Sabtu, 25 Jun 2011

BATUK...BATUK....BATOOOOOOOOKKKKKOHKOHKOHHHHH









+ Jam sudah 3 pagi... mengapa Bapak belum tidur lagi?
-  Bapak menunggu ko pulang Sazali...

Itu sedutan dialog Anakku Sazali.
----------------------------------------------------


Laptop:  Jam dah pukoi 3 setengah pagi... awat hang takreti nak tidog ka?
Blogger: Aku dah tidog.. batuk daa.. tak bleh lena...

Ini realiti.
-----------


Aku balik opis 11.30 malam tadi.
Sampai umah layan sat movie kat TV2 'wolds vs spider' sampai abis.

Nak tidog.
Rupanya tak bleh.

Gitulah.
Sejak balik dari PD last sunday, batuk, sakit rengkong serentak.

Dah dua ari makan roti je. Nak telan sakit.
Nak makan benda lain... pedasle, berminyak le... pehh.

Lepas abis majlis aritu, tetiba rasa tak sedap badan. Tekak rasa satu macam.
Agaknya aku banyak makan strepsil sepanjang majlis berlangsung.

Maklumle takut masa show... batuk lak.
Dahle masa orang dok tengah baguih dinner, aku makan sup cicah roti je.
Nasib lee.

Susah aku nak batuk ni. Tapi dah kena... lambat nak baik.

Ni dah masuk pagi sabtu. Takde tanda-tanda nak reda.
Tak pi klinik coz ubat batuk still ado. Ubat sakit rengkong pun ada.

Dah mengadap laptop pukoi 3 setengah pagi ni tak pulak batuk. Cobaan.

Alang-alang dak menaip ni, elok le den cerito sikit perihal kat PD minggu lopeh.

Ingat tak aritu den tulis yang den sogan nak lotak henpon atas mejo sobab sogan samo kawan-kawan den yang ado henpon hemsem-hemsem. Henpon den koman spano.

Ceciter....

Taktau la dah mungkin rezeki den kot.

Malam tu nombor den naik ha... tengok lo apo den dapek kek bawah ni.
Humang aiii...



' Pemenang seterusnya ialah nombor ....satu...tujuh'
kato pengacara malam tu. Sonyum sampai tolingo den.


Dapek mockup jo dulu.

Henpon den kono kolek kek tukang sponsor ni ha. Nu kek SoHo KL, Solaris Mont Kiara. Den pun blur lagi tompek ni kek mano.

Itu satu hal. Keno sain kontrek setahun laie ngan dio.
Dah tu kno bayor duo tigo bulan 'gedeban' ikut apo plan kito nak.
Orang meniago begitu lo. Dah kasi ada plok syarat-maratnyo.

Tapi henpon canggih blackberry ni den tak pakai pun. Den nak kasi samo bini den.
Den totap setio ngan 'cokiaberry' den ni....


Walaupun ko dihina, aku tetap setia
hingga jatuh dalam jamban sekali lagi...

 Lopeh ni den tak sogan lagi lo nak lotak henpon yang tak hemsem ni atas mejo.
Kalau kengkawan tanyo... 'mana blackberry?'

'Ado kek umah... apo kelas nak bawak'. Jawab den.

Hmmm.... dah pukoi empat sepuluh minit pagi ni.
Mata tak ngantuk. Tak pulak batuk.



Sambutan Hari Bapa. Kek sumbangan pihak Resort
pada malam Hari Keluarga Mega minggu lepas.



Khamis, 23 Jun 2011

MEGA.... hari keluarga yang memang MEGA...

Bergambar sebelum sukaneka.
 
Minggu lepas iaitu dari 17hb hingga 19 haribulan Jun, keluarga besar MEGA berkampung di Ancasa Allsuites Resort and Spa, Port Dickson.

Resort yang terletak sepelaung dari Pantai Teluk Kemang itu menjadi pilihan daripada beberapa tempat yang dicadangkan kerana kemudahan yang ditawarkan dan yang paling penting, dekat.

Dekat KL. Boleh memandu sambil menguap tiga ompek kali. Sampai.

Walaupun dirancangkan dalam masa yang boleh dikatakan singkat, alhamdulillah berkat kerjasama
semua petugas MEGA, ianya menjadi kenyataan.

Pengarang MEGA, Encik Aznan selaku mastermind dengan bantuan ketua-ketua meja hiburan, keluarga, agama, sains dan anak-anak buah depa berjaya mendapatkan banyak tajaan sekaligus merealisasikan hari keluarga sulong ini.

Banyak pihak bermurah hati menjadi penaja dari sekecil serbuk pencuci hingga sebesar hadiah utama iaitu 'Pakej Umrah'. Peh... sapa dapat tu?

