Bunga api... lambang sambutan tahun baru. |
Pejam celik pejam tak celik esok dah tahun baru.
2012 pulak dah.
Rasa baru semalam mendengar dan melihat dentuman dan percikan bunga api menghiasi angkasa seluruh dunia menyambut 2011.
Dan macam biasa, umur kita pun turut meningkat tahunnya.
Tau takpa. Ceh.
Malam ni, Dataran Merdeka (DM) seperti biasa menerima kunjungan tetamu yang saban tahun kemaruk
merayakan malam tahun baru.
Kalau DM boleh berkata-kata, mungkin ini yang terkeluar dari mulut?nya.
1. Woy korang nih, takdak acara lain ke selain main bunga api?
2. Kalau takde konsert tak sah ke sambut tahun baru?
3. Ni sampah sarap ni apasal buang merata. Akai ada ka?
Agaknya le.
Akupun pernah berada ditengah hiruk-pikuk lautan manusia zaman jahiliah dulu ditengah DM
sewaktu menyambut ketibaan tahun 1990.
Aku baru kerja kat Karangkraf time ni di TTDI.
Kalau tak silap aku beserta teman serumah diWangsa Maju iaitu Asbolah dan Mohd. Rock@Tajul Arifin.
Bukan nak tengok bunga api sangat, tapi nak layan konserto Sudirman.
Itu duluuuuuu.
So apa azam?
Klise bunyinya.
Takdak apa-apa azam secara khusus.
Cuma, berharap dapat menjalani dan mengharungi kehidupan dengan lebih baik
Paling penting sentiasa didalam peliharaan Allah dari segala yang tidak diingini.
Alhamdulillah disepanjang 2011,
kesihatan jasmani dan rohani berada dalam keadaan baik.
Setakat pening, muntah, sakit-perut dan sewaktu dengannya tu biasala.
Tutup pulak klinik kalau tak sakit langsung.
Nyonya Mansur pun boleh angin kat Doktor Ismadi kalau takde hasil.
Mau dicari balik Kasem Selamat.
Allaaa Kasemmm!
Apa yang paling diimpikan?
Semuga syarikat tempat aku mencari rezeki terus dilimpahi
rahmat dan berkat.
Dan negara yang kita cintai ini terus berada dalam keadaan aman damai
disepanjang 2012 dan seterusnya.
Pada rakan-taulan, sahabat handai, kawan karib@karipap, saudara-mara@marapu, teman-teman seperjuangan lama dan baru dipelbagai bidang dan pada pembaca blog marang perapu kepunden parang skeper ini aku ucapkan...
'Selamat tahun baru - 1433-1434 H
'Selamat tahun baru - 2012'
Sambut tahun baru dikampung tanpa bunga api dan konsert. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...