Rabu, 5 Oktober 2011

LIGA MALAYSIA 2012... 'Al-kisah Jabar'



Muda belia. Kehkeh... Aku dan Jabar.
Gambor tahun 1983. Baru setahun lebih
merempat di KL. Chehh...
 
Sahabat lama aku, saudara Jabar Isnin yang kini menetap diBrunei DS dalam blognya mengulas mengenai
penyertaan kembali  Singapura kegelanggang Liga Malaysia mulai 2012.

(Nak baca tulisan penuh beliau silale... (Ceritanya klik disini)
(Sini pun boleh .... Jabar story ( click here...)

Aku tak nak mengulas banyak apa yang beliau tulis, cuma nak sentuh sikit aje.

Sebelum tu aku nak bernostalgia sikit zaman 'megimee copek dimasak sodap tak sodap blakang kiro'  bersama beliau diawal zaman 'kegelapan' dahulu.

Aku dan Jabar dulu satu pejabat diTaman Keramat, Selangor.
Kami bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan kecil yang menerbitkan majalah sukan, LIGA.

Ni tompek kerja aku yang kedua. Jabar taktaule aku...
Aku antara staff terawal menyertai team LIGA. Jabar menyertainya tidak lama kemudian.

Beliau seorang jurugambar merangkap pemberita. Kerjanya kehulu-kehilir le amik gambar. Pagi keluar, petang atau malam balik opis sambung mengetuk story.

Graduan lulusan Pertak ini jugak berbakat menulis lirik lagu.

Ada satu lirik karya beliau yang begitu popular hingga kehari ini iaitu 'Debunga Wangi'
nyanyian the legend rocker band 'Lefhanded'.

'Ku cari... ku mencari... pada daratan yang penuh debunga wangi...' Lebih kurang gitule bunyi senikata tulisan Jabar yang tiada kena mengena dengan syarikat Al-Jabbar diKajang.

Aku bikin grafik. Duduk ajela kat opis pagi petang siang malam.
Memang pun. Opis yang terletak diJalan Enggang Timur 7 tu jadi 'kediaman merangkap opis' aku hingga ketitisan hayatnya yang terakhir pada 1985.

Kekadang Jabar join de'kelab bermalam diopis bersama beberapa kawan lagi terutamanya time tengah bulan. Beliau yang berimej rugged dan ranggi ini menyewa diTaman Kok Doh, Segambut waktu ini.
Pernah le sekali aku bermalam dirumah sewa dia.

Gaji masing-masing ciput.
Aku diberi RM315.OO sebulan. Gaji Jabar? Entah.
RM315.OO pada tahun 1983... thee hee hee.... cukup ke korang rasa?

Kami berkenduri meggi le bila tengah sengkek.
Kekadang kami share duit beli 'stock penimbal' pada hari gaji buat guna diwaktu 'sosak'.

Ada sorang member namanya Syed Yusof. Ketua unit grafik, Budak Johor sekapal dengan Jabar.
Peh dia masak meggi, terangkat wa cakap lu.
Syed Yusof... pakar
masak maygee. Fuhh.
Dimana dia sekarang?
Siap tumis, tumbuk cili dan serai... memang tinggal periuk.

Masak menggunakan rice cooker ihsan syarikat.
Rice cooker ni dicipta bila nasi masak, suis automatik tendang naik. 

Jadi, si Syed ni akan meletakkan penahan seperti kertas tebal disuis supaya tidak menendang sehingga
meggi selesai dimasak. Kehkehkeh...

Ada banyak kenangan aku bersama Jabar.
Ada yang segar dimemori. Ada yang blur dan lupa.
Ada yang boleh ditulis dan ada yang patut dibuang kelaut. Huhuuuhuhooo.

Ada masanya,  ketika beliau membuat liputan bolasepak, aku join sekali.
Bila time tengah free le.

Ada sekali tu aku mengikut beliau ke Wisma FAM bagi membuat liputan pemergian Skuad Harimau Malaysia (kalau aku tak silap) keluar negara.

Aku pun tumpang sekaki menaikki bas FAM bersama para pemain ke Lapangan Terbang Subang.
Antara pemain baru yang tengah ngetop pada waktu itu ialah Karim Pin dan Azizul Abu Hanifah.

