Raya Haji tahun ni entah kali keberapa aku beraya dirantau orang.
Walaupun hampir 28 tahun menghuni, merempat, mengembara, mengemis, meroyan, me'meggi' dikota hutan batu yang tidak mengenal siang mahupun malam, aku masih menganggap diri ini seorang perantau.
Malu rasanya nak mengaku 'aku orang KL'.
Kalau ada setengah juta dalam poket, la ni jugak aku angkat kaki kekampung halaman.
Sehingga artikel ni ditaip, dalam poket cuma ada tiga hinggit setengah. Cheh! duduk KL konon.
Nak tunggu cukup setengah juta, payah rasanya.
Kalau jadi 'keldai dadah' mat-mat Afrika atau mat-mat Iran pun belum tentu dapat.
Silap haribulan 'beraya' seumur hidup dalam lokap diluar negara.
Sibuk pulak Pemuda Umno nak membebaskan aku... dengan pemuda Lombok pun depa dah cukup sibuk.
Jadi 'loyar' pun boleh kaya. Tapi yang jenis pembelit nombor satu macam Mr. Kasim Panthelon dalam
cerita Tiga Abdul. Kaki belit @ jahat ya ampun. Sanggup membunuh demi 20 persen.
Memang ada cubaan membakar Abdul Wahub dan isterinya dikandang kuda. Tapi tak kesampaian.
Betulle P.Ramlee mendahului zamannya. Banyak dialog dan babak ciptaannya sudah berlaku pada hari ini.
Tapi aku tak layak jadi loyer.
Kelulusan pun tak de. Cakap pun tak reti, tak banyak dan tak berapa suka cakap. Loyer hapa?
Ni..... nak cerita pasal Raya Haji ke apa... banyak subplot. Banyak kona sana-sini.
Takde fokus...
Boleh jalan dengan fokus.
Yang penting mood pun tengah ada.
Kena pulak hari ni Jumaat. Lagi setengah jam bilal dah nak azan.
Apalagi bala tentera setan dan iblis mula mencurah, menuang idea dan mengipas-ngipas agar
aku terus duduk menaip dengan harapan lewat mengejakan solat jumaat.
Tak boleh jadi. Stop. Look. Go to masjid.
Catatan berhenti sementara disini...(12.43 t.hari)
------------------------------------------------
Jumaat, 19 November 2010
Khamis, 23 September 2010
mai kenai LOGHAT KEDAH -siri 5 -
Kata penambah pada RASA MAKAN/MINUM
-----------------------------------------------------
JIKA anda memakan sesuatu dan sebaik sahaja makanan tersebut menyentuh lidah,
maka secara sepontan reaksi akan diberikan.
Reaksi terhadap rasa makanan tersebut dari pelbagai sudut samada terlebih gula atau terkurang garam dan lain-lain.
Bagaimana reaksi diluahkan bergantung kepada diri sendiri mengikut kesesuaian tempat
dan keberanian anda meluahkan isi hati.
Berterus-terang boleh, simpan dalam hati pun boleh atau cakap dibelakang lagi la boleh.
Namun hati orang yang mendengar reaksi anda patut juga diambil kira.
lebih-lebih lagi kalau si tukang masak itu isteri anda yang bapanya guru silat abjad, atau tuan rumah kenduri yang membela polong atau warung teh tarik yang dilindungi samseng 'bakar dan buang' atau taukeh kedai tomyam yang mempunyai bengkung hitam dalam seni tomoi painaimairopang.
Di Kedah, reaksi berikut akan anda dengar jika ada yang tak kena pada makanan dan minuman yang masuk kemulut oleh sikaki komplen...
1. Kalau minuman terlalu manis....
KOMPLEN: " Isk.. MANEH BELECAS ayag tey ni. Mamak! kasi tukag...
