Selasa, 26 Januari 2021

LAGU: AIN'DEANA @ ikrar dan doaku - sebuah catatan



Tinggal kenangan. Gambar bertarikh 10 september, 1997. 

'Budak-budak' grafik, kartunis beserta boss-boss dan visualiser grafik 
Unit Majalah Utusan Melayu  diTaman Shamelin Perkasa, Cheras bergambar didepan pejabat selepas selesai satu majlis. Entah apa majlisnya, Den pun lupo...dah tuo.

Beberapa nama dan kelibat tiada dalam gambar diatas. Mungkin bercuti, 
busy deadline (editor parking sebelah) malas nak posing atau missing in action. Ada beberapa rakan dari ibu pejabat turut hadir. 
  
Ada diantara depa 'telah pergi'. Yang tinggal, bergelut meneruskan
kehidupan yang begitu mencabar terutama selepas gegaran 'tsunami oktober@2019'.


Gambar tiada bertarikh. Mungkin 1997-1998. Operator desk.
Tak banyak gambar ofis di Taman Shamelin dalam simpanan.
Ni mungkin geng kerja hari ahad rasanya... banyak cerita seram
berlaku disini, tapi aku tak pernah la terserempak.... hiiiieeuu!


Bercerita mengenai sejarah lagu 'dakwah' yang sudahpun dimuatnaik dalam youtube  disember lepas, tidak lengkap tanpa foto kenangan diatas.

Ini kerana disinilah 'ilham' lagu berkenaan dilahirkan. 

Bumi Shamelin Perkasa menjadi saksi bisu gabungan terbaik unit grafik dan jabatan pengarang melahirkan sepuluh majalah pelbagai bentuk saban bulan tanpa gagal.

Wanita, URTV, Saji, Mangga, Kawan, Rias, Cerdas Pintar, Mastika, HAI dan Massa.

Sudah tentu gabungan ini mencetuskan suasana hiruk-pikuk, kelam-kabut, camera trick, sinetron, riuh-rendah, maki-marah, rajuk tangis dan gelak ketawa. Semuanya berbaur.  Namun selepas majalah sudah siap dicetak dan berada diatas meja, semua tekanan itu berlalu pergi. Yang tinggal hanyalah aroma dakwat cetak dan kertas. 

Tidak kenal erti rehat dan cuti hujung minggu. Dipanggil boss untuk bertugas walaupun sedang bercuti (kes kawan MC atau EL) adalah asam garam dan sambal belacan kami disini.

Namun begitu, Tension mesti kasi release. Kerja kerja juga. Boleh mereng nanti.


Sebahagian rakan-rakan yang menyertai Hari Kreatif 1 
di Tasik Permaisuri, Cheras bergambar kenangan selepas selesai majlis. 


LAGU TEMA HARI KREATIF2 - (1998)

Maka 'Hari Keluarga Unit Kreatif 1' diatur. Ianya tidak melibatkan jabatan pengarang cuma unit kreatif sahaja iaitu geng grafik, kartunis dan pelukis illustrasi.

Sepanjang unit majalah beroperasi di Shamelin Perkasa, hanya dua kali sahaja 'Hari Keluarga Unit Kreatif' berjaya atau sempat diadakan.

Pertama di Taman Tasik Permaisuri, Cheras pada 1997, dan 1999 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. (...maaf andai tersilap tahun...)


Hari Kreatif 1. Uzir, MNor BJ dan Kang Raop bersiap sedia.

Hari Kreatif 1. Antara acara standard sukaneka. 


Gong Hari Kreatif (HK) pun dipalu. 

Meeting demi meeting serta mee eating berlangsung dalam kesibukan kami mengejar deadline. Kerja perlu beres dan Hari Kreatif mesti jadi. 

Melihat kecenderungan aku dalam muzik (hmm.. xsyen je lebih), maka dalam meeting AJK HK aku di'galas' ajk persembahan.  Untuk menyusahkan diri sendiri dan rakan-rakan, maka sebuah lagu boria dicipta. Muziknya diprogram menggunakan keyboard Technics KN1500  yang diusung kepejabat. Ops... pertandingan karaoke wajib ada, walaupun ramai sudah tahu bakal pemenangnya. Cehh. 

Riuh rendahlah unit grafik malam diadakan latihan. Sakat-menyakat, usik mengusik dan sesi provokasi mengiringi latihan yang bermula 10 malam keatas... tamatnya ikut suka. Seronoknya berkumpul rasa macam malas nak balik.

Kaset latihan boria dan karaoke kami masih elok dalam simpanan aku. Cuma playernya je problem. 

HK1 berakhir meriah. Penuh warna-warni. Sarat cerita-ceriti.


Hari Kreatif 1. Rakaman sewaktu latihan boria dan karaoke 
ditengah malam didalam bilik mesyuarat masih elok audionya.
Boleh gelak sorang-sorang mendengarnya diikuti...sayu.