Ke Stadium Merdeka bersama beliau tu biasa sesangat le sewaktu kejohanan Piala Merdeka
atau pada final Piala Malaysia berlangsung.


Gambar yang dirakamkan Jabar pada
9 Nov. 1983 diperkarangan Wisma FAM sebelum
berangkat ke LTS.
Rashid Hassan, Chen Wee Haw dan Rukumaran.
(Menyelit ditengah... pemandu bas kedua.)

Tapi Jabar masuk pree. Dia ada lesen 'Press'.
Aku kena bayor le.

Jabar seorang yang cool dan peramah.
Tak berkira dan antara kawan lama yang masih online.
Budak-budak LIGA yang lain. Entah. Ghaib.
Yang dah meninggal pun ada.

Aku tak berapa ingat, saat Jabar 'angkat kaki' meninggalkan LIGA.
Yang pasti aku adalah staff terakhir  yang setia hingga keakhir hayat bersama majalah sukan yang
menjadi mangsa 'mainan' pengedarnya yang GILA pada 1985.

Satu perkara yang masih segar diingatan aku ialah baju T yang beliau selalu pakai dibelakangnya tertera:
'See Me At Air Papan'.

Mr. Jabar... la ni.
Gambar dicilok dari
fb dia. Sihat bro...

Berkenaan tulisan beliau mengenai penyertaan kembali  Singapura kegelanggang Liga Malaysia mulai 2012 memang dialu-alukan.

Setuju 500%.

Baru meriah bila pintu dibuka kepada negara LKY tu.
Undang sekali kelab Thailand, Indon, dan lain-lain negara Asean lagi bagus.

Takpun begini...
Kumpulkan semua pendatang asing yang haram, halal dan 'halam' yang ada diseluruh pelosok bumi Malaya.

Suruh depa pilih mana-mana yang handal bermain bolasepak.
Bikin satu atau dua team.
Kasi nama PATI 1 atau PATI 2. Lebih glamour kalau namanya PATI-ONE @ PATI-TWO

Serapkan dalam Liga kita.
Cuba bayangkan dalam satu team ada Mat-Mat Afrika, Arab, Cuba, Bangla, Nepal, India, Pakistan, China.... peh...
Silap-silap haribulan, makan kuah team negeri kita.

Mana-mana yang berpotensi tahap gaban, beri kerakyatan untuk mewakili mana-mana skuad
kita. Harimau, Olimpik atau Kebangsaan.

Ni sekadar cadangan.
Kalau memberi kebaikkan apa salah dicuba.

Kita perlu  pro-aktif. Berani.
ISA berani kita buang. Ni...yang kecik-kecik ni apala sangat.

Main dalam 'tempurung' sendiri dengan lama punya formasi pun tak kemana.

Amacam brader Jabar?
Boleh direalisasi atau ini sekadar 'gulai basi' yang harus dicurah kedalam sinki.

Theeeeheiheeee.

Kenangan lalu.
Staff perintis Majalah LIGA bergambar untuk
keluaran Hari Raya, Julai 1983.
Mana Jabar? Dukacita dimaklumkan,
belum masuk lagi... Tapi beliau
mengenali semua yang ada disini...



 Antara kartun aku
yang dimuatkan dalam
majalah LIGA edisi 1984.
Petak atas... paling kiri,
dilukis member
sekartun/se'sekolah',
kartunis MOO.

Ahad, 2 Oktober 2011

TNB Pendang.... hampa buat kerja senang...


Less tamarine betul depa ni...
kalau pokok balak tebang okay le jugak.




Pulang bercuti Aidilfitri nan lalu macam percutian
yang lepas-lepas juga, memang seronok.


Dan setiap kali berada dikampung halaman,
menjadi acara wajib melawat dan menjelajah
kawasan dipersekitaran rumah.


Memerhati apa yang berubah,
Apa yang takde. Apa yang baru.


Seperti YB melawat kawasannya
menjelang pilihanraya.

Bendang dibelakang rumah dijenguk.
Kebun getah didepan rumah ditengok.
Rimbunan pokok buluh dipenjuru kiri
berdekatan telaga diketuk.
Reban ayam disudut kanan rumah dihinggut.

Gitulah.

Letih melawat kawasan, lantas melepak
dibangku simen dihalaman rumah sambil
memerhati orang lalu-lalang.