2. Kalau gulai terasa tawar...
KOMPLEN: " Awat yang TAWAQ HEBIAQ gulai mak hang ni"
3. Kalau masakan terlalu masin atau masam...
KOMPLEN: " Nak telan lagu mana, ayam masak toyu ni MASIN PERIT.
" Masak asam ni MASAM PERIT sangat la.
4. Kalau sambal pedas yang amat...
KOMPLEN: " PEDAS HAU-HAU... sambai ni mesti kak hang buat ni"
5. Kalau kuih keras semacam...
KOMPLEN: " Ni apa ni? batu ka kayu... KERAS KONG kuih baulu ni"
6. Kalau kuih lembik semacam...
KOMPLEN: "LEMBIK BEDENE kueh sagu ni... nak telan pun tak lalu"
7. Kalau kuih kecik sangat...
KOMPLEN: "Aii karipap KECIK TET lagu ni lima dua ringgit?"
"Buah melaka KECIK MONE lagu ni lima seringgit?"
--------------------------------- gitulah adanya ----------------------------------

Rabu, 22 September 2010
MAI KENAI LOGHAT KEDAH - SIRI 4
S ..............> H
PERKATAAN yang akan diKEDAHkan kali ini agak unik.
Unik kerana sukar untuk mengeja bunyi sebenar perkataan tersebut.
Anda perlu bertanya kepada anak watan negeri berkenaan untuk ketepatan audio.
SETIAP ayat yang berakhir dengan huruf - S -
mestilah digantikan dengan huruf - H -
Contohnya:
01. AIS .............. > AIH
02. KAPAS ......... > KAPAIH/KAPAEH
03. LIPAS ........... > LIPAIH/LIPAEH
04. TIKUS .......... > TIKUIH
05. KOMUNIS ..... > KOMENIH / KOMNIH
06. JURUS ......... > JURUIH/JUGHUIH
07. TERUS ......... > TERUIH/TEGHUIH
08. LURUS ......... > LURUIH/LUGHUIH
09. JERLUS ....... > JERLUIH/JEGLUIH
10. BAS ............. > BAIH
11. TIRIS ........... > TIRIH/TIGHIH
12. KEBAS ........ > KEBAIH
13. TUMIS......... > TOMEH
14. KHAMIS....... > HAMEH
15. BONUS ........ > BONOIH
16. KURSUS ...... > KURSUIH
17. YUNUS ....... > JUNUIH
18. EMAS ......... > MAEH
19. LEMAS ....... > LEMAEH
20. CEMAS ....... > CEMAEH
21. HADAS ....... > HADAEH
22. GANAS ....... > GANAEH
23. PEDAS ....... > PEDAEH
24. BERUS ....... > BERUIH
25. LULUS ....... > LULUIH
26. HEMBUS .... > HEMBUIH / MUIH
27. TARBUS ..... > TARBUIH
28. REBUS ....... > REBUIH / GHEBUIH
29. BUAS ......... > BUEH
30. LEKAS ....... > LEKAIH
31. MANIS ....... > MANEH
32. TUNGKUS-LUMUS ....... > TUNGKUIH-LUMUIH
33. KAMBUS .... > KAMBUIH
---------------------------------------
Pun begitu, ada sesetengah perkataan yang sifatnya seperti diatas
disebut seperti ejaannya yang asal. Sebabnya?
Mungkin kedengaran janggal atau kelakar atau...
Contohnya:
01. BANOS ............... > bukan BANOIH
02. BOSS .................. > bukan BOIH
03. KAMUS ................> bukan KAMUIH
04. COLUMBUS ......... > bukan COLOMBUIH
-------------------- SEKIAN-------------------
Akan Datang :
Perkataan Penambahan bagi 'RASA'
01. MANEH ............... > BELECHAS/BELECAEH

MAI KENAI LOGHAT KEDAH - Siri 3
L....... > i
PERKATAAN yang berakhir dengan huruf - L- mestilah digantikan dengan
huruf - i - apabila hendak diKEDAHkan.
