Khamis, 7 Ogos 2014

BUKALAH HATIMU...

SALAH satu sebab mengapa aku
boleh 'masyuk' dengan semua melodi
sifu M. Nasir ialah senikatanya.

Terutama yang lahir dari deretan
album-album Kembara dan solo beliau.

Canggung Mendonan, album 
solo M. Nasir yang kelima. 
 Ini antara album yang bertaraf antarabangsa yang pernah dihasilkan seniman yang sudah bertitle Datuk ini.

Bonda, Mentera Semerah Padi, Tanya sama itu Hud-hud. Sebahagian lagu-lagu yang sudah memasuki zon malar segar mengisi album yang diterbitkan pada tahun 1993 ini.

Ada satu lagu.
Ya lagu dibawah ini.
Memang sesuai, amat sesuai. Sepanjang zaman.
Untuk dunia yang tidak pernah aman ini.


Bukalah Hatimu 

Mereka bawa perang di kaca TV                            

Secara 'live' melalui satelit
Yang untung broker teknologi
Kita hanya dapat kemeja-T

CNN bawa berita beruang luka
CIAkah yang menembaknya
Amerika sibuk mencaturi dunia
Beban sengsara hutang bertambah
Di dunia ketiga
Dunia ketiga

Bicara tentang penghapusan Marga
Marga mana yang harus dihapuskan
Arya semit, Negroid, Mongoloid
Siapakah kita di sisi Tuhan

Salahkan Zionis
Atau Freemason
Salahkan Nazi
Dan Klu Klux Klan
Salahkan orang tua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya
Tapi dirimu

Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Buka hatimu
Pada kebenaran

Haruskah kita diperdayakan
Dalam permainan dalang tua
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Haruskah kita sama menyertai
Skim kehancuran ini
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Mudah sangat menyalahkan orang
Bila diri ditimpa malang
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

(M. Nasir rap:)
Yo! berapa kali Abang M. Nasir
Nak bilang, nak ulang
Kalau nak tahu cerita
Mesti tahu tajuknya
Kalau tak faham, bertanya
Jangan hentam keromo
Nanti takut-takut salah tarik
Nak tarik ular lidi tertarik naga
Hitam campur putih memang kelabu(lah?)

VIDEO 'BUKALAH HATIMU' dipinjam dari Yob Tualang Sekah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...