Ala itu pun dapek 'lucky draw' duo minggu lopeh macam den citor tu hari.
Dia punya meka (meka = jenama @ slang utara) 9300 Curve.
(Hp ni gua kasi sama gua punya bini)
Tadi... ala pagi tadi, sekitar Kajang hingga ke KL ujan.
Boleh tahan lebat...
Hampir 10 pagi...irama hujan agak perlahan, gua gerak nak ke SoHo, Solaris diMount Kiara.
Pehhh.... sampai kat Tol Batu 9, Cheras, kete dah bersusun-susun.
Nak digambarkan susah. Serabut mata memandang.
Berselerak. Dah taktau mana satu lorong.
Lorong kontra dari Leisure Mall dahpun ditutup polis. Jadi?
Jadi redah aje la.
Cakap pun tak guna. Buat-buat macam takdo apo-apo.
Tekan clutch, tekan brek berpuluh-puluh kali dan berpeluh-peluh kaki.
Slow dari tol Batu 9 sampai ke Loke Yew. Bersambung dari DBP ke Masjid Negara.
Lepas tu line clear.
Ada jugak bukak Google Map camno nak pi Solaris tu, tapi tak banyak membantu, ato
tak pandai tengok peta.
Nampak macam boleh cari.
Sebab beberapa petunjuk penting seperti Masjid Wilayah, Matrade, Lembaga Peperiksaan dan Hentian Duta memang berdekatan dengan kawasan berkenaan.
Dari Jalan Kuching dengan kelajuan dibawah paras saman ekor, kereta menghala ke bulatan Segambut.
Kalau mengikut kata seorang kakitangan tempat aku nak amik hp tu dia suruh terus aje, jangan masuk bulatan berkenaan.
Tapi aku masuk gak ke bulatan Segambut menghala ke Hentian Duta.
Kemudian rapat kekanan dan ternampak Masjid Wilayah dan Matrade.
Dari jauh dah kelihatan bangunan terpampang perkataan Solaris.
Tapi jalan nak kesana masih kabur.
Berpandukan beberapa arah, akhirnya sampai.....pun. Cheh.. takle susah sangat.
Parking dibasement. Kena bayor singgit masa balik.
Berjalan hampir seratus meter ke Digi Centre.
Selepas menunjukkan surat dan proses pendaftaran, hp bertukar tangan.
Memang le tak payah bayar bil enam bulan mendatang.... Amik dua bulan advance cukup le... |
Tanya itu, soal ini. Ada yang aku faham. Ada yang blur. Banyak blur.
'Bang kena bayar RM408 ringgit... ini untuk advance bil.' kata brader dikaunter selepas
aku bertanya mengenainya yang memang tercatiti pada surat 'hadiah' itu.
Bayor je le. Nak cakap apo.
Tapi kalau aku nak beli hp cap ni, pastu nak kena advance nam bulan macam tadi...tobat aku tak beli. Baik pakai yang rega seratus lebih.
Ni dah dapat pree... pejam mato je.
Banyak tu empat ratus. Memang terasa.
Boleh beli sebijik 'amp gitar' kat Metro Kajang.
Tapi kawan aku cakap memang camtupun...
Ntahhh.... kambing biri-biri tul depa ni.
Kalau aku jadi Menteri yang berkaitan dengan telekomunikasi ni, advance macam ni
akan diharamkan.
Lagipun banyak urusniaga syarikat telekomunikasi di negara kita lebih menguntungkan depa.
Untung didahulukan, servis dikemudiankan, pengguna diguna-gunakan.
'Dunia...dunia... meniaga telefon lebih baik dari meniaga unta...WOW!'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...