Rabu, 7 Disember 2011

Budak Kampung 'JUAL BOTOL' @ juai botoi - 1

 
Cover bilangan ke 21 ini
adalah hasil karya kartunis Maro.


Diterbitkan pada bulan Mei, 1996.
Markas beroperasi di Taman Shamelin Perkasa, Cheras.


Hari-hari yang dilalui bersama kawan-kawan
seperjuangan diwaktu ini, amat-amat menyeronokkan.


Segerombolan budak-budak grafik dan kartunis
menapak  ke kedai mamak diseberang jalan
untuk minum petang adalah perkara wajib dan
pemandangan biasa bagi warga majalah.


Ada yang memandang dengan dada lapang.
Tak kurang jugak dengan mata yang bengang.

Boss angin satu badan.
Tapi tak kemana anginnya.
Kerja beressssssss pak.


Bila malam menjelang, asyik bekerja.
Tak terasa nak pulang kerumah.
Mood berkarya dimalam hari lebih menyeronokkan.
Ya... pejabatlah rumah kedua kami.


Malam, berkonvoi pulak untuk dinner...


Tu duluuuuuuu.


La ni...
Zaman dah banyak berubah.
Usiapun makin bertambah.
Lawak pong dah kureng dah.
Kawan-kawan banyak dah berpecah.
Ramai dah berpindah-randah.
Takde lagi riuh-rendah.
Masing-masing dah beranak-pinak doh.
Majalah KAWAN pun takdo dah.


Adapoodahhh!
 



Pernah jual botol sewaktu kecil?

Kalau tak pernah, bukan budak kampung.
Mungkin anak orang kaya.
Anak orang 'ada-ada'.

Menjual botol adalah salah satu punca
pendapatan budak-budak kampung
zaman dahulu.


Budak-budak sekarang tidak lagi.

Nak duit, huloq je tangan sambil
membuka mulut dengan suara yang
perlahan tapi meruntun perasaan.
Ditambah dengan memek muka
yang penuh harapan


'Ayah... mai sepuluh ringgit'.
Dan, duit pun bertukar tangan.
 



 Bukan dijual setiap hari botol ni.
Kekadang je.

Tengah leka bermain,
tiba-tiba kelibat penjual botol 
muncul dikampung.

Apalagi bertempiaran balik
kerumah mencari botol-botol kosong
yang sememangnya disimpan.

Kalau botol kosong tiada,
silap-silap haribulan, botol yang
masih berisi sedikit minyak dituang
kedalam bekas lain.

Bukan sebarang botol yang
boleh dijual. Hanya botol kaca.

Biasanya botol minyak kelapa,
kicap dan cuka.

Kadang-kadang pembeli botol
juga menjual asikrim.

Maka sistem barter berlaku
disini.  Kita dapat aiskrim,
si dia dapat tin.

.............................................
(bersambung)

Aku nak pi cuci kat depan laman rumah sat.
Anak kucing berak merata. Tahule aroma
taik kucin. Cehhh.
...............................

Bahagian Kedua - Klik DISINI