Kereta, motorsikal, beskal bersilih ganti.
Lori, traktor membajak  dan mesin menuai pun
tumpang sekaki bila musim padi.

Dari penoreh getah, budak sekolah hinggalah
ke penduduk Siam dari kampung berdekatan
yang membawa anjing menaiki motorsikal
mencari biawak dan memancing menggunakan jalan tanpa tol itu.


Kira tak sunyile dari deruman jentera berenjin petrol dan diesel.
Itu tidak termasuk lawatan berkala kawanan lembu dan
gerombolan monyet dan kera dari 'flyover-rubber tree' berhampiran.

Depan rumah emak aku ni menjadi laluan pintas bagi mereka yang hendak
ke pekan Pendang, Bukit Jenun, Gurun dan sehaluan dengannya.

Dulu tanah berselut, la ni dah berturap.

Dalam dok-dok melepak tu, tiba-tiba
mata aku terpandang sesuatu yang pelik.

Kebetulan emak aku pun datang melepak sama
jadi bolehlah rungkaikan persoalan ini.

'Sapa tebang pokok pinang tu mak?

'Puak-puak tu mai tebang. Depa kata
pokok tu kacau wayar letrik'. Jawab emak aku.

'Laa.. takkan tak boleh potong'.. aku tak puas hati.

Tambah emak aku lagi...
'Selalu depa mai kait, puak yang selalu mai tu. Ni puak lain mai
suruh tebang buang'.

Angin satu badan betul.
Apa le susah sangat nak hendel pokok pinang dua batang ni.

Susah payah orang tanam, senang-senang depa mai latam.

Kurang ajar betul.


Kalau pokok getah kacau wayar, pun nak tebang juga ke?


Ini macam 'worang' pun ada.

TNB.... Tebang Nak Buang.
 
Ihh.. Pelau deq ni.. ku mai ro... ##***$$@$**.

Saki baki buah pinang yang tertinggal.
Cukup untuk mengeja dua perkataan diatas yang
cukup 'menganginkan' aku.



Walaupun pokok pinang tak se'glamour'
pokok 'ketum'... tak patutle ditebang
kawan tu... akai ada ka, akai?


Gambar yang dirakamkan pada 28 November 2003.
Jalan belum berturap. Pokok getah kecik lagi.
Pokok pinang belum lahir lagi. Nak tebang tak boleh laie.

Ni gambaq yang diambil pada 13 Mac 2007.
Jalan 'still the blues' ... no tar.
Pokok getah dah besau.

Napok tak? Pokok pinang yang tengah meninggi tu.
Apo sangatlah masalah nak buang pelepah pinang tu.
Hampa nak setel masalah... tebang.

'MASALAH' ... jika dipusing ayat-ayatnya boleh
menjadi 'MALAS AH'.


Ni pulak di snap pada 11 Jun, 2011.
Tiga bulan sebelum diserang virus 'teandbeetakekputuihduo'.

Pasai pokok pinang pun nak kecoh ke?
Oh mestiii... ko manatau menilai
seni 'pinang'. Seni tebang ko handal le. 




 Masjid Sultanah Haminah
diJalan Pendang-Tanah Merah.
Raya ketiga haritu, singgah sat.

Lihat betapa aman damai
pokok palma disini tanpa
risiko ditebang.

Walaupun pokok pinang
tak selawa palma,
tapi sangat tak patut
melupuskannya.












Sabtu, 1 Oktober 2011

ALLEYCAT'S... boleh laa... okay laa...


Kucin ni tak kencin kat motor dan tak mencakau kereta...


KALI terakhir aku menyaksikan kumpulan lagenda ini secara live sekitar 90an dulu.
Maaf, tahun tak ingat.
Dua kali kut kalau tak silap. Dah lama sangat. Dah lama dahhhh.....

Yang pasti, di Stadium Negara iaitu 'Konsert Kerana Kau'.
Tiket lebih kurang rm20 hinggit lebih kurang.
Masa ni aku dok di Wangsa Maju.

Macam biasa.
Solo. Have Gun Will Travel. (Paladin.. paladin was the hero)

Amik flight petang.
'Airbus 125 Len Seng' yang berkapasiti penumpang selagi boleh masuk.

Destinasinya Wangsa Maju ke L.A.

