Khamis, 14 Julai 2016
SALAM 9 SYAWAL...
Assalamualaikum...
Salam 9 Syawal 1437H.
Lamo bonar den tak melawat kawasan.
Sibuk sungguh hang kata.
Bukan kato sang labah, cicak pun tak mampir.
Takpo...
.............
Banyak beno bondo berlaku, tapi tak sompek nak mengarang ha.
Den buek kojo hakiki dongan kumputar ( basopo nih?).
Mato podih dan ponek dok nak kelebek blog laie...jadi...tak dan lo.
.............
Lopeh rayo aritu, rayo ke ompek, bekas kawan-kawan den
sekolah Menengah Guar Compodak, Kodah buek majlis reunion gitu.
Reunion Grup SRP1980. Lamo gilo tu.
Den depa solit sekali jadi ajk, apo laie borpoluh lo 'nyiapkan
mace-mace projek.
.............
Alhamdulillah majlis berjalan lancaq.
Ramai kawan-kawan lama mai.
'Hang Pi Mana', 'Pi Mana Hang' , 'Mana Hang Pi' .... bergema
didalam dewan...
..............
Masing-masing maju kedepan, terutama perut. Ceh.
Ado maso, nanti den ceritokan.
Kalau takdo maso, rayo posa taon dopan pulok gayonya.
..............
Salam AidilFitri.
Maaf Zahir Batin.
![]() |
Dale Semok Ado Duri, Aye Kunin Buek Sarang, lopes Berayo AidilFitri, Duit Selin dilupokan Jangang... |
Isnin, 1 Februari 2016
Selasa, 12 Januari 2016
ERTI KEKAYAAN BAGI SYED MOKHTAR
![]() |
(DIPETIK SEPENUHNYA DARI BLOG KU SEMAN) |
Saya pernah membuat wawancara eksklusif dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary selama dua jam setengah mula pukul 11 malam di Muzium Kesenian Islam pada 2007.
Kesimpulan daripada wawancara panjang itu ialah Syed Mokhtar mengamalkan konsep kekayaan adalah satu proses untuk membantu golongan yang memerlukan.
Beliau berpendapat, kekayaan yang diperoleh dengan izin Allah mahu dikongsikan dengan pihak yang memerlukan. Misalnya beliau menubuhkan Yayasan Al Bukhary yang mengeluar biasiswa dan menaja beribu pelajar miskin melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan luar negara.
Tidak cukup itu yayasan ini juga membiayai orang miskin mengerjakan haji pada setia tahun. Syed Mokhtar berpendapat zakat yang dikeluarkan setiap tahun tidak memadai berbanding rezeki yang Allah berikan kepadanya. Oleh kerana itu beliau menubuhkan Yayasan Al Bukhary untuk membantu golongan yang miskin.
Suatu hari jawatankuasa surau Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur menghantar surat permohonan untuk membaikpulih surau berkenaan. Apabila Syed Mokhtar mendapat tahu permohonan itu, beliau sedekahkan sebuah masjid iaitu Masjid Al Bukhary.
Bagaimanapun Syed Mokhtar memilih tidak “mesra media”. Sepanjang menjadi tokoh perniagaan dan antara sepuluh terkaya di negara ini, Syed Mokhtar hanya memberi dua kali peluang kepada media mewawancara beliau. Kedua-dua wawancara itu dibuat oleh Mingguan Malaysia.
Beliau tidak pernah memberikan sidang akhbar atau kenyataan akhbar. Sebaliknya sidang akhbar atau kenyataan akhbar dikeluarkan oleh CEO atau pengerusi syarikat-syarikat miliknya. Bagi Syed Mokhtar biar orang bercakap tentang dirinya, bukan beliau mempopularkan dirinya di media.
Kata-kata Syed Mokhtar yang masih saya ingat, “Apalah sangat hendak dibanggakan dengan kekayaan, rumah besar macam singahsana pun pada satu-satu masa kita tidur satu bilik sahaja, memandu satu kereta sahaja dan makan hanya sampai kenyang sahaja.” Sebab itu orang tidak tahu apa jenis kereta, rumah dan cara hidup Syed Mokhtar seperti sesetengah orang kaya lain.
Saya sangat setuju dengan Syed Mokhtar bahawa kekayaan bukan untuk diperagakan atau disalurkan kepada kegiatan yang tidak ada kaitan membantu golongan miskin. Kaya lawannya miskin, maka apabila dianugerahkan kekayaan, itu adalah hak golongan yang miskin.
Saya berbangga ada orang Melayu kaya yang mempunyai pemikiran dan keinsafan seperti Syed Mokhtar. Tetapi saya bukan sahaja tidak berbangga malah rasa diperbodohkan oleh orang kaya yang memperagakan kekayaan yang semuanya untuk dirinya.
Posted by ku_seman at 12:31 PM
![]() |
Malangnya... den tak kayo-kayooo... |
Langgan:
Catatan (Atom)