Pendekata kami semua kesana cuma membawa diri, kereta dan pakaian saja daa.

Terima kasih daun keladi dan bermacam-macam daun lagi.

Sewaktu aku di Unit Majalah diTaman Shamelin Perkasa sekitar 1996 hingga 2002 dulu, Unit Grafik
pernah mengadakan dua kali Hari Kreatif. Ada persamaan antara keduanya.

Persamaan antara kedua 'Hari' ini ialah 'keperitan' untuk membuat persiapannya.

Mencari masa terluang memang sukar. Kerja mesti didahulukan.
Dateline @deadline penerbitan akhbar dan majalah mesti dipatuhi.

Tugasan kerja yang diberi boss perlu dibereskan. Tugas sebagai AJK Hari Keluarga perlu dijalankan.

Jadi, pandai-pandai le meng'adjust'nya. Yang penting siap.

Gitulah cabarannya.


Last meeting bersama Che Nan bagi memastikan semuanya okay.


SELASA/RABU/ KHAMIS: 14/15/16.06.11

Dimarkas MEGA. Timbunan hadiah-hadiah pelbagai saiz sumbangan penaja yang menyempitkan ruang laluan mula disusun, dibungkus dan diagih-agihkan dalam pelbagai kategori.

Hingga kesaat-saat akhir, sumbangan hadiah masih diterima dari penaja. Meriah wa cakap lu.

Senarai acara sukaneka dan peserta pertandingan karaoke telah dimuktamadkan.

Yang terlibat dengan persembahan penutup mula menjalani latihan dengan jadual kerja yang ketat.

Kami perlu menyiapkan dua keluaran MEGA untuk hari isnin dan selasa bagi membolehkan bercuti pada Ahad. Sambil siapkan page sambil training menyanyi. Cheh.


2 plus 1. Sambil buat page sambil menyanyi.
Masa kian suntuk beb.

'Itu gitar kasi tune dulu...' kata aku.
Boss sound ... 'Itu kerja kasi beres dulu'.

Uzeir sedang menggoreng solo lagu
'Pasir Roboh
di Wakaf Che Yeh' in C minor ...
walhal lagu ni tak masuk senarai persembahan.


Ini bukan Ana Rafalli. Ini Ana Geelisstika.
 

Muka-muka tension. Kerja tak siap lagi.
Nak prektis tak cukup kaki.
 


AJK hadiah sedang menyusun atur
hadiah untuk dibawa ke PD.
 JUMAAT : 17.0611

Hadiah-hadiah dibawa ke PD menggunakan lori pada pukul 10 pagi.

Kebanyakkan hadiah-hadiah berskala besar seperti Peti ais, mesin basuh,air cond dan bbeberapa bijik TV LCD tidak dibawa. Hadiah disediakan dalam bentuk mock-up.

Ada juga hadiah yang perlu dituntut sendiri pemenang kepada pihak penaja.

Kakitangan yang tidak bertugas dan telah menyiapkan kerja mula bergerak.

Tinggal sebilangan kecil petugas yang masih ada dipejabat untuk memastikan sisipan MEGA siap untuk proses cetakkan diBangi.

Duit minyak pula disponsor oleh BHP dengan voucer 50 hinggit. Nak masuk Petronas tanggung sendiri.

Menjelang tengah malam, semua petugas sampai di Ancasa, PD.
Sebaik sampai disana, pendaftaran dilakukan.

Kemudian peserta diminta mencabut tiga kali 'lucky draw'.


SABTU : 18.06.11

Selepas sarapan semua turun kepadang untuk acara pertama Hari Keluarga, sukaneka.

Tua, muda, kecik, besaq, jantan, pompuan semua ambil bahagian.
Biasala sukaneka. Acara pun biasa-biasa saja. Berbagai adegan dan tragedi dapat dilihat.

Dibahagikan kepada empat kumpulan. Masing-masing pulon habis.
Kumpulan A menang.

Aku sampai la ni sakit kaki kiri gara-gara acara terompah gergasi. Kes silap kona. Kalah pulak tu.

Menjelang 12.30 tengahari sukaneka berakhir.

Makan tengahari menyusul dan acara bebasssssssssss pun bermula.
Bebas untuk tidur, berendam dalam kolam dan mengambil angin dipantai.

Bawa bola pimpong sambil menari jaipong.

Berebut kerusi dengan irama cha-cha.

Empat sekawan berendam dalam kolam.


Kontrol.... macam takde apo-apo...
walhal tengah menahan kesakitan
gara-gara 'terompah gergasi'
bersamo Udin n company.
 

Lari dalam guni.
Dalam guni patut diletak lipas,
baru laju sikit. Adik berbaju putih tu le
yang juara karaoke, anak ustaz Razi.


