Rabu, 5 Oktober 2011

LIGA MALAYSIA 2012... 'Al-kisah Jabar'



Muda belia. Kehkeh... Aku dan Jabar.
Gambor tahun 1983. Baru setahun lebih
merempat di KL. Chehh...
 
Sahabat lama aku, saudara Jabar Isnin yang kini menetap diBrunei DS dalam blognya mengulas mengenai
penyertaan kembali  Singapura kegelanggang Liga Malaysia mulai 2012.

(Nak baca tulisan penuh beliau silale... (Ceritanya klik disini)
(Sini pun boleh .... Jabar story ( click here...)

Aku tak nak mengulas banyak apa yang beliau tulis, cuma nak sentuh sikit aje.

Sebelum tu aku nak bernostalgia sikit zaman 'megimee copek dimasak sodap tak sodap blakang kiro'  bersama beliau diawal zaman 'kegelapan' dahulu.

Aku dan Jabar dulu satu pejabat diTaman Keramat, Selangor.
Kami bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan kecil yang menerbitkan majalah sukan, LIGA.

Ni tompek kerja aku yang kedua. Jabar taktaule aku...
Aku antara staff terawal menyertai team LIGA. Jabar menyertainya tidak lama kemudian.

Beliau seorang jurugambar merangkap pemberita. Kerjanya kehulu-kehilir le amik gambar. Pagi keluar, petang atau malam balik opis sambung mengetuk story.

Graduan lulusan Pertak ini jugak berbakat menulis lirik lagu.

Ada satu lirik karya beliau yang begitu popular hingga kehari ini iaitu 'Debunga Wangi'
nyanyian the legend rocker band 'Lefhanded'.

'Ku cari... ku mencari... pada daratan yang penuh debunga wangi...' Lebih kurang gitule bunyi senikata tulisan Jabar yang tiada kena mengena dengan syarikat Al-Jabbar diKajang.

Aku bikin grafik. Duduk ajela kat opis pagi petang siang malam.
Memang pun. Opis yang terletak diJalan Enggang Timur 7 tu jadi 'kediaman merangkap opis' aku hingga ketitisan hayatnya yang terakhir pada 1985.

Kekadang Jabar join de'kelab bermalam diopis bersama beberapa kawan lagi terutamanya time tengah bulan. Beliau yang berimej rugged dan ranggi ini menyewa diTaman Kok Doh, Segambut waktu ini.
Pernah le sekali aku bermalam dirumah sewa dia.

Gaji masing-masing ciput.
Aku diberi RM315.OO sebulan. Gaji Jabar? Entah.
RM315.OO pada tahun 1983... thee hee hee.... cukup ke korang rasa?

Kami berkenduri meggi le bila tengah sengkek.
Kekadang kami share duit beli 'stock penimbal' pada hari gaji buat guna diwaktu 'sosak'.

Ada sorang member namanya Syed Yusof. Ketua unit grafik, Budak Johor sekapal dengan Jabar.
Peh dia masak meggi, terangkat wa cakap lu.
Syed Yusof... pakar
masak maygee. Fuhh.
Dimana dia sekarang?
Siap tumis, tumbuk cili dan serai... memang tinggal periuk.

Masak menggunakan rice cooker ihsan syarikat.
Rice cooker ni dicipta bila nasi masak, suis automatik tendang naik. 

Jadi, si Syed ni akan meletakkan penahan seperti kertas tebal disuis supaya tidak menendang sehingga
meggi selesai dimasak. Kehkehkeh...

Ada banyak kenangan aku bersama Jabar.
Ada yang segar dimemori. Ada yang blur dan lupa.
Ada yang boleh ditulis dan ada yang patut dibuang kelaut. Huhuuuhuhooo.

Ada masanya,  ketika beliau membuat liputan bolasepak, aku join sekali.
Bila time tengah free le.

Ada sekali tu aku mengikut beliau ke Wisma FAM bagi membuat liputan pemergian Skuad Harimau Malaysia (kalau aku tak silap) keluar negara.

