Lokasi: Taman Bukit Sirih, Kuala Krai, Kelantan. (Gambar Utusan) |
SAUDARA-saudara kita dibeberapa negeri diuji Allah dengan musibah banjir.
Antara yang paling teruk terjejas ialah Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Itu negeri-negeri di Pantai Timur.
Di Pantai Barat beberapa negeri turut menerima limpahan hujan
yang luar biasa seperti Perak, Perlis dan Kedah.
Johor, lokasi terbaru. Mudah-mudahan semuanya tabah
menghadapi situasi ini.
Hari ini, Jumaat (26 Disember) kebanyakan masjid dan surau
diseluruh negara mengerjakan solat hajat selepas selesai
solat jumaat memohon kehadrat Allah swt
agar dipermudahkan segala urusan dinegeri-negeri terbabit.
Surau Al-Huda dipejabat turut mengadakan solat hajat
selepas solat maghrib tadi.
Langit tidak selalu cerah.
Di Lembah Kelang sejak empat lima hari lepas
cahaya matahari dilindungi awan sepanjang hari.
Cuaca... sukar diramalkan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Mata cuma mampu melihat dikaca TV dan membaca di akhbar
sambil membayangkan pelbagai kesukaran dan kesulitan mereka
dipusat perlindungan.
Simpati cuma dapat dikirimkan dari jarak jauh.
Segala macam bentuk bantuan amat-amat dialukan.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan kewangan
melalui SMS boleh berbuat demikian menerusi
'Tabung Kemanusiaan Komunikasi & Multimedia Malaysia.'
Sila ikuti langkah-langkah dibawah ini.
Selepas anda menghantar DERMA melalui SMS seperti
yang ditunjukkan diatas, anda akan menerima mesej ini dari 13999.
RM1.00: TKKMM:
Terima kasih atas sumbangan anda.
Ianya akan disalurkan
kepada mangsa-mangsa banjir
Semuga sumbangan kecil ikhlas kita ini dapat meringankan
beban saudara-saudara kita disana.
Pastikan selepas bangun dan sebelum tidur
kita dapat menderma menerusi SMS ini.
Koman-koman pun Seringgit sehari.
Rokok mahal boleh beli.
Siaran TV satelit boleh langgan.
Apa sangat la seringgit dua tu.
SELAMAT MENDERMA.
Lokasi: Kampung Sungai Belat, Kuantan, Pahang. Keluarga Pakcik Amzah Osman. (Gambar Utusan) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...