MALAM KEMUNCAK - SABTU - 8.OO MALAM - 12.30 MALAM

Majlis bermula sejurus ketibaan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak.

Diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Razi dan makan malam bermula.

Oleh kerana mempunyai urusan di Melaka, Datuk Aziz tidak dapat 'berlama' dengan majlis MEGA.

Namun sebelum meninggalkan majlis, beliau diberi penghormatan memotong kek sempena Hari Bapa sumbangan Ancasa Resort. Beliau sempat juga mencabut dan menyampaikan hadiah kepada lima pemenang pertama 'lucky draw' dan pemenang utama sukaneka.

Majlis kemudian diteruskan dengan pertandingan karaoke dan diselang seli dengan cabutan bertuah.
Semua orang dapat hadiah. Paling cikaipun, dapat empat hadiah termasuk tiga hadiah sewaktu pendaftaran.

Seramai ompek belas peserta karaoke mengambil bahagian terdiri dari staff MEGA dan ahli keluarga mereka.

Mula-mula aku rasa nak amik bahagian jugak. Tapi setelah melihat senarai lagu-lagu yang depa pilih... terus tak jadi. Ngeri ooo. Tumpuan aku pada persembahan akhir sahaja.

Ada yang OK ada yang KO. Ada yang off key, ada yang keylaut. Macam-macam.
Janji keluar suara. Janji berani naik pentas.

Hadiah pertama lumayan jugak. RM300.00. Boleh dapat sebijik bateri kereta tu.
Kedua RM200  dan ketiga RM1OO. Okayle tu.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan persembahan pentas bagi memberi masa pada juri karaoke bersidang.

Kami mendendangkan lagu 'Kalau Berpacaran' dan 'Berdikir Barat' dan men'sumbang'kan lagu Kopratasa, 'Permata Untuk Isteri' sebagai lagu kedua.

Dek kerana ramai kat belakang tu, aku pun asyik tersalah tekan kod.... berpeluh pun ada.

Habis persembahan. Legaaa.

Juri akhirnya memilih anak ustaz Razi sebagai juara karaoke. Gee (grafik) kedua dan wartawan hiburan Syazrin ketiga.

Sebelum majlis menutup tirai, tiga hadiah utama dicabut oleh Encik Ahmad Hamid, Penolong Pengarang Utusan Malaysia.

Hadiahnya agak lumayan dan menjadi impian semua seperti set ruang tamu, sistem teater umah dan pakej Umrah.

Hilang sakit kaki aku gara-gara terompah gergasi pagi tadi bila majlis berakhir.  Alhamdulillah.

Bergambar bersama Cik Mat di akhir majlis.
Lagu 'Kalau Berpacaran' bergema diseluruh dewan.

Sohaimi ManHassan sedang mengiringi
'Ana-ana Megali' dengan gitar akustik yang dibeli
di Yamaha Music Metro Kajang 
hasil honorarium kartun Mat Insun Blues.

Kalau Kopratasa tengok cara bebudak ni
menyampaikan lagu depa,
mau dibalingnya aku dengan cangkul.




AHAD:  19.06.11

Acara bebas. Selepas bersarapan semua buat hal sendiri.
Aku singgah sat dipantai Teluk Kemang. Bebudak nak main pantai.

Depa nak mandi tu, tapi aku buat dek jer. Semalam mata dah merah main kolam.
Mana boleh. Esok dah nak sekolah.

Setengah jam disitu, kemudian terus gerak ke Kajang.
Lagipun gitar ada kat bonet belakang. Panas. Jadi keropok kang... naya.


'Apala ayah aku ni... nak merasa mandi laut le pula
pun tak leh...' Agaknya itulah kata anak gua.

Bersarapan diwaktu kecederaan
sebelum berkemas dan balik.




Isnin, 20 Jun 2011

MIKI.... hmm...pasal kartun pun kecoh... ontahlah.



Video tanpa visual diatas adalah lagu ciptaan aku untuk
satu pertandingan. Miki bermurah hati menyumbangkan suaranya.
(Hikayat disebalik lagu ini - Klik sini)



Kahkahkah.... kehkehkeh.... tahtahtah....

Catatan kali ini dimulakan dengan gelak ketawa dulu.

Itu sahabat gua, kartunis Miki sekarang tarak senang duduk.
Berdiri lagi tak senang. Apalagi menyangkung.

Semuanya gara-gara kartunnya yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 16 Jun lalu.

Kartun yang dilukis secara sinikal itu disalah ertikan oleh segerombolan mereka yang tidak
memahami 'APA YANG CUBA@HENDAK DISAMPAIKAN' oleh kartunis senegeri Datuk Lat itu.

Faham atau buat-buat tak faham.

