![]() |
Budak-budak dahulu tidak kisah dengan duit raya yang diperolehinya. Dapat lima sen pun syukur. Sedekah standard adalah antara sepuluh sen dan dua puluh sen yang diperolehi hasil kunjungan rumah ke rumah. Sedikit demi sedikit, lama-lama membukit... Dapat modal beli pistol air atau pistol yang pelurunya kertas merah bergulung pun jadilaaa... Mercun papan pun murah dahulu. Antara 40 sen dan 80 sen sebungkus. Rancangan TV pun bebudak tak kisah sangat. Kecuali rancangan SARKIS yang menjadi rancangan wajib RTM pagi-pagi raya dulu. Kekadang disebelah tengahari, ada ditayangkan cerita purba Melayu terbitan Cathay Keris atau Shaw Brother seperti Panglima Harimau Berantai. Ni wajib ditonton. Selebihnya, bebudak kampung betul-betul beraya samada dirumah orang atau berperang dengan kawan-kawan sepermainan dengan mercun sambil memegang kayu api yang masih berbara... Cehhh... memang best dulu. BEST BANGET. BACA bahagian 1 - DISINI BACA bahagian 2 - DISINI BACA bahagian 3 - DISINI SALAM AIDILFITRI SEMUA |
Jumaat, 17 Ogos 2012
AIDILFITRI... memori silamku - siri 4
AIDILFITRI... memori silamku - siri 3
LAIN hulu lain parang. Lain 'dolu' lain 'sikalang'... haiyaaa... Keseronokkan menyambut 1 Syawal dahulu lebih terasa meriahnya berbanding sekarang. Terutamanya yang tinggal dikampung. Tidak dapat dilupakan, mandi dipagi raya diparit yang terletak 500 meter dari rumah. Air yang mengalir dari sebuah kolam besar dan juga dari mata air yang jernih. Pehhh... sejuk derrrr. BACA bahagian 4 - DISINI |
AIDILFITRI... memori silamku - siri 2
BUNYI letupan mercun walau tak sehebat sekarang, tapi riuh-rendah dimalam hari tetap meriah. Bertemankan pelita minyak tanah, budak-budak kampung berpesta dengan cara tersendiri. Tiada muka yang pecah, tiada yang putus jari dan takdak yang hilang mata... macam la ni. Cuma ada sesekali kes member yang hilang bulu kening disambar api meriam karbaid. Ini kes cucuh meriam tak meletup. Member dengan penuh eksyen dan berani menjenguk serombong meriam didepan. Member yang sekor lagi mengetuk lubang meriam dengan selipar... apa lagi... KABOMMM.... 'Bulu kening terbakar'. BACA bahagian 3 - DISINI |
Khamis, 16 Ogos 2012
AIDILFITRI... memori silamku - siri 1
KAWAN bilangan ke-30. Diterbitkan pada Februari, 1997. Pejabat sewaktu ini beroperasi di Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Lukisan muka depan dihasilkan oleh kartunis Miki Mat Salleh. |
![]() |
Memandangkan Februari pada tahun itu adalah musim Raya, maka aku pun bercerita pasal raya... Kisah raya no problem... Yang problem, nak mendrawnya BACA bahagian 2 - DISINI BACA bahagian 3 - DISINI BACA bahagian 4 - DISINI |
Langgan:
Catatan (Atom)