Contoh:
01. AKAL ........................ > AKAi
02. TANGKAL ................ > TANGKAi
03. SEJENGKAL ........... > SEJENGKAi
04. BANTAL ................... > BANTAi
05. SENTAL ................... > SENTAi
06. BUNTAL .................. > BUNTAi
07. PASAL ...................... > PASAi
08. AWAL ........................ > AWAi
09. KAWAL ..................... > KAWAi
10. GATAL ...................... > GATAi
11. ARAL ......................... > ARAi
12. MODAL ..................... > MODAi
13. SYAWAL ................... > SYAWAi
14. KEBAL ...................... > KEBAi....... ( )
15. BAGHAL................... > BAGHAi
16. TAMPAL................... > TAMPAi @ TAMPONG
17. AJAL......................... > AJAi
18. KESAL ..................... > KESAi @ SESAi
19. AMAL ....................... > AMAi
20. BILAL ...................... > BILAi
21. MENTOL .................. > MENTOi @ MENTON @ DELOP
22. SAMDOL ................. > SAMDOi @ SAMDON
23. KACANG POL ........ > KACANG POi
24. TOLOL ......................> TOLOi @ TOLON'
25. KARPAL .................. > KARPAi
26. BAHALUL ............... > BAHALOi / BAHLOi
Excuse me, ada sesetengah perkataan yang berakhir dengan huruf - L-,
TIDAK boleh dibunyikan - Ai - kerana bunyinya agak janggal dan membawa maksud lain.
Seperti: (bunyi asal @ asai)
01. CAPAL ......................... > bukan CAPAi
02. TOMPEL ...................... > bukan TOMPEi (Juga disebut Tompen)
03. KOPRAL ..................... > bukan KOPRAi
04. MURAL ........................ > bukan MURAi
05. MENTAL ..................... > bukan MENTAi
06. BOL RADHA BOL ..... > bukan BOi RADHA BOi
07. JAMAL ......................... > bukan JAMAi
08. KAMAL ........................ > bukan KAMAi
09. GOPAL ........................ > bukan GOPAi
Lagutu le secara ringkas.
-----------------------------------
Next Change
S....................> H
1. AIS ............... > AIH
.

Selasa, 21 September 2010
MAI KENAI LOGHAT KEDAH - SIRI 2
inG.....>iN
SETIAP perkatan yang berakhir dengan huruf -inG-, apabila 'diKEDAHkan' akan menghilangkan huruf -G- dan diakhiri dengan huruf -iN-
Contoh:
1. KUCING............ > KUCIN'
2. KAMBING.......... > KAMBIN'
3. ANJING............ > ANJIN'
4. BALING............ > BALIN'
5. JERING............ > JERIN'
6. PENING............ > PENIN'
7. KERING............ > KERIN'
8. PUSING............ > PUSIN'
9. TUNGGING........ > TUNGGIN'
10. HARING............ > HARIN'
11. JELING............. > JELIN'
12. JULING............ > JULIN'
13. GARING............ > GARIN'
14. PIRING............. > PIRIN'
15. KUNING............ > KUNIN'
16. GUNTING.......... > GUNTIN'
17. DACING............ > DACIN'
18. GASING............ > GASIN'
19. LEMBING.......... > LEMBIN' (adakala disebut lembing)
NAMUN, perkatan dari Bahasa Inggeris yang biasa dipakai oleh masyarakat Malaysia biasanya
tidak diKEDAHkan.
Seperti:
- DARLING - SPRING -dll-
MANAKALA, perkatan yang berakhir dengan huruf -anG- atau -onG- atau -enG- atau -unG- tidak berubah bunyinya. Kalau berubahpun... sedikit.