L.A melalui 'ruang udara' Bangkok Bank dan entah apo-apo lorong untuk kelokasi konserto.
Berpeluh jugak dengan sedikit sengal-sengal di otot.

Semuanya gara-gara nak menikmati alunan muzik dan lontaran suara kumpulan yang berasal dari negeri
yang kini diterajui LGE yang bermulut capoi ni.

Jujurnya, kalau takde lagu-lagu M.Nasir... mintak mahap ler... Alleyycats ka, Alleydogs ka,
Alleycows ka... makasehhh je le.

Koloborasi (ceh.. bunyi macam kelebog je) sifu dengan Amin Shahab campur dengan
Eric yeo punya arranggement campur lagi dengan suara David dan Loga, wow... memang mantap.

Lagu+senikata+muzik+vokal = Memang perfect.

Dan itulah satu faktor, Alleycats masih kekal hingga kehari ini.

Dan 'Kerana kau' le aku sanggup membuang masa dan fulus berada dalam perut stadium pada waktu itu.

Aku cukup suka@paling suka mendengar gubahan bunyi strings dalam kebanyakkan lagu-lagu lama depa seperti
Hingga Akhir Nanti dan Senyumlah Kuala Lumpur.


Alleycats dengan dua penyanyi baru.
Boleh tahan dari suara Maro dan Nuek dan Rosli Usin.
Dibelakang, Eddie Marzuki sebagai pengarah muzik.
 - Gambar Utusan

Minggu lepas, 18 September iaitu malam terakhir aku pi tengok lagi Alleycats beraksi, selepas puluhan tahun.
Kali ini dengan suasana yang amat-amat berbeza.

Berbeza pentas iaitu dari stadium kelokasi yang lebih gah, Istana Budaya.
Berbeza penampilan mereka kerana faktor usia. Rambut dah beruban. Gigi dah jarang.
Kecuali David Arumugam, yang lain-lain bukanlah anggota asal Alleycats.
Dan... dulu aku naik 'Airbus Len Seng', la ni drive sendiri.

Biasalah, kalau Utusan menjadi akhbar rasmi konsert... dapeklah sekeping duo tiket free.

Tapi takle rasa ghairah sangat nak pi tengok.
Banyak faktor, antaranya anggota asal dah takdo dan dulu pernah tengok.
Samo je persembahan, lawak dan dialog.
Baik Search, M. Nasir... dan Alleycats.

Tapi bila tiket dah ditangan, rasa macam nak pi pulak.
Lagipun member sepejabat, Miki sang kartunis kontroversi pun dah bertanya khabar mengenai tiket free ni dua minggu sebelum tu.

Hmm.. lepas dicongak-congak dan ditimbang-timbang, kira comfirmlah pi dengan Miki yang namanya menjadi sebutan dibibir penyokong Pas akhir-akhir ini.

Takde angin dan taufan, tetiba plan berubah. Malas nak pi.

Aku mengoffer Maro, kartunis Mamak Cyber tiket dan dia setuju nak pi dengan Miki.
Setel.

Takde puting beliung, takde air pasang plan berubah lagi.
Miki dan Maro samo-samo ada hal. Last minute.

Ah sudah.
Aku menghubungi blogger Penanggah yang juga meminati Alleycats namun lebih meminati pasangan duet Ally Nor dan Mastura yang top dengan lagu Apo Kono Eh Jang.

Hampa. Beliau berada dikampungnya di Gemenceh.
"Sorrile bro, den balik melawat kolam ikan patin den ni', kata beliau dihujung talian.

Pi tak pi, pi tak pi, takpi pi, tak pi pii....arghhh.

Waris Loga... boleh tahan suaranya yang menyampaikan beberapa lagu
lama Alleycats seperti Suratan dan Jika kau Bercinta Lagi. Nak dibandingkan
dengan De-UMIE's gurl... hmm jauh depa kena tinggal. - Gambar Utusan


Aku off sebenarnya harini. Tapi pi jugak opis menggantikan kawan yang ada hal.
Kerjapun dah beres. So... pukul enam setengah, gua start kereta.

Membelah Jalan Chan Sow Lin hingga ke bulatan Jalan Pahang pada hari minggu terasa aman sekali.
Trafik clear walaupun ada sedikit kebimbangan jem orang pi open house.

Dulu dok pi hari jumaat, memang masak le.

