Kalau nak makan angin, takpa. Ni urusan kerja kena la sampai awai sikit.
Perjalanan lancar. 7.20 pagi kami sampai ditempat parking Presint 4 yang seluas setengah padang bola lebih kurang. Kenderaan yang diletakkan disitu masih boleh dikira.
Agenda pertama bersarapan disebuah cafe yang terdapat di Wisma Sumber Asli.
Selesa dan menyamankan tempatnya. Hargapun ok. Makananpun banyak pilihan.
Tempat taklimatpun bersebelahan. Semakin lama semakin ramai dan bertambah sibuk.
|
Perbendaharaan.
Bersambung dengan
Kementerian Kewangan. |
|
Menara Kementerian Belia dan Sukan. |
Didalam cafe pengunjung duduk menjamu selera. Diluar cafe peserta seramai 200 orang berdiri menanti pintu dewan taklimat dibuka.
Acara bebas
Sesi taklimat dijadualkan berakhir pada 1 tengah hari.
So, nak buek apo? Bukan ada kolam memancing disitu. Karaoke lagi takde.
 |
Perbadanan Putrajaya |
Paksu Yob dan tiga sedaranya membuat 'senaman kaki' dengan berjalan dari P4
ke arah Masjidputra. Hmm.. jauh tu.
Njang Bah ditemani anak lelaki menunggu disitu. Anak perempuannya didalam dewan taklimat.
Aku? Aku!...
Nak balik Kajang, satlagi kena mai pulak. Hmm...
Pimai-pimai duduk... sambil meronda didalam bangunan memerhatikan beberapa gerai yang
ada dikiri kanan kaki lima disitu. Sesetengahnya belum beroperasi.
 |
Sesi fotografi dan senaman kaki berakhir disinI.
Pastu pusing balik... air...air...ayaggg! |
Sejam lebih kemudian, semakin banyak gerai dibuka.
 |
Walaupun ada signboard,
kepalo totap poning. |
Pelbagai barangan dijual. Nak dicatit disini tak tercatit, pendekata 'macam-macam ada'.
Meriah dan gamat bila menjelang tengah hari. Tak caya mai tengok sendiri.
Jurugambar amatur bikin sibuk
Mundar-mandir. Kehulu-kehilir. Berdiri. Duduk. Berjalan.
Semua dah...
Akhbar Utusan Malaysia yang dibeli tadipun, dah 'katam'
kecuali lapuran saham.
Nasib baik bawak kamera. Memang dari rumah dah plan nak amik gambar.
 |
Bangunan PICC tersorok
dibelakang. |
Cuma taktau gambar apa nak di rakamkan.
Kalau ada UFO melintas diruang udara P4 best gak... ataupun jet pejuang negara jiran terlajak kesini (kes brek tak makan) pun orait. Ciss.
Tak boleh jadi.
Aku berjalan ke Dataran Rakyat yang terletak diantara Wisma Sumber Asli dan Wisma Tani.
Mata menangkap beberapa rekabentuk binaan yang menarik dan perasan view yang cantik untuk diabadikan.
 |
Bahagian Pinjaman Perumahan |
Maka bermulalah sesi 'menggambar'.
Tak cukup disitu. Kaki menongkah arus dari Presint 4 menuju ke Presint 3 dan 2. Comfirm tak sesat kerana jalannya lurus.
Dari jauh sayup-sayup kelihatan Jabatan Perdana Menteri.
Sedar tak sedar, aku semakin menghampiri Masjid Putra.
Panas semakin membahang. Awat tak panas, dah pukoi 12 lebih.
Aku membuat u-turn. Lutut terasa lenguh. Peluh jangan cakap.
Semua bangunan jabatan atau kementerian yang aku paparkan disini terletak sederet bedekatan dan satu laluan. Sonang satu hari nanti kalau ado urusan disini terutamo aku yang memory down ni.
 |
Dataran Rakyat yang terletak antara Wisma Tani dan
Wisma Sumber Asli.
Senaman 'kaki' sambil merakamkan beberapa
shot bangunan bermula disini. |
|
 |
Humang aiii... lotih bonar...
Gambag punya pasai.
Toksu Yob dah 25 kali dok
selak akhbar Kosmo.
Sampaikan ruangan SMS
yang dia selalu skip,
pun dibacanya. |
Berkelah dibawah pokok
Cafe penuh sesak.
Mana tak sesak. Semua penghuni pejabat pakat
turun mengisi perut.
Tu tak termasuk pelawat dan pekerja dibangunan berhampiran.
Bungkus le apalagi.
Makan tengah hari sambil diiringi deruan enjin kenderaan yang lalu lalang sambil disapa angin P4 yang suam-suam kuku.
Rupa-rupanya urusan belum selesai lagi tidak seperti yang dijangka.
 |
Berehat... menanti waktu
makan tengah hari.
Sambil mata memerhati
kut-kut ada sarang
burung yang akan jatuh... |
Sesi taklimat cuma memberitahu 'Kementerian' tempat bekerja. Untuk mengetahui dimana lokasinya perlu ke kementerian lain pulak. Laa.. ni ke yang orang panggil 'birokrasi'? Entah.
2 petang.
Lepas makan, kami bergegas ke Kementerian Pengajian Tinggi. Terletak di sekitar pejabat kerajaan berhampiran JPM. Kementerian Pelajaran dan Kesihatan juga 'selokasi'
dengannya.
Memang seksa nak parking disini. Depa letak kun dikiri kanan. Loklag betoi.
Selepas berpusing dua kali termasuk terkeluar dari kawasan akhirnya terpaksa menyelit diluar.
Lama juga disini.
Seperti ditempat pertama, disinipun takde sesuatu yang menarik seperti kolam memancing udang atau kedai buku yang boleh dijadikan tempat menunggu sementara.
Yang datang dari jauh agak gelisah. Aku yang dok diKajang pun tak torah.
Jam 4.30 aku terpaksa meminta diri. Anak disekolah. Emaknya pun lewat balik harini.
Ingat nak tunggu sampai urusan selesai, tapi apo nak dikato...
Sebelum 'berlepas', aku meminta mereka menghubungi sekiranya ada sebarang keperluan.
Serentak dengan kakitangan yang pulang pada waktu itu aku melangkah keluar.
Setelah 10 jam diPutrajaya akhirnya...
Aku memandu dibawah kelajuan cahaya. Jalanpun masih lenggang lagi.
Jadi sampai rumahpun copek. Ada masa lagi sebelum kesekolah yang jaraknya satu km lebih.
Menunggang motorsikal dibawah kelajuan bunyi mengambil masa beberapa minit untuk sampai kesekolah menjemput anak yang ada latihan sukan.
Sambil memerhatikan dipadang murid berlari-lari riang dan guru-guru bersembang mungkin tidak sabar untuk pulang,100 plus sejuk yang dibeli sewaktu dalam perjalanan kesekolah memenuhi ruang tekak. Nikmatnya bila haus...
Sejam dirumah, tiba-tiba satu sms masuk... dan berbunyi begini:
"Cik dapat bertugas dikampung sendiri".
 |
Alhamdulillah. Urusan selesai. Depa selamat sampai.
Penat lelah... jauh perjalanan diharung.
Pulang bersama kekampung dengan tiga ekor anak burung.
|