Seperti:
01. BERUANG............ > tetap BERUANG (bunyi huruf R dinipiskan)
02. BURUNG............. > tetap BURONG (bunyi huruf R dinipiskan)
03. KURUNG............. > tetap KURONG (bunyi huruf R dinipiskan)
04. SERANG............. > tetap SERANG (bunyi huruf R dinipiskan)
05. KERANG............. > tetap KERANG (bunyi huruf R dinipiskan)
-----------------------------------------
06. BOHONG............. > tetap BOHONG (atau disebut MUHONG)
07. SAMSENG............ > tetap SAMSENG (atau disebut SAMSEN)
-----------------------------------------
08. TUDUNG
09. SEMBANG
10. MERENG
11. KEMBONG............. (8-13=bunyi yang sama)
12. PADANG
13. TAMBANG
-----------------------------------------
( Huruf -R- dalam setiap perkataan perlu dinipiskan bunyinya)
* Gitule serba sedikit... mukalau salah tolong pebetoikan....
COMING SOON...
L...> i

MAI KENAI LOGHAT KEDAH - Siri 1
MUKADIMAH
SECARA umumnya LOGHAT KEDAH dan negeri-negeri sejiran seperti Perlis, Pulau Dee-a-Pee dan Utara Perak adalah sama.
Cuma kekadang, maksud ayat, cara sebutan yakni lenggoknya berbeza.
Dan terdapat jugak beberapa perkataan yang menjadi trademark dinegeri masing-masing yang tidak
dituturkan dinegeri-negeri jiran namun maksudnya tetap difahami.
Contohnya... 'Ghapla' di Pulau Dee-a-Pee dan 'Pedo' di Kedah...
Apa yang aku paparkan didalam blog ini adalah perkataan-perkataan yang pernah aku dengar. Diulangi,
'PERKATAAN YANG AKU PERNAH DENGAR' dari mulut orang-orang tua sejak aku kecik dulu sampai la ni terutama dari my mom.
Takut lupa dan pupus.
Generasi tua @ lama koi lama koi takdak.
Bebudak muda la ni payah sikit. Baru sekerat hari mai Kolompo... balik kampung... ayag dah jadi air, Langsiag bertukag langsir dan pasiag bunyinya pasir. Cheh! Rasa macam nak boh penampar olps penampag!
Kadang-kadang aku tertengok pelakun cereka dilayar TV menuturkan loghat utara. Sakit telinga betoi.
Cara depa bercakap, tonasi, lengguk dan lain-lain memang out of spacebar.
Nampak sangat depa main bohhh.... Tak semestinya pelakun harus orang utara.
Yang penting mesti ada homework.
**************************** @@@ *****************************
R......>G @ Q
Perkataan yang berakhir dengan huruf -R- bila 'diKedahkan' ditukar ke huruf G@Q
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh:
1. AIR ...................> AYAG
2. GAMBAR..........> GAMBAG
3. LANGSIR..........> LANGSIAQ
(hantu Langsiag=langsuir)
4. JAR....................> JAG
5. PUTAR...............> PUTAQ
(Kalau hang pi Alog Staq, kepala hang aku putag...)
6. SELUAR ............> SELUAG
7. CAIR .................> CAYAG
8. KADIR ..............> KADIAG
9. SAFAR ..............> SAPAG
10. GAMBIR ..........> GAMBIAG
11. BIAR .................> BIAG
12. SEDAR ..............> SEDAG
13. GEBAR .............> GEBAG
14. BELUKAR ........> BELUKAG
15. KHABAR ..........> KHABAQ/HABAQ
16. SEMBUR ..........> SEMBOG
17. SAYUR .... ........> SAYOG
18. ULAR .... ........> ULAQ
19. BERLENGKAR ............> BERLENGKAG
20. PAGAR .... ........> PAGAQ
21. KAFIR .... ........> KAPIAQ
22. KAPUR .... ........> KAPOQ
23. KEBULUR .... ........> KEBULOQ
Tapiii..............Tapi................Tapiiii........................
BUKAN SEMUA perkataan yang berakhir dengan huruf R boleh digantikan dengan
huruf G@Q seperti contoh diatas.