1999. Gong Hari Kreatif ke2 (HK2) pula dipalu. 

Masih menggalas AJK HK2. Beberapa persembahan diatur antaranya dikir barat, game ala-ala rancangan Win, Loose or Draw disamping karaoke sebagai acara wajib.

Bagi memeningkan kepala kawan-kawan seunit dan kepala sendiri, lagu tema HK2 dicipta. Disamping itu, aku juga memprogramkan muzik medley lagu-lagu tradisional untuk nyanyian beramai-ramai. Keyboard Technics KN1500 diusung lagi kepejabat untuk sesi latihan. 

Namun, kali ini sesi latihan tidak berjalan lancar. Cukup susah mengumpulkan ahli untuk latihan. Dannn...

Kerana kesuntukkan masa dan faktor kurang latihan maka lagu tema berentak hard rock ini dan lagu medley tidak dapat dipersembahkan pada hari kejadian. Kecewa sungguh aku. Apa boleh buat...

Apa pun, HK2 berakhir meriah juga. Penuh warna-warni. Sarat cerita-ceriti. 

Maka bermulalah pengembaraan  'lagu tema' yang tak jadi dipersembahkan itu.


Hari Kreatif 2. Persembahan dikir barat. Budak Klate tekong.

Hari Kreatif 2. Ala-ala Win loose or draw gitu...

Hari Kreatif 2. Acara standard juga nih...

Hari Kreatif 2. Lagu 'Bila Larut Malam' oleh De'Umies Gurl.

LAGU TEMA HARI KELUARGA MAJALAH (HKM) (2000+)

Suatu hari, sampai khabar ditelinga aku ura-ura HKM dalam rancangan. Cantik. Dengan pantas aku merakam semula lagu berkenaan menggunakan keyboard Yamaha  beserta lirik dan memberikan kepada Kak Normala Hamzah (Pengarang WANITA) selaku ketua penganjur untuk pertimbangan sebagai lagu tema...hihihi...

Kak Mala senyum saja tanpa bicara... namun... tidak lama selepas itu diberitakan HKM tidak jadi diadakan. Entah apa sebabnya. 

Ok. Takde hal. Lagu dibawa kedepan.


Sekali sahaja. Dinner Tahun 2000 Unit Majalah disebuah hotel.
Hari Keluarga yang dirancang tidak menjadi kenyataan.

LAGU TEMA KOPERASI UTUSAN MELAYU (2009 - 2010)

Lama juga lagu ini dalam pertapaan. Lamaa...

Selepas unit majalah di 'anak syarikat' kan beberapa tahun kemudian, aku di tukarkan ke unit akhbar di ibu pejabat Jalan Chan Sow Lin. Manakala unit majalah berpindah ke Bangi. (Psttt... Hajat hati nak ke Bangi, tapi orang pulak tak hingin.)

2009, Koperasi Utusan Melayu ditubuhkan dan diadakan pertandingan logo. Masukkk. Dipendekkan cerita, logo aku menang. Alhamdulillah. Dapek seribu dalam bentuk saham. 

Idea dan bisikan sudah mari. "Logo dah ada, try bagi lagu sekali beb...". 

"Boleh cuba. Benda dah ada. Bagi 'pinjam' aje".  Bisik hati.

Rakam balik rentak yang sesuai untuk koperasi. Bikin senikata. Kemudian aku bersama kartunis Miki ke sebuah studio di Bandar Baru Bangi (berdepan PKNS) untuk rakaman vokal. Macam biasa, keyboard Technics KN1500  dipikul sama. 


Terpaksa angkut ke studio untuk bunyi yang bersih. 
Kalau transfer audio dari kaset banyak bunyi ssssshhh,
dahlaa lagu tak berapa sedap... ishk ishk...


CD lagu tema diberikan kepada pihak koperasi. Ada reaksi berbagai. Biasalah. Lagipun depa tak minta, aku yang gatai nak bagi. 

Dipendekkan cerita, lagu 'pinjaman tanpa faedah 'ini dimainkan dua kali sewaktu mesyuarat agung tahunan. Sekali di dewan terbuka pejabat lama dan last didewan tertutup bangunan baru yang gah. Bangga la sat... sebab diperdengarkan kepada ahli-ahli  dan pembesar-pembesar koperasi negara yang hadir.

Dah nama pun pinjam, lagu di ambil balik. Tiada siapa pun kisah. 

Lagu dibawa kedepan.


Logo Koperasi.  Lain dari versi yang dihantar kepada 
pihak penganjur. Ada cerita sedih disebalik logo ini... hmmm.

LAGU TEMA ASEAN 2008

Sempena  Asean 14th ASEAN Summit  di Thailand, pertandingan lagu ANTHEM FOR ASEAN dianjurkan. Setiap negara Asean perlu menghantar satu lagu terbaik.

