Jalan dipinggir Taman Salak Jaya mempunyai rangkaian antaranya ke Jalan Sungai Besi, Jalan Kelang Lama dan lain-lain.
Surau ini terletak dilaluan aku nak kepejabat yakni jika melalui highway Ceras-Kajang (dari Kajang) sebaik melepasi tol lima kupang yang dah tamat kontrak, belok kekiri dan kiri lagi sebaik ternampak signboard
Taman Salak Jaya.
Lebih kurang sepuluh minit kut, masa yang diambil ke pejabat di Jalan Chan Sow Lin dari surau yang dikelilingi pangsapuri diatas bukit, rumah teres dan premis perniagaan ini.
Kalau lari 180kmj mungkin lagi cepat sikit kut sampai..........spital.
Niii...bukan nak cerita pasai surau.
Bukan juga fasal jalan.
Ni fasal isi kandungan khutbah Jumaat.
Khatib pada tengah hari itu menyampaikan khutbah Jumaat mengenai 'anak-anak yatim.
Antara isi kandungannya mengajak makmum berbuat baik kepada mereka.
Pada masa itu jugak terdetik didalam hati nak 'meraikan' mereka.
Bukan tak pernah terlintas sebelum ini.
Tapi keinginan itu bagai dibawa angin lalu.
Semalam, Sabtu (24 Sept. 2011) sewaktu melepak ditepi jalan kawasan perumahan Taman Pinggiran Saujana kira-kira satu kilometer dari rumah aku, fasa pertama 'hajat' itu mula dilaksanakan.
Sambil duduk diatas divider dipintu masuk pondok TNB sementara menunggu anak aku selesai beraya
dirumah kenalannya disitu, mesej dikirim kepada rakan-rakan.
'Aku plan nak ajak bekas staff Grafik majalah Shamelin Perkasa buat 'majlis' untuk
rumah-rumah anak-anak yatim sekitar KL@Selangor. Amacam?'
Alhamdulillah.
Reaksi awal dari kengkawan amat positif.
Walaupun ada yang kurang fehem atau buat tak fehem. Ceh.
Ada yang belum memberi respon lagi. Ni mesti kes kredit abis le ni. Lagi sekali ... cehh.
Berikut reaksi awal yang diterima menerusi sms pada petang itu jugak...
MARO... 'I pollow'
NUEK... 'Buat program apa tu? Aii...cam ada ura2 nak jadi calon pilihanraya je ni...'
RUDINGKIL... 'Bilo tu bai?'
NUEK... 'Ok...boleh jer...gua ikut kata survey.' (sms kedua after gua xplain kat dia)
APIS... 'Program apa tu? Bila?'
MatNorNUJ... 'OKlah tu. Sokong.'
MatNorNUJ... 'Aku tak tau no ni siapa yg punya, tak set lg dlm hp.' (apo punya MatNor...)
Dee... 'Bajet dah habis, sorry la...' (apo punya Dee... keno xplain lagi)
Dee... 'Aku on je... Majlis apa tu?.' (laa tak paham lagi...)
Dee... 'Sori majlis apa?.' (laaaaa...)
APIS... 'Ok. tp kalo nk terjah umh ank yatim, baik wt program. Mcm luks krktr dll. bole bncng.? (selepas di xplain...)
YunGen2bak... 'Sya stuju dan ikut je..'
..............................................................
(SMS baru sampai -Ahad)
MIKI... 'Smalam kredit xdak nak blas msj hang...plan hang tu kita kena bincang dlu sbb pakai bajet besag..'
Sebenarnya ini baru intro.
Kalau ibaratkan skrip filem, kira ni baru draf dalam kepala.
Memang patut kalau ada yang tak faham.
Bukan nak dibuat dalam waktu terdekat ni.
Lepas raya ni, banyak yang terbabas. Termasuk aku lerr...
Kena meeting dan mee eating tiga empat kali ni.
Bukan boleh sebarang.
Kena plan betoi-betoi.
Nanti, aku siapkan rangka programnya.
Semua dah ada dalam kepala dan perlu diperhalusi bersama rakan-rakan lain.
Tapi, main programnya ialah... 'Makan-makan' dan 'sedikit aktiviti'.
Semoga, majlis yang dirancangkan sekitar Disember ni, menjadi kenyataan.
Inyaallah.
Mungkin Rumah Bakti Nur Syaheera boleh dijadikan lokasi majlis yang dirancangkan? Kalau nak buat 'Amal Jariah' (NO AKAUN: 56 48 56 11 11 66 - Maybank Islamic - Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur) klik sini untuk maklumat lanjut |
gua pun no hal.. i pollow jer.. ajak ler itu rambut busar kena selagu dua..
BalasPadamoo tengkiu... itu rambut busar mesti nyanyi,
BalasPadamitu wakap mek zainab mesti lukis, itu selengkoh mesti jadi mc, itu gomonceh mo bkin apo?
jgn gusar.. itu moncheh bleh kasi habis itu mee goreng..
BalasPadam