Seperti:
1. BAR...................> tetap BAR bukan BAQ. (Kalau nak kena gelak tukag ler...)
2. KOMPUTER....> tetap KOMPUTER bukan KOMPUTAQ. (Kompiuta @ menatang kompiutar)
3. ASKAR.............> tetap ASKAR bukan ASKAQ. (Askat pun ok.)
4. PASAR..............> dipanggil MERKET bukan PASAQ.
5. AMIR................> dipanggil AMET bukan AMEQ.
6. SYAIR...............> disebut SYAET bukan SYAEQ.
7. TAKBIR...........> disebut TAKBED bukan TAKBEQ.
8. M. NASIR.........> disebut M. NASET bukan M.NASIAQ.
9. YASIR...............> disebut YASET bukan YASIAQ.
.................................................................................................
Gitulah... beberapa contoh yang sempat aku persembahkan.
Akan datang.......
G.....>N
1. KUCING.......... > KUCIN'

Rabu, 25 Ogos 2010
SURAT DIPINTU PAGAR
![]() |
Ini pintu pagar bukan pintu surat olps..err.. peti surat |
Gambar diatas adalah dirujuk.
Surat ini sepatutnya dimasukkan kedalam peti surat.
Adakah tempat yang diselit surat itu kelihatan seperti peti surat?
Sekali pandang...hmm bukan.
Dua kali tengok pun... hmm bukan.
Tigo, ompek, limo.. ne, tujoh, lape, sembilangg.....ahhhhh bukan! bukan! bukan!
Itu pintu pagar da.
Ada. Disebelah tu.
Dari dalam rumah sebelah kiri. Kanan dari sebelah luar.
Dari tempat surat diselit tu, cuma tiga langkah je menuju ke pintu peti surat.
Habis apa pasai surat terselit disitu?
ADA PENUNGGU PETI SURAT?
Adakah terdapat harimau kumbang atau musang pulut yang ditambatkan disitu?
Atau ada ulaq sawa batik atau anaconda amazon yang tak makan lapan hari dok melengkar diatas tu?
Mungkin kut ada jebon yang menanti untuk menerkam sesiapa yang menghampiri peti surat itu?
Jawapannya ialah tak ada. Noktah.
Kalaupun ada cuma kucing rumah aku je.
Posmen takut kucing? Mustahil.
Ini bukan kali pertama surat terselit disitu.
Betul tu memang le betul surat yang dimasukkan dalam peti surat lebih banyak dari yang diselitkan dipagar.
Akupun takle kisah sangat kalau surat-surat yang tak penting diselitkan disitu.
Antara surat-surat yang nak termuntah aku menengoknya seperti bil api, air, telefon, internet, tv satelit, surat bank, cukai tanah dan cukai pintu.
Ha surat-surat atau bil-bil ni kalau tak hantar pun takpa.
Kalau diselitkan kat bumbungpun tak jadi hal.
![]() |
Dalam dok sibuk tulis dalam blog ni, dia selit kat keta pulak! |
Yang aku tension kalau ada surat berisi cek.
Manalah tahu silap-silap haribulan Presiden Amerika ke, Perdana Menteri Australia ke atau Raja Sepanyol ke sesaja nak menghantar cek bernilai berbillion dolar kat aku.
Takpun surat yang berisi peta lokasi harta karun yang dikirim Indiana Jones bernilai trilion dinar diGurun Sahara. Sapa tau.
Kalau nak bersangka baik pun boleh. Bukan tak boleh. Andaian begini mungkin boleh dibuat.
Surat aku tercicir dari karung atau raga abang Posmen. Ada orang jumpa dan dimasukkan dalam peti surat aku.
Jadi siapa yang punya angkara?
AHMAD ALBAB
..............................
POSTO! POSTO... pernah dengar perkataan ni?