Walaupun sebenarnya tidak layak dari pelbagai segi, namun moto pantang kalah tak bertanding menjadi pegangan walau ilmu muzik sekelumit cuma dan... aku masukkk.

Lagu dah ada. Ubah rentak baru yang bersesuaian menggunakan Technics KN1500. 

Liriknya wajib dalam bahasa Inggeris. Balonnn.

Rakam ke pita kaset (hiheee). Sendiri menyanyi dan bikin nota muzik.

Untuk memindahkan audio dari kaset ke CD, aku bermusafir dari Kajang ke studio muzik Dapril milik Pak Aziz di Dusun Tua, Hulu Langat pada suatu pagi Ramadan. 

Apa yang menarik mengenai taukeh studio ini ialah kesemua anak beranak dia boleh bermain muzik. Band mereka, D'april  banyak bermain di khalayak.

Kartunis Miki pernah jemming beberapa lagu bersama mereka sewaktu menemani aku kesana pada suatu malam. Yang tidak dapat dilupakan, anaknya pemain drum dan kibodis yang sudah tidur dikejutkan semata-mata untuk mengiringi Miki. 


Pak Aziz (berkaca mata hitam) bersama D'april. 
Tak tahulah samada studio atau band masih
 beroperasi. - Foto: Laman web D'april. 

Berbalik kepada lagu tema aku. Selepas beberapa minggu lagu diserahkan kepada pihak penganjur di RTM, emel 'keputusan' pun diterima. Gagal. Entah siapa yang mewakili Malaysia aku pun dah lupa.

Komposer Thailand memenangi pertandingan itu yang menawarkan hadiah US$20,000. 

Lagu dibawa kedepan.


Emel dari RTM... cehh! seperti dijangka, sangkut awai lagi.


PERTANDINGAN LAGU KUALA LUMPUR 2015

Pada tahun berkenaan, DBKL menganjurkan pertandingan lagu 'Sayangi Kuala Lumpur'. (Banyak kali juga aku masuk pertandingan anjuran DBKL sebelum itu).

Cehh... sibuk lagi aku. Untuk lirik pertandingan ini, aku mencari Siso. Sapsup sapsup... lirik siap. Sat saja 'sifu lirik' bikin. 

Kali ini aku memikul keyboard seberat 10 kilogram itu ke sebuah studio di Bandar Baru Bangi yang berhampiran pejabat Tabung Haji Bangi untuk proses rakaman vokal. 

Terpaksa menyanyi sendiri untuk menjimatkan masa. 

Dan sekali lagi... keputusan dah dijangka. Gagal.

Lagu dibawa kedepan.


Lirik siap. Emel dari Siso.



LAGU TEMA UTUK SKUAD BOLA

Sewaktu kebangkitan Skuad Harimau Malaya, ada juga angan-angan untuk menganyam lirik buat menyemarakkan lagi skuad bolasepak kebangaan kita itu kedalam lagu ini.

Tapi idea tidak kunjung-kunjung tiba. Part korusnya ada.... Hmmm... batal.

Kemudian, ada juga hati untuk mengaul melodi dengan lirik semangat buat skuad hijau kuning. Hmm... sama juga. No idea. Kensel. (Ops... aku pernah bikin lagu khas untuk skuad hijau kuning sepuluh tahun lalu. Youtube ) 

Lagu disimpan...


 

LAGU DAKWAH & KETUHANAN - 2019 - 2020

Lama jugak lagu ini terperap selepas berhenti dari Utusan Melayu.

Berulang alik setiap pagi usai bersarapan di Borak Cafe, Prima Saujana, Kajang sambil menunggang Kristar Modenas melahirkan sebutir ilham suatu hari.

"Mengapa tidak menjadikannya sebuah lagu dakwah?" terlintas dihati.

Bermula dari saat itu rangkaian kata-kata disusun saban hari sambil mengalunkannya diatas motosikal yang dibawa dengan kelajuan 10 - 20 kmj melintasi tapak pasar malam dan pasar tani Prima Saujana. 

Hinggakan suatu hari menjadi sebuah lirik yang lengkap. Tapi itu dibahagian korusnya.

Cubaan untuk menulis keseluruhan lirik buntu. Tiada idea. 

Ini berlanjutan agak lama. Lamaaa... memang lama.

29 November 2019, pulang bercuti ke utara. Menjadi kebiasaan aku akan berhenti rehat di Ipoh. Rehat semalaman. Esok pagi selepas sarapan baru bergerak. Segar sikit.

Destinasi pilihan Hotel Seri Malaysia. Harga berpatutan, makan minum tiada bimbang.

Kopi O nya menjadi igauan waktu sarapan dan selepasnya baru terjun kolam.

