Selasa, 10 Ogos 2010

SEHARI... SERIBU LANGKAH...

MUKADIMAH
'Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Selori demi selori, lama-lama pasir habis digali. Setongkang demi setongkang, lama-lama Malaysia penuh pendatang haram. Seliter demi seliter minyak naik, lama-lama orang naik minyak. Sehari demi sehari MC, lama-lama boss kasi 'api'@(fire).
Catatan kali ini dimulakan dengan pepatah-petitih lama dan baru. Bukan apa, cuma nak mengaitkan dengan tajuk entri kali ini.
Dan tulisan kali ini jugak adalah susulan dari artikel sebelumnya berkenaan 'payung kuning' dan 'mangga @ pedai ayam' diatas kereta.
--------------------------------------

Bermula 12 Julai lepas, tempat letak kereta dipejabat aku ditutup sepenuhnya.
Ditutup kerana memberi laluan kepada pembinaan bangunan baru.

Bangunan baru ini dijangka siap sepenuhnya pada 2013.


Wajah bangunan baru mengikut gambaran artis.


La ni baru 2010. Hmm... makan dua tiga taon jugak tu..
Penutupan 'parking' ini, merupakan satu beban tambahan walaupun bersifat sementara namun cukup mengganggu fikiran.
Fikiran aku le. Orang lain taktauuu.

Gangguan fikiran tidaklah sampai ketahap hendak terjun dari Menara KL, atau
melanggar polis trafik yang membuat road-block, atau menyelinap ke koc wanita dalam komuter... atau pun keperingkat mencuri pasir dan menggondolkan bukit di Cameron Higland. 

Tidak. Bukan gitu.

---------------------------------------------

Cuma... bermula dari rumah, kepala hotak mula mencongak-congak dan berharap
ado tompek kosong untuk aku tarik hand brake.

Jangan harap ada vacancy depan opis. Kena pulak yang shift petang macam aku.
Kalau masuk pagi... ok sikit la.

Kalau ada mungkin boleh diumpamakan kena loteri 3rd prize. Kemungkinannya, satu dalam ompek juto. ..

Ada yang berani dan mungkin terpaksa kut membuat double parking.

Nota yang tertulis nama dan no handphone diletakkan didepan dasboard setiap kereta
yang diparking double ini oleh pemilik masing-masing. Maknanya... aku block keta hang. Hang nak keluar sila telefon aku.

Letih.

--------------------------------------------

Risiko?
Risiko memang ada.

Lori simen atau dipanggil lori siput yang lalu lalang setiap hari menunggu masa untuk menyagat mana-mana kereta yang tidak bernasib baik.

Bukan lori siput je, lori treler, lori sampah... semua ada. Ini kawasan kilang beb.
Memang dah adapun kes lori menyagat kereta... setakat ni belum serius kut. Atau mengikut bahasa orang politik,'ini kes terpencil'.

Mudah-mudahan 'kes terpencil'. Kalau tak 'terkucil' nanti.

--------------------------------------------

Aku yang masuk petang terpaksa menghilir kehulu.

Pusat latihan pejabat yang terletak kira-kira 200 meter dari ibu pejabat menjadi pilihan. Itu je yang ada.

Disini, rasanya hampir 30 atau lebih ada kekosongan.
Didalam (berbumbung) boleh parking. Diluar pun ada. Tapi jika tidak bernasib baik,
full house jugak.

Tempat parking kat pusat latihan ini asalnya adalah unit majalah dan tempat percetakkan dulunya.

Merasa jugak aku bersesak-sesak disini dua tahun lebih.
Banyak kenangan manis kat sini tau.
Kini ianya sebuah gudang.  

Setakat ini nasib aku masih baik.
Kalau penuh mau aku balik parking kat Kajang.
Isi borang kemudian. Keh keh keh.

----------------------------------------------

Pada hari pertama parking disini, aku dah mula mengira-ngira masa yang diambil
untuk sampai kepejabat dan berapa banyak langkah yang diperlukan untuk sampai ketempat duduk aku yang bersebelahan dengan gerai Jai.

Cuma peluh yang meleleh dan debu serta asap yang dihidu agak sukar untuk dihitung.

Jika kita berjalan biasa, lenggang kangkung...relek sambil bernyanyi, masa yang diambil lebih kurang 5 atau 6 minit. Seminit lebih kut jika ada hanjing yang banyak berkeliaran disitu mengajak kita test power.


Seorang lelaki misteri turut menyaksikan
upacara pecah tanah dari jauh.
 

