Sabtu, 1 Oktober 2011

ALLEYCAT'S... boleh laa... okay laa...


Kucin ni tak kencin kat motor dan tak mencakau kereta...


KALI terakhir aku menyaksikan kumpulan lagenda ini secara live sekitar 90an dulu.
Maaf, tahun tak ingat.
Dua kali kut kalau tak silap. Dah lama sangat. Dah lama dahhhh.....

Yang pasti, di Stadium Negara iaitu 'Konsert Kerana Kau'.
Tiket lebih kurang rm20 hinggit lebih kurang.
Masa ni aku dok di Wangsa Maju.

Macam biasa.
Solo. Have Gun Will Travel. (Paladin.. paladin was the hero)

Amik flight petang.
'Airbus 125 Len Seng' yang berkapasiti penumpang selagi boleh masuk.

Destinasinya Wangsa Maju ke L.A.

L.A melalui 'ruang udara' Bangkok Bank dan entah apo-apo lorong untuk kelokasi konserto.
Berpeluh jugak dengan sedikit sengal-sengal di otot.

Semuanya gara-gara nak menikmati alunan muzik dan lontaran suara kumpulan yang berasal dari negeri
yang kini diterajui LGE yang bermulut capoi ni.

Jujurnya, kalau takde lagu-lagu M.Nasir... mintak mahap ler... Alleyycats ka, Alleydogs ka,
Alleycows ka... makasehhh je le.

Koloborasi (ceh.. bunyi macam kelebog je) sifu dengan Amin Shahab campur dengan
Eric yeo punya arranggement campur lagi dengan suara David dan Loga, wow... memang mantap.

Lagu+senikata+muzik+vokal = Memang perfect.

Dan itulah satu faktor, Alleycats masih kekal hingga kehari ini.

Dan 'Kerana kau' le aku sanggup membuang masa dan fulus berada dalam perut stadium pada waktu itu.

Aku cukup suka@paling suka mendengar gubahan bunyi strings dalam kebanyakkan lagu-lagu lama depa seperti
Hingga Akhir Nanti dan Senyumlah Kuala Lumpur.


Alleycats dengan dua penyanyi baru.
Boleh tahan dari suara Maro dan Nuek dan Rosli Usin.
Dibelakang, Eddie Marzuki sebagai pengarah muzik.
 - Gambar Utusan

Minggu lepas, 18 September iaitu malam terakhir aku pi tengok lagi Alleycats beraksi, selepas puluhan tahun.
Kali ini dengan suasana yang amat-amat berbeza.

Berbeza pentas iaitu dari stadium kelokasi yang lebih gah, Istana Budaya.
Berbeza penampilan mereka kerana faktor usia. Rambut dah beruban. Gigi dah jarang.
Kecuali David Arumugam, yang lain-lain bukanlah anggota asal Alleycats.
Dan... dulu aku naik 'Airbus Len Seng', la ni drive sendiri.

Biasalah, kalau Utusan menjadi akhbar rasmi konsert... dapeklah sekeping duo tiket free.

Tapi takle rasa ghairah sangat nak pi tengok.
Banyak faktor, antaranya anggota asal dah takdo dan dulu pernah tengok.
Samo je persembahan, lawak dan dialog.
Baik Search, M. Nasir... dan Alleycats.

Tapi bila tiket dah ditangan, rasa macam nak pi pulak.
Lagipun member sepejabat, Miki sang kartunis kontroversi pun dah bertanya khabar mengenai tiket free ni dua minggu sebelum tu.

Hmm.. lepas dicongak-congak dan ditimbang-timbang, kira comfirmlah pi dengan Miki yang namanya menjadi sebutan dibibir penyokong Pas akhir-akhir ini.

Takde angin dan taufan, tetiba plan berubah. Malas nak pi.

Aku mengoffer Maro, kartunis Mamak Cyber tiket dan dia setuju nak pi dengan Miki.
Setel.

Takde puting beliung, takde air pasang plan berubah lagi.
Miki dan Maro samo-samo ada hal. Last minute.

Ah sudah.
Aku menghubungi blogger Penanggah yang juga meminati Alleycats namun lebih meminati pasangan duet Ally Nor dan Mastura yang top dengan lagu Apo Kono Eh Jang.

Hampa. Beliau berada dikampungnya di Gemenceh.
"Sorrile bro, den balik melawat kolam ikan patin den ni', kata beliau dihujung talian.

Pi tak pi, pi tak pi, takpi pi, tak pi pii....arghhh.

Waris Loga... boleh tahan suaranya yang menyampaikan beberapa lagu
lama Alleycats seperti Suratan dan Jika kau Bercinta Lagi. Nak dibandingkan
dengan De-UMIE's gurl... hmm jauh depa kena tinggal. - Gambar Utusan


Aku off sebenarnya harini. Tapi pi jugak opis menggantikan kawan yang ada hal.
Kerjapun dah beres. So... pukul enam setengah, gua start kereta.