Ini dialog dari filem Ahmad Albab arahan P.Ramlee.
SiPosto ni siap masuk rumah si Muharam dan Safar nak bagi surat.
Malah sanggup pergi kepadang mencari si Syawal yang sedang menggembala kambing untuk menyerahkan sendiri surat.
Dalam satu babak pulak, siPosto menolak pelawaan Syawal yang mengajaknya minum. "Tak boleh, Rasuah", katanya.
...."Tak boleh, Rasuah"....
P.Ramlee yang genius itu bukan sembarangan membikin filem. Dalam gelak tawa melihat telatah tiga menantu dan bapa mertua, dia rupanya turut mengajar posmen bagaimana menyampaikan surat dengan betul.
Lani Posmen dah naik motor.
Gaji pun dah naik baru-baru ni.
Hmm.. harga stem pun naik...
Steady le bang...
Tempat surat dalam peti surat ye!Tempat Batu Bersurat kat Muzium.
Tempat surat khabar lama... atas lori
Jangan marah.
Terimalah lagu dari kumpulan
Carpenters ini bagi meredakan kemarahan...
(aku sekolah rendah lagi waktu lagu ni top)
Selasa, 10 Ogos 2010
SEHARI... SERIBU LANGKAH...
MUKADIMAH
'Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Selori demi selori, lama-lama pasir habis digali. Setongkang demi setongkang, lama-lama Malaysia penuh pendatang haram. Seliter demi seliter minyak naik, lama-lama orang naik minyak. Sehari demi sehari MC, lama-lama boss kasi 'api'@(fire).
Catatan kali ini dimulakan dengan pepatah-petitih lama dan baru. Bukan apa, cuma nak mengaitkan dengan tajuk entri kali ini.
Dan tulisan kali ini jugak adalah susulan dari artikel sebelumnya berkenaan 'payung kuning' dan 'mangga @ pedai ayam' diatas kereta.
--------------------------------------
Bermula 12 Julai lepas, tempat letak kereta dipejabat aku ditutup sepenuhnya.
Ditutup kerana memberi laluan kepada pembinaan bangunan baru.
Bangunan baru ini dijangka siap sepenuhnya pada 2013.
![]() |
Wajah bangunan baru mengikut gambaran artis. |
La ni baru 2010. Hmm... makan dua tiga taon jugak tu..
Penutupan 'parking' ini, merupakan satu beban tambahan walaupun bersifat sementara namun cukup mengganggu fikiran.
Fikiran aku le. Orang lain taktauuu.
Gangguan fikiran tidaklah sampai ketahap hendak terjun dari Menara KL, atau
melanggar polis trafik yang membuat road-block, atau menyelinap ke koc wanita dalam komuter... atau pun keperingkat mencuri pasir dan menggondolkan bukit di Cameron Higland.
Tidak. Bukan gitu.
---------------------------------------------
Cuma... bermula dari rumah, kepala hotak mula mencongak-congak dan berharap
ado tompek kosong untuk aku tarik hand brake.
Jangan harap ada vacancy depan opis. Kena pulak yang shift petang macam aku.
Kalau masuk pagi... ok sikit la.
Kalau ada mungkin boleh diumpamakan kena loteri 3rd prize. Kemungkinannya, satu dalam ompek juto. ..
Ada yang berani dan mungkin terpaksa kut membuat double parking.
Nota yang tertulis nama dan no handphone diletakkan didepan dasboard setiap kereta
yang diparking double ini oleh pemilik masing-masing. Maknanya... aku block keta hang. Hang nak keluar sila telefon aku.
Letih.
--------------------------------------------
Letih.
--------------------------------------------
Risiko?
Risiko memang ada.
Risiko memang ada.
Lori simen atau dipanggil lori siput yang lalu lalang setiap hari menunggu masa untuk menyagat mana-mana kereta yang tidak bernasib baik.
Bukan lori siput je, lori treler, lori sampah... semua ada. Ini kawasan kilang beb.