Manakala langkahan yang kita buat berdasarkan kiraan aku bermula dari pintu masuk
disini hingga pintu masuk disana ialah hampir 500 langkah.
Wow! 500 langkah sehala.
Bermakna pergi dan balik setiap hari aku mengatur 1000 langkah.
Darablah. Kalilah. Kiralah berapa langkah yang telah dibuat dalam seminggu, sebulan dan setahun.


Kalau setiap langkah itu kita berselawat atas nabi banyak pahalanya tu. Kena pulak dibulan Ramadan ni.

Ataupun bertasbih, bertahmid dan berzikir.

Besar faedahnya untuk diri sendiri dan boleh disedekahkan sedikit untuk syarikat. Mudah-mudahan mendapat keuntungan yang berlipat-lipat-lipat-lipat-lipat kali ganda.

Paling koman atau jahilpun, nyanyilah lagu nasyid. Bukan lagu Wali band.

Tapi kalau nak menyanyi lagu pop, lagu Hati Emas atau Perjuangan ataupun Apokalips ciptaan brader M.Nasir memang sesuai banget.

Senikata lagu itu memang 'masuk' dan 'sesuai'....

Berjalan ditanah gersang,
Mentari mencengkam dada,
Debu-debu dijalanan,
Menjadi teman setia..."
------------------------------------------(hati emas)

Satu demi satu,
Ku atur langkahku,
Meskipun perlahan tapi tegas...
------------------------------------------(perjuangan)

Ada masanya aku suka berteman,
Ada masanya aku suka bersendiri,
Ada masanya aku suka berjalan,
Ada masanya aku suka berehat..."
------------------------------------------(apokalips)


Gitulah panjang tak lebar kisah
'Sehari seribu langkah, lama-lama sampai Mekah'

Isnin, 9 Ogos 2010

Cheh! ... Gua ingat Viper rosak...

Hari hameh (khamis,5 ogos lepas) cuaca agak mendung sewaktu aku nak gerak kepejabat.


Lebih kurang 1.40 petang selepas menghantar
anak ke rumah ustazah Roz tempat transit yang bersebelahan sekolah Agama dimana anak aku belajar, aku menghala kelebuhraya Cheras-Kajang.

Melepasi stesen Petronas kira-kira 800 meter dari Tesco Kajang, kelihatan titisan-titisan halus hujan mula hinggap dicermin depan.

"Akhirnya payung kuning diraja dapat digunakan pada hari ini" bisik hatiku sambil menekan pedal
minyak sehingga jarum meter tepat diatas nombor 90.

Payung made in China ini aku beli di Giant awal Julai lalu sebagai persiapan hari hujan memandangkan keadaan 'yang amat kritikal tahap vuvuzela' untuk meletak kereta dikawasan pejabat.


Bermula 12 Julai, 2010 masalah parking bermula. Siapa cepat dia dekat. Sapa lambat, dia terkulat-kulat.


Kira-kira 6 minit masa yang diambil untuk menapak kepejabat dari tempat 'parking'.


So time tengah dok jalan tu, kalau hujan mai tetiba... tak ke basah lincon. Bak kata rang tua 'sediakan payung sebelum hujan'


Tapiiii.... sejak 12 Julai sehingga 4 Ogos, hujan tak pula turun-turun sewaktu aku sampai keopis.

Jadi, inilah harinya payung kuning berharga RM7.90 akan dirasmikan. Agaknya.


Rintik hujan makin mengganas selepas RnR Bukit Dukong, pandangan sedikit terhalang.


Viper di on. Halamak!


Awat ni? Apa pasai? Chiss... time ni le dia nak buat hal.


Bilah viper disebelah drebar nampak bermasalah.
Yang dikiri steady je. Tapi disebelah kanan, pergerakkannya tak berapa smooth.


Ada bunyi plak tu. Bunyipun satu macam jer. Tak sedap langsung.


'Ai kete ni dah start nak minta duit apa... minggu lepas
dah ganti bateri baru, terbang duo ratos lebeh... ' Maklumle dah nak masuk ompek kali rayo dah usianya.


Hujan yang sederhana lebatnya, ditambah dengan viper yang meragam membuatku sedikit tidak selesa.

Nak pasang laju takut tercabut plak viper. Pasang slow, 'mata aku pulak ketinggalan' bak kata P. Ramlee sewaktu membaca surat dalam filem Pendekar Bujang Lapuk.


Sat pasang laju, sat pasang slow sambil dalam hati agak musykil apa masalahnya viper tu.


Dalam keserabutan memandu, akhirnya setelah melepasi area Salak Selatan arah utara aku kena membuat pusingan U untuk menuju
kepejabat yakni keSalak Selatan arah selatan pulak.


Grdaggklekukdtrqs..... masyallahhhh.... laaa ini ropenya...


Pusingan U yang betul-betul U bersebelahan jalan tiga lorong merungkai permasalahan dan kemusyiklan yang maha berat.