Selepas membuat u-turn nak menuju keparking IB, aku membuat 'lawak wajib' iaitu tersalah masuk simpang.

Apalagi bersiar-siar le sambil mengurangkan minyak dalam tangki mengelilingi Tasik Titiwangasa. Hampeh.

Parking kat IB pun clear. Cantik.
Hampir pukul 7 malam.

Lepas maghrib, menapak ke cafe.
Mati kutu jugak le lepak sorang-sorang.
Nasib baik nasi lemak dan teh tarik dia sodap.
Peh. Memang sedap nasi lemak IB.
Tak caya bulih try, test.


Menghampiri penghujung konsert, Alleycats menjemput
beberapa wakil penaja menyanyikan lagu Andainya Aku Pergi Dulu.
Kak  Lin (tudung pink) wakil Utusan.  - Gambar Utusan


8.45 malam, show start. 
Konsert dibuka dengan lagu yang aku tak tau tajuknya tapi berbunyi
begini ...'Selamat datang sayang, kami ucapkan...'.

Cheh. Aku taktau, sebab dah tak follow Alleycats sejak ketiadaan
irama M.Nasir dan Amin Shahab.

Kemudian lagu Senyumlah Kuala Lumpur berkumandang.
Lantas terbayang kenangan silam. Ceh.

Berselang-seli dengan persembahan penyanyi-penyanyi baru,
hampir kesemua lagu-lagu nostalgia sewaktu dibangku sekolah
memenuhi ruang Istana Budaya.

Penonton ikut menyanyi dan bertepuk tangan.
Aku setakat hentak kaki dan goyang kepala.

Pada usia 61tahun, David  masih steady walaupun tidak seperti dulu dan beliau 
banyak menyerahkan tugas menyampaikan lagu-lagu hits pada anggota baru.

Namun, tetap menghiburkan.
Kebanyakkan penonton adalah para 'otai' sama seperti konsert Black Dog Bone dan D'lloyd dulu.
Ada yang tanpa segan silu naik kepentas.
Kesemua mereka duduk dibarisan paling hadapan.
Pantang dipelawa. Celapak naik.
Siap hulur tangan mintak mic dari Alleycats.

Memang banyak lawak pada malam tu.


Pakcik ni selamba naik.
Siapa minta mic. Lagu 'Tahun 60-an'
 - Gambar Utusan

Brader ni le paling kelakar.
Sepatutnya dia duduk sebelah aku. 
Dia bantai duduk atas tangga dan
menari sorang-sorang.
-Gambar Utusan


Brader diatas ni adalah pak lawak malam tu.
Dari awal dia menari sorang-sorang tanpa menghiraukan
penonton lain.

Bukan sekali, petugas IB mengarahkan beliau supaya duduk.
Lepas tu dia buat balik. Nasib baik tak kena perambat.

Dipenghujung konsert, akhirnya beliau dijemput sekali naik ketas pentas.

David Arumugam akhirnya memecah rahsia siapa sebenarnya beliau.
Riuh rendah didalam panggung.

Mamat ni adalah peminat tegar Alleycats. Dari Penang Darul LGE.
Cerita David lagi, dia ni sanggup menyanyikan lagu-lagu Alleycats menerusi telefon
sampai panas telinga anggota-anggota Alleycats.

Selamba je muka dia kena 'basuh' atas pentas malam tu.

Yang paling tak best ialah apabila David mengenalkan nama mamat tu... OSMAN.
Cehh... tension betul gua. Takde nama lain ke.

Keseluruhan konsert 'Sampaikan Salam' pada malam itu memang menghiburkan.

Tapi faktor utama aku pi tengok ialah hendak mendengar gubahan muzik oleh saudara
Eddie Marzuki yang memimpin mini orkestranya.

Dan juga hendak melihat skill setiap pemuzik Alleycats.

Sebab itu mata aku banyak difokuskan kepada mereka disepanjang konsert berlangsung
dari melihat David Arumugam dengan Makaseehhhhhhhhnya.





 Miki diawal kemunculannya sebagai
kartunis sekitar 80-an dulu jugak berambut
afro ala Alleycats. La ni tak lagi....







MALAM tu nak 'corey-corey' rakam dipenghujung konserto
pun tak leh'.  Diharamkan. Baru nak 'on' dah kena suluh ngan
laser dari atas. Cheh. Ni pun kira jadikle...