Pagi 30 November... sementara depa pi mandi kolam, lepak sat di cafe bertemankan segelas teh tarik dengan satu misi iaitu menyudahkan keseluruhan lirik lagu ini.

Alhamdulillah. Seri Malaysia Ipoh menyaksikan siapnya draft. Ni part yang penting ni. 




Akhirnya... draft pertama siap juga nun di Ipoh. 
Baru bulih goreng... tambah ayaq asam.

Kemudian sesi penambahbaikan bermula... berlanjutan hingga kekampung... dan berterusan hingga ke Kajang. 

Agak lama juga proses membasuh dan membilas lirik, merakamkan muzik iringan sebagai minus one dan merakamkan suara untuk tujuan demo berlangsung.

Belumpun siap, PKP bermula. Mood terhenti seketika. 

Projek lagu dakwah hanya disambung semula selepas berpeluang pulang kekampung merayakan Syawal dipenghujungnya dan Aidil Adha selepas itu.

3 September 2020... demo lagu dihantar menerusi wasap kepada Longan Studio di Kajang dan tiga hari selepas itu kami bertemu untuk perbincangan seterusnya di Borak Cafe, Prima Saujana, Kajang.


Sesi perbincangan bersama Shahir selaku music arranger 
& penyanyi harapan, Kartunis Miki di Borak Cafe.

4 Disember... proses rakaman bermula. Saudara Shahir selaku pemilik studio dan penyusun muzik begitu sabar dan teliti sewaktu proses rakaman berlangsung. 

Manakala Kartunis Miki dengan suara Jamalnya melakukan tugasnya dengan baik. Pada 29 Disember, kami sekali lagi ke studio sama untuk sesi penambahbaikan.

Sementara menunggu lagu melalui proses mixing dan mastering yang mengambil sedikit masa, ada tugas lain pula menanti.

Kasi panas dulu...

Music Arranger teliti dengan tugasnya...

Action!... Scene untuk videoclip...

Proses seterusnya yang agak memeningkan kepala dan meletihkan mata ialah  membuat clipvideo untuk lagu ini yang kerja-kerja asasnya telahpun dimulakan lebih awal iaitu pada 7 Disember 2020.

Faktor tiada pengalaman shooting dan kekurangan peralatan rakaman audio dan video menambah keserabutan.

'Pakailaa apa yang ada'... itu rumusan aku dan penyanyi. Lalu pada 12 Disember 2020, kami bergerak ke Putrajaya dan sekitarnya untuk tujuan penggambaran video lagu ini. Err...segan pun ada juga. Balonnnn....

Hampir dua jam disana. Penat juga. Alhamdulillah Selesai.

Storyboard yang banyak dilukis sebelum ini sudah menjadi story'kelamka'board. Ikut-ikut lebih kurang saja. Semua bahan yang diperlukan dikenal pasti sebelum bermula opsvideo yang bakal bermula.


Proses rakaman vokal...


Dengan menggunakan Window Movie Maker @WMM operasi memotong, mencincang membancuh, mengadun dan mencanai  videoclip bermula. Walaupun perisian ini agak lama dan terhad toolnya, tapi ianya mesra pengguna dan orang tua. Hehehii...

Pagi, petang, siang, malam dok presoh. Sakit belakang, sakit pinggang, pedih mata, sakit hati semua datang dan pergi. Nasib baik lagu sendiri, boleh berhenti sesuka hati dan sambung lagi. Terasa... bikin lagu pun tak sepenat membikin clip ini. Sungguh.

Akhirnya pada 22 Disember 2020, 'operasi' telah selesai walaupun banyak kekurangan dan kelemahan. Buat-buat tak nampak je laa...

Lagu yang diberi nama 'Ain'deana @ ikrar & doaku' itu dimuat naik kelaman sosial Youtube pada hari yang sama.

Tamatlah pengembaraan melodi lagu ini dari sebuah lagu yang asalnya dicipta sebagai lagu tema Hari Kreatif Majalah Utusan pada 1999 akhirnya menjadi sebuah lagu dakwah pada 2020.

Sokonglah 'produk dakwah' ini. Sebarkan ke empat penjuru alam.

Moga ada sedikit kebaikan untuk kita bawa kesana.

Alhamdulillah.

Terima Kasih.


klik disini: Lagu AIN'DEANA

Baca: Sebuah Catatan Lagu: JANGAN MENANGIS PALESTIN




... SHARE dan SUBSCRIBE ...

2 ulasan:

  1. Haha...betullah orang cakap. Manusia kreatif ni biasanya boleh kreatif dalam lebih dari satu bidang. Bukan setakat melukis, tapi main muzik, menyanyi dan menggubah lagu pun boleh

    (Pembaca komik kawan sejak isu 1, sekarang umur dah 30 lebih)

    BalasPadam

...angin barat gambar solo...