Rupanya 'MANGGA' atau 'PEDAI AYAM' (bahasa Kedah) ada disitu.


Patutlah kelancaran viper terhalang. Ishk...ishk...ishkkkk....

Menyusuri jalan belakang yang dipenuhi kedai besi buruk dikiri kanannya dan jalannya yang ala-ala Camel Throphy aku menurunkan cermin
tingkap dan menghanggau (mendepangkan tangan) cuba untuk mengambil mangga yang bermastautin selama 30 minit sambil mandi air hujan disitu. Agak payah, namun dapat jugak akhirnya.


Nasib baik mangga. Kalau ketul emas takke naya...
Dalam kepala aku, hanya ada dua orang yang punya kerja ni. Kalau tak bini aku... aku.
Kalau tak aku... bini aku. Takkan jiran aku pulak punya kerja. Cheh.


Biasanya isteri aku yang membuka mangga pintu pagar sebab dia keluar dulu. Kekadang. Diulangi kekadang aku yang membukanya.
Duo-duo samo.


Pernah jugak aku terbawa mangga. Nasib baik ternampak sewaktu masih dalam kawasan Taman. Berenti le jawabnya. Harap-harap tak terbawa bakul baju dah le...


Hujan masih belum reda sewaktu aku meletakkan kereta 'nun disana'.


Payung kuning diraja, akhirnya menjadi pelindung hamba dari hujan diatas sana.

Khamis, 8 Julai 2010

IT NEBA REN IN SOTUN KALIPONIA




LAGU ini antara lagu-lagu mat salih yang aku cukup minat sewaktu kecil dahulu.
Kombinasi melodi, senikata dan gubahan muziknya memang tip-top.
Diadun dengan vokal Albert Hammond... peh! memang masuk.

Kalau tak silap, abang aku beli piring hitam lagu ini yang mengendungi empat lagu sahaja.

Sebenarnya banyak lagu-lagu yang dinyanyikan oleh bro Albert ni sedap-sedap belaka seperti Free electric band dan lain-lain. Banyak yang terlupa tajuk.

Layannn...

Jumaat, 2 Julai 2010

Tejemahan SURAH AL-A'LAA


Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
(Dipetik dari ruangan Tafsir Al-Quran Asbabun Nuzul
siri 29 (MEGA) Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24 september 2010)




Syed Qutub berkata, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari al-Imam Ali Karamallahu Wajhahu, bahawa Rasulullah SAW kasihkan surah al-A’la.


Tersebut di dalam Sahih Muslim bahawa baginda membaca surah al-A’la dan al-Ghasiyah dalam solat dua hari raya dan hari Jumaat.


Baginda juga membaca kedua-dua surah itu untuk sembahyang hari raya dan sembahyang Jumaat yang jatuh pada hari Jumaat.


Memang wajar bagi Rasulullah menyintai surah ini, kerana surah ini menukarkan seluruh alam menjadi sebuah tempat ibadat di mana bergema ucapan tasbih dan tahmid di seluruh sudutnya, dan menjadi sebuah tempat pameran yang penuh dengan kejadian-kejadian yang mengilhamkan tasbih dan tahmid.


Firman Allah SWT: Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu yang Maha tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan).


Al-Maraghi berkata: Sucikanlah nama Tuhanmu dari sesuatu yang tidak layak dengan keagungan-Nya, sama ada tentang zat-Nya, sifat-sifat-Nya, perbuatan-Nya dan hukum-hukumnya.


Oleh sebab itu, janganlah kamu menyebutnya kalau tidak untuk mengagungkan-Nya, dan jangan kamu menggunakan nama-Nya kepada selain-Nya, dan jangan menganggap sifat-sifat-Nya sama dengan sifat-sifat yang selain-Nya.


Firman Allah SWT: Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya.


Ibn Kathir berkata: Allah SWT ciptakan makhluk dan menyamakannya dengan sebaik-baik kejadian dari segi bentuknya.


Firman Allah SWT: Dan yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhluk-Nya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaan-Nya).


Mujahid berkata: Allah memberi petunjuk kepada manusia sama ada untuk kecelakaan atau kebahagiaan yang dipilih oleh manusia begitu juga menunjuk haiwan ternakan untuk padang ragutnya.


Ayat ini sama seperti firman Allah SWT yang mengkhabarkan berkenaan perihal manusia yang berkata kepada Firaun.


Firman Allah SWT: Dan yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak.


Al-Maraghi berkata: Dialah yang menumbuhkan segala macam tumbuh-tumbuhan untuk menjadi makanan haiwan.


Tidak ada tumbuh-tumbuhan yang tidak layak untuk dimakan oleh haiwan dan makhluk hidup yang lainnya.