Aku pun tumpang sekaki menaikki bas FAM bersama para pemain ke Lapangan Terbang Subang.
Antara pemain baru yang tengah ngetop pada waktu itu ialah Karim Pin dan Azizul Abu Hanifah.

Ke Stadium Merdeka bersama beliau tu biasa sesangat le sewaktu kejohanan Piala Merdeka
atau pada final Piala Malaysia berlangsung.


Gambar yang dirakamkan Jabar pada
9 Nov. 1983 diperkarangan Wisma FAM sebelum
berangkat ke LTS.
Rashid Hassan, Chen Wee Haw dan Rukumaran.
(Menyelit ditengah... pemandu bas kedua.)

Tapi Jabar masuk pree. Dia ada lesen 'Press'.
Aku kena bayor le.

Jabar seorang yang cool dan peramah.
Tak berkira dan antara kawan lama yang masih online.
Budak-budak LIGA yang lain. Entah. Ghaib.
Yang dah meninggal pun ada.

Aku tak berapa ingat, saat Jabar 'angkat kaki' meninggalkan LIGA.
Yang pasti aku adalah staff terakhir  yang setia hingga keakhir hayat bersama majalah sukan yang
menjadi mangsa 'mainan' pengedarnya yang GILA pada 1985.

Satu perkara yang masih segar diingatan aku ialah baju T yang beliau selalu pakai dibelakangnya tertera:
'See Me At Air Papan'.

Mr. Jabar... la ni.
Gambar dicilok dari
fb dia. Sihat bro...

Berkenaan tulisan beliau mengenai penyertaan kembali  Singapura kegelanggang Liga Malaysia mulai 2012 memang dialu-alukan.

Setuju 500%.

Baru meriah bila pintu dibuka kepada negara LKY tu.
Undang sekali kelab Thailand, Indon, dan lain-lain negara Asean lagi bagus.

Takpun begini...
Kumpulkan semua pendatang asing yang haram, halal dan 'halam' yang ada diseluruh pelosok bumi Malaya.

Suruh depa pilih mana-mana yang handal bermain bolasepak.
Bikin satu atau dua team.
Kasi nama PATI 1 atau PATI 2. Lebih glamour kalau namanya PATI-ONE @ PATI-TWO

Serapkan dalam Liga kita.
Cuba bayangkan dalam satu team ada Mat-Mat Afrika, Arab, Cuba, Bangla, Nepal, India, Pakistan, China.... peh...
Silap-silap haribulan, makan kuah team negeri kita.

Mana-mana yang berpotensi tahap gaban, beri kerakyatan untuk mewakili mana-mana skuad
kita. Harimau, Olimpik atau Kebangsaan.

Ni sekadar cadangan.
Kalau memberi kebaikkan apa salah dicuba.

Kita perlu  pro-aktif. Berani.
ISA berani kita buang. Ni...yang kecik-kecik ni apala sangat.

Main dalam 'tempurung' sendiri dengan lama punya formasi pun tak kemana.

Amacam brader Jabar?
Boleh direalisasi atau ini sekadar 'gulai basi' yang harus dicurah kedalam sinki.

Theeeeheiheeee.

Kenangan lalu.
Staff perintis Majalah LIGA bergambar untuk
keluaran Hari Raya, Julai 1983.
Mana Jabar? Dukacita dimaklumkan,
belum masuk lagi... Tapi beliau
mengenali semua yang ada disini...



 Antara kartun aku
yang dimuatkan dalam
majalah LIGA edisi 1984.
Petak atas... paling kiri,
dilukis member
sekartun/se'sekolah',
kartunis MOO.

2 ulasan:

  1. Salam bro, terima kasih mencatat sesuatu utk memori kite kat LIGA. Semua masih segar dlm ingatan ku. Zaman 'mee segera + cili potong' tetap terpahat dlm sejarah hidup ku sebagai ingatan menuju hari tua & perbandingan masa kini & masa silam. Dulu kita rasakan perit, tetapi kini ianya sgt indah & manis. Malang bagi gua gmbr2 kat LIGA dah take de, pindah dari KL ke Brunei byk gmbr yg 'lepas'.
    Wassalam
    Jabar Isnin/Brunei DS

    BalasPadam

...angin barat gambar solo...