Ooo.. hari ini Rabu.
10 Ogos, 2011 bersamaan 10 Ramadan 1432.
Pejam tak celik dah sepuluh hari kita berpuasa.
Alhamdulillah. Syukurrrr.
Sahur, berbuka dan berterawih dalam keadaan aman sejahtera.
Tiada letupan bom. Yang ada cuma letupan mercun bola dan roket.
Anak-anak Somalia. Bagaimana kami bisa membantumu. Negaramu tidak berhenti 'berpeluru' dan 'berseteru'. |
Antara 'Somalia, Kak Long dan Tong Sam'
Banyak makanan terhidang diatas meja menanti dihumbankan keperut.
Atas meja dirumah, atas meja dipasar ramadan dan atas meja hotel.
Memang jenuh. Meriah. Colourfull.
Punyalah meriah, sampaikan terpaksa disedekahkan kepada 'Kak Long' dan jiran 'Tong Sam'
beberapa jam selepas berbuka kerana no more space.
Saudara seugama kita di Somalia menderita kebuluran sebelum ramadan lagi.
Tiada sahur dan tiada makanan untuk berbuka.
Namun mereka tetap berpuasa.
Betapa beruntungnya kita.
Tak posa dan Judi
Ada juga yang ditangkap tahun ini kerana makan dikhalayak ramai.
Patut depa ni dihantar ke Somalia. Baru tahu dek untung.
Masyallah. Yang berjudi ditepi sungai dibulan Ramadan pun ada.
Kesian. Polis ambush terjun sungai. Tak pandai berenang. Innalillah....
Kat kampung aku pun ada dulu.
Dulu-dulu-duluuuuuuu laaa... zaman jahilliah.
Pagi-pagi raya, sebelum orang solat Aidil Fitri, depa boleh main judi dalam semak.
Dah macam satu tradisi. Lepas tu koi slow-koi slow... dah takdak dah la ni.
Hutan tempat berjudi pun dah ditebas.
Mercun 'durjana' yang banyak memakan jari anak-anak Melayu. Penjual mercun ni patut dihukum sebat dan penjara. Denda-denda buang maso... |
Mercun bola, jari bo...liaaau!
Mangsa mercun pun dah ada tahun ni.
Negeri Che Siti Wan Kembang mengungguli ranking teratas setakat ini dalam
'Carta Hilang Jariku'. (CHJ)
Tiga negeri ni, Kelantan, Terengganu dan Kedah memang berlumba-lumba saban
tahun menghantar wakil terdiri dari pelajar-pelajar dan lepasan sekolah mengisi CHJ tersebut selain memenuhi katil-katil hospital dan menyusahkan doktor untuk bercuti raya.
MB Kelantan sampai mengusulkan cadangan supaya dicetak poster-poster mangsa mercun dan dipamerkan ditempat-tempat awam supaya menimbulkan ketakutan dan keinsafan pada 'hantu-hantu'mercun ini.
Yang menyedihkan ialah orang-orang yang tiada kena mengena pun menjadi mangsa bak kata pepatah
'Lain orang makan buah naga, orang lain tercalit merahnya'.
Cerita pasal mercun ni memang tak habis.
Ada undang-undang. Tapi 'penguatkuasaannya' aduhaiii...hampeh.
Nyaris buta... |
Nak kata apa... |
Kes naya.... brader ni terkena letupan mercun yang dibaling seseorang di Stadium. |
Ada berani ker?
'Anak polis pun main'.
'Kastam rampas mercun kita, depa pi balik bagi anak depa main'.
'Yang kena tahan satu kontena mercun, yang terlepas tu kita taktau...'
'Dua tiga bulan sebelum raya, depa dah start angkut dahhh'
Ini antara komen-komen panas yang aku pernah dengar bila membicarakan darihal mercun yang menyeberangi sempadan negara dari negeri Gajah Putih Perut Hijau samada dikampung atau disini.
'Bila kami sampai, budak-budak yang main mercun lari... macamana nak tangkap?'
kata pulak polis bila dipersoalkan mengapa tiada tindakkan terhadap pemain-pemain mercun tegar ini.
Kecuali kalau kerajaan kita berani mengikut jejak Singapura yang amat tegas dalam hal ini, masalah dentuman mercun tak kira masa ini akan selesai. Lebih-lebih lagi bila 'simato sepet' mengganas di Taon Barunya.
Persoalannya...ada berani??
Lagi sekali... ada berani ke???
Laaaagi sekali... berani ke???????
Hmmm.. kesimpulannya bak kata Abang Kus dalam cerita Seniman Bujang Lapuk arahan
Tan Sri P. Ramlee.
'Kalau kau tak nak bising-bising, pindahlah belakang hospital'.