Firman Allah SWT: Kemudian ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering (berubah warnanya) kehitam-hitaman.


Syed Qutub berkata: Tumbuh-tumbuhan itu mulanya tumbuh menghijau. Kemudian beransur-ansur layu kering hitam kekuning-kuningan. Semasa hijau ia boleh dimakan dan semasa kering hitam kekuningan juga boleh dimakan.


Dalam semua keadaan, tumbuh-tumbuhan itu berguna belaka kepada kehidupan mengikut perencanaan Allah yang telah menjadikan makhluk-Nya dengan ciptaan yang sempurna dengan menentukan tugas dan matlamat masing-masing serta memberi bimbingan kepadanya.

Penutup

Al-Maraghi berkata: Kita diperintahkan agar mengenal Allah SWT Yang Maha Agung, bahawa Dialah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana yang mana dengan sifat-sifat-Nya itu kita dapat menyaksikan bukti-bukti ciptaan-Nya.


Juga kita diperintahkan untuk memberikan nama-nama yang tidak layak, sebagaimana dilakukan oleh golongan yang ingkar, yang bertuhankan selain Allah SWT sebagai sekutunya atau menyifatkan Allah SWT dengan sifat-sifat yang serupa dengan makhluk-Nya.


Kita juga diperintahkan untuk menyucikan sifat Allah SWT bukan zat-Nya, adalah untuk membimbing kita bahawa tingkat kemampuan kita yang paling tinggi hanyalah mengenal sifat-sifat-Nya, yang dapat menunjukkan adanya Zat-Nya, Zat-Nya sendiri jauh lebih tinggi daripada yang dapat dijangkau oleh akal kita.


Justeru, cukuplah kita memerhatikan sifat-sifatnya yang dapat menunjukkan kewujudan Zat-Nya.


Semoga kita menjadi golongan yang sentiasa mempelajari ilmu Allah sehingga akhirnya menatijahkan ma’rifah kepada-Nya. Amin.

HARI SETIAUSAHA vs HARI IBU


HUJAN DI KUALA LUMPUR


SORRY! PERGI PINTU LAIN


JABULANI BOLA LAGI -2


JABULANI BOLA LAGI


Selasa, 8 Jun 2010

AL-AQSA


...AL-AQSA...

Selagi tanah yang hijau itu
merekah, retak sejuta, porak peranda... 
...berhalanganlah kami sujud
dilantaimu yang diberkati selamanya...  

Maafkan aku AL-AQSA...
kerana hanya mampu memandang
hiba nasibmu ditangan sang durjana
yang amat celaka...

Lebih malang lagi
kami hanya mampu mengeluh
OH I SEE...


8JUN10-CSL,KL

Jumaat, 7 Mei 2010

MERCY'S - D'LLOYD - FAVOURITE GROUP

Aku mula meminati ketiga-tiga kumpulan lagenda dari Indonesia ini seawal tahun 70-an.

Ketika itu aku masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Genting, Gurun (kini Pendang) Kedah.

Abang aku yang sulung, biasanya memperuntukkan sedikit wang gajinya untuk menikmati 'halwa telinga' hasil dari bekerja sementara dikilang memproses getah ditempat tinggal kami .

Sebulan sekali beliau akan kepekan berhampiran untuk tujuan itu. Tapi aku tak pasti samada
dia ke Sungai Petani, Gurun atau Alor Setar.

Ada ketikanya beliau membeli kaset. Kadang-kadang piring hitam samada EP (kecil) atau LP(besar). Ada waktunya beliau membeli katrij.

Dan boleh dikatakan, kebanyakkan album yang diterbitkan disepanjang 70-an ada dirumah kami. Pelbagai rentak lagu dari berbagai penyanyi dari bermacam negara semua melintasi
ruang deria aku.

Lagu orang putih, Indonesia, Hindustani... semua ada. Cuma lagu Siam je takde.

Pernah aku melihat album Tamil dan Cina dirak meletak piring hitam. Ianya dipinjam abang aku dari rakannya yang tinggal se-estet.

Bila abang aku yang kedua telah mula bekerja, beliau juga ada membeli kaset. Tapi terhad kepada beberapa penyanyi yang diminatinya seperti D'lloyd dan Eddie Silitonga.

Maka... akupun terpengaruh dengan minat abang-abang aku dalam soal ini. Dah selalu didodoikan dengan irama berkenaan. Dan itu sahaja pilihan yang ada pada waktu itu dan akupun tak pandai memilih. Janji sodap donga.

