Isnin, 22 Julai 2019
Sabtu, 20 Julai 2019
Oh my kibod... LINGKUP jua AKHIRNYA -part2
Cehh... baru nak sambung. Hampeh betul.
![]() |
Terpaksa amik angin di kepulauan Hawaiian Chicken selama beberapa hari untuk mengembalikan mood menulis di blog koman sepana ini. Yaa... mood datang, err tapiii... tapi selepas tiga bulan. Cehhh! |
Banyak jasa sebenarnya kibod ni dalam mengembangkan
minat aku dalam bidang penciptaan lagu.
Kibod ini menterjemahkan ilham rasa aku dalam pelbagai nada dan rentak.
Bermula dengan lagu kanak-kanak hingga ke lagu untuk dewasa.
Dari irama pop, dangdut, keroncong, broadway, latin, samba hingga ke rock.
Curahan idea yang ditumpahkan masuk kebilik muzik RTM, TV3, DBKL dan lain-lain.
Namun nasib tidak menyebelahi.
![]() |
Gambar 2004. Tengah aktif berkarya. |
Berapa banyak lagu yang dihasilkan dengan kibod ini?
... BERSAMBUNG ...
BUKU KARTUN... BILA NAK SIAP BRO? - 1
Bukan sehari dua berangan-angan untuk mempunyai koleksi buku sendiri.
Bertahun-tahun-tahun-tahun dan tahun. Lama sungguh tu.
Rasanya kebanyakan kartunis mempunyai hasrat sedemikian.
Koleksi yang bukan saja menjadi sumber pendapatan, (kalau popular le) malah yang lebih penting menjadi kenangan selepas menggantung pen dan berus.
Tapi... itulah.
Banyak faktor yang merintangi jalan.
Masa. Waktu. Time.
Elehhh... Alasan. Bukan alasan. Yang bener deh...
Setiap kali menatap koleksi karya Datuk Lat yang berpuluh-puluh tu,
semangat membara dan menyala... tapi tak jalan juga.
Karya yang disimpan sejak lama dah menimbun-nimbun.
Sebelum anai-anai membikin rumahnya, sesuatu perlu dilakukan segera.
Ya.. langkah pertama perlu diambil...
![]() |
Artwork lama... disusun |
![]() |
Ni baru majalah KAWAN ni... |
Dengan izin Allah, mudah-mudahan impian ini menjadi kenyataan.
![]() |
Rakan-rakan seperjuangan... Miki, Shah & Maro. Ada yang dah ada koleksi sendiri. Ramai yang belum. |
Rabu, 20 Februari 2019
DEE... 'selamat pulang kenegeri abadi'
![]() |
PADA 6hb Jun 2014, aku menulis sedikit tentang kartunis Dee
didalam blog aku yang suam-suam kuku ku. Sebanyak empat siri diterbitkan.
Apa saja yang aku ingat mengenai kartunis yang begitu disegani ini, aku coretkan.
Plan asalnya selepas Dee, kisah rakan kartunis lain pula bakal menyusul.
Bahan nak goreng ada. Masa pulak tak ada. Ada masa, mood pulak kelaut dalam.
Sudahnya... dah memasuki 2019, cuma ada cerita Kartunis Dee sahaja. Hukaloo...
Aku pun taktau, samada Dee dan rakan kartunis lain membaca atau tidak.
Rasa macam takkkkkkkk... Yang kompom baca...Ujang Gomoncheh.
Dan... aku pun taktau mengapa hikayat perjalanan seni Dee menjadi
pilihan pertama yang ditampal dalam blog separuh masak ini pada waktu itu...
............................................................................................................................................
PAGI semalam... Selasa, 19hb Februari 2019.
Lebih kurang 7.30 pagi ....Terima berita yang mengejutkan dari kartunis Maro.
Dee telah pergi untuk selama-lamanya.
Sahabatku, selamat pulang kenegeri abadi.
Semuga damai disana... dilimpahi rahmatNYA.
![]() |
AKHBAR KOSMO - 20 FEB 2019 |
![]() |
AKHBAR UTUSAN MALAYSIA - 20 FEB 2019 |
![]() |
RUANGAN KARTUN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA - 20 FEB 2019 TIADA LAGI 'HALLO BOSS...' |
..............................................................................................................................................
Klik link dibawah ...untuk membaca artikel yang ditulis pada 2014.
1- kartunis DEE yang ku kenali - 1
2- kartunis DEE yang ku kenali - 2
3- kartunis DEE yang ku kenali - 3
4- kartunis DEE yang ku kenali - 4
5- HELLO BOSS (2012)
![]() |
KENANGAN... BUAH TANGAN ALLAHYARHAM DEE |
Langgan:
Catatan (Atom)