan dengan fokus.
Yang penting mood pun tengah ada.

Kena pulak hari ni Jumaat. Lagi setengah jam bilal dah nak azan.
Apalagi bala tentera setan dan iblis mula mencurah, menuang  idea dan mengipas-ngipas agar
aku terus duduk menaip dengan harapan lewat mengejakan solat jumaat.

Tak boleh jadi. Stop. Look. Go to masjid.
Catatan berhenti sementara disini...(12.43 t.hari)
------------------------------------------------

Khamis, 23 September 2010

mai kenai LOGHAT KEDAH -siri 5 -

Kata penambah pada RASA MAKAN/MINUM
-----------------------------------------------------

JIKA anda memakan sesuatu dan sebaik sahaja makanan tersebut menyentuh lidah,
maka
secara sepontan reaksi akan diberikan.

Reaksi terhadap rasa makanan tersebut dari pelbagai sudut samada terlebih gula atau terkurang garam dan lain-lain.

Bagaimana reaksi diluahkan bergantung kepada diri sendiri mengikut kesesuaian tempat
dan keberanian anda meluahkan isi hati.

Berterus-terang boleh, simpan dalam hati pun boleh atau cakap dibelakang lagi la boleh.

Namun hati orang yang mendengar reaksi anda patut juga diambil kira.

lebih-lebih lagi kalau  si tukang masak itu isteri anda yang bapanya guru silat abjad, atau tuan rumah kenduri yang membela polong atau warung teh tarik yang dilindungi samseng 'bakar dan buang' atau taukeh kedai tomyam yang mempunyai bengkung hitam dalam seni tomoi painaimairopang.

Di Kedah, reaksi berikut akan anda dengar jika ada yang tak kena pada makanan dan minuman yang masuk kemulut oleh sikaki komplen...


1. Kalau minuman terlalu manis....
    KOMPLEN: " Isk.. MANEH BELECAS ayag tey ni. Mamak! kasi tukag...

2. Kalau gulai terasa tawar...
    KOMPLEN: " Awat yang TAWAQ HEBIAQ gulai mak hang ni"

3. Kalau masakan terlalu masin atau masam...
    KOMPLEN: " Nak telan lagu mana, ayam masak toyu ni MASIN PERIT.
                    " Masak asam ni MASAM PERIT sangat la.
4. Kalau sambal pedas yang amat...
    KOMPLEN:PEDAS HAU-HAU... sambai ni mesti kak hang buat ni"

5. Kalau kuih keras semacam...
    KOMPLEN: " Ni apa ni? batu ka kayu... KERAS KONG kuih baulu ni"

6. Kalau kuih lembik semacam...
    KOMPLEN:  "LEMBIK BEDENE kueh sagu ni... nak telan pun tak lalu"

7. Kalau kuih kecik sangat...
    KOMPLEN: "Aii karipap KECIK TET lagu ni lima dua ringgit?"
                    "Buah melaka KECIK MONE lagu ni lima seringgit?"


--------------------------------- gitulah adanya ----------------------------------