Berbalik kepada ketiga-tiga band berkenaan.
Bagi aku, ketiga-tiganya mempunyai style muzik yang tersendiri.
Dengan hanya mendengar intro lagu, tidak sukar untuk meneka kumpulan yang terlibat.

Melodi lagu yang dicipta memang mengasyikkan. Lirik yang ringkas penuh bermakna dan
susunan muzik yang kena dan menarik. Kebanyakkan lagu-lagu popular dan malar segar
dicipta sendiri oleh ahli kumpulan ini.

THE MERCY'S
The Mercy’s ditubuhkan pada 1965 di Medan. Peh! Tahun aku dilahirkan tu.

Anggota awal Mercy's ialah Erwin Harahap (Gitar utama) , Rinto Harahap (Bass), Rizal Arsyad (Gitar irama), Reynoold Panggabean (Drum) dan Iskandar.

Iskandar Charles Hutagalung (Keyboard, Organ) kemudian menyertai Mercy's menggantikan Iskandar yang menarik diri kerana melanjutkan pelajaran.

1972, The Mercy’s berhijrah ke Jakarta. Pemain saxophone, Albert Sumlang menyertai mereka.

Antara lagu The Mercy’s yang popular seperti 'Tiada Lagi, Jauh Disayang, Joget Gembira, Nasib Jejaka, Bunga Mawar dan banyak lagi.

Mereka juga menjadi idola anak muda tahun 1970-an, dengan gaya rambut gondrong dan seluar bell bottom menyapu jalan.

30 album yang dihasilkan The Mercy’s meliputi album Pop, Keroncong dan Kerohanian.

Album terakhir dirakamkan mereka pada 1978 yang mana roda kehidupan mula berputar kebawah setelah hampir dua dekad bergelumang diarena muzik nusantara.

Anggota The Mercy’s kemudiannya membawa haluan masing-masing, namun masih dalam dunia muzik.







FAVOURITE GROUP
Favourite’s Group (FG) diasaskan oleh A. Riyanto.

Nama ini dipilih beliau dengan harapan akan menjadi pujaan peminat-peminat muzik dikepulauan Melayu. Dan ternyata impiannya itu menjadi kenyataan.

Sentuhan karya muzik mereka diterima masyarakat banyak.

Dikatakan kumpulan ini tempat berkumpulnya penyanyi, pencipta lagu, dan pemuzik terhebat dizamannya.

Mereka ialah Mus Mulyadi (vokal/rhythm), A Riyanto (keyboard/vokal), Nana Sumarna (bass), Eddy Syam (gitar), dan M Sani (drum).

Antara lagu mereka yang masih diingati ialah Cari Kawan Lain, Boneka Dari india, Rindu dan lain-lain.





D'LLOYD
Sama seperti The Mercy's, kumpulan D’LLoyd turut menjadi sebutan di era 70-an hingga kini.

Lagu-lagunya seperti Keagungan Tuhan, Tak Mungkin, Oh Di Mana, Karena Nenek, Semalam di Malaysia, Cinta Hampa dan Mengapa Harus Jumpa cukup mempesona serta meghiburkan.

Kebanyakan lagu-lagu popular D’Lloyd dicipta oleh pemain bass guitar kumpulan itu, Bartje Van Houten (Barce).

Vokalis utamanya, Syamsuar Hasyim (Sam).

Demikianlah ulasan ringkas ketiga-tiga kumpulan ini yang pernah termasuk dalam The Big Five bersama Koes Plus dan Panbers suatu waktu dahulu.


Sabtu, 17 April 2010

SIRI KARYAtun KLASIK - 5


Aku pun tak berapa ingat bila aku 'draw' kartun diatas.

Yang pasti disekitar 86-88. Dan comfirm masa duduk di Wangsa Maju
serta bekerja
pulak di Jalan Genting Klang, Setapak.

Aku pun tak berapa ingat, aku pernah bagi kat
mana-mana majalah ataupun pernah tersiar kat mana-mana
penerbitan naskhah yang tak kelakau ini.

Cheh! memang lupa habih...

Jumaat, 16 April 2010

SIRI KARYAtun KLASIK-4



Kartun ini disiarkan dalam akhbar Berita Harian.
Bertarikh 13 Jamadil-Awal, 1403. (1983)
Aku berkerja sebagai perekaletak dan kartunis di majalah LIGA time ni.
Pejabat beroperasi di Jalan Enggang Timur 7, Taman Keramat

Ni le ropenya 'stroke' aku dulu...
ketika berusia 18 tahun + ...kahkahkah...

Siri KARYAtun KLASIK - 3



Kartun yang tidak bertarikh ini disiarkan didalam akhbar Mingguan Kota.
Mungkin sekitar 90'an.

Pada waktu ini, kalau tak silap aku skuad Badminton Piala Thomas
negara tengah bersiap untuk menghadapi kejohanan tersebut.

