Artwork asal... BACA SYAWAL 1 - KLIK sini da... BACA SYAWAL 2 - KLIK sini da... BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da... |
Selasa, 7 Ogos 2012
SYAWAL menggamit kenangan lalu - 4
SYAWAL menggamit kenangan lalu - 3
Sidang redaksi majalah KAWAN. Ramainye line-up.... yang bertungkus-lumus menyiapkan majalah lima enam kerat je. Biasale kannnn. |
Isnin, 6 Ogos 2012
SYAWAL menggamit kenangan lalu - 2
Semakin hampir dengan hari Raya, makin meriah suasana dikampung. Malam paling dinantikan. Time ni le budak-budak kampung aktif semacam atau dua macam. Bunyi meriam kabat (karbaid) batang besi dan mercun silih berganti. Malam Raya paling best. Segala bahan letupan berkuasa rendah dihabiskan. Esok dapat duit raya, beli lain. Bersambung EPISOD 3 BACA SYAWAL 1 - KLIK sini da... BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da... BACA SYAWAL 4 - KLIK sini da... |
SYAWAL menggamit kenangan lalu - 1
Hari ini Isnin, 6 Julai, 2012. Bersamaan dengan 17 Ramadan 1433H. Dan hari ini adalah hari Nuzul Quran. Beberapa negeri bercuti hari ini seperti Selangor. Ramai mengambil kesempatan cuti pada hari ini untuk meng'kaya'kan taukeh-taukeh kedai terutama yang menjual pakaian kanak-kanak. Sempena Syawal yang bakal menjengah lagi dua minggu, aku menyelongkar almari mencari majalah KAWAN yang menyiarkan kisah Hari Raya. Ceh... ado pun. Kartun diatas disiarkan dalam majalah KAWAN bilangan ke 18. Ianya berkisar kepada ragam menyambut Aidil Fitri dikampung. Walaupun cuma ompek muka surat, namun berpeluh ketiak juga nak menyiapkannya. Masa diambil untuk menyiapkan artwork ialah tiga hari. Bermula 28 Disember hingga 28 Disember, 1995. Ianya diterbitkan pada bulan Februari, 1996. Maknanya, setiap isu perlu disiapkan dua atau tiga bulan lebih awal. Sewaktu ini, aku bertugas diunit majalah diTaman Shamelin dan membuat grafik untuk majalah WANITA. BACA SYAWAL 2 - KLIK sini da... BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da... BACA SYAWAL 4 - KLIK sini da... |
Ahad, 5 Ogos 2012
zakatFITRAH... dah bayor ko?
Jumaat, 3 Ogos 2012
RAMADAN KE 14
![]() |
Ramadan di Mekah. (Gambar: REUTERS/Hassan Ali ) |
ALHAMDULILLAH.
Dengan rahmatNYA kita telah memasuki fasa kedua Ramadan yang diberkati.
Sudah empat belas hari kita menjalani ibadah puasa.
Malam ini adalah malam ke lima belas kita bertarawih.
Begitu pantas waktu berlalu.
Sepuluh hari awal Ramadan yang berlalu itu, takkan kembali.
Dan apakah kita semua beroleh 'RAHMAT-NYA'???
Empat hari dari fasa kedua yang kita lalui sekarang adalah KEAMPUNAN-NYA.
Dan apakah kita akan memperolehi 'keampunan-NYA?
Sabda baginda Rasullullah S.A.W ...."RUGILAH orang-orang yang berada didalam bulan
Ramadan, tetapi DOSAnya tidak diampunkan"
.......................................................................
Hari ini empat belas Ramadan.
Seperti tahun lepas, Imam dari Mekah, Sheikh Dr Mohd Idris Al Misrafi sekali lagi
akan berbuka puasa dipejabat.
Selain mengimami solat maghrib dan isya', beliau juga akan bertarawih bersama kami.
Insyallah.
.......................................................................
UPDATE: 1O.30 MLM
![]() |
Sheikh Dr Mohd Idris Al Misrafi membawa jemaah ke 'Mekah' dengan bacaan dan suara yang lunak. Gambar: UTUSAN/Mohd Naim Aziz) |
Khamis, 2 Ogos 2012
LOGO Tahun Melawat MALAYSIA 2013
![]() |
ADA BERANI? |
Kepada teman-teman pencandu dan penagih membikin 'Logo'.
Ketepikan rasa terkilan kerana ketiadaan pertandingan mencipta logo hari Kebangsaan tahun ni.
Hidup perlu diteruskan, walaupun bonos raya hilang disebalik awan hitam.
Nah ini dia sudah mampir.
Pertandingan 'MENCIPTA LOGO TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2013/14.'
Hadiahnya lumayan pak.
Boleh beli sepuluh ekor lembu.
TAPI...
Kena copek bertindak.
Sebab tarikh tutup pertandingan lagi beberapa hari je.
Tapi yang tak best, pertandingan ini open untuk seluruh penduduk bumi.
(kecuali peneroka Felda)
Aku?
Kalau tarikh tutup lopeh raya, ingat jugak nak design beberapa ratus ribu logo.
Tapi pihak penganjur dah tak dandan nak tutup bulan posa ni jugak.
Jadi... ambik kat korang je la.
Hah! apa lagi....
RM50,000... FIRST PRIZE
Butiran Lanjut KLIK...disini
![]() |
Humang aiii... 'Banyakkk tuh RM50,000.... Gadang hadiah eyy... tapiiiii... tawaran hadiah RAMADAN lagi lumayan beb...' |
Langgan:
Catatan (Atom)