Membelah Jalan Chan Sow Lin hingga ke bulatan Jalan Pahang pada hari minggu terasa aman sekali.
Trafik clear walaupun ada sedikit kebimbangan jem orang pi open house.

Dulu dok pi hari jumaat, memang masak le.

Selepas membuat u-turn nak menuju keparking IB, aku membuat 'lawak wajib' iaitu tersalah masuk simpang.

Apalagi bersiar-siar le sambil mengurangkan minyak dalam tangki mengelilingi Tasik Titiwangasa. Hampeh.

Parking kat IB pun clear. Cantik.
Hampir pukul 7 malam.

Lepas maghrib, menapak ke cafe.
Mati kutu jugak le lepak sorang-sorang.
Nasib baik nasi lemak dan teh tarik dia sodap.
Peh. Memang sedap nasi lemak IB.
Tak caya bulih try, test.


Menghampiri penghujung konsert, Alleycats menjemput
beberapa wakil penaja menyanyikan lagu Andainya Aku Pergi Dulu.
Kak  Lin (tudung pink) wakil Utusan.  - Gambar Utusan


8.45 malam, show start. 
Konsert dibuka dengan lagu yang aku tak tau tajuknya tapi berbunyi
begini ...'Selamat datang sayang, kami ucapkan...'.

Cheh. Aku taktau, sebab dah tak follow Alleycats sejak ketiadaan
irama M.Nasir dan Amin Shahab.

Kemudian lagu Senyumlah Kuala Lumpur berkumandang.
Lantas terbayang kenangan silam. Ceh.

Berselang-seli dengan persembahan penyanyi-penyanyi baru,
hampir kesemua lagu-lagu nostalgia sewaktu dibangku sekolah
memenuhi ruang Istana Budaya.

Penonton ikut menyanyi dan bertepuk tangan.
Aku setakat hentak kaki dan goyang kepala.

Pada usia 61tahun, David  masih steady walaupun tidak seperti dulu dan beliau 
banyak menyerahkan tugas menyampaikan lagu-lagu hits pada anggota baru.

Namun, tetap menghiburkan.
Kebanyakkan penonton adalah para 'otai' sama seperti konsert Black Dog Bone dan D'lloyd dulu.
Ada yang tanpa segan silu naik kepentas.
Kesemua mereka duduk dibarisan paling hadapan.
Pantang dipelawa. Celapak naik.
Siap hulur tangan mintak mic dari Alleycats.

Memang banyak lawak pada malam tu.


Pakcik ni selamba naik.
Siapa minta mic. Lagu 'Tahun 60-an'
 - Gambar Utusan

Brader ni le paling kelakar.
Sepatutnya dia duduk sebelah aku. 
Dia bantai duduk atas tangga dan
menari sorang-sorang.
-Gambar Utusan


Brader diatas ni adalah pak lawak malam tu.
Dari awal dia menari sorang-sorang tanpa menghiraukan
penonton lain.

Bukan sekali, petugas IB mengarahkan beliau supaya duduk.
Lepas tu dia buat balik. Nasib baik tak kena perambat.

Dipenghujung konsert, akhirnya beliau dijemput sekali naik ketas pentas.

David Arumugam akhirnya memecah rahsia siapa sebenarnya beliau.
Riuh rendah didalam panggung.

Mamat ni adalah peminat tegar Alleycats. Dari Penang Darul LGE.
Cerita David lagi, dia ni sanggup menyanyikan lagu-lagu Alleycats menerusi telefon
sampai panas telinga anggota-anggota Alleycats.

Selamba je muka dia kena 'basuh' atas pentas malam tu.

Yang paling tak best ialah apabila David mengenalkan nama mamat tu... OSMAN.
Cehh... tension betul gua. Takde nama lain ke.

Keseluruhan konsert 'Sampaikan Salam' pada malam itu memang menghiburkan.

Tapi faktor utama aku pi tengok ialah hendak mendengar gubahan muzik oleh saudara
Eddie Marzuki yang memimpin mini orkestranya.

Dan juga hendak melihat skill setiap pemuzik Alleycats.

Sebab itu mata aku banyak difokuskan kepada mereka disepanjang konsert berlangsung
dari melihat David Arumugam dengan Makaseehhhhhhhhnya.





 Miki diawal kemunculannya sebagai
kartunis sekitar 80-an dulu jugak berambut
afro ala Alleycats. La ni tak lagi....







MALAM tu nak 'corey-corey' rakam dipenghujung konserto
pun tak leh'.  Diharamkan. Baru nak 'on' dah kena suluh ngan
laser dari atas. Cheh. Ni pun kira jadikle...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...