Banyak pihak yang menjanjikan pelbagai insentif
dalam pelbagai bentuk dan rupa untuk menaikkan semangat wira-wira
badminton kita.

Diwaktu ini, Misbun dan adik-beradiknya turut berada
didalam skuad berkenaan.

SIRI KARYAtun KLASIK-2


Kartun ini disiarkan didalam akhbar Mingguan Kota
terbitan Amir Enterprise pada 22 April 1990.

Aku menyumbang secara percuma saje, dek kerana minat.
Sewaktu ini, aku bertugas sebagai perekaletak di akhbar Mingguan Wanita,
sebumbung dengan akhbar berkenaan.

Isi kandungan akhbar ini, banyak berkisar kepada politik.

Antara rakan kartunis yang masih bersama disini pada waktu itu ialah
ARMUS serta pelukis illustrasi merangkap perekaletak,
MIOR ARIFF , MALI JAAFAR dan allahyarham TAHIR.

Manakala MEGAT, NANren dah angkat kaki ke Karangkraf.
Sementara AGY sebagai freelancer arist dan pemuzik.

KP akhbar ini saudara Yusof Harun dibantu oleh rakan wartawan
antaranya yang masih aku ingat, Rozaman Ismail, Dahlan Maamor,
Anuar Ariffin, Omar Suib, Azhar Taib dan Kamaruzaman.

Ketua Pengarang Kumpulannya, Encik A. Jalil Ali
 dan Boss grafik pula ialah M Jusoff Taib.



Rabu, 14 April 2010

sekerat hari d' PUTRAJAYA


Wisma Sumber Asli

Tetamu dari utara

Alkisah sedara sebelah isteri di Kg Charuk Kudung, Pendang.

Anaknya perlu menghadiri sesi taklimat diPutrajaya setelah berjaya mendapat kerja dengan sebuah jabatan kerajaan.
Jawatan dah tau. Dijabatan apa? Masih misteri. 

Tarikh taklimat seperti yang diberitahu pada selasa, 6 mac.
Manakala lokasinya ialah di Wisma Sumber Asli di Presint 4.
Mereka dijadualkan bertolak dari kampung pada hari ahad disebelah malamnya.

Jadi, mereka berharap kami (dibaca 'aku') dapat menjadi jurutunjuk arah disamping ingin bermalam dirumah kami diKajang.
Jabatan Pendaftaran Negara

Ok. No problem. Takde hal punya.
Akupun tengah bercuti.

Untuk mengelakkan problem, petang sabtu 3 mac, kami meronda Putrajaya mencari destinasi
berkenaan. Putrajaya selalu p.. tapi P4 tak pernah sampai.
Lokasinya, hmmm... sonang yo nak cari. Tapi sosek gak.

Operasi desert storm

Menara Wisma Tani
Seperti biasa jika ada tetamu yang nak 'menyerang' rumah kami, maka operasi mengemas akan dijalankan samada secara solo atau berkumpulan.

Cuci kipas, sapu lantai, kemas bilik tetamu, basuh bilik ayag, susun surat khabar lamo err... buang bulu kucin'... mm...
macam-macamlah.
Kalau rasa takdan nak kemas atau malas, bukak stor humban je dalam tu atau campak dalam bilik dan kunci. Abis cerita.

Untuk mengelakkan problem lagi sekali (maklumlah aku melayu yang mudah lupa) hari senayan (isnin) lagi sekali aku solo ke Putrajaya. Cheh... kali ni baru confident sikit walaupun
Jabatan Kastam
terpaksa tawaf dua kali kat P4. (kes terlajak)

6 mac, 8.30 pagi, aku p jemput depa yang menunggu berhampiran Masjid Putra.

Depa sampai awai subuh, tapi aku p amik lewat sikit kerana menguruskan persekolahan anak.
Lagipun pepagi ni jem woy...
Sementara aku nak sampai bolehla depa relek-relek sikit...
jauh perjalanan malam tadi.

Rombongan yang menaikki van, lima lelaki dan dua wanita itu kemudiannya mengekori aku pulang keKajang.

Istana Kehakiman



Nasik dua periuk, gulai ikan masin, ikan bakar, ulam dan cabai... peh!

Anak dan isteri pergi sekolah.
Kementerian Perdagangan
Dalam negeri
Aku dengan dibantu tiga ekor kucing, sepasang harmster, dua ikan karin dan sekor ikan gapi yang ada kat rumah melayan tetamu. Boleh?

Sampai dirumah mereka bersarapan roti canai dan dua tiga jenis kuih-muih yang dibeli sebelum kePutrajaya.


Depa berehat sekejap lepas tu...