'Gua sekarang makan asyik tersedak je' kata Miki sewaktu minum di warung tikus besar bersebelahan pejabat bersama gua, Maro dan Acai malam kelmarin.

Mana tak tersedak.

Namanya kini menjadi sebutan dan sebatan dari KL hingga ke Kelantan.
Dari dalam blog hingga ke bunting ditepi jalan kartun yang dilukis dalam masa setengah jam itu
diperkatakan.

Pro dan kontra bersilih ganti. 

Tapi dalam tersedak itupun, sepinggan mee hailam selesai ditibai sehingga ternampak bekas cucuhan rokok dipermukaan pinggan bewarna oren itu.

'Gitulah nasib kartunis Mikiiii'... sampuk Maro sambil menguis seeekor bapak tikus sebesar lengan Mike Tyson yang selamba lalu dibawah meja dengan hujung kasut kulitnya.

'Tapi.... saing kawe kat Klate royak dio dapak banyak order buat bunting kartun mu Miki'
tambah kartunis Acai sebelum tergesa-gesa masuk kepejabat Kosmo kerana dijerit dari jauh oleh Encik Baharum. Ada page Kosmo yang belum siap agaknya.

Tempias kontroversi kartun Miki itu sebenarnya ada kebaikkannya jugak pada blog ini.

Ramai pelayar diluar dan dalam negara mencari nama MIKI atau KARTUNIS MIKI dalam Google Search. Oleh kerana nama Miki ada dalam blog ini, maka blog ini turut tersenarai dalam senarai pencarian. Dan dengan tidak sengaja depa pun masuk blog aku. Cheh.

Pada petang hari kartun itu disiarkan, Miki ada SMS aku mengatakan kartunnya itu telah menjadi
isu dalam portal Malaysia Kini.

Aku memberitahu Miki 'Bagusle... bukan senang nak masuk portal tu, kecuali ada benda yang boleh dijadikan peluru hidup'.

Membaca kartun Miki secara waras, kita akan dapati ianya bukan dibuat secara semberono.
Kartun itu di hasilkan sang kartunis berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh seseorang.
Tapi yang marah tu tak nak faham.

Biasanya seseorang kartunis menghasilkan karyanya dalam dua kategori.

Pertama dalam bentuk jenaka kosong. Orang baca. Ketawa atau senyum. Tak perlu fikir dan faham macam menonton siri Maharaja Lawak diAstro.
Kedua dalam bentuk sinis. Orang baca. Ketawa atau senyum atau serius. Perlu berfikir dan faham isi kandungan kartun tersebut.

Hanya orang yang bijak 'laksana dan laksamna' sahaja yang faham mengenai kartun itu.
Membaca secara emosional hingga berasap telinga tidak mendatangkan faedah kepada sesiapapun.

Bagi sesiapa yang pernah membaca kartun yang dihasilkan oleh kartunis Zunar tentunya berasa seronok bila kartunis senegeri dan sedaerah dengan aku tu 'membelasah' orang-orang tertentu dalam karyanya.

Kartunis Zunar pun
kawan gua jugak.
Nak membandingkan
dengan beliau,
karya Miki
lebih lembut you...


Membelasah tanpa sempadan bak 'ini Wilayah Zunar'.

Zunar bebas berkarya sebebas-bebasnya. Tiada siapa yang akan mengganggunya apalagi
mengangkat sepanduk dan meminta dia bertaubat atau meminta maaf.

Sebabnya? Lu pikiag la sendiri.

Berlainan dengan Miki. Kartun Miki sebelum disiarkan akan melalui tapisan yang ketat.
Bukan sekali air hidung beliau meleleh bilamana karyanya direject oleh boss.

Kena  buat balik.
Bukan main jampi, bulih siap.

Pada sesiapa yang marah dengan kartun Miki itu, marahlah dan malulah dengan diri
sendiri kerana tidak faham apa yang tersirat dan tersurat disebalik kartun itu.

Kartunis di Malaysia tidaklah sebodoh yang difikirkan.
Mereka berkarya didalam keadaan sedar dan waras.
Walaupun tidak berketayap dan berserban, hukum agama tidak akan dipermainkan.

Berapa ramai pasangan yang bercerai-berai? Berapa banyak kes sembahyang dua imam?
Berapa banyak perpecahan ummah dikampung-kampung? Berapa punya berapa punya berapa?

Ini kerja kartunis ke?

Bukan.

Kerana kartunis masih dapat membezakan yang mana satu kayu dan yang mana satu besi.
Kerana mereka tahu yang mana satu PS1 dan yang mana PS3.



Teraju-teraju utama majalah KAWAN keluaran Feb, 1996.
Karikatur dilukis oleh kartunis MARO.
Yang mana satu MIKI?