Memang dah adapun kes lori menyagat kereta... setakat ni belum serius kut. Atau mengikut bahasa orang politik,'ini kes terpencil'.
Mudah-mudahan 'kes terpencil'. Kalau tak 'terkucil' nanti.
--------------------------------------------
Aku yang masuk petang terpaksa menghilir kehulu.
Pusat latihan pejabat yang terletak kira-kira 200 meter dari ibu pejabat menjadi pilihan. Itu je yang ada.
Disini, rasanya hampir 30 atau lebih ada kekosongan.
Didalam (berbumbung) boleh parking. Diluar pun ada. Tapi jika tidak bernasib baik,
full house jugak.
Tempat parking kat pusat latihan ini asalnya adalah unit majalah dan tempat percetakkan dulunya.
full house jugak.
Tempat parking kat pusat latihan ini asalnya adalah unit majalah dan tempat percetakkan dulunya.
Merasa jugak aku bersesak-sesak disini dua tahun lebih.
Banyak kenangan manis kat sini tau.
Banyak kenangan manis kat sini tau.
Kini ianya sebuah gudang.
Setakat ini nasib aku masih baik.
Kalau penuh mau aku balik parking kat Kajang.
Kalau penuh mau aku balik parking kat Kajang.
Isi borang kemudian. Keh keh keh.
----------------------------------------------
----------------------------------------------
Pada hari pertama parking disini, aku dah mula mengira-ngira masa yang diambil
untuk sampai kepejabat dan berapa banyak langkah yang diperlukan untuk sampai ketempat duduk aku yang bersebelahan dengan gerai Jai.
Cuma peluh yang meleleh dan debu serta asap yang dihidu agak sukar untuk dihitung.
Jika kita berjalan biasa, lenggang kangkung...relek sambil bernyanyi, masa yang diambil lebih kurang 5 atau 6 minit. Seminit lebih kut jika ada hanjing yang banyak berkeliaran disitu mengajak kita test power.
![]() |
Seorang lelaki misteri turut menyaksikan upacara pecah tanah dari jauh. |
Manakala langkahan yang kita buat berdasarkan kiraan aku bermula dari pintu masuk
disini hingga pintu masuk disana ialah hampir 500 langkah.
Wow! 500 langkah sehala.
Bermakna pergi dan balik setiap hari aku mengatur 1000 langkah.
Darablah. Kalilah. Kiralah berapa langkah yang telah dibuat dalam seminggu, sebulan dan setahun.
Kalau setiap langkah itu kita berselawat atas nabi banyak pahalanya tu. Kena pulak dibulan Ramadan ni.
Ataupun bertasbih, bertahmid dan berzikir.
Besar faedahnya untuk diri sendiri dan boleh disedekahkan sedikit untuk syarikat. Mudah-mudahan mendapat keuntungan yang berlipat-lipat-lipat-lipat-lipat kali ganda.
Paling koman atau jahilpun, nyanyilah lagu nasyid. Bukan lagu Wali band.
Tapi kalau nak menyanyi lagu pop, lagu Hati Emas atau Perjuangan ataupun Apokalips ciptaan brader M.Nasir memang sesuai banget.
Berjalan ditanah gersang,
Mentari mencengkam dada,
Debu-debu dijalanan,
Menjadi teman setia..."
------------------------------------------(hati emas)
Ada masanya aku suka berteman,
Ada masanya aku suka berehat..."
Satu demi satu,
Ku atur langkahku,Meskipun perlahan tapi tegas...
------------------------------------------(perjuangan)Ada masanya aku suka berteman,
Ada masanya aku suka bersendiri,
Ada masanya aku suka berjalan,Ada masanya aku suka berehat..."
------------------------------------------(apokalips)
Gitulah panjang tak lebar kisah
'Sehari seribu langkah, lama-lama sampai Mekah'
Langgan:
Catatan (Atom)