Rabu, 28 Disember 2011

MADRASAH SALIHIAH... depa nak reban.


Patut la depa nak reban. Dekat sangat Alog Setag.
Tanah mahai ni... Dreba 'broza' mana sanggup tolak ni?



Pernah dengar lagu tradisional lama, Trek Tek Tek.
Masa aku baru (first time) beli gitar tong Yamaha sekitar 80an dulu, ada le jugak main sekali banyak kala.


Prektis. Kod dia pun mudah. D major and gang.


Aku masih lagi mengingati senikatanya yang berbunyi begini:


KALAU ROBOH KOTA MELAKA TREK TEK TEK,
PAPAN DI JAWA SAYA DIRIKAN,
KALAU SUNGGUH BAGAI DIKATA,
JASAD DAN NYAWA SAYA SERAHKAN TREK TEK TEK.


Apa kaitan Madrasah Salihiah yang hendak di reban dengan lagu diatas?
(Reban dalam bahasa Kedah bermaksud 'Roboh' manakala 'Reban ayam', dipanggil 'Lau ayam).
(Lauk ayam dipanggey Chicken Wing... terhad di Kg. Paya Mat Insun dan Kg. Baloh je. Cehhh!)


Takde apa-apa kaitan sebenarnya.
Cuma tangan aku terasa sedikit gatal nak mengubah liriknya untuk disesuaikan dengan
nasib yang bakal menimpa surau yang berusia lebih seratus tahun itu.


KALAU ROBOH SURAU SALIHIAH... TREK TEK TEK,
PAPAN DI KANCHUT SAYA DIRIKAN,
KALAU SUNGGUH ANDA MUSLIM/MAH,
RUMAH ALLAH KITA PERTAHANKAN... TREK TEK TEK...


... Saksi utama ...



Kalau depa yang berkuasa dinegeri aku tu nak pereban surau ka menaksah ka masjid ka itu depa punya pasai. Kunci 'broza' depa pegang.


Depa semua mengaji tinggi.
Mesir, Jordan, Kaherah. Mana lagi?.
Bukan sekati dua ilmu yang dibawa balik.
Haram, halal, makruh dan harus semua dalam jubah, dalam serban.


Jangan dok tebiang bersoal jawab.


Cuma agak terkilan.
Bila surau ditempat lain cuba di 'apa-apakan' oleh pihak lain maka dengan pantas
segerombolan pahlawan-pahlawan yang rela mati mempertahankan rumah Allah akan
berdiri dibarisan hadapan.


Tu belum yang berdemo, berceramah seluruh Malaya dan menghantar memorandum.


Tapi semuanya menikus bila geng sendiri bertindak serupa.
Macam takde apa-apa. Macam nak reban lau ayam atau nak latam lau kambin' je.


Gitulah.
Dunia-dunia.


Aku buat takpa, orang lain buat tak bulih.



KAMI ROBOH SURAU SALIHIAH... TREK TEK TEK,
SUPER MARKET NAK DIDIRIKAN,

KALAU SUNGGUH HAMPA NAK BANTAH,
TUNGGU SAJA  P.R.U  NI KAWAN... TREK TEK TEK...



  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...