Sebelum kesekolah, isteri dah masak nasi seperiuk untuk makan tengah hari. Lauk-pauk disuruhnya beli...
Tetamu masak lagi seperiuk, mungkin merasakan tidak cukup. Jadile dua periuk. Sambil beliau memasak gulai ikan masin.
Menara PJH

Aku pulak rasa macam tak cukup, lalu pi beli ikan bakar dan
gulai kawah sikit kat restoran berdekatan yang masakannya
ala Kelantan.

Alhamdulillah semua tetamu kenyang.
Mereka menyambung rehat.

TV takdak, You Tube ada...

6 petang, setelah isteri balik kami ke UPM diSerdang, kerana Toksu Yob ingin berjumpa anaknya disitu.
Pertama kali aku kesana dari Kajang. Lebih kurang atau dekat sikit dari UKM Bangi.

Makan malam.
Nasi dan lauk-pauk tengah hari ada belen lagi.
Orang kampung takde hal. Ada ikan tamban kering, ada ulam cabai, selesai dua periuk.

Mungkin sedikit membosankan menghabiskan masa malam itu,  kerana, umah aku takde TV. 
Rusak deee. Dah hampir tiga bulan kami sekeluarga hidup tanpa TV. Dah antar repair, rusaknya serius kata taukey kodai. Screennya kiok.  Hampeh. Nak boli baru... $$$ tidak mengizinkan. Maleh doh nak hute-hute ni. Apalaie...laptop le jadi mangsanya kalau nak layan dvd....

Nasib baik ado internet. Aku bukak You Tube, layan wayang kulit Sri Asun. Tersekat-sekat, tersangkut-sangkut... Jadi le., sementara nak lelap.

Kelibat JPM dan Masjid Putra... view dari Presint 4.
 Jurugambar amatur berdiri betul-betul dihadapan Istana Kehakiman.
Lenguh jugak kaki nak menapak kesana.
6 mac-Selasa

Kami bergerak seawal 6.30 pagi kePutrajaya.
Takut jem. Sebab aku pernah kena dulu sewaktu menghantar anak sedara ke JPA.

Kalau nak makan angin, takpa. Ni urusan kerja kena la sampai awai sikit.

Perjalanan lancar. 7.20 pagi kami sampai ditempat parking Presint 4 yang seluas setengah padang bola lebih kurang.  Kenderaan yang diletakkan disitu masih boleh dikira.

Agenda pertama bersarapan disebuah cafe yang terdapat di Wisma Sumber Asli.
Selesa dan menyamankan tempatnya. Hargapun ok. Makananpun banyak pilihan.

Tempat taklimatpun bersebelahan. Semakin lama semakin ramai dan bertambah sibuk.
Perbendaharaan.
Bersambung dengan
Kementerian Kewangan.
Menara Kementerian
Belia dan Sukan.
Didalam cafe pengunjung duduk menjamu selera. Diluar cafe peserta seramai 200 orang berdiri menanti pintu dewan taklimat dibuka.

Acara bebas


Sesi taklimat dijadualkan berakhir pada 1 tengah hari.

So, nak buek apo? Bukan ada kolam memancing disitu. Karaoke lagi takde.

Perbadanan Putrajaya
Paksu Yob dan tiga sedaranya membuat 'senaman kaki' dengan berjalan dari P4
ke arah Masjidputra. Hmm.. jauh tu.

Njang Bah ditemani anak lelaki menunggu disitu. Anak perempuannya didalam dewan taklimat.

Aku? Aku!...

Nak balik Kajang, satlagi kena mai pulak. Hmm...
Pimai-pimai duduk... sambil meronda didalam bangunan memerhatikan beberapa gerai yang
ada dikiri kanan kaki lima disitu. Sesetengahnya belum beroperasi.

Sesi fotografi dan senaman kaki berakhir disinI.
Pastu pusing balik
... air...air...ayaggg!

Sejam lebih kemudian, semakin banyak gerai dibuka.
Walaupun ada signboard,
kepalo totap poning.

Pelbagai barangan dijual. Nak dicatit disini tak tercatit, pendekata 'macam-macam ada'.
Meriah dan gamat bila menjelang tengah hari. Tak caya mai tengok sendiri.

Jurugambar amatur bikin sibuk

Mundar-mandir. Kehulu-kehilir. Berdiri. Duduk. Berjalan.
Semua dah...
Akhbar Utusan Malaysia yang dibeli tadipun, dah 'katam'
kecuali lapuran saham.

Nasib baik bawak kamera. Memang dari rumah dah plan nak amik gambar.
Bangunan PICC tersorok
dibelakang.
Cuma taktau gambar apa nak di rakamkan.