Yang dirampas... |
Yang dilupus... |
Pasar Ramadan
Dah lapan hari berpuasa, sekalipun belum lagi singgah dipasar ramadan yang bersepah disekitar
taman tempat aku tinggal ni.
Tak rasa nak pi pun.
Lagipun asap dari pelbagai ikan atau daging yang dibakar amat mengganggu deria bau.
Bukan nak makan banyakpun. Kena segelas ayor... erkkkkk.
Dulu masa anak mula belajar puasa, ada juga bawa dia tawaf pasar ramadan.
Melayan tekak dia sat. La ni bikin kat rumah aje.
Tahun ni pun, macam tahun lepas-lepas juga.
Banyak berbuka dipejabat dari dirumah.
Kat pejabat sebulan free of charge.
Itulah keseronokkan berbuka puasa kat Utusan. Saban tahun syarikat menyediakan juadah berbuka
pada petugas yang pulang lewat, terutamanya yang masuk syift petang.
Tu belum masuk syarikat-syarikat korporat yang menaja 'berbuka' seperti Ramadan terdahulu.
Malam tadi Astro. Minggu lepas, Maxis. Coming soon, next change... taktau sapa.
Jangan Mag...m dah le.
Tapi aku bukanlah gemar 'berbuka' dengan nasi.
Berat dan rasa tak selesa my perut.
Sekadar 'walkurmak' dan agar-agar dah memadai.
Lepas Mahgrib baru boleh jalan kuih-muih.
Thehee... ada masa aku join. Kalau malas, solo je.
Setakat ni, lebih banyak solo... dan mungkin berlanjutan hingga kehujung Ramadan.
Alasannya macam kat atas.
Kebiasaanya, nasi dibalun lepas terawih atau maghrib.
Kekadang terpaksa juga 'join the party' makan nasi waktu berbuka.
Suasana dibawah khemah khas Ramadan dipejabat. Menanti waktu berbuka... |
Kalau sponsor... juadah dia special sikit... Yang nak balik, tak jadi balik... |
Sahur dan Terawih
Soq atau sahur adalah sesuatu yang 'wajib'. Mesti bangun.
Ooo... kalau tak bangun atau tak terjaga memang rasa ralat.
Solat terawih cuma ada dibulan Ramadan aje.
Jadi kerugian yang amat besarlah jika tidak mengerjakannya.
Walaupun sunat, bagi aku ia sesuatu yang 'wajib' dikerjakan lebih-lebih lagi jika kita berkelapangan.
Jika tidak, hambarlah Ramadan.
Tahun ni surau dipejabat mengimpot ramai imam-imam terawih dari luar.
Semuanya para hafiz. Sejuk telinga dengar depa mengalunkan ayat-ayat suci.
Dikerjakan lapan rakaat, sesuai dengan kesibukkan orang-orang media.
Surau ditaman pun buat lapan rakaat.
Daripada tak buat langsung, lapan pun lapanlah.
Maghrib... ramai yang merokok selepas me'nasi' diluar sana tanpa sempat 'meroko' bersama Pak Syeikh. |
Imam dari Mekah
Jumaat lepas iaitu malam enam Ramadan, Imam Masjidil Haram, Mekah iaitu
Sheikh Idris Ismail Al Hafiz berkunjung ke Utusan.
Diberi sambutan penuh hormat oleh pembesar dan rakyat jelata di Jalan Lima.
Ini merupakan satu sejarah dan penghormatan buat warga kerja Utusan.
Beliau kemudiannya berbuka puasa dan mengimami solat Maghrib, Isya' dan terawih.
Ini adalah pengalaman pertama aku bersolat terawih ala 'Mekah' iaitu diluar kebiasaan kita di Malaysia.
Paling ketara tiada 'selawat atas nabi'.
Bagi kita, selawat itulah yang 'menghidupkan' solat terawih.
Manakala bacaan 'qunut' dirakaat ketiga solat witir.
Kita membaca qunut pada malam ke enam belas.
Tiada doa dibacakan selepas empat rakaat solat.
Berada dibelakang beliau dengan suaranya yang lunak dan jelas menghafaz ayat-ayat suci
seperti terasa bersembahyang fardu kerana non stop.
Apasal lain-lain...
Terfikir juga kekadang.
Dizaman Nabi SAW dan para sahabat, bagaimana agaknya solat terawih dikerjakan.
Dan mengapa cara di negara kita berbeza dengan di Mekah.
Lain padang, lain belalang.
Yang penting, buat.
Yang mustahak, ikhlas.
Dan yang lebih penting dan mustahak, segala amal ibadat kita disepanjang Ramadan ini
diterima Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga 10 hari diawal Ramadan ini, kita semua mendapat rahmat.
Amin.
Tetamu disambut... penuh hormat. |
Isya', terawih, witir... one shot.. |
Sesi 'ente tanya, ana jawablah...' |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...