19 Jun 2021 lalu terbaca notis dalam emel hari jadi seorang sahabat dari FB.
Kebiasaannya aku mengabaikan, tidak terus dibuka.
Namun tidak pada sahabat yang satu ini. Jabar Isnin, sahabat lama di majalah LIGA awal 80an dulu. Sahabat susah dan senang.
Beliau terlantar sakit agak lama. Bagaimana keadaannya sekarang?
-----------------------------------------------------------------------------------------
(IMBAS SEDETIK)
Kali terakhir aku berkomunikasi lewat sms@zaman nokia sekitar 2011 dahulu.
Sering juga mengikuti tulisan beliau megenai sukan menerusi blog dan berbalas komen.
Selepas itu terputus hubungan agak lama dan bersambung semula dizaman FB.
2017, mendapat perkhabaran beliau jatuh sakit. Rupanya itulah punca beliau menyepi dari aktiviti penulisan.
Hanya kiriman doa dari jauh untuk sahabat baik yang dirawat disebuah hospital di Brunei Darul Salam ini agar segera sembuh.
Beberapa kali dapat menatap keadaan beliau pada ketika itu bila beberapa rakan dari penerbitan lain yang berpeluang menziarahinya memuatnaik foto beliau yang terlantar.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan... pagi 19 Jun 2021 yang lalu itu membuatkan aku terpaku kesedihan.
Terkejut memerhati sekian banyak ucapan takziah dari kawan-kawan seperjuangan di FBnya.
'Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan.'
Jabar telah kembali kepada penciptanya. Penderitaan beliau sekian lama telah berakhir.
Jabar pulang kenegeri abadi pada pagi 5 Mei, 2021 bersamaan 23 Ramadan setelah kesihatannya mulai merosot beberapa minggu sebelum itu.
Aku ketinggalan 45 hari rupanya. Sepanjang Ramadan FBku tidak beroperasi.
Maafkan aku sahabat, lewat mengirimkan 'Al-Fatihah' kepada mu.
Sahabatku Jabar, kau pergi dalam bulan Ramadan yang mulia.
Moga Allah mengampunkanmu dan ditempatkan bersama orang yang beriman.
Sesungguhnya, kenangan bersamamu di majalah LIGA tiada pernah terpadam.
foto 2016 |