Kalau ada UFO melintas diruang udara P4 best gak... ataupun  jet pejuang negara jiran terlajak kesini (kes brek tak makan) pun orait. Ciss.

Tak boleh jadi.

Aku berjalan ke Dataran Rakyat yang terletak diantara Wisma Sumber Asli dan Wisma Tani.
Mata menangkap beberapa rekabentuk binaan yang menarik dan perasan view yang cantik untuk diabadikan.

Bahagian Pinjaman Perumahan
Maka bermulalah sesi 'menggambar'.

Tak cukup disitu. Kaki menongkah arus dari Presint 4 menuju ke Presint 3 dan 2. Comfirm tak sesat kerana jalannya lurus.
Dari jauh sayup-sayup kelihatan Jabatan Perdana Menteri.

Sedar tak sedar, aku semakin menghampiri Masjid Putra.
Panas semakin membahang. Awat tak panas, dah pukoi 12 lebih.
Aku membuat u-turn. Lutut terasa lenguh. Peluh jangan cakap.

Semua bangunan jabatan atau kementerian yang aku paparkan disini terletak sederet bedekatan dan satu laluan. Sonang satu hari nanti kalau ado urusan disini terutamo aku yang memory down ni.

Dataran Rakyat yang terletak antara Wisma Tani dan
Wisma Sumber Asli.
Senaman 'kaki' sambil merakamkan beberapa
shot bangunan bermula disini.

Humang aiii... lotih bonar...
Gambag punya pasai.
Toksu Yob dah 25 kali dok

selak akhbar Kosmo.
Sampaikan ruangan SMS
yang dia selalu skip,
pun dibacanya.


Berkelah dibawah pokok

Cafe penuh sesak.
Mana tak sesak. Semua penghuni pejabat pakat
turun mengisi perut.
Tu tak termasuk pelawat dan pekerja dibangunan berhampiran.

Bungkus le apalagi.

Makan tengah hari sambil diiringi deruan enjin kenderaan yang lalu lalang sambil disapa angin P4 yang suam-suam kuku.

Rupa-rupanya urusan belum selesai lagi tidak seperti yang dijangka.
Berehat... menanti waktu
makan tengah hari.
Sambil mata memerhati
kut-kut ada sarang
burung yang akan jatuh...
Sesi taklimat cuma memberitahu 'Kementerian' tempat bekerja. Untuk mengetahui dimana lokasinya perlu ke kementerian lain pulak. Laa.. ni ke yang orang panggil 'birokrasi'? Entah.

Dimana kau parking?

2 petang.
Lepas makan, kami bergegas ke Kementerian Pengajian Tinggi. Terletak di sekitar pejabat kerajaan berhampiran JPM. Kementerian Pelajaran dan Kesihatan juga 'selokasi'
dengannya.

Memang seksa nak parking disini. Depa letak kun dikiri kanan. Loklag betoi.
Selepas berpusing dua kali termasuk terkeluar dari kawasan akhirnya terpaksa menyelit diluar.

Lama juga disini.
Seperti ditempat pertama, disinipun takde sesuatu yang menarik seperti kolam memancing udang atau kedai buku yang boleh dijadikan tempat menunggu sementara.

Yang datang dari jauh agak gelisah. Aku yang dok diKajang pun tak torah.
Jam 4.30 aku terpaksa meminta diri. Anak disekolah. Emaknya pun lewat balik harini.

Ingat nak tunggu sampai urusan selesai, tapi apo nak dikato...
Sebelum 'berlepas', aku meminta mereka menghubungi sekiranya ada sebarang keperluan.

Serentak dengan kakitangan yang pulang pada waktu itu aku melangkah keluar.

Setelah 10 jam diPutrajaya akhirnya...

Aku memandu dibawah kelajuan cahaya. Jalanpun masih lenggang lagi.
Jadi sampai rumahpun copek. Ada masa lagi sebelum kesekolah yang jaraknya satu km lebih.

Menunggang motorsikal dibawah kelajuan bunyi mengambil masa beberapa minit untuk sampai kesekolah menjemput anak yang ada latihan sukan.

Sambil memerhatikan dipadang murid berlari-lari riang dan guru-guru bersembang mungkin  tidak sabar untuk pulang,100 plus sejuk yang dibeli sewaktu dalam perjalanan kesekolah memenuhi ruang tekak. Nikmatnya bila haus...

Sejam dirumah, tiba-tiba satu sms masuk... dan berbunyi begini:

"Cik dapat bertugas dikampung sendiri". 
Alhamdulillah. Urusan selesai. Depa selamat  sampai. 
Penat lelah... jauh perjalanan
diharung.  
Pulang bersama kekampung